Anda di halaman 1dari 9

1st SEMESTER SESSION 2020/2021 (A201)

COMMUNICATION PROGRAM
INDIVIDUAL ASSIGNMENT
SCCA 2093 PENGURUSAN PENERBITAN (A)

Tajuk : PENTAKSIRAN AKHIR


Group:
Tarikh Penghantaran :

Administrative

Marks: Remarks:

1. Empat impak inovasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) terhadap strategi

promosi bersepadu produk penerbitan.

Teknologi maklumat dan komunikasi atau ICT (Teknologi Maklumat dan Komunikasi)
adalah teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data, skop tajuk sangat luas. Ia boleh
melibatkan semua aspek pengurusan dan pemprosesan maklumat. Menggunakan komputer
dan perisian dengan tepat dan sederhana untuk mengubah, menyimpan, melindungi,
memproses, menghantar, melihat dan mengambil maklumat tanpa dibatasi oleh masa dan
tempat. Teknologi juga banyak membantu proses penerbitan dalam menerbitkan sesuatu
karya. Terdapat empat impak inovasi Teknologi Maklumat dan komunikasi (ICT) terhadap
strategi penerbitan.

Pengaruh (ICT) dalam promosi penerbitan pertama dapat membentuk masyarakat yang
peka dengan keadaan semasa. Dalam kehidupan sosial yang terus mengikuti tren
perkembangan, penggunaan teknologi media massa memainkan peranan penting dalam
merealisasikan impian kehidupan yang lebih moden dan maju dalam masyarakat. Seperti
yang kita semua ketahui, proses penerbitan melalui media massa adalah penyebar utama
saluran maklumat di Malaysia. Kewujudan teknologi maklumat membuktikan
kepentingannya sebagai saluran maklumat yang maju. Internet digunakan secara meluas
kerana dapat memberikan maklumat dengan cepat dan ringkas, walaupun maklumat tersebut
belum disahkan. Selain itu, maklumat juga dapat diperoleh melalui cabang media massa lain
seperti televisyen, radio, surat khabar, dan majalah.

Media massa memberikan banyak perkembangan dan maklumat untuk masyarakat,


terutamanya maklumat yang berkaitan dengan urusan semasa dan berita dalam dan luar
negara. Media juga bermanfaat untuk perkembangan pendidikan masa kini. Tetapi pada masa
yang sama, media massa juga boleh menyebabkan kesan negatif. Sebagai contoh, salah satu
sebab keruntuhan moral anak muda hari ini adalah bahan dan program media massa yang
dipaparkan di negara ini. Peranan media dalam pengetahuan sosial juga dapat dijadikan
rujukan masyarakat. Masyarakat yang prihatin terhadap maklumat yang berkaitan dengan
pelbagai aspek boleh merujuk kepada media massa untuk mendapatkan maklumat ini.
Sebagai contoh, orang ingin belajar lebih banyak mengenai gaya hidup sihat . Oleh itu, mereka
dapat melayari Internet dan mencari maklumat mengenai gaya hidup sihat untuk menolong
mereka mengamalkan gaya hidup sihat ini. Selain itu, mereka juga dapat mencari maklumat
melalui media cetak (seperti majalah kesihatan di majalah kesihatan dan sisipan surat khabar).
Merujuk kepada keadaan semasa di mana masyarakat mempunyai kesan yang lebih besar
terhadap penjualan produk kesihatan melalui media elektronik.

