Anda di halaman 1dari 2

Soalan : Kamu baru sahaja menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Ceritakan pengalaman
kamu meraikan perayaan tersebut.

Suasana Sambutan Hari Raya Aidilfitri

Awal-awal pagi lagi saya sudah bangun kerana teruja untuk


meraikan Hari Raya Aidilfitri. Sesudah mandi sunat hari raya, saya
menunaikan solat Subuh bersama-sama ahli keluarga yang lain.

Pada tahun ini, keluarga saya telah bersepakat memilih


warna sedondon biru untuk pakaian hari raya kami. Masing-
masing kelihatan bergaya dan ceria dengan baju baharu.
Kemudian, kami menikmati hidangan yang telah terhidang seperti
ketupat, lemang dan rendang.

Selesai bersarapan, saya mengikut ayah dan abang ke masjid


untuk menunaikan solat sunat hari raya. Begitu ramai yang hadir
ke masjid pada hari tu sehinggakan ada yang terpaksa solat
berhampiran dengan tangga. Sebelum menaiki kereta, beberapa
orang rakan ayah menghulurkan duit raya kepada saya.

Pulang dari masjid, kami sekeluarga berkumpul di ruang


tamu untuk bersalaman dan memohon kemaafan. Inilah saat yang
paling saya tunggu-tunggu kerana selepas bersalaman, ayah dan
ibu akan memberikan duit raya. Pada tahun ini, saya berjaya
berpuasa penuh, semestinya duit raya kali ini lebih daripada
tahun-tahun lepas.

Kami mula menerima tetamu yang datang untuk berhari


raya. Saya gembira menyambut kawan-kawan sekolah dan
menjamu mereka dengan kuih-kuih raya hasil air tangan ibu. Kami
juga menggunakan peluang yang ada untuk mengunjungi jiran
tetangga dan sanak saudara untuk mengeratkan silaturahim.
Saya sangat teruja menyambut Hari Raya Aidilfitri pada
tahun ini kerana berjaya berpuasa penuh pada bulan Ramadan.
Inilah hari untuk saya meraikan kemenangan setelah sebulan
menahan lapar dan dahaga. Saya bersyukur kerana dapat
meraikan hari raya pada tahun ini dalam suasana yang sangat
meriah.

Anda mungkin juga menyukai