Anda di halaman 1dari 8

KERTAS KERJA

SAMBUTAN HARI RAYA KOMUNITI 2022/1443 H

SK LKTP LEPAR HILIR 01

26310 KUANTAN

1. PENDAHULUAN
Sambutan Aidil Fitri di bulan Syawal merupakan hari bagi kita umat Islam meraikan kemenangan setelah
sebulan berpuasa di bulan Ramadhan Al Mubarak. Kita digalakkan meraikan kehadiran Syawal ini dengan
bersederhana dan penuh kemeriahan. Di samping itu juga, dengan kehadiran sambutan Aidilfitri kita dapat
bermaaf-maafan serta bertukar-tukar juadah hari raya sesama warga pendidik, murid-murid dan juga
komuniti.

2. RASIONAL
Program ini juga amat bermakna bagi semua warga sekolah kerana dapat mengeratkan silaturrahim di
antara satu sama lain. Justeru program ini dirancang dengan penuh kemeriahan. Selain jamuan hari raya,
kita juga akan dihiburkan dengan persembahan anak-anak didik kita yang bersama merayakan
kemenangan setelah berpuasa selama sebulan di bulan Ramadhan. Semoga Allah mengurniakan segala
kebaikan dan kejayaan kita dunia dan akhirat.

3. OBJEKTIF
Antara objektif sambutan dan jamuan Aidil Fitri Sekolah Kebangsaan LKTP Lepar Hilir 01 tahun 2022 /
1443H adalah seperti berikut:
a) Mengeratkan silaturrahim di kalangan guru-guru, murid – murid dan masyarakat Felda.
b) Memberi peluang kepada komuniti untuk menyumbang dalam program sekolah.
c) Menanam rasa kecintaan terhadap kebesaran Allah tentang keistimewaan bulan Syawal.
d) Membina akhlak dan sahsiah yang baik dikalangan murid.
e) Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibbah di kalangan murid.
f) Memupuk minat terhadap aktiviti-aktiviti persembahan bertemakan Hari Raya Aidil Fitri.

4. TARIKH
26 Mei 2022 bersamaan 25 Syawal 1443 (Khamis)

5. SASARAN DAN PENGLIBATAN


Semua murid, warga sekolah dan komuniti.

6. TEMPAT
SK LKTP Lepar Hilir 01
Dataran Sekolah

7. AKTIVITI
a) Jamuan Hari Raya
b) Persembahan Nyanyian Murid
c) Permintaan lagu raya
8. TENTATIF PROGRAM
* Rujuk Lampiran B

9. SUMBER KEWANGAN

BIL KOMUNITI JUMLAH

1 JKKR LEPAR HILIR 1 RM 500

2 JKKR LEPAR HILIR 4 RM 500

3 BELIA LEPAR HILIR 1 & 4 RM 500

4 PIBG RM 500

5 KEDAI BUKU RM 1000

6 GURU & AKP SELPHI 01 60 X RM 50 = RM 3 000

JUMLAH RM 6000

10. CADANGAN MENU/ ANGGARAN PERBELANJAAN:


BIL MENU ANGGARAN PERBELANJAAN
1 MI GORENG RM 500
2 KETUPAT PULUT RM 800
3 NASI HUJAN PANAS + AYAM MASAK RM 2700
MERAH + AYAM KURMA
4 BUAH-BUAHAN RM 500
8 AIR RM 500
9 CENDOL DAN ABC RM 500
10 Peralatan : Pinggang , mangkuk, cawan RM300
polisterin, sudu dan garfu plastik
JUMLAH RM 6000

11. JAWATANKUASA PELAKSANA


*Rujuk lampiran A

12. PENUTUP
Setinggi impian sekalung harapan agar program ini dapat dijalankan dengan lancar. Diharapkan program
ini dapat meningkatkan lagi ukhwah di kalangan guru, komuniti dan murid-murid SK LKTP Lepar Hilir 01.
Selain itu, sambutan dan Jamuan Hari Raya ini juga bertujuan untuk meningkatkan rasa kemenangan umat
Islam dan meningkatkan lagi kesedaran terhadap peranan dan tanggungjawab guru-guru, komuniti dan
murid-murid. Semoga dengan usaha ini murid dapat menambah pengalaman dan mendidik jiwa mereka
menjadi insan kamil yang cemerlang dan berperibadi mulia.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

…………………… ……………………………
(SAHANA A/P CHAN JAU JONG) (MOHD NOOR BIN KADIR)
Setiausaha Program GPK Kokurikulum

Disahkan oleh :

…………………………….
( ZAINURIN BIN ZAHARIN )
Guru Besar
SK LKTP Lepar Hilir 01
Lampiran A

JAWATANKUASA KERJA

PROGRAM SAMBUTAN AIDILFITRI DAN JAMUAN AIDILFITRI

PERINGKAT SEKOLAH 2022/1443H

AJK INDUK

Pengerusi : Zainurin bin Zaharin

Timbalan Pengerusi : Mohd Noor bin Kadir

Naib Pengerusi 1 : Salman bin Jusoh

Naib Pengerusi 2 : Shuhaida Wati binti Azemi

Penyelaras : Khairul Azdi bin Abdul Kadir

Setiausaha : Sahana A/P Chan Jau Jong

Bendahari : Nur Amila binti Zaini

BIL JAWATANKUASA GURU TUGAS


1. Buku Program Laila binti Sharif (K)  Menyediakan buku
Norashidah binti Mat Arop program / pamplet
Maliana binti Remeli  Mengedarkan pamplet
kepada guru-guru

2. Pengacara / DJ Majlis Mohamad Mukmin Ezfar bin Mohamed Yusoff  Mengacarakan majlis
(K)  Mamastikan
Mohd Izwan bin Mohamad Zulkifli kelancaran majlis.

