Anda di halaman 1dari 16

Pendekatan Pengajaran Sains Sekolah Rendah 2

46

UNIT 4 PENDEKATAN PENGAJARAN SAINS SEKOLAH RENDAH 2 KOPERATIF, MASTERI, KONTEKSTUAL


HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda diharap dapat: 1. Menghuraikan pendekatan koperatif, masteri dan kontekstual. 2. Membincangkan kelebihan pendekatan koperatif, masteri dan kontekstual. 3. Membincangkan bagaimana melaksanakan pendekatan koperatif, masteri dan kontekstual dalam bilik darjah.

PENGENALAN
Pernahkah anda membaca mengenai pendekatan koperatif, masteri dan kontekstual? Jikalau pernah, pernahkah anda melaksanakannya di dalam kelas anda? Atau adakah pendekatan koperatif, masteri, dan kontekstual tidak mampu dilaksanakan di sekolah di Malaysia?

dakah anda tahu bahawa pendidikan adalah suatu wacana yang sangat berkuasa? melalui pendidikanlah keperibadian seseorang individu itu terbentuk, bertukar kepada keperibadian yang lebih baik atau sebaliknya. Pendidikan formal yang diberikan kepada murid-murid di sekolah oleh guru-guru akan lebih bermakna jika disampaikan menggunakan pelbagai kaedah yang disesuaikan dengan isi kandungan yang hendak diajar, dan mendidik murid-murid secara langsung untuk memiliki kemahiran bermasyarakat. Pembelajaran koperatif, masteri dan kontekstual adalah antara pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang mampu dilaksanakan di sekolah yang bertujuan untuk mencapai matlamat pendidikan melalui pelbagai cara supaya suasana pengajaran dan pembelajaran di sekolah akan menjadi aktif dan seronok. Murid-murid diharapkan dapat menguasai ilmu pengetahuan yang ditentukan serta dapat bertanggungjawab ke atas pembelajaran mereka sendiri.

Pendekatan Pengajaran Sains Sekolah Rendah 2

47

Apa itu pembelajaran koperatif?

penting atau merekacipta suatu projek. Misalnya sekumpulan murid membincangkan satu tugasan, atau sekumpulan murid daripada sekolah berlainan bekerjasama atas talian. Pembelajaran koperatif ialah sejenis pembelajaran kolaboratif yang spesifik. Dalam pembelajaran

aiklah. Sebelum kita mempelajari berkenaan pembelajaran koperatif, kita akan melihat dahulu apa itu pembelajaran kolaboratif? Pembelajaran kolaboratif ialah suatu kaedah pengajaran dan pembelajaran di mana murid-murid akan membentuk pasukan untuk meneroka suatu persoalan

koperatif, murid-murid bekerjasama dalam kumpulan kecil sewaktu menjalankan aktiviti yang berstruktur. Mereka mempunyai akauntabiliti ke atas kerja mereka, dan kerja kumpulan mereka dibuatkan pentaksiran. Murid-murid dalam kumpulan bekerja secara bersemuka dan belajar bagaimana untuk bekerja dalam kumpulan sebagai satu pasukan. Sewaktu bekerja dalam kumpulan kecil, murid-murid boleh berkongsi kekuatan mereka dan juga dapat mengembangkan kemahiran mereka yang lemah. Kemahiran interpersonal murid-murid dapat dikembangkan. Murid akan belajar bagaimana menangani konflik. Bila kumpulan-kumpulan koperatif dibimbing oleh objektif yang jelas, murid-murid yang terlibat dengan pelbagai aktiviti dapat memahami pelajaran yang diterokai. Sebagai jaminan pembelajaran koperatif boleh berlaku, tiga perkara adalah perlu. Pertamanya, murid perlu merasa selamat, tetapi dicabar. Keduanya kumpulan hendaklah cukup kecil agar semua ahli dapat menyumbang. Ketiganya tugasan yang perlu dibuat bersama mestilah jelas. Juga, kumpulan kecil dalam pembelajaran koperatif menyediakan: Penglibatan aktif murid Guru kadangkala menjadi pelajar, dan murid mengajar Menghormati setiap ahli Projek dan persoalan memdatangkan minat dan mencabar Kepelbagaian dialu-alukan, dan setiap sumbangan dihargai