Masyarakat lebih terpengaruh dengan penjualan produk melalui internet seperti di dalam
‘facebook’ berbanding bahan media cetak yang dijual di pasaran, oleh sebab itu, berlakunya
pengurangan akhbar secara bercetak dalam proses penerbitan. Shahrul Nazmi Sannusi dan
Normah Mustaffa (2015) telah melaporkan bahawa Tan SriHashim Makaruddin, Pengerusi
Eksekutif Utusan Melayu (M) Berhad pernah mengakui reality ketika ini adalah penerbit
media bercetak menghadapi saingan yang kuat daripada mediabaharu dalam mendapatkan
perhatian pembaca. Beliau juga mengakui bahawa pembaca lebihmenerima media baharu
yang ditawarkan melalui internet dan telefon bimbit berbandingmajalah dan akhbar keluaran
Kumpulan Utusan. Kajian yang dijalankan oleh Shahrul Nazmi Sannusi dan Normah
Mustaffa (2015) telah merumuskan bahawa secara purata, terdapat penurunan dalam sirkulasi
akhbar bercetak diantara 10 hingga 33 peratus apabila dilihat dari data trend sirkulasi akhbar
yang dikumpulkan pada tahun 2013 dan 2014. Kajian itu juga mendapati bahawa akhbar
Harian Metro mencatatkejatuhan yang tinggi iaitu sebanyak 25 peratus menjadi 342,689
naskhah sehari. (academia).

Impak yang seterusnya adalah dapat menyedarkan masyarakat terhadap isu – isu semasa
seperti perpaduan , politik dan sebagainya. Media berperanan dalam proses demokrasi kerana
ia berfungsi memudahkan masyarakat untuk mengakses pelbagai informasi dan data tanpa
sekatan. Menerusi internet, masyarakat dapat mengetahui pelbagai maklumat yang berbeza
dengan media tradisional dari segi skop liputan, fokus, ketelusan, motif, penyampaian dan
kedalaman. Malah, menerusi internet juga, masyarakat boleh mendapatkan apa saja
maklumat yang diingini tanpa sekatan. Selain itu, media adalah medium yang paling
berpotensi dalam memupuk proses demokrasi kerana elemen kepantasan yang ada padanya.
Sebagaimana yang diketahui, internet adalah jaringan komunikasi maya yang menyalurkan
pelbagai maklumat dengan pantas. Oleh itu, tidak menghairankan apabila internet sentiasa
mendahului media tradisional dalam memaparkan sesuatu isu. Selain itu, internet yang bebas
dari penguasaan sesiapa dimanfaatkan untuk menyebarkan maklumat yang tepat tentang isu
yang berlaku. Dalam konteks politik, pemaparan maklumat yang tepat tanpa ‘bias’ kepada
mana-mana parti politik adalah elemen demokrasi yang penting untuk dicapai. Pada
umumnya media baru adalah medium yang lebih baik untuk proses demokrasi berbanding
media massa tradisional. Namun begitu, media massa tidak seharusnya dipersalahkan secara
total kerana penguatkuasaan undang-undang juga menjadi penyebab utama kegagalan mereka
dalam proses demokrasi. Dalam masa yang sama, kebebasan menggunakan internet pula
boleh menjadi ancaman kerana ia terdedah kepada penyalahugunaan untuk kepentingan
peribadi dan pihak tertentu.

Dalam konteks penrbitan pula, teknologi pada masa kini membuka mata rakyat dalam
mengadakan dua proses percetakan iaitu secaravmedia bercetak dan secara atas talian iaitu e-
book. dengan kemajuan teknologi, hari ini, e-buku telah wujud bersama-sama dengan buku
bercetak sebagai alternatif kepada pembaca di dalam pasaran. Untuk penerbit, dari segi
teorinya, kuwujudan e-buku dilihat memberi kelebihan kepada mereka kerana beberapa kos
seperti kos yang berkaitan dengan cetakan, stor penyimpanan, termasuk kos pengedaran tidak
lagi perlu difikirkan oleh mereka. Menurut Lieber and Syverson (2012), apabila Amazon
memulakan perniagaan penjualan buku menerusi dalam talian, keadaan tersebut memberikan
‘competitive advantages’ kepada mereka berbanding penjualan buku secara konvensional –
‘brick-and-mortar’.

