Anda di halaman 1dari 1

Pada cuti sekolah yang lalu, kamu dan keluarga melawat ke Muzium Negara. Ceritakan pengalaman anda.

Pada cuti sekolah yang lalu saya dan keluarga melawat ke Muzium Negara. Kami menaiki kereta ayah ke sana,

Kami bertolak pada jam lapan pagi dengan gembira. Selepas dua jam, kami pun sampai ke destinasi kami. Kami melihat ramai pelancong telah berkumpul di pintu depan muzium.

Ayah beratur di kaunter tiket untuk membeli tiket. Sebelum masuk ke dalam muzium, ayah mengingatkan kami supaya mematuhi peraturan dan undang-undang di dalam muzium.

Di dalam muzium, kami dapat melihat pelbagai artifak dan khazanah Negara. Kami juga diberitahu tentanhg sejarah Negara kita. Kami juga melihat beberapa buah basikal yang beroda besar, kereta lembu dan kereta api yang dahulu.

Selain itu, juga terdapat beberapa spesies yang pupus dipamerkan di dalam rak di muzium. Yang paling saya sukai ialah tulang dinasour yang disusun dengan rapi di dalam kotak kaca yang besar. Dinasour merupakan haiwan yang paling besar di dunia pada zaman prasejarah.

Sebelum balik, kami mengambil gambar di pintu hadapan muzium sebagai kenang-kenangan. Walaupun letih, tetapi kamu balik dengan perasaan yang gembira. Kami berharap berpeluang untuk melawat ke muzium Negara sekali kali.

Anda mungkin juga menyukai