Pendekatan Pengajaran Sains Sekolah Rendah 2

48

Murid mempelajari kemahiran menangani konflik bila ia muncul Ahli menggunakan pengalaman lampau dan pengetahuan mereka Matlamat dikenalpasti dengan jelas dan digunakan sebagai pedoman Alat kajian seperti kemudahan internet disediakan Murid diberikan autoriti ke atas pembelajaran mereka sendiri

Bagaimanakah pembelajaran koperatif boleh dilaksanakan dalam bilik darjah?


agi menjawab soalan tersebut, mari kita melihat beberapa kaedah pembelajaran koperatif yang paling banyak dikaji dan dilaksanakan dalam bilik darjah. Kaedah Pembelajaran Pasukan Murid (Student Team Learning) adalah satu kaedah yang digunapakai oleh kebanyakan pembelajaran koperatif. Semua kaedah koperatif berkongsi idea yang murid-murid bekerjasama untuk belajar dan bertanggungjawab ke atas pembelajaran ahli pasukan selain diri mereka sendiri. Tambahan kepada idea menjalankan kerja secara koperatif, kaedah Pembelajaran Pasukan Murid memberikan penekanan kepada matlamat pasukan dan kejayaan pasukan yang hanya boleh dicapai jika semua ahli dalam pasukan belajar. Dengan kata lain, tugas murid-murid bukanlah melakukan sesuatu sebagai satu kumpulan tetapi belajar sesuatu sebagai satu kumpulan. Tiga konsep utama dalam semua kaedah Pembelajaran Pasukan Murid ialah ganjaran pasukan, akauntabiliti individu, dan peluang yang saksama untuk menang. Pasukan boleh memperoleh sijil atau lain-lain jenis ganjaran jika mereka capai tahap suatu kriteria yang ditetapkan. Akauntabiliti individu bermaksud bahawa kejayaan pasukan bergantung kepada pembelajaran individu setiap ahli kumpulan. Akauntabiliti merujuk kepada aktiviti ahli kumpulan dalam membantu satu sama lain dan memastikan semua ahli kumpulan bersedia untuk mengambil kuiz atau sebarang jenis pentaksiran tanpa bantuan ahli pasukan. Peluang yang saksama untuk menang bermaksud murid menyumbang kepada pasukan masing-masing melalui penambahbaikan ke atas prestasi mereka yang lepas. Ini dapat memastikan murid yang berpencapaian tinggi, sederhana, dan rendah dicabar dengan saksama untuk melakukan yang terbaik, dan sumbangan dari semua ahli kumpulan dihargai. Antara Pembelajaran Pasukan Murid yang dibangunkan, tiga adalah Bahagian Pencapaian Pasukan Murid (BPPM) (Student Teams-Achievement Divisions, STAD), Pertandingan-Permainan-Pasukan (PPP) (Teams-Games-Tournaments, TGT), dan Jigsaw.

Apa itu Bahagian Pencapaian Pasukan Murid (BPPM) (Student Teams-Achievement Divisions, STAD) ?

Pendekatan Pengajaran Sains Sekolah Rendah 2

49

PPM bermula dengan pembentukan pasukan pembelajaran yang terdiri daripada empat ahli yang berbeza paras prestasi, jantina, dan etnik. Guru akan menyampaikan pengajaran, kemudian muridmurid bekerja dalam pasukan masing-masing memastikan semua ahli menguasai pelajaran berkenaan. Selepas itu, semua murid mengambil kuiz individu berkenaan perkara yang diajar tanpa bantuan rakan. Skor kuiz murid dibandingkan dengan purata skor yang mereka capai terdahulu, dan poin diberikan kepada setiap pasukan berdasarkan darjah di mana murid mencapai atau melepasi prestasi awal mereka. Poinpoin ini kemudiannya dijumlahkan sebagai skor pasukan, dan pasukan yang mencapai tahap kriteria yang tertentu akan diberikan sijil atau lain-lain ganjaran. Seluruh kitar aktiviti, termasuk pengajaran guru, latihan kumpulan, dan kuiz, selalunya mengambil 3-5 masa kelas. BPPM telah dilaksanakan di sekolah rendah hingga ke kolej bagi semua mata pelajaran. Ianya sangat sesuai untuk mengajar mata pelajaran yang diberikan objektif yang sangat jelas. Idea utama di sebalik BPPM ialah memotivasi murid untuk menggalak dan menolong satu sama lain menguasai kemahiran yang telah disampaikan oleh guru. Jika murid mahukan pasukan mereka memperoleh ganjaran, mereka mesti membantu ahli pasukan memahami pelajaran berkenaan. Mereka mesti menggalakkan rakan sepasukan untuk melakukan yang terbaik, menunjukkan norma bahawa pembelajaran itu penting, berharga, dan seronok. Murid akan bekerja bersama-sama selepas pengajaran guru. Mereka mungkin bekerja dalam pasangan dan membandingkan jawapan, membincangkan perbezaan antara dua atau lebih perkara yang sepatutnya sama, dan membantu satu sama lain jika ada salah kefahaman. Mereka mungkin membincangkan pendekatan untuk menyelesaikan masalah, atau mereka menyoal satu sama lain berkenaan pelajaran yang dipelajari. Mereka bekerja bersama rakan sepasukan, mentaksir kekuatan dan kelemahan supaya mereka berjaya dalam kuiz yang nanti.