Menurut beliau, menjual secara dalam talian memberikan kelebihan kepada mereka dari
segi mereka mampu untuk menawarkan tajuk yang pelbagai kepada pelanggan tanpa perlu
bimbang tentang stok dan juga memudahkan pelanggan untuk mencari dan mendapatkan
maklumat dengan lebih lanjut lagi berkenaan dengan buku-buku yang mereka minati. Dengan
semua kelebihan tersebut, Amazon berjaya mengurangkan beberapa kos operasi dalam
perniagaan mereka, terutamanya kos yang berkaitan dengan inventori, penyimpanan stok,
termasuk kos pekerja (Lieber & Syverson, 2012). Ini apa yang dilakukan oleh kedai buku
besar di Amerika Syarikat, Barnes & Noble. Melihat kepada persaingan yang dibawa oleh
Amazon, mereka telah melakukan beberapa perancangan strategik untuk kekal relevan dan
kompetitif di dalam pasaran.

Antara strategi yang dilakukan oleh mereka ialah dengan menubuhkan Barnes &
Noble.com, iaitu sebuah portal yang menawarkan pembelian buku bercetak dan e-buku
secara dalam talian, dan juga menawarkan platform untuk e-buku yang dikenali sebagai
NOOK Books, termasuk menawarkan perkhidmatan ‘print-on-demand’ (Ghemawat, 2006;
Hetherington, 2014). Kajian yang dilakukan oleh Ghemawat (2006) menyatakan bahawa
Barnes & Noble mula secara aktif melabur dalam hal-hal yang berkaitan dengan teknologi
sekitar lewat 1990-an dengan anggaran pelaburan melebihi ratusan juta Dolar, terutamanya
dalam fasiliti yang berkaitan dengan perkhidmatan ‘print-on-demand’ dan e-buku. Pada masa
yang sama, untuk mengekalkan teras perniagaan mereka, iaitu penjualan buku, antara strategi
yang dilakukan oleh mereka termasuk meletakkan barang-barang bukan buku di ruang-ruang
yang ada dalam kedai-kedai buku mereka, seperti peralatan mainan dan juga peralatan tulisan
dan sokongan pembelajaran (Hetherington, 2014). pasaran e-buku di Malaysia masih berada
dalam keadaan yang tidak memberangsangkan dan tidak meningkat seperti yang mereka
jangkakan.

Sehingga tahun 2015, kedudukan pasaran e-buku di Malaysia masih lagi sangat rendah
jika dibandingkan dengan buku bercetak (Tan, 2015c) walaupun terdapat pemain besar,
GooglePlay, sudah memasuki pasaran Malaysia. Dari segi statistik pengeluaran buku di
Malaysia yang dikeluarkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) berdasarkan
maklumat buku yang dihantar di bawah Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan 1986,
producktiviti buku berbentuk digital masih lagi berada pada paras yang sangat rendah jika
dibandingkan dengan buku bercetak. Pada tahun 2015, daripada 15, 354 judul buku yang
diterima di bawah akta tersebut oleh PNM, e-buku hanya menyumbang sekitar 156 judul
sahaja yang mana jumlahnya tidak sampai satu peratus daripada jumlah keseluruhan judul
yang direkodkan. Walaupun, jumlah e-isbn yang dikeluarkan direkodkan sedikit tinggi
berbanding jumlah yang diterima di bawah Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan 1986, iaitu
sebanyak 1,578 e-isbn, tetapi jumlahnya masih lagi kecil.

