Anda di halaman 1dari 5

KERTAS CADANGAN

WORLD CLEAN UP DAY 2022 :


SUKARELAWAN PEMBERSIHAN DI PADANG
KERIA, PERSISIRAN KUALA PERLIS

Pusat Pengurusan Tenaga dan Kampus Lestari


(COSCEM)
Universiti Malaysia Perlis

dan

Solid Waste Corporation (SWCorp)


1.0 PENGENALAN

Sebagai langkah untuk menjaga kebersihan alam sekitar, Pusat Pengurusan


Tenaga dan Kampus Lestari bersetuju untuk menyertai World Clean Up Day
2022 anjuran SWCorp dengan melibatkan pelajar serta staf UniMAP.
Program ini akan diadakan di persisiran pantai Kuala Perlis pada 24hb
September 2022. Dengan inisiatif ini, diharap ia dapat diteruskan dan
dijadikan satu budaya hidup iaitu menjaga kebersihan pantai secara amnya
dan alam sekitar secara khususnya.

2.0 NAMA PROGRAM


World Clean Up day 2022 : Sukarelawan Pembersihan di Padang Keria,
Pesisiran Pantai Kuala Perlis

3.0 OBJEKTIF

3.1 Memupuk sifat bertanggungjawab dalam menjaga kebersihan dan


persekitaran di kalangan warga pelajar serta staf UniMAP.

3.2 Memupuk serta meningkatkan tahap kesedaran akan kepentingan


pemeliharaan dan pemuliharaan perairan yang bersih dan selamat.

3.4 Mengkaji keberkesanan aktiviti sukarelawan pembersihan pesisiran


Kuala Perlis.

4.0 TARIKH

Tarikh yang dicadangkan ialah pada 24 September 2022

5.0 TEMPAT

Program ini akan dijalankan di Padang Keria, persisiran pantai Kuala Perlis.

6.0 METODOLOGI

1. Aktiviti sukarelawan pembersihan pantai dilaksanakan bersempena dengan


World Clean Up Day 2022.
2. Pengumpulan data sisa hasil pembersihan di pesisiran Kuala Perlis.

7.0 PESERTA

Peserta adalah seramai 40 orang terdiri daripada pelajar dan staf UniMAP.

8.0 ATURCARA PROGRAM

Seperti di Lampiran 1.

9.0 BAJET PROGRAM

Seperti di Lampiran 2

Beberapa langkah penjimatan akan dilaksanakan bagi program ini.


Contohnya sarung tangan, penyepit sampah, bunting akan di kumpulkan
semula untuk kegunaan program seumpama di masa akan datang.

10.0 PENUTUP

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

Cik Norren Shariza Mohamed Mokhtar PM Ts. Dr. Irnis Azura Zakarya
Peg. Tadbir Kanan Pengarah
Pusat Pengurusan Tenaga Pusat Pengurusan Tenaga dan
dan Kampus Lestari Kampus Lestari

12 Ogos 2022 12 Ogos 2022

Diharapkan program ini akan dapat mencapai objektifnya selain menyertai


program World Clean Up Day 2022 anjuran SWCorp, ia juga memupuk
kesedaran mengenai pentingnya mempunyai persekitaran yang bersih dan
mewujudkan budaya menjaga dan melindungi alam sekitar.
Lampiran 1

ATUR CARA PROGRAM

7.00 pagi - Peserta berhimpun untuk menaiki bas UniMAP.


Sarapan disediakan.

7.45 pagi - Ketibaan peserta

8.00 pagi - Kata-kata aluan serta taklimat oleh ketua kumpulan

8.30 pagi - Program bermula

10.30 pagi - Audit sampah/sisa.

11.00 pagi - Edaran makan tengah hari.


- Program Tamat
Lampiran 2

BAJET PROGRAM

Item Kuantiti Harga Seunit (RM) Harga (RM)

Sarapan 40 5.00 200.00

Makanan tengahari 40 10.00 400.00

Plastik Sampah Tebal 5 peket (10 keping) 8.00 40.00

Sarung tangan 3 pack / 12 pairs 8.00 24.00


per pack

Pengepit sampah 20 10.00 200.00

Bunting 1 100.00 100.00

Kontigensi - - 200.00

JUMLAH (RM) 1164 .00

JUMLAH KESELURUHAN : RM 1164.00 (SERIBU SERATUS ENAM PULUH EMPAT)

Anda mungkin juga menyukai