BPPM terdiri daripada 5 komponen iaitu penyampaian pengajaran oleh guru, pasukan, kuiz, skor penambahbaikan individu, dan penghargaan pasukan. Penyampaian pengajaran biasanya ialah suatu syarahan-diskusi oleh guru dan boleh melibatkan audiovisual, dan mesti fokus kepada sesuatu unit pengajaran. Pasukan pula menyediakan sokongan rakan sebaya untuk prestasi akademik mereka. Guru menyediakan bahan untuk aktiviti pasukan seperti 2 helaian kerja dan dua helaian jawapan untuk setiap pasukan. Kuiz diambil secara individu. Skor penambahbaikan individu yang digunakan memastikan mana-mana murid dapat menyumbang poin yang tertinggi untuk pasukan. Manakala penghargaan pasukan boleh diberikan dalam pelbagai bentuk. Misalnya diberikan tiga aras anugerah, iaitu berdasarkan skor purata pasukan seperti berikut: Purata Pasukan 15 20 25 Anugerah Pasukan Baik Pasukan Cemerlang Pasukan Gemilang

Pendekatan Pengajaran Sains Sekolah Rendah 2

50

Bagaimana memastikan Skor Penambahbaikan Individu Adalah Saksama?


Setiap murid mesti ditentukan Skor Dasar Awalnya. Skor dasar mewakili skor purata murid daripada kuizkuiz sebelumnya. Jika anda memulakan BPPM selepas anda telah memberi murid tiga atau lebih kuiz, gunakan skor purata kuiz berkenaan sebagai skor dasar. Jika tidak, gunakan gred akhir murid pada tahun yang lalu.

Contoh:

Gred Tahun Lepas A A-/B+ B B-/C+ C

Skor Dasar Awal 90 85 80 75 70

Atau jika diambil daripada tiga skor ujian: Contoh: 90, 84, 87 Skor Dasar Awal ialah 87

Seterusnya, Poin Penambahbaikan ialah berdasarkan darjah di mana skor kuiz (peratusan betul) melepasi skor dasar mereka:

Skor Kuiz Lebih dari 10 poin di bawah skor dasar 10 poin di bawah ke 1 poin di bawah skor dasar Skor dasar ke 10 poin di atas skor dasar

Poin Penambahbaikan 0 10 20

Pendekatan Pengajaran Sains Sekolah Rendah 2

51

Lebih dari 10 poin di atas skor dasar Kertas sempurna (Tidak mengira skor dasar)

30 30

Contoh bagaimana poin penambahbaikan dikira:

Murid Fatymah Tony Rusli Salmi Elli Zeti Aliah Josh

Skor dasar 90 85 90 85 85 75 55 55

Skor Kuiz 100 100 82 74 98 79 40 44

poin penambahbaikan 30 30 10 10 30 20 0 0

Contoh bagaimana poin penambahbaikan dikira bagi satu set murid:

Nama Pasukan: Glamour Ahli Pasukan Fatymah Tony Rusli Salmi Kuiz A 30 30 10 10

Total Skor Pasukan

80

Pendekatan Pengajaran Sains Sekolah Rendah 2

52

Purata Pasukan Anugerah Pasukan

20 Cemerlang

Apa itu Pertandingan-Permainan-Pasukan (PPP) (Teams-Games-Tournaments, TGT)?

PP adalah sama dengan BPPM dalam semua sudut kecuali satu: Kuiz dan sistem skor penambahbaikan individu tiada, sebaliknya digantikan dengan penggunaan pertandingan akademik, di mana murid bertanding sebagai wakil pasukan masing-masing dengan ahli dari pasukan lain yang setara seperti mereka dari segi prestasi.. Jadi, kita akan membincangkan tentang permainan dan pertandingan selepas ini.

