Anda di halaman 1dari 8

MAHABBAH – KEUSAHAWANAN & KERJAYA

KERTAS CADANGAN
KARNIVAL MAHABBAH, KEUSAHAWANAN DAN KERJAYA 2022

1.0 PENGENALAN

Karnival Mahabbah Keusahawanan & Kerjaya adalah suatu program yang dirangka hasil
kerjasama antara Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Sungai Layar (PIBG) dan Masjid
al-Majidi. Selaras dengan fungsi sekolah dan masjid sebagai institusi yang menjadi tunjang kepada
masyarakat setempat, maka pelbagai aktiviti dirancang seperti bagi menggiatkan keterlibatan
masyarakat setempat khususnya program yang berbentuk keusahawanan dan kerjaya di samping
menggiatkan aktiviti kerohanian dalam masyarakat. Program ini secara langsung bertujuan menyemai
semangat ukhwah dalam kalangan masyarakat dan kepentingan berpegang teguh dengan nilai-nilai
moral sebagaimana yang dianjurkan di dalam agama.

2.0 RASIONAL

1. Masyarakat menaruh harapan yang amat tinggi berhubung peranan yang dimainkan oleh
sekolah dan masjid dalam mengetengahkan pelbagai aktiviti yang berfaedah khususnya yang
berkait dengan tuntutan fardu ain dan fardu kifayah.
2. Pentingnya setiap entiti di dalam masyarakat menjadikan sekolah dan masjid sebagai asas
penyatuan serta wadah yang holistik bagi membentik keperibadian dan sahsiah masyarakat.
3. Perlunya kempen keusahawanan dan kerjaya diketengahkan dalam masyarakat bagi
membantu anak-anak qariah mendapatkan informasi berhubung peluang pekerjaan yang
ditawarkan oleh agensi-agensi kerajaan dan pihak swasta.

3.0 OBJEKTIF

1. Mengeratkan hubungan dan perpaduan dalam kalangan masyarakat melalui penganjuran


program yang boleh menggalakkan penyertaan mereka dalam sektor ekonomi.
2. Mengumpul dana bagi mewujudkan sebuah mini stadium di sekolah anggaran harga RM
200,000.00 sebagaimana yang dirangka dan disusun oleh pentadbiran SK Sungai Layar
dan PIBG SKSL agar menjadikan sekolah sebagai pusat aktivitil sosial dan wadah
penyatuan masyarakat.
3. Mengumpul dana bagi pihak masjid bagi menyelesaikan tunggakan bayaran pembinaan
Dewan Masjid al-Majidi setelah tertangguh beberapa tahun dari tarikh yang sebenar
dengan baki tertunggak RM 300,000.00.
4.0 TARIKH / MASA PELAKSANAAN:
Tarikh : 12 November 2022
Hari : Sabtu
Waktu : 8.00 pagi – 5.00 petang
Tempat : SK Sungai Layar

5.0 ANJURAN & KERJASAMA

i. SK Sungai Layar/ PIBG


ii. Masjid al-Majidi

6.0 PENGELOLAAN AKTIVITI/ PROGRAM


1. Pengelola I: Sekolah Kebangsaan Sungai Layar

i. Hari Keusahawanan
ii. Pameran Kerjaya

2. Pengelola II: Masjid al-Majidi

i. Forum Perdana
ii. Fun Ride
iii.Sukaneka
iv.Perandingan masakan
6.0 JAWATANKUASA KERJA

PENAUNG
Jabatan Pendidikan Negeri Kedah
Majlis Agama Islam Negeri Kedah

PENASIHAT
Tuan Pegawai Daerah Kuala Muda Yan
Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Muda Yan
Pejabat Agama Daerah Kuala Muda

PENGERUSI
Ustaz Ashary
Tuan Imam Masjid al
Majidi

Baharuddin Mohamed Ibrahim


Guru Besar SK Sungai Layar

TIMBALAN PENGERUSI
Us. Md Zuki Ahmad (Masjid al-
Majidi) YDP PIBG SK Sungai Layar

Setiausaha
Muhamad Fadzli Bin Sudin
PK KOKURIKULUM SK Sungai Layar

Bendahari
Tn. Hj Yusuf Abdullah(Masjid al-Majidi)

Ketua Penyelaras/ Seranta


En. Izwan (Masjid al Majidi)

JK PERALATAN & PERSIAPAN TEMPAT


PIBG/SKSL

JK BUKU PROGRAM & MODUL


PIBG/ SKSL

FOTOGRAFI
PIBG/ SKSL

TRAFIK & LALU LINTAS


En. Akmal (Masjid al-Majidi)

JK SERANTA
En. Hairullah (Masjid al-Majidi)
7.0 PENYELARAS PROGRAM:

