Anda di halaman 1dari 6

[LAPORAN PROGRAM BUDI PENYAYANG DI FELDA TAIB

6 Julai, 2014 ANDAK, KULAIJAYA]

Laporan Program Budi Penyayang

"Transformasi Persekitaran Lestari Felda Taib Andak"

FELDA TAIB ANDAK, KULAIJAYA, JOHOR DARUL TAK'ZIM

20 hingga 22 Jun 2014

Pengenalan

Program Budi Penyayang "Transformasi Persekitaran Lestari Felda Taib Andak" telah diadakan pada
20 hingga 22 Jun 2014 bertempat di Felda Taib Andak, Kulaijaya, Johor. Program bermatlamatkan
mempertingkatkan kualiti persekitaran masyarakat Felda Taib Andak khususnya di kawasan Pekan
Felda Taib Andak. Program ini berkonsepkan khidmat masyarakat. Program telah membawa
mahasiswa seramai 30 orang daripada Kursus Budi Penyayang, Pusat Kursus Umum dan Kokurikulum
serta 22 orang daripada Kolej Tuanku Conselor telah mengambil bahagian. Program ini
dikordinasikan oleh seorang Pensyarah dan seorang Pembantu Teknikal.

Kandungan Program

Keseluruhan Program melibatkan Mahasiswa dan staf UTM serta Masyarakat Kampung Felda Taib
Andak yang juga diwakili oleh Kelab "Low Carbon Society" Felda Taib Andak. Diantara acara program
yang telah diatur adalah Program Bersama Keluarga Angkat - Mahasiswa dan Masyarakat Kampung,
Forum Perdana Islam bertemakan Persekitaran Lestari - Masyarakat Bestari, Senaman Sekampung,
Program Motivasi Sekolah Rendah, Malam Seni dan Kebudayaan, Gotong Royong Perdana dan
Pembangunan Laman Persiaran Warung serta Majlis Perasmian dan Penutup. Program Perasmian
dan Penutup serta Pelancaran Projek Laman Persiaran Warung telah diadakan pada 22 Jun 2014
bertempat di Dewan Orang Ramai Felda Taib Andak. Acara yang berlangsung pada jam 2:30 petang
tersebut telah dihadiri dan dirasmikan oleh ADUN Bukit Permai, Yang Berhormat Saudara Ali Mazat.
Selain itu, pihak UTM diwakili oleh Prof. Madya Dr. Abdullah Sani dan Pihak FELDA pula diwakili oleh
Tuan Hj. Ismail Samingin, Pengarah Besar FELDA Wilayah Johor Bahru. Turut serta adalah En Zulkifli,
Akitek Landskap Negeri Johor. Tetamu tetamu yang hadir juga adalah Pensyarah dan Staf Pelaksana
UTM, Masyarakat Kampung dan juga Mahasiswa.

1
[LAPORAN PROGRAM BUDI PENYAYANG DI FELDA TAIB
6 Julai, 2014 ANDAK, KULAIJAYA]

Keseluruhan Program ini telah berjalan dengan amat baik dan lancar. Impak daripada Program ini
telah memberikan pendedahan kepada Mahasiswa UTM didalam menjalani kehidupan bersama
masyarakat FELDA Taib Andak serta membina nilai jati diri bersama masyarakat. Sumbangan
Mahasiswa juga khususnya didalam aktiviti gotong royong telah menjadikan persekitaran Kampung
yang lebih baik, bersih dan indah. Program Motivasi yang telah dijalankan di Sek. Ren. Keb. Felda
Taib Andak pada 21 Jun 2014 telah berjaya memberikan satu inspirasi kepada peserta yang terdiri
daripada pelajar tahun 4 dan tahun 5 untuk berjaya didalam bidang akademik masing masing serta
menanamkan semangat cintakan ilmu yang mendalam.

Program Pembangunan Pekan Felda Taib Andak telah memberi peluang kepaa Mahasiswa mengasah
bakat masing masing didalam bidang senireka landskap serta mengimplimentasikan pembelajaran di
universiti kepada sumbangan masyarakat. Diantara tugasan mahasiswa adalah acara penanaman
pokok, mengecat struktur landskap serta pengemasan tapak bagi acara Pelancaran Pembangunan
Laman Warung Felda Taib Andak.Program Malam Seni dan Budaya yang dikenali sebagai Malam
Semarak Kasih pula bersifat santai telah mengeratkan lagi perhubungan mahasiswa dan masyarakat
selain ianya juga memberikan peluang kepada mahasiswa menonjolkan bakat bakat seni masing
masing seperti persembahan nyanyai kior IM4U dan Lakonan bertemakan Kesedaran Mencintai Ibu
Bapa. Pihak Masyarakat kampung juga telah mengambil bahagian didalam acara ini seperti kior
daripada pihak JPB FELDA, Persembahan RELA dan nyanyian individu.