Permainan. Permainan terdiri daripada soalan-soalan yang relevan dengan isi pelajaran direka untuk menguji pengetahuan yang telah diperolehi murid daripada pengajaran guru dan latihan pasukan. Permainan dimainkan di atas meja di antara 3 orang murid, di mana setiap murid mewakili pasukan yang berlainan. Kebanyakan permainan adalah merupakan soalan-soalan yang dinomborkan di atas sehelai helaian ditto. Seorang murid memilih satu kad yang bernombor dan cuba menjawab soalan yang bersepadanan dengan nombor berkenaan. Satu peraturan cabaran membolehkan pemain mencabar jawapan satu sama lain.

Pertandingan. Pertandingan selalunya dibuat di akhir minggu atau unit, selepas guru mengajar dan murid dapat berlatih dalam pasukan. Sebagai memulakan pertandingan, guru akan meletakkan murid di meja pertandingan - tiga orang murid yang mencapai pencapaian tertinggi di masa yang lalu di meja 1, tiga murid seterusnya di meja 2, dan seterusnya. Selepas pertandingan yang pertama, murid menukar meja bergantung kepada keputusan prestasi mereka yang mutakhir. Pemenang daripada setiap meja akan bergerak ke meja yang lebih tinggi ( dari meja 6 ke meja 5); pemenang kedua tinggal di meja yang sama, dan penskor terendah akan bergerak ke meja lebih rendah. Dengan cara ini, jikalau murid tersalah letak kedudukannya pada awal pertandingan, akan akhirnya digerakkan ke atas atau ke bawah sehingga mereka berada di aras prestasinya yang sebenar.

Pendekatan Pengajaran Sains Sekolah Rendah 2

53

Bagaimana Pertandingan dilaksanakan?


Pada awal permainan, murid-murid dikehendaki memilih satu kad. Murid yang memperoleh nombor yang terbesar akan menjadi Pembaca 1. Permainan akan diteruskan mengikut arah jam daripada Pembaca 1. Ringkasan permainan adalah seperti berikut: Pembaca - memilih satu kad bernombor dan mendapatkan soalan yang bersepadanan pada helaian permainan. Baca soalan itu dengan kuat. Cuba menjawab soalan tersebut. Sekiranya pembaca tidak tahu jawapannya, dia boleh meneka tanpa dikenakan penalti. Andainya soalan melibatkan pengiraan, semua ahli perlu mengiranya untuk bersedia mencabar jawapan pembaca. Pencabar 1 - Mencabar jawapan pembaca dengan memberikan jawapan berlainan atau meluluskan. Pencabar 2 - Mencabar sekiranya pencabar 1 meluluskan. Bila semua sudah mencabar atau meluluskan, pencabar 2 menyemak helaian jawapan. Sesiapa yang betul boleh menyimpan kad tadi. Kalau pembaca yang salah, tidak mengapa tetapi jika mana-mana pencabar yang salah, dia hendaklah mengembalikan kad yang dimenanginya sebelum ini (sekiranya ada) Bagi pusingan seterusnya, semua bergerak satu kedudukan ke kiri. Di akhir permainan minta murid mengumpulkan skor yang mereka perolehi dalam setiap permainan yang dimainkan.

Contoh satu permainan

Pemain Alia Rahman Daud

Pasukan Giants Tesco TF

Permainan 1 5 14 11

Permainan 2 7 10 12

Total Hari Ini 12 24 23

Poin Permainan 20 60 40

Menghargai Pencapaian Pasukan. Tiga aras anugerah diberikan, berdasarkan skor purata pasukan: Purata Pasukan 40 Anugerah Pasukan Baik

Pendekatan Pengajaran Sains Sekolah Rendah 2

54

45 50

Pasukan Cemerlang Pasukan Gemilang

Contoh Rumusan Poin Permainan: Nama pasukan: Giants Ahli Pasukan Alia Jimmy Loi Raja Salmah Total Skor Pasukan Purata pasukan Anugerah Pasukan 1 60 40 50 60 40 250 50 Gemilang 2 20 40 20 60 40 180 36 3 20 20 40 20 60 160 32 4 40 60 60 40 20 220 44 Cemerlang 5

Apa itu Jigsaw?

