Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA

PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM


SEKOLAH KEBANGSAAN SULTAN YUSSUF

1. PENDAHULUAN

Perkhemahan adalah salah satu aktiviti kokurikulum yang dianjurkan oleh Unit
Kokurikulum, Sekolah Kebangsaan Sultan Yussuf, Batu Gajah. Program ini disertai
oleh murid menjadi ahli yang terpilih daripada ahli Pengakap, ahli Tunas Kadet
Remaja Sekolah dan ahli PBSM, Sekolah Kebangsaan Sultan Yussuf. Aktiviti ini
dilaksanakan selaras dengan kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia yang
ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani melalui penyertaan dalam bidang kokurikulum. Seseorang murid itu wajib
menyertai aktiviti kokurikulum untuk menyeimbangkan tahap sosial mereka dalam
melangkah ke alam kehidupan yang lebih mencabar. Pengalaman yang ditimba
melalui aktiviti perkhemahan ini bakal diaplikasikan oleh mereka apabila menempuhi
alam kedewasaan kelak.

2. MATLAMAT

Matlamat program ini adalah untuk memberi pendekatan berkaitan kepimpinan


disiplin yang perlu ada dalam setiap murid. Ia bertujuan untuk meningkatkan
keyakinan diri serta menguji ketahanan fizikal dan mental setiap murid. Pelbagai
aktiviti disusun dalam program ini agar sifat kepimpinan dalam diri murid dapat
ditonjolkan dan dapat diaplikasi dalam menempuhi cabaran yang mendatang.
Program ini juga diselitkan dengan aktiviti kerohanian untuk membina keyakinan diri
dan mengukuhkan kerohanian agar dapat membentuk modal insan yang seimbang
selaras dengan pembangunan negara yang mampan.
3. OBJEKTIF

3.1 Memberi peluang kepada ahli Pengakap merasai pengalaman dalam

menyertai program kepimpinan.

3.2 Menilai kemahiran ilmu perkhemahan yang dipelajari oleh murid.

3.3 Memberi pengiktirafan ahli yang berjaya dalam ujian dan pertandingan.

3.4 Melahirkan murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi,rohani,intelek dan

sosial.

4. KUMPULAN SASARAN

4.1 Ahli Pengakap kanak-kanak tahun 4, 5 dan 6 yang telah menyiapkan buku log

dengan sempurna.

4.2 Jumlah peserta adalah 50 orang sahaja.

4.3 Jumlah fasilitator adalah 6 orang.

5. CADANGAN TARIKH

5.1 Tarikh yang dicadangkan adalah pada 22 hingga 23 September 2023

5.2 Selama 2 hari 1 malam.

6. TEMPAT

6.1 Padang sekolah dan dewan terbuka.

7. PERASMIAN PENUTUP

7.1 Guru Besar SK. Sultan Yussuf.


8. JAWATANKUASA

TUGAS NAMA

Guru Besar
Pengerusi
Tn Hj Mohd Fadli B. Hj Abu Bakar

Nain Pengerusi 1 Penolong Kanan Kokurikulum


En.Muhammad Shaiful Hijat Bin Baharum

Penolong Kanan Pentadbiran


Naib Pengerusi 2
Pn. Seniyati @ Rahayah Binti Daeng

Penolong Kanan Hem


Naib Pengerusi 3
En. Muhammad Basri B. Abu Shahrim

Naib Pengerusi 4 Penolong Kanan P.Khas


En. Muhammad Adam B. Abdullah
Setiausaha Pn. Hafizah Bt Shukor

Bendahari Pn. Nurul Ainun Bt Esamuddin

Ketua Kem En. Noryzam Bin Osman

Pendaftaran Pn. Noor Akmar Bt Zainal Mokhtar

Penginapan Pn. Rafqah Binti Bahazan

Makanan Pn. Nursakinah Bt Ramli

Alatan En. Masri Azar B. Ibrahim

Perasmian Penutupan En.Mohd Shahrom Bin Abd. Munir

En. Ehsan Fahmy B. Azmee


Fasilitator / Pn Nordalila Binti Hassan
Guru Pembimbing Pn. Siti Norfadzilah Bt Awang
Pn. Norziatul Bt Othman
Cik Geetha A/P Ramachandran
Pn. Noor Maslinda Bt Sinsi
9. PERBELANJAAN

BIL PERKARA NILAI JUMLAH

1 Makan Sarapan pagi RM150.00


RM3.00 x 1 kali x 50 orang

Makan tengahari
RM7.00 x 1 kali x 50 orang RM350.00

Makan malam
RM350.00
RM7.00 x 1 kali x 50 orang

Minum pagi RM100.00


RM2.00 x 1 kali x 50 orang

Supper RM100.00
RM2.00 x 1 kali x 50 orang

2 Lencana RM7.00 x 50 orang x 3 lencana RM1050.00

3 Banner RM150.00 RM150.00

4. Sijil 1 rim x rm 70.00 RM 70.00

5. Peti kecemasan 2 x rm 100 RM 200.00

6. Khemah Rm 300 x 3 unit RM 900.00

JUMLAH RM3,420.00
10. TENTATIF

TARIKH MASA AKTIVITI

22.9.2023 3.30 petang Pendaftaran

(Jumaat) 4.00 petang Taklimat ketua kem

4.30 petang Mendirikan khemah

5.30 petang Persiapan diri

6.30 petang Makan malam

7.30 malam Solat maghrib

Tazkirah

Solat isyak

9.00 malam Ujian objektif lencana keris


gangsa

Supper
10.00 malam
Tidur
10.30 malam

23.8.2023 5.30 pagi Persiapan diri

(Sabtu) 6.00 pagi Solat subuh

Tazkirah

7.00 pagi Sarapan pagi

7.30 pagi Persiapan untuk aktiviti

Laung agong
8.00 pagi
Aktiviti kawad kaki
8.30 pagi
Pertolongan cemas
9.30 pagi Rehat / minum pagi

9.45 pagi Lencana kegemaran

basikal

11.00 pagi Mengemas barang

11.30 pagi Majlis penutupan

12.00 tengahari Makan tengahari bersurai

11. PENUTUP

Diharap agar apa yang dirancang dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan.
Semoga segala ilmu dan pelajaran yang telah disampaikan di dalam aktiviti
perkhemahan ini akan dipraktikkan dalam kehidupan seharian murid demi untuk
melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

….………………………………. ………………………………………………
(MASRI AZAR BIN IBARAHIM) (MOHD SHAIFUL HIJAT BIN BAHARUM)
Guru Penasihat Pengakap, Penolong Kanan Kokurikulum,
SK Sultan Yussuf, Batu Gajah SK Sultan Yussuf, Batu Gajah,
Perak. Perak.

Disahkan oleh :

….………………………………….
( )

Anda mungkin juga menyukai