Tapak Warung Sebelum Pembangunan Tapak Warung Selepas Pembangunan

Kesimpulan

Secara keseluruhannya Program Budi Penyayang yang bertemakan "Transformasi Persekitaran


Lestari - Low Carbon Society" telah berjaya mencapai matlamatnya. Program selama 3 hari tersebut
juga telah membawa mahasiswa dan staf UTM kepada aktiviti aktiviti pembangunan
kemasyarakatan di FELDA Taib Andak. Impak yang positif juga berhasil daripada penerimaan dan
penglibatan masyarakat didalam program ini. Persekitaran masyarakat yang telah dibangunkan
dengan lebih baik dan berkualiti akan meninggalkan impak yang positif didalam kehidupan
masyarakat seharian di FELDA Taib Andak. Penglibatan yang aktif mahasiswa Kelab Budi Penyayang
dan mahasiswa Kolej Tuanku Canselor menjadikan segala perancangan program dapat dilaksanakan
dengan amat baik.

2
[LAPORAN PROGRAM BUDI PENYAYANG DI FELDA TAIB
6 Julai, 2014 ANDAK, KULAIJAYA]

Gambar gambar Semasa Program

Program Penyerahan Keluaraga Angkat Program Penyerahan Keluaraga Angkat Mahasiswa


dan keluarga

Program Forum Perdana Hal Ehwal Islam di Masjid Program Gotong Royong Membangunkan
Jamek Nurussa' Dah FELDA Taib Andak Persekitaran Lestari dan Laman Persiaran Warung

Program Senaman Sekampung - Mewujudkan Program Mananam Pokok / Landskap dan


Masyarakat yang Sihat dan Ceria Menyiapkan Laman Persiaran Warung

3
[LAPORAN PROGRAM BUDI PENYAYANG DI FELDA TAIB
6 Julai, 2014 ANDAK, KULAIJAYA]

Program Gotong Royong Membangunkan Persekitaran Lestari dan Laman Persiaran Warung

Program Gotong Royong Membangunkan Persekitaran Lestari dan Laman Persiaran Warung

Landskap dan Laluan Berbasikal yang telah siap dan Dirasmikan oleh YB Saudara Ali MAzat, 4
ADUN Bukit Permai
[LAPORAN PROGRAM BUDI PENYAYANG DI FELDA TAIB
6 Julai, 2014 ANDAK, KULAIJAYA]

Acara Perasmian di Laman Persiaran Warung : Gambar keseluruhan Laman Persiaran Warung Fasa
Pembangunan bagi kemudahan OKU 1 yang telah disiapkan

Tarian Zapin oleh Masyarakat Tempatan sewaktu Persembahan oleh Mahasiswa, nyanyian kior lagu
Malam Semarak Kasih - Masyarakat dan Mahasiswa IM4U di Malam Semarak Kasih

Acara Menandatangani Banting oleh YB Ali Mazat, Tetamu Jemputan, Mahasiswa dan Masyarakat yang
ADUN Bukit Permai di Majlis Perasmian dan Penutup hadir sewaktu Majlis Perasmian dan Penutup
Program Program

5
[LAPORAN PROGRAM BUDI PENYAYANG DI FELDA TAIB
6 Julai, 2014 ANDAK, KULAIJAYA]

Laporan Pendapatan dan Perbelanjaan Kewangan Program

Pendapatan Perbelanjaan
Debit (RM) Kredit (RM)
1. Peruntukan Kelab Budi 3000 1. Tshirt Mahasiswa dan 1500
Penyayang Pusat Kursus printing
Umum dan Kokurikulum (Factory Uniform
Marketing)
2. Peruntukan dari pihak 1000 *belum 2. Catering Makan 1000
UCTC UTM diterima (Aisah A Bakar)
3. Stationery 111.60
(Rainbow Art)
4. 1 Rim Sijil Paper 35.60
(Rainbow)
5. 3 Disposable Bag 13.50
(Ternag Kurnia Sdn
Bhd)
6. Sourvenir 24.30
(UTM Sourvenir Shop)

7. Membekal Sarapa dan 250


Mineral Water
(Iddin Enterprise)
8. Hadiah Program 47.52
(Giant Hypermarket)
9. Bahan Program 22.40
Motivasi
(MYDIN)
10. Banting / Poster 50
(ADIN Trading)
11. Barang Landskap 1060
Perabut Landskap dan
Pokok (Nature at
Work)
Jumlah keseluruhan 4000.00 4114.92

Laporan disediakan oleh:

Dr Mohd Hisyam Rasidi


Pensyarah / Kordinator Kursus Budi Penyayang
Jabatan Senibina Landskap
Fakulti Alam Bina
b-hisham@utm.my / Talian: 07 5537362

Anda mungkin juga menyukai