Selain itu, inovasi (ICT) mampu meluaskan pandangan masyarakat daripada pelbagai
maklumat melalui pelbagai sumber sama ada dari dalam atau luar negara. Sebagai contoh,
Setelah akhbar The Star mewujudkan kadungan digital melalui akhbar digitalnya
padapertengahan tahun 1990an (Faridah Ibrahim 2011), semua media bercetak arus perdana
kinimempunyai edisi digital masing-masing. Istilah-istilah baharu seperti “trending” dan
“viral” kini menjadi sasaran penggiat media dengan penumpuan diberikan kepada sumber-
sumberberita melalui media sosial.Shankar Chelluri & Kiranjit Kaur (2014) menulis bahawa
berita kematian penyanyi terkenalWhitney Houston mula-mula “viral” di Twitter, dan selepas
itu barulah diambil oleh agensi berita, stesen televisyen dan akhirnya oleh media bercetak.
Jennifer Alejandro (2010) menulisbahawa bermula tahun 2009, agensi berita antarabangsa
seperti New York Times, Sky Newsdan British Broadcasting Corporation (BBC) telah
menumpukan sumber dengan lebih serius kepada media sosial seperti Twitter sebagai satu
saluran berita dan interaksi dengan pembacadan pelanggan mereka.

Akhir sekali, melalui peningkatan teknologi ia memberi satu pendedahan kepada


masyarakat terhadap maklumat baru. Sebagai contoh di Malaysia telah munculnya penerbit
kecil iaitu penerbit “indie”. Di Malaysia, suasana penerbitan buku alternatif ‘indie’ mula
dikenali sekitar tahun 2010 dan 2011 dengan munculnya penerbit-penerbit buku kecil seperti
Fixi, Lejen Press, Merpati Jingga dan Dubook Press di dalam industri. Walaupun sebelum itu
terdapat beberapa penerbit lain, yang boleh dikategorikan sebagai ‘indie’, seperti Silverfish
Books dan Gerakbudaya/SIRD, namun, mereka tidak begitu popular seperti penerbit-penerbit
‘indie’ yang muncul sekitar 2010 dan 2011 (Tan, 2015b). Apa yang lainnya penerbit-penerbit
ini berbanding dengan penerbit-penerbit yang sudah berada dalam pasaran ketika itu ialah
buku-buku yang mereka tawarkan mempunyai topik yang berlainan dengan topik-topik
kebiasaan yang ada di dalam pasaran. Sebelum ini, pasaran buku di Malaysia, untuk bacaan
santai atau keseronokan, lebih dipelopori oleh novel-novel yang berunsurkan percintaan dan
juga buku-buku agama.

Namun, kemunculan penerbit-penerbit ‘indie’ ini telah membawa pembaharuan ke dalam


pasaran buku dengan menawarkan buku-buku yang lebih serius dan khusus dalam topik yang
pelbagai, termasuk isu-isu yang berkaitan dengan agama, hak asasi, dan isu-isu semasa dan
kritikal (Tan, 2015a). Kewujudan penerbit-penerbit ‘indie’ ini dilihat telah menjadikan fokus
industri berubah daripada berpaksikan kepada ‘mass products’ kepada pasaran khusus.
Dengan gaya, kreativiti dan persembahan yang menarik serta mengikut perkembangan trend
orang muda, mereka menarik minat pembaca untuk membeli buku-buku mereka.
Perkembangan ini telah mewujudkan suasana perbukuan yang lebih pesat di dalam negara
yang menyaksikan peningkatan yang agak memberangsangkan dari segi minat membaca
dalam kalangan orang muda (Tan, 2015a). Melihat kepada potensi yang ada, beberapa
penerbit besar dan sedia ada dilihat turut mengembangkan perniagaan mereka dengan
memasuki pasaran penerbitan buku ‘indie’ ini. Sebagai contoh, ada yang mewujudkan
‘imprint’ baru yang memberi fokus kepada buku-buku untuk pasaran tersebut dengan
menggunakan pendekatan yang sama seperti yang dilakukan oleh penerbit-penerbit ‘indie’
sedia ada.

https://www.researchgate.net/publication/279197893_Integrasi_Teknologi_Maklumat_dan_K
omunikasi_dalam_Pendidikan

https://www.academia.edu/34854887/IMPAK_PERKEMBANGAN_TEKNOLOGI_MEDIA
_KE_ATAS_PENERBITAN_MEDIA_CETAK_DI_MALAYSIA

file:///C:/Users/hp/Downloads/5711-325-12720-1-10-20170821.pdf
2.  EMPAT (4) proses aktiviti-aktiviti utama yang perlu dikuasai oleh penerbit kendiri
(self publisher) sebagai persediaan menceburi keusahawanan penerbitan.