Aktiviti/Program Penganjuran Penyelaras Venue Sasaran/budget

1. Hari SKSL - PK Koku SKSL PIBG/ Food


Keusahawanan Truckers/ Peniaga

2. Pemeran SKSL - PK Hem Dataran Agensi2 Kerajaan/


Kerjaya SeLayar NGO/ PIBG SKSL

3. Forum/ Masjid al-Majidi -Us. Md Zuki Padang SKSL Cdgn - Us. Wadi
Ceramah - Anuar
Perdana

4. Mahabbah Fun Masjid al-Majidi -Hj, Khairul SKSL Dalam/luar


Ride (30KM) Anuar (Hj own)
-

5. Pertangingan Masjid al-Majidi -En, Azizan Anjung SKSL Inter Qariah/


Masakan - Taman & Surau

6. Sukaneka
(Tarik tali, Masjid al-Majidi - Biro Pemuda Padang SKSL Anak2 Qariah/ ibu-
Tarik Upih & bapa
Lari Dalam
guni)
8.0 TENTATIF PROGRAM 1. Forum/ Ceramah Perdana
Tarikh : 11.11.2022

Hari : Jumaat
Masa : 9.30 Malam
Tempat : Padang Sekolah Kebangsaan Sungai Layar

9.0 TENTATIF PROGRAM 2. Karnival Keusahawanan/ Kerjaya

Tarikh : 12.11.2022

8.00 Pg : Kehadiran pengunjung


8.30 Pg : Kehadiran tetamu
VIP Ucapan
pengerusi
8.00 pagi : Taklimat/ Hebahan program
8.00 pagi : Pelepasan peserta Mahabbah Fun Ride: (Dataran SKSL)
Pelepasan oleh:
8.30 pagi : Pertandingan Masakan (Dewan SKSL)
8.45 pagi : Ketibaan Tetamu Jemputan
9.00 : Ketibaan YB Menteri
: Nyayian Lagu Negaraku
: Aluan Pengerusi
: Bacaan Doa
: Ucapan Tn. Imam
: Ucapan Perasmian Karnival- Dato Mahazir Khalid
: Persembahan – Pelajar SKSL (silat)
: Penyampaian cenderamata kepada pemenang Mahabbah Fun Ride
Oleh YB Menteri
: Lawatan ke tapak gerai & Karnival kerjaya
: Jamuan – Dewan/Khemah VIP
11.00 : Sukaneka

4.00 ptg : Majlis Penutup – Setiausaha Politik Menteri

(8.00 pagi -5.00 petang :Gerai Jualan / Pameran )


10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Aktiviti/Progam Jumlah

1 Hari Keusahawanan
Penyelaras: Pn. Rosima Hanafi(SKSL)
RM 20 000
i. Modal Gerai Jualan

RM 1000.00 X 20 gerai

2 Pemeran Kerjaya
Penyelaras: Pn. Rohana Ibrahim(SKSL)

RM 6 200

3 Forum/ Ceramah Perdana


Penyelaras: Us. Md Zuki

i. Moderator
ii. Penceramah
iii. Persembahan (Qasidah) RM 8 400.00
iv. Kawalan/ Parkir & Lalulintas

4 Mahabbah Fun Ride (30KM)


Penyelaras: Hj. Khairul Anuar/ Us. Fakhrul

i. Pendaftaran
ii. T-Shirt & Medal (Runner & Rider) RM 5 900.00
iii. Cenderamata pemenang (10 Terawal)
iv. Penganjuran & Teknikal

5 Pertandingan Masakan
Penyelaras: En Mahsuri / Pn. Mahani

i. Barangan / Bahan mentah


ii. Alatan (Dapur/Gas/Kuali & Periuk) RM 5 500.00
iii. Apron Pertandingan
iv. Hadiah & Cenderamata pemenang
v. AJK (Muslimat Masjid al Majidi)
6 Sukaneka
Penyelaras: En. Azizan

i. Alatan & keperluan pertandingan


ii. Hadiah & Cenderamata pemenang RM 3 600.00

8 Hebahan Program
Penyelaras : En. Hairullah

i. Banner program RM 3 800.00


ii. Hebahan Media

9 Makanan / Minuman

i. Jamuan VIP RM 5 100.00


ii. Jawatankuasa Kerja

10 Hadiah & Cenderamata


Penyelaras: Pn……………………….(SKSL)

i. VIP & Dif Kehormat RM 1500.00


ii. AJK: Guru2 SKSL
iii. .

JUMLAH RM 60 000
11.0 PENUTUP

Semoga usaha yang dijalankan ini akan dapat mencapai matlamat yang telah dihasratkan.
Mudah-mudahan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini akan mengambil manfaat
secara Bersama dengan harapan program yang dianjurkan ini akan mengeratkan ikatan dan perpaduan
dalam kalangan masyarakat setempat. Akhir katan pihak penganjur merakamkan terima kasih atas
sokongan, komitmen dan kerjasama yang telah dihulurkan oleh semua pihak dalam menjayakan
program ini.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

………………………………... ………………………………...
(MUHAMAD FADZLI BIN SUDIN) (BAHARUDDIN MOHAMED IBRAHIM)
Setiausaha, Guru Besar,
Karnival Mahabbah Keushawanan & Kerjaya SK Sungai Layar

Disahkan oleh,

………………………
(Mohd Ashary)
Imam
Masjid al- Majidi

Anda mungkin juga menyukai