3. Siaraya / PA Sistem Ifzad Adelei bin Mustafa  Menyediakan PA


sistem.
 Menyediakan lagu
raya.
 Memutarkan lagu raya

4. Bacaan doa Jamil Sobri bin Mohd Zin  Membaca doa majlis.

5. Jurufoto dan dokumentasi Khairul Anwar bin Wahab  Merakam gambar/foto


sepanjang aktiviti
berlansung.

6. Disiplin / Kawalan Murid Nurlina binti Abdul Hamid (K)  Memastikan


Siti Rokiah binti Ibrahim keselamatan murid
Siti Aminah binti Hashim dan disiplin terkawal.
Noormasliza binti Mohd
Mohd Zaimeri bin Zainuddin
Habibah binti Omur
Nor Adillah binti Ibrahim

7. Sambutan / protokol Zainurin bin Zaharin (K)  Menyambut ketibaan


Salman bin Jusoh tetamu jemputan dan
Mohd Noor bin Kadir VIP.
Shuhaida Wati binti Azemi
AJK PIBG

8. Peralatan: Pinggan, Azlan Shah bin Mohamed ( K )  Menyediakan


mangkuk dan cawan Mohd Saberi bin Jusoh @ Ngah peralatan yang
polisterin, sudu dan garfu diperlukan.
plastik
9. Backdrop/pentas/hiasan Azwina binti Awang ( K )  Menyediakan backdrop.
Mohd Shahrulnizam bin Ghazali  Menghias pentas.
Nora Suriani binti Mohd Nor @ Mat
Maizura binti Hashim
Fatimah binti Bashir
Nur Amira binti Mat Zan
Nurul Husna binti Abd Halim
Mohd Shahril bin Mohd Said

10. Jamuan VIP Rosmalina binti Abdul Shatar (K)  Menghidang makanan
Asmidar binti Mohd Yazid untuk VIP
Farahkemelia binti Razali
Masliza Mohammad
Nurulhuda binti Mohd Razali
Siti Hasmira binti Mohammad Razani
Siti Kamilah binti Razlan
Nur Izzati binti Wan Othman
Zaiminah ( Kantin )

11. Jemputan dan Publisiti Zuraida binti Zainuddin  Memastikan senarai


Muhammad Sufian bin Mat Amin jemputan
Zuraini binti Basri  .Menyediakan dan
menghantar surat
jemputan
12. Menyediakan Booth dan Hasni binti Ibrahim ( K )  menghidang makanan
menghidang makanan Noor Hasyiah binti Hashim untuk murid (buffet)
murid Siti Aminah binti Salleh  menghidang kuih raya
Umi Kalsom binti Yusof mengikut kelas
Aqilatuzzahrah binti Azharuddin masing-masing.
Nur Ainina binti Mohd Noor  Menyediakan 2 orang
guru dan 2 orang
murid Tahap 2 untuk
setiap booth.

13. Khemah Ahmad Saiful bin Osman @ Abu Bakar  Menyediakan khemah
secukupnya.
Saidi Azli bin Saidina Anas  Memastikan susun
atur khemah.
Samir bin Shamsuddin

Mohd Suhardi bin Azemi

Norasmizi bin Shamsuddin

Sheikh Ramli bin Sheikh Ibrahim

14. Kebersihan Pekerja kebersihan  Memastikan tempat


(sebelum & selepas) Pengawal keselamatan dibersihkan sebelum
dan selepas program.
 Menyediakan
bekas/tempat
membuang sampah
yang mencukupi.
Lampiran B

TENTATIF PROGRAM

SAMBUTAN AIDIL FITRI DAN JAMUAN HARI RAYA

SK LKTP LEPAR HILIR 01

26 MEI 2022 bersamaan 25 Syawal 1443H ( KHAMIS )

7:30 pagi : Morning Prep Sains

8:00 pagi : Tahap 1 bergerak ke kantin ( Pertandingan Mewarna )

: Tahun 4 bergerak ke surau ( Kem CAQ Tahun 4 )

: Tahun 5 dan 6 berada di kelas masing-masing. ( Tayangan video )

Sebahagian murid Tahun 6 bertugas sebagai peramu saji dan kawalan murid.

9.30 Pagi : Semua murid dan guru berkumpul di kantin.

: Bacaan Doa Oleh Tuan Imam Masjid Al Makmur

: Jamuan Makan

: Permintaan Lagu Raya

: Persembahan Terbuka ( Karaoke )

12.20 tengah hari : Majlis bersurai

Anda mungkin juga menyukai