“Self publisher” merupakan satu proses penerbitan untuk mengatur dan membayar
buku kita sendiri untuk diterbitkan, yang mana ianya tidak dilakukan oleh penerbit
tapi dilakukan secara sendiri. Self publishing menjadi frasa yang tular dalam sektor
penerbitan kerana ia merupakan tindakan yang berani dalam menghasilkan karya
sendiri. Terdapat empat proses aktiviti-aktiviti utama yang perlu dikuasai sebagai
penerbit kendiri.
Aktiviti pertama adalah proses editorial, ianya adalah proses permulaan bagi
penulis dalam mengarang dan menulis karya mereka. Proses ini sebagai tempat untuk
mnegumpul bahan mentah untuk dijadikan manuskrip. Pembinaan judul dan
perancangan penerbitan juga bermula pada bahagian ini. Selesai karya ditulis,
manuskrip tersebut akan disemak oleh penyunting atau editor. Mereka akan meneliti
kembali dari sudut isi, ejaan , tatabahasa , sekiranya ada kesalahan dan memerlukan
pembetulan. Gaya penulisan juga turut diteliti di sudut editorial sekiranya kualiti
pengarangan terlalu teruk, maka manuskrip tersebut perlu ditulis semula. Menurut
(http://studentsrepo.um.edu.my/215/2/BAB1.pdf), jabatan editorial dalam pengurusan
penerbitan bukan sahaja perlu bijak menangani masalah-masalah dalam proses
penerbitan seperti pengurusan penulis, editor juga perlu menacri idea-idea baru dalam
penerbitan . Pengurusan yang bijak juga dapat menangani masalah kelewatan
penerbitan dari jadual yang telah ditetapkan. Dari sudut penulis kendiri pula, perlu
sentiasa peka pada tarikh-tarikh yang telah ditetapkan untuk menyipakan penulisan
tersebut. Tutur dinyatakan, oleh Huenefeld penerbitan buku melibatkan tujuh perkara
yang jelas. Kerja antara lainnya juga turut menekankan pengurusan dan editorial, iaitu
pengurusan, perkembangan editorial, pemasaran, pengeluaran , fulfillment ,
pentadbiran, kewangan dan pentadbiran kemudahan . Menurut beliau, kesudahan
keberkesanan mana-mana program pernerbitan bergantung sejauh mana tujuh fungsi
tersebut berinteraksi, saling membantu dan saling bersaing.
Seterusnya adalah proses produksi ataupun proses perekaan, pada proses ini,
manuskrip yang telah selesai disemak , akan dihantar pada pereka rekaan buku. Editor
dan pereka buku akan berbincang untuk menetapkan konsep buku. Sekiranya
mempunyai gambar atau ilustrasi , ia akan dimasukkan pada peringkat ini. Reka
bentuk dan susun atur huruf merupakan elemen penting dalam penerbitan secara
professional. Tugas ini dikenali sebagai desktop publishing (DTP) sebelum
munculnya zaman teknologi digital proses ini sangat kritikal , namun kini tugas ini
menjadi mudah denagn adanya perisian DTP seperti Adobe Indesign dan Microsoft
Publisher dan seorang artis DTP. Sesebuah karya tersebut dapat disusun menjadi
sesuatu bahan penerbitan menggunakan sebuah computer. Setiap jenis buku
mempunyai rekaan yang berbeza sebagi contoh buku kanak-kanak dipenuhi dengan
gambar kartun dan warna yang terang, manakala buku bacaan orang dewasa pula
diperincikan pada tulisan , muka hadapan buku tersebut dan pilihan warna yang
mnarik perhatian. Selesai proses DTP, manuskrip contoh atau lebih gemar diesbut
debagai dummy dalam penerbitan akan melalui proses Pruf Reading yang dibuat oleh
pembaca pruf untuk menyemak ejaan dan ayat dari baris demi baris, kemudian akan
