Anda di halaman 1dari 11

PROPOSAL AKTIVITI

MPU3422 COMMUNITY SERVICE 2


SEMESTER SEPT 2022

KERTAS KERJA BAGI PROGRAM “ECO PANTAI CAHAYA 2022”


DI PANTAI CAHAYA NEGERI, PORT DICKSON

DOMAIN: SOSIAL

1.0 PENGENALAN

Program khidmat masyarakat ialah kerja kerja kemasyarakatan yang dilaksanakan secara
berkumpulan dan mempunyai matlamat serta tujuan tertentu. Kerja-kerja kemasyarakatan
adalah untuk meringankan beban, memberi manfaat dan kesejahteraan kepada komuniti
tertentu. Khidmat masyarakat juga adalah suatu aktiviti yang amat penting untuk memupuk
perasaan muhibah antara komuniti dan UniKL MFI.

Program ini berhasrat untuk mengadakan aktiviti bergotong royong di Pantai Cahaya Negeri,
Port Dickson. Dengan adanya pengunjung yang semakin pesat, sampah sarap di kawasan
tersebut juga meningkat. Aktiviti gotong royong bukan sahaja dapat menjamin kebersihan alam
sekitar, malah dapat mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan rakyat Malaysia. Aktiviti
ini juga sangat digalakkan kerana ia boleh dilakukan oleh pelbagai kaum tidak kira bangsa dan
agama.

Adalah diharapkan melalui program ini, kami juga mendapat kemahiran merancang, mengurus
dan melaksanakan program khidmat masyarakat. Juga diharapkan program ini akan dapat
meninggalkan impak yang positif terhadap komuniti setempat ataupun secara globalnya kepada
negara.

Oleh hal demikian kertas kerja ini bertujuan untuk memohon kelulusan dari pihak UniKL MFI
dan MPPD bagi menjalankan program khidmat masyarakat Eco Pantai Cahaya 2022 selaras
dengan syarat kerja kursus mata pelajaran Community Service 2 (MPU 3422).
2.0 OBJEKTIF

Objektif untuk Program “Eco Pantai Cahaya 2022” adalah seperti berikut:

i. Melaksanakan aktiviti pembersihan pantai secara meluas di kawasan pantai

yang aktif dengan pengunjung seperti Pantai Cahaya Negeri.

ii. Berkhidmat menyumbangkan tenaga agar masyarakat dapat menikmati

persekitaran pantai yang bersih.

iii. Menyebarkan kesedaran akan kepentingan menjaga kebersihan alam sekitar

dan akibatnya jika tabiat membuang sampah merata-rata berterusan.

iv. Memberikan pengaruh yang baik atau menjadi contoh supaya lebih ramai

orang mengamalkan kebersihan alam sekitar.

v. Menimba ilmu tentang cara untuk merancang dan melaksanakan program.

vi. Mempelajari kemahiran berurusan dengan institusi atau badan organisasi

seperti UniKL MFI dan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD)

vii. Mengeratkan silaturahim sesama mahasiswa UniKL MFI dan penduduk di

Pantai Cahaya Negeri.


3.0 BUTIRAN PROGRAM

Nama Program Eco Pantai Cahaya Negeri 2022

Tarikh Ahad, 4 December 2022

Tempat Pantai Cahaya Negeri, Port Dickson, Negeri Sembilan

UniKL MFI, Kelas MPU3422 Community Service 2,


Penganjur
Kumpulan 3

Badan Terlibat Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD)

Aktiviti Pembersihan persekitaran Pantai Cahaya Negeri

3.1 TENTATIF PROGRAM

Sila rujuk kepada Lampiran 1.

3.2 PESERTA BERSASAR

Institusi Bilangan Peserta

Universiti Kuala Lumpur 36

Jumlah Peserta 36

4.0 ORGANISASI JAWATANKUASA

Sila rujuk kepada Lampiran 2.


5.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Sila rujuk kepada Lampiran 3.

6.0 KESIMPULAN

Tujuan utama kertas kerja ini disediakan adalah untuk mencadangkan Program “Eco

Pantai Cahaya Negeri 2022” kepada pihak-pihak yang terbabit seperti Universiti

Kuala Lumpur MFI dan Majlis Perbandaran Port Dickson.

Program ini adalah tugasan yang diberikan oleh UniKL MFI melalui mata pelajaran

MPU3422 Community Service 2 kepada pelajar untuk melaksanakan program tersebut.

Program ini dapat membantu pelajar merancang, mengurus dan melaksanakan

program. Di samping itu, kami berharap program ini dapat membawa manfaat kepada

masyarakat Port Dickson, khususnya di kawasan Pantai Cahaya Negeri.

Berdasarkan segala maklumat yang diberikan adalah diharapkan agar kertas kerja ini

mendapat penelitian, pertimbangan dan kelulusan dari pihak pengurusan Universiti

Kuala Lumpur MFI dan Majlis Perbandaran Port Dickson.