igsaw sesuai digunakan bila bahan yang hendak dipelajari adalah dalam bentuk naratif sepeti satu bab, cerita, biografi, atau seumpamanya. Sama seperti pasukan koperatif yang lain, murid bekerja dalam kumpulan yang heterogeneous. Murid-murid diberikan tugasan seperti suatu bab atau unit untuk dibaca, dan diberikan helaian pakar yang mengandungi berlainan tajuk untuk setiap ahli pasukan membaca secara berfokus. Bila setiap orang sudah selesai membaca, murid daripada pasukan berlainan tetapi tajuk bacaan yang sama akan berjumpa sebagai kumpulan pakar untuk membincangkan tajuk mereka lebih kurang selama 30 minit. Kemudian kumpulan pakar kembali ke pasukan masing-masing dan bergilir-gilir mengajar ahli

Pendekatan Pengajaran Sains Sekolah Rendah 2

55

pasukan masing-masing mengenai tajuk mereka. Akhirnya semua murid menduduki suatu pentaksiran yang meliputi semua topik, dan skor kuiz yang murid perolehi adalah juga merupakan skor pasukan, sepertimana dalam BPPM. Juga seperti dalam BPPM, skor yang disumbangkan oleh murid kepada pasukan masing-masing diasaskan kepada sistem penambahbaikan skor. Jadi murid bermotivasi untuk mempelajari bahan itu dengan sebaik-baiknya dan bekerja keras dalam kumpulan pakar mereka agar dapat membantu pasukan mereka dengan sebaik-baiknya.

Bagaimana jigsaw dilaksanakan?


igsaw mengandungi kitaran aktiviti yang berarahan yang terdiri daripada Pembacaan; Perbincangan kumpulan-pakar; Laporan pasukan; ujian; pengiktirafan pasukan. Bagi fasa Pembacaan, masa yang diperlukan ialah antara separuh hingga satu masa kelas (atau boleh ditugaskan sebagai kerja rumah). Terpenting ialah murid menerima topik pakar dan bahan bacaan supaya mereka dapat mencari maklumat mengenai topik berkenaan. Fasa Perbincangan kumpulan-pakar, masa diperlukan ialah separuh masa kelas atau lebih. Perbincangan antara kumpulang berlangsung dengan disediakan bahan bacaan untuk setiap murid. Setiap kumpulan pakar bekerja di sebuah meja untuk setiap topik pakar. Setiap kumpulan pakar hendaklah tidak terdiri lebih daripada 6 murid. Jika lebih, pecahkan kumpulan pakar itu kepada kumpulan yang lebih kecil. Lantik seorang ketua perbincangan bagi setiap kumpulan pakar. Ketua kumpulan yang dilantik bukan semestinya yang paling berkebolehan, yakni semua murid berpeluang untuk mengisi peranan itu di masa-masa yang lain. Tugas ketua kumpulan ialah untuk memoderasi perbincangan, memanggil ahli kumpulan yang mengangkat tangan dan memastikan semua orang mengambil bahagian. Ahli kumpulan sepatutnya mengambil nota bagi semua poin yang dibincangkan. Fasa Laporan pasukan juga memerlukan separuh atau lebih masa kelas. Mereka sepatutnya mengambil masa 5 minit untuk mengkaji semula semua yang telah dipelajari. Jika 2 orang ahli pasukan berkongsi satu tajuk, kedua-duanya menyampaikan pembentangan secara bersama. Fasa ujian memerlukan separuh masa kelas. Murid mengambil ujian atau kuiz ini secara individu. Manakala fasa pengiktirafan pasukan mempunyai persamaan dengan BPPM, termasuklah skor dasar, poin penambahbaikan, dan pengskoran- pasukan.

Sebagai pengetahuan tambahan, Kagan (1992) iaitu seorang lagi guru Pembelajaran Koperatif, memperkenalkan pelbagai cara yang unik yang dipanggil struktur untuk menjalankan aktiviti berinteraksi dalam sesebuah kelas secara koperatif. Cuba anda cari sendiri dan huraikan beberapa struktur seperti Numbered Heads Together, RoundRobin, RoundTable, Think-Pair-Share, Three-Step-Interview, dan Corners. Setelah mendapatkan maklumat dan rujukan, huraikan di sini setiap satu jenis struktur tersebut dengan jelas supaya anda tahu dan faham bagaimana untuk melaksanakanya di dalam kelas anda.