dihantar kembali kepada DTP Artist untuk pembetulan. Proses ini kebiasaan dibuat
sebanyak tiga kali dan setelah itu ia akan dihantar ke Percetakan untuk dijadikan
sebuah buku.
Kemudian, beralih ke proses percetakan, pencetak akan mencetak buku
mengikut spesifikasi yang telah ditentukan oleh penerbit seperti saiz buku, ketebalan
buku, jenis kertas , dan jumlah naskhah yang perlu dicetak. Harga sebuah buku
ditentukan oleh kos mencetak , maka penerbit haruslah berhati- hati menentukan
spesifikasi buku, tambahan pula bagi penebit kendiri segalnya adalah daripada
tanggungan sendiri. Tidak semua syarikat penerbitan mempunyai kilang percetakan,
jadi perlu “outsource” dan ia melibatkan sejumlah kos. Selepas pihak penerbit
memilih syarikat percetakan, mereka akn menghantar salinan reka letak dan atur huruf
dalam bentuk “softcopy” sama ada disimpan pada CD atau email kepada syarikat
percetakan. Kemudian, akan bemula proses percetakan. Dunia percetakan bergerak
seiring dengan penerbitan, namun teknologi kedua-duanya berbeza malah perniagaan
percetakan lebih menguntungkan. Pada proses percetakan, sekiranya buku tersebut
mengandungi gambar dan ilustrasi maka ianya akan mengambil ,asa yang agak lama,
namun jika naskhah tersebut keseluruhannya adalah tekas dan gambar hitam putih
maka proses percetaknnya akan lebih cepat. Selesai cetak, ia akan melalui proses
“folding” atau melipat dan disusun mengikut seksyen agar nombor mukasurat
mebikut turutan. Unutk proses muka hadapan buku atau majalah, dilakukan seperti
proses mencetak isi buku namun proses penyelesaian berbeza. Biasanya akan
dilakukan kemasan kuli buku glossy dan hot stamping yang mana kedua-dua tersebut
melibatkan kos dan proses yang berbeza. Selesai proses mencetak , isi bersama kulit
tersebut akan melaui proses penjilidan (binding) . Buku yang siap dicetak akn
dihantar semula kepada penerbit beserta invois.
Akhir sekali, adalah proses pemasaran, buku – buku yang telah siap dicetak
mestilah perlu dipasarkan. Buku- buku ini boleh dipasarkan dengan banyak cara, Oleh
itu penerbit haruslah peka dengan keadaan trend pemasarahn buku pada masa
sekarang. Tidak semua buku sesuai diletakkan di kedai buku, contohnya ada buku
yang hanya sesuai dijual secara terus ke perpustakaan dan sekolah. Pada masa kini,
semakin ramai penerbit memasarkan buku mereka melalui laman web , pemasaran
buku secara dalam talian ini semakin popular kerana dapat menembusi pasaran
antarabangsa tanpa had sempadan. Ada juga dalam kalangan penerbit yang
mengedarkan katalog kepada pembaca , pembaca boleh memesan buku mereka
melalui pos. Selain tu, jualan buku juga boleh dibuat semasa ekspo atau pesta buku
yang diadakan dari semasa ke semasa yang dianjurkan oleh pihak tertentu. Seperti
mana produk – produk lain , aspek paling penting yang tidak boleh dipandang remeh
oleh penerbit adalah rpomosi. Kebanyakan penerbit berpendapat , promosi merupakan
aspek terpeting dalam proses penerbitan. Promosi juga pelru dilakukan secara tetap
dan berterusan , bukan hanya dilakukan untuk satu atau dua hari shaaja. Oleh sebab
itu, tidak hairan apabila dilihat penerbit barat sanggup berbelanja habis-habisan hanya
untuk mempromosikan karya mereka.

Anda mungkin juga menyukai