7.0 LAMPIRAN

7.1 Lampiran 1
TENTATIF PROJEK ECO PANTAI CAHAYA 2022

Masa Program Catatan


- Peserta berkumpul di kawasan parkir Surau UniKL
MFI.
Berkumpul di kampus
7:30am
UniKL MFI

- Menaiki transportasi sendiri dan bergerak secara


berkumpulan
Semua peserta - Barang dan peralatan disemak oleh AJK Logistik.
8:00am bertolak ke Pantai - AJK Protokol mengambil kehadiran.
Cahaya Negeri

- Dijangka tiba di Pantai Cahaya Negeri.


- Menurunkan semua kelengkapan di kawasan
berkumpul.
Tiba di Pantai Cahaya
10:00am - AJK Protokol melaksanakan kiraan peserta.
Negeri, Port Dickson
- Roti dan air mineral diagihkan kepada peserta.

- Pengarah dan AJK Protocol memberikan taklimat


ringkas bagi memastikan kelancaran program.
- Ucapan ringkas dari Pengarah Program.
Projek Eco Pantai
- Peserta dibahagikan kepada kumpulan yang telah
10:30am Cahaya Negeri 2022
ditetapkan
bermula

- Tempat pengumpulan sampah disediakan oleh


setiap kumpulan.
- Setiap kumpulan memulakan kerja pembersihan di
Kerja pembersihan kawasan masing-masing.
10:45am
dijalankan
Masa Program Catatan
- Sampah di tempat pengumpulan dibuang di
tempat pembuangan sampah MPPD
Selesai kerja
12:45pm
pembersihan

- Peserta akan berkumpul di kawasan berkumpul.


- Pengarah memberikan ucapan penghargaan
Projek Eco Pantai kepada peserta.
1:00pm Cahaya Negeri 2022
berakhir

- Makan tengahari dan solat Zohor.

- AJK Makanan akan menyediakan makanan kepada


Selepas peserta pada jam 12:45
Makan tengahari
Program

Selepas
Aktiviti Bebas
Program

- AJK Protokol melaksanakan kiraan peserta.


- Bertolak pulang ke UniKL MFI
3:00pm Pulang ke UniKL MFI
7.2 Lampiran 2

Organisasi Jawatankuasa

Penaung (Dekan UniKL MFI)


Prof. Madya Dr. Tengku Mohd Azahar Tuan Dir

Pengerusi (Timbalan Dekan SDCL)


Husma Binti Hussin

Penasihat (Ketua Seksyen Student Development)


Nor Farizah Mohd Taib

Penyelaras (Program Community Service 2)


Mohd Adri Bin Che Din @ Abdul Kadir

Pengarah Program
Abdul Hannan Bin Mohd Rosdee

Penolong Pengarah
Elisa Firdiana Binti Mohamed Firdaus

Setiusaha
Muhd Faris Bin Farid

Bendahari
Nor Syakhira Binti Abdul Aziz

AJK Logistik
Qayyim Azfar Bin Fazlin
AJK Makanan
Muhammad Uweis Taqiudeen Bin Mohd Zaki
Muhammad Farhan Bin Abdul Rahman
Mohd Kurnia Izzuddin Bin Aminuddin
Muhammad Syahmi Bin Muhamad Akil

AJK Multimedia dan Promosi


Mohamad Fitri Hashimi bin Mohd Aminallah
Muhammad Daniel Bin Zambari

AJK Protokol
Muhammad Danial Asyraaf Bin Jef Idron
Muhammad Ikhwan Bin Che Ayob
Mohd Fitri Bin Naian @ Nayan

AJK Keselamatan
Muhammad Amirul Luthfilhadi bin Abdul Rani
Muhammad Rusyaidi bin Yusri

AJK Perhubungan
Muhammad Huzaifah Bin Zairani

AJK Kenderaan
Nurul Wahida Binti Mohd Razali
7.3 Lampiran 3
ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Butiran Perbelanjaan Harga Kuantiti Jumlah (RM)

Pembersihan

1. Plastik sampah RM8.00 3 paket 24

2. Sarung tangan RM15.00 1 kotak 15

Makanan dan minuman

3. Roti bungkus RM1.10 40 biji 44

4. Air kotak RM25.00 2 karton 50

5. Air mineral RM25.00 3 kotak 75

6. Makan tengahari RM9.00 40 bungkus 360

Lain-Lain

7. Dana kecemasan RM80 - 80

JUMLAH KESELURUHAN RM848

Nota: Dana perbelanjaan adalah hasil kutipan dari pelajar dan sumbangan dari
pensyarah Jabatan Kejuruteraan Mekanikal sebanyak (RM200.00).
8.0 Poster

Anda mungkin juga menyukai