Pendekatan Pengajaran Sains Sekolah Rendah 2

56

Apa itu pembelajaran masteri?

embelajaran masteri ialah kaedah mengajar yang menganggap semua murid boleh belajar jika disediakan keadaan-keadaan pembelajaran yang sesuai. Secara khususnya, pembelajaran masteri ialah suatu kaedah di mana murid tidak meneruskan pembelajaran yang berikutnya selagi murid tidak menunjukkan kecekapannya dalam pelajaran sekarang. Kurikulum pembelajaran masteri umumnya terdiri daripada topik-topik kecil yang tersendiri yang mana semua murid memulakannya bersama-sama. Murid yang tidak dapat melengkapkan satu topik dengan memuaskan akan diberikan pengajaran tambahan sehingga mereka berjaya. Manakala murid yang

Pendekatan Pengajaran Sains Sekolah Rendah 2

57

menguasai topik itu lebih awal akan melibatkan diri dalam aktiviti pengayaan sehingga seluruh kelas boleh maju bersama-sama. Pembelajaran masteri mempunyai banyak unsur tutorial yang berjaya dan menunjukkan sifat berdikari dalam diri pelajar yang berjaya. Dalam persekitaran pembelajaran masteri, guru mengarahkan pelbagai teknik pengajaran berasaskan kumpulan, selalu mendapatkan maklumbalas menggunakan ujian diagnostik, formatif serta membetulkan kesilapan murid secara berkala. Penilaian yang dilakukan oleh guru adalah condong ke arah ujian rujukan- kriteria berbanding ujian rujukan-norma. Pembelajaran masteri boleh dilaksanakan sebagai pengajaran berkumpulan yang mengikut kadarkelajuan guru, memberi tutorial secara seorang-seorang, atau mengikut kadar- kelajuan sendiri dengan berbantu bahan pengajaran yang telah diprogramkan. Ia mungkin melibatkan pengajaran guru secara langsung, kerjasama dengan rakan sekelas atau pembelajaran berdikari. Ia memerlukan objektif pembelajaran yang jelas didefinisikan, juga yang diorganisasikan ke dalam unit-unit kecil dan berurutan. Dalam pembelajaran masteri terdapat banyak unsur pengajaran individu walaupun pengajaran itu disampaikan secara dalam kumpulan di mana bagi murid yang berkebolehan dan bermotivasi boleh maju ke hadapan sementara interaksi guru dimaksimumkan kepada murid yang sangat-sangat memerlukan bantuan guru.

Bagaimana pembelajaran masteri boleh dilaksanakan di sekolah?


Kaedah pembelajaran masteri boleh dikembangkan dengan berkesan bila anda menentukan bagaimanakah proses pengajaran dan pembelajaran itu dihubungkan dengan perbezaan individu muridmurid. Perkara utama dalam pembelajaran masteri ialah Ambil masa anda iaitu ambillah sebanyak mana masa yang diperlukan untuk belajar dengan mantap. Masa yang diperlukan untuk belajar mestilah dipadankan dengan aptitud. Tiada pelajar dibenarkan untuk meneruskan pembelajaran ke perkara baru sehingga perkara asas dan perlu diketahui terlebih dahulu dikuasai.

Dicadangkan supaya satu ujian-pra dan kajian semula dijalankan pada awal tahun persekolahan berkaitan dengan perkara-perkara yang penting, fakta asas, kemahiran, atau konsep yang diperlukan untuk menjamin kejayaan akan datang. Di hujung sesuatu unit pengajaran atau setiap dua minggu, ujian dijalankan untuk mengetahui apa yang telah murid pelajari dan belum dipelajari. Bagi membaiki kesilapan murid, terutamanya selepas satu ujian diagnostik selesai, pengajaran hendaklah diulang. Bila telah diketahui poin atau bahagian mana yang tidak dikuasai murid dan anda mengajarnya semula, tidak mustahil setiap murid boleh memperoleh gred A di akhirnya. Murid-murid sepatutnya diberi peluang untuk mengambil bahagian dalam kumpulan belajar. Bahanbahan pembelajaran alternatif sepatutnya disediakan kepada murid-murid. Anda hendaklah membuatkan

