Anda di halaman 1dari 4

MPU 2412

KHIDMAT KOMUNITI (CINTAILAH PANTAI KITA)

LAPORAN AKHIR
PROGRAM KHIDMAT KOMUNITI (CINTAILAH PANTAI KITA)
BERSAMA AJK PASIR PANJANG BEACH

PROGRAM PENGURUSAN PERNIAGAAN


KOLEJ VOKASIONAL KUCHING

TARIKH : 26 FEBUARI 2024


TEMPAT : PASIR PANJANG BEACH
MASA : 7:30 PAGI HINGGA 4:30 PETANG

Disediakan oleh:
SHEREENNA YAP BINTI MOHD JEFFRI YAP
AJK Pengangkutan

Disemak oleh:
UMI KALSUM BINTI MOHD KHALID
Penyelaras, KHIDMAT KOMUNITI (Cintailah Pantai Kita)
Program Khidmat Komuniti Cintailah Pantai Kita Bersama AJK Pasir Panjang Beach
Tarikh: 26/2/2024
LAPORAN AKHIR
PROGRAM KHIDMAT KOMUNITI (CINTAILAH PANTAI KITA) BERSAMA AJK PASIR
PANJANG BEACH

1.0 Nama Program


Program Khidmat Komuniti Bersama AJK Pasir Panjang Beach

2.0 Tarikh, Masa dan Tempat


2.1 Tarikh : 26 Febuari 2024 (Isnin)
2.2 Masa : 7:30 pagi hingga 4:30 petang
2.3 Tempat : Pasir Panjang Beach

3.0 Objektif Program


3.1 Memupuk semangat bekerjasama dalam kalangan pelajar.
3.2 Memupuk dan menerapkan nilai bertanggungjawab terhadap alam sekitar dalam
kalangan pelajar.
3.3 Meningkatkan kesedaran dalam kalangan pelajar mengenai kepentingan
memelihara dan menjaga alam sekitar.

4.0 Faedah Yang Diperolehi


4.1 Program ini dapat merapatkan hubungan sesama pelajar Kolej Vokasional
Kuching.
4.2 Semangat Kerjasama dalam kumpulan untuk melaksanakan program ini
berdasarkan tugasan masing-masing.
4.3 Memupuk sifat tolong-menolong dan berhubung secara langsung dengan warga
Pasir Panjang Beach.
4.4 Memberi kesedaran kepada pelajar mengenai kepentingan alam sekitar.

5.0 Aliran Pelaksanaan dan Tugasan Program


5.1 Perbincangan Bersama penyelaras program.
5.2 Sesi Pemilihan tempat.
5.3 Sesi pemilihan tarikh bagi menjayakan program.
5.4 Sesi pembahagian kumpulan mengikut tugas dan tempat di sekitar Pasir Panjang
Beach.
5.5 Sesi pemilihan setiap tugasan program beserta perincian tugas.
5.6 Perbincangan Bersama ahli kumpulan masing-masing dan kaedah untuk
mencapai KPI program ini.
5.7 Perbincangan berkaitan dana
5.8 Perbincangan mengenai barangan keperluan dibeli dan makanan ditempat
sebelum menjayakan program.
5.9 Program dijalankan dengan lancar walaupun terdapat sedikit halangan.
5.10 Pelaporan

6.0 Halangan Dalam Melaksanakan Program


6.1 Perjalanan pergerakan sedikit lewat kerana mengalami gangguan cuaca yang
sedang hujan lebat.
6.2 Gotong-royong yang sukar dilaksanakan kerana perjalanan yang sukar diakses.
Contohnya, tempat yang terlampau kotor dan usang.
6.3 Barangan dan peralatan yang banyak serta berat sehingga sukar untuk
membawa ke lokasi.
6.4 Keadaan hujan yang telah merumitkan aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
6.5 Ruang membersihkan diri yang terhad dan sempit bagi jumlah peserta yang
banyak.

7.0 Jangkaan Impak Program


7.1 Memberikan pendedahan kepada semua pelajar yang mengambil program ini
kepada isu alam sekitar di Pasir Panjang Beach.
7.2 Mempraktikkan nilai tolong-menolong dan Kerjasama daripada ahli kumpulan
bagi menjayakan program ini.
7.3 Mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara para peserta dan guru bimbingan.
7.4 Mendedahkan suasana kampung kepada para peserta yang kurang pengalaman
di suasana perkampungan.
7.5 Suasana perkampungan yang lebih bersih dan selesa bagi penduduk di sana
selepas gotong-royong dilaksanakan.

8.0 Sumbangan Dalam Menjayakan Program


8.1 Sumbangan daripada pihak PIBG: RM 200.00 dan daripada pelajar DVM
Semester 2 Pengurusan Perniagaan: RM 698.60, Kos Perbelanjaan Sebenar.

Rujuk Lampiran 9.0 Anggaran Perbelanjaan, Kertas Kerja


9.0 Penutup
Ucapan ribuan terima kasih kepada pihak Pasir Panjang Beach yang sudi terima
kehadiran pelajar DVM Semester 2 Pengurusan Perniagaan dalam menjayakan kerja
khusus subjek Khidmat Komuniti (Cintailah Pantai Kita). Selain itu, program ini juga telah
memberi pengalaman dan memberi impak positis yang tinggi dalam diri setiap pelajar
KVKU. Semoga program seperti ini dapat diteruskan lagi di dalam KVKU dan
mendapatkan sokongan yang penuh dari pihak Pengurusan KVKU.

Anda mungkin juga menyukai