Pendekatan Pengajaran Sains Sekolah Rendah 2

58

murid-murid merasakan bahawa mereka dinilai melalui prestasinya. Mereka mesti diperihalkan prosesproses spesifik untuk mereka atasi kesusahan dalam menguasai pelajaran berkenaan. Gunakan masa yang ada dengan sebaik-baiknya, dengan membuat ubahsuaian kadar kelajuan murid itu belajar dengan rutin pembelajarannya. Murid-murid boleh diajar dan boleh belajar. Di sekolah-sekolah kini yang mengamalkan cepat-cepatlah menyebabkan pendidikan di sekolah tidak menyediakan cukup masa untuk pembelajaran yang mendalam, mengingat, mengulang dan seumpamanya kecuali hanya memaklumkan. Keadaan ini akan melahirkan pembelajaran yang cetek. Ini jelas berlaku di mana hanya selepas beberapa bulan selepas peperiksaan, kebanyakan isi kandungan pelajaran itu tidak dapat diingat semula. Unsur terpenting sekali dalam pembelajaran masteri adalah: 1. Tentukan dengan jelas apakah yang akan dipelajari dan bagaimanakah ianya akan dinilai 2. Benarkan murid-murid belajar pada kadar kelajuan masing-masing 3. Menjalankan pentaksiran ke atas kemajuan murid dan juga menyediakan maklumbalas yang sesuai atau membuat pembetulan/menambahbaik ke atas murid yang belum menguasainya. 4. Menguji supaya kriteria akhir pembelajaran itu telah dicapai

Apa itu pembelajaran kontekstual?

ntuk menjawab soalan di atas, sila fikirkan beberapa soalan ini: Apakah cara terbaik untuk menyampaikan konsep-konsep yang diajar kepada murid-murid supaya semua murid boleh menggunakannya dan dapat mengekalkan ingatan mereka? Bagaimanakah setiap pelajaran boleh difahami sebagai setiap satu yang terbina di atas satu sama lain? Bagaimanakah boleh seorang guru berkomunikasi dengan berkesan dengan muridnya yang mengelamun tentang sebab,

makna, dan kerelevanan apa-apa yang mereka pelajari? Bagaimanakah hendak dibuka pemikiran muridmurid supaya mereka boleh mempelajari konsep dan teknik yang akan membuka peluang untuk mereka di sepanjang hayat mereka?

Pendekatan Pengajaran Sains Sekolah Rendah 2

59

Adakah anda terfikir bahawa semua persoalan itu merupakan cabaran bagi semua guru setiap hari? Ya, benar. Pembelajaran kontekstual dikatakan boleh membantu menyelesaikan masalah-masalah tersebut. Mari kita lihat mengapa. Sebahagian besar murid di sekolah tidak mampu membuat hubungkaitan antara apa yang mereka pelajari dan bagaimana ilmu itu boleh digunakan. Murid-murid mengalami kepayahan untuk memahami konsep akademik (seperti matematik), jika diajar secara abstrak dan stail syarahan, sedangkan mereka perlu memahami konsep itu yang sangat berkaitan dengan tempat kerja atau dalam masyarakat. Bagaimanapun, telah ramai guru mendapati murid-murid akan faham bila hubungkaitan dibuat di antara maklumat/pengetahuan baru dengan pengalaman yang mereka sudah ada, atau dengan pengetahuan yang mereka sudah kuasai. Juga bila murid diajar mengapa mereka mempelajari konsep-konsep tersebut dan bagaimana konsep-konsep itu boleh digunakan di luar bilik darjah. Murid-murid juga belajar dengan lebih berkesan bila mereka dibenarkan bekerjasama dengan murid-murid lain dalam kumpulan atau pasukan. Mengikut teori pembelajaran kontektual, pembelajaran berlaku apabila murid memproses maklumat baru atau pengetahuan dengan cara yang ia dapat memberi permaknaan kepada mereka dalam kerangka rujukan mereka sendiri (dalam dunia dalaman mereka sendiri iaitu ingatan, pengalaman, dan tindakbalas). Pendekatan pengajaran dan pembelajaran sebegini beranggapan bahawa fikiran secara semulajadi mencari makna dalam konteks, iaitu yang ada hubungan dengan persekitaran semasa seseorang itu, dan ia mencari perhubungan yang memberikan makna dan kelihatan berguna. Berdasarkan ini, pembelajaran kontekstual memberikan fokus ke atas pelbagai aspek persekitaran pembelajaran, sama ada bilik darjah, makmal, makmal komputer, tempat kerja, atau ladang. Pembelajaran kontekstual menggalakkan guru untuk memilih dan/atau mereka persekitaran pembelajaran yang menerapkan sebanyak mungkin pengalaman yang berbeza (sosial, budaya, dan psikologikal). Dalam persekitaran sebegini, murid-murid akan menemukan hubungan yang bermakna antara idea abstrak dan penggunaan yang praktikal dalam konteks dunia sebenar; konsep-konsep akan disebatikan melalui proses penemuan, pengukuhan, dan membuat kaitan.

Pendekatan Pengajaran Sains Sekolah Rendah 2

60

Bagaimana pembelajaran kontekstual boleh dilaksanakan di sekolah?


Terdapat beberapa strategi yang berasaskan pembelajaran kontekstual yang boleh dilaksanakan di sekolah untuk menjayakan pembelajaran iaitu: Menghubungkait, Mengalami, Menggunakan, Bekerjasama, dan Pemindahan. Menghubungkait: Iaitu pembelajaran yang mempunyai konteks dengan pengalaman hidup, atau

menghubungkan dengan pengalaman tersedia pelajar dengan konsep baru. Oleh itu peranan guru bawa perhatian murid-murid kepada pemandangan, kejadian, dan keadaan semasa setiap hari. Kemudiannya maklumat baru mesti dihubungkaitkan dengan suasana hari-hari supaya pengetahuan baru itu boleh diserap atau satu masalah untuk diselesaikan. Contohnya, kejadian hujan boleh dijadikan contoh bagaimana hubung kait persekitaran yang sedia ada seperti air, suhu, angin, awan dan perubahan suhu memain peranan dalam memahami sains dalam kejadian hujan secara konkrit. Mengalami: Mengalami pembelajaran dalam konteks penerokaan, penemuan, dan merekacipta adalah jantung bagi pembelajaran kontekstual. Bagaimana termotivasi sekalipun murid kerana mengikuti pengajaran seperti menonton video, naratif, atau aktiviti berasaskan teks, semuanya merupakan pembelajaran yang secara relatifnya pasif berbanding pembelajaran di mana murid dapat memanipulasikan peralatan dan bahan dan lain-lain bentuk kajian yang aktif. Contohnya, menyukat suhu air panas menggunakan jangka suhu.

Menggunakan:

Menggunakan konsep dan maklumat ke dalam konteks yang berguna selalunya

menunjukkan kepada murid bayangan masa depan (pekerjaan) atau ke suasana yang tidak biasa. Selalunya pengalaman kontekstual ini diperolehi melalui pengalaman sebenar seperti membuat lawatan, dan menjalankan amali di institusi-institusi. Contohnya, menggunakan jam randik menyukat tempoh masa yang diambil untuk berjalan dalam jarak 100 meter.

Bekerjasama: Bekerjasama pembelajaran dalam konteks perkongsian, merespons, dan berkomunikasi dengan murid-murid lain - adalah strategi pengajaran dalam pembelajaran kontekstual. Pengalaman bekerjasama bukan sahaja membantu murid mempelajari bahan yang diajar, ia juga selaras dengan fokus dunia sebenar. Majikan inginkan pekerja yang boleh berkomunikasi dengan berkesan, yang boleh

Pendekatan Pengajaran Sains Sekolah Rendah 2

61

berkongsi maklumat dengan rela, dan yang boleh bekerja dalam pasukan dengan selesa. Contoh mendapatkan maklumat dan melaksanakan projek tanaman jagung.

Pemindahan:

Pembelajaran dalam konteks pengetahuan sedia ada, atau pemindahan, ialah

menggunakan dan membina pengetahuan baru di atas pengetahuan yang murid sudah ketahui. Pendekatan ini adalah hampir sama dengan menghubungkait kerana ia mementingkan sesuatu yang sudah biasa. Kebolehan menyelesaikan masalah dalam diri murid-murid akan berkembang jika anda memastikan murid membina pengalaman baru di atas apa yang mereka sudah ketahui.

Cuba anda fikir dan rumuskan apakah persamaan di antara ketiga-tiga pendekatan pembelajaran yang telah dibincangkan, iaitu Pembelajaran Koperatif, Pembelajaran Masteri, dan Pembelajaran Kontekstual. Berbincanglah dengan rakan anda dan kukuhkan pendapat anda itu dengan sebab-sebab yang nyata.

RUJUKAN
Slavin, R. E. (1995). Cooperative learning. 2nd Edition. Boston: Allyn and Bacon. http://www.thirteen.org/edonline/concept2class/coopcollab/index.html Retrieved on 01 July 2011 http://en.wikipedia.org/wiki/Mastery_learning Retrieved on 01 July 2011 http://oaks.nvg.org/taxonomy-bloom.html Retrieved on 01 July 2011 http://www.cord.org/contextual-learning-definition/ Retrieved on 01 July 2011 http://www.texascollaborative.org/TheREACTstrategy.htm Retrieved on 01 July 2011

NANY

Anda mungkin juga menyukai