Anda di halaman 1dari 14

KERTAS KERJA

EXPLORE WITH SEGAMAT CADET CORPS BAND (SCCB)


KOMPENI BRASS BAND

TARIKH

: 30 JULAI 2016

HARI

: SABTU

TEMPAT

: SEKITAR KAWASAN UiTM CAWANGAN JOHOR

MASA

: 7.00 PAGI 11 MALAM

ANJURAN:
KOMPENI BRASS BAND
UiTM CAWANGAN JOHOR
KAMPUS SEGAMAT

1.0

TUJUAN

Kertas kerja ini dikemukakan bagi mendapatkan pertimbangan dan kelulusan dari unit
kewangan (HEP) dengan tujuan berikut :

i.

Mengeratkan hubungan antara pelajar-pelajar kokurikulum semester 1,semester 2 dan

semester 3 Kompeni Brass Band sesi Jun-Oktober 2016.


ii.

Memohon agar mendapat pertimbangan dan kelulusan daripada unit kewagan (HEP)

bagi mengadakan program Explore with SCCB Kompeni Brass Band.


iii.

Mendapat kerjasama dari semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program

Explore with SCCB ini yang dianjuran Kompeni Brass Band.


iv.

Mencapai setiap objektif yang ingin dicapai dalam melaksanakan induksi anjuran

Kompeni Brass Band.

2.0

LATAR BELAKANG

Program induksi iaitu Explore with SCCB Kompeni Brass Band ini akan disertai oleh para
pelajar kokurikulum Semester 1 ,semester 2 dan semester 3 Kompeni Brass Band UiTM
Johor. Tempat yang akan digunakan bagi mengadakan induksi Kompeni Brass Band ini
ialah disekitar kawasan UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat .
Program ini akan dianjurkan oleh Kompeni Brass Band UiTM Johor sendiri bagi menyemai
semangat kerjasama diantara mereka di dalam setiap aktiviti yang akan dianjurkan. Selain itu,
para pelajar kokurikulum ini juga dapat saling mengenali antara satu sama lain di antara
komander dan juga majlis tertinggi Kompeni Brass Band. Program ini akan dijalankan
selama satu hari seperti aktiviti yang telah dirancang supaya berjalan dengan lancar.

Seterusnya, program ini juga diadakan bagi meningkatkan tahap keyakinan dan kreativiti
mereka ketika menyelesaikan masalah bagi setiap aktiviti yang disertai .Ia juga dapat melatih
mereka supaya mereka lebih berani dalam menghadapai sesuatu situasi. Dengan ini, aktiviti
Explore with SCCB Kompeni Brass Band sedikit sebanyak dapat membantu para pelajar
Kokurikulum Kompeni Brass Band UiTM Johor menuju ke perubahan yang lebih baik.

3.0

OBJEKTIF

Setiap aktiviti yang dijalankan ini mempunyai objektifnya. Berikut adalah objektif yang ingin
dicapai :

Memupuk sikap berdikari, berani dan berfikiran kreatif dalam setiap perbuatan untuk

menghadapi sesuatu situasi yang akan mereka hadapi.

Mendidik para pelajar kokurikulum Kompeni Brass Band UiTM Johor dalam

menyemai sikap toleransi di antara pelajar kokurikulum dan sentiasa ikhlas dalam melakukan
setiap amanah serta tugasan yang diberikan.

Menyemai semangat kerjasama yang erat di antara para pelajar kokurikulum dalam

setiap tugasan yang diberikan serta dapat menjalinkan ikatan ukhwah sebagai sebuah
keluarga.

Melahirkan para pelajar kokurikulum yang seimbang dari semua aspek iaitu rohani,

jasmani dan intelektual yang dapat menjadikan seorang pelajar yang berguna.

Merapatkan hubungan sesama pelajar kokurikulum dengan komander dan majlis

tertinggi Kompeni Brass Band agar dapat mengenali dengan lebih rapat dan mendalam.

4.0

KUMPULAN SASARAN

4.1

KATEGORI

Semua pelajar Semester 1, Semester 2 dan Semester 3 Kompeni Brass Band.

4.2

BILANGAN

Seramai 200 orang terlibat:

80 orang pelajar Semester 1 Kompeni Brass Band

35 orang pelajar Semester 2 Kompeni Brass Band

69 orang pelajar Semester 3 Kompeni Brass Band

5 Orang Komander Kompeni Brass Band

4 Orang Majlis Tertinggi Kompeni Brass Band

Tetamu VIP:
1 Penyelaras Kompeni Brass Band
6 Mantan Komander Brass Band

5.0

MAKLUMAT PROGRAM

i.

Nama Program :

EXPLORE WITH SEGAMAT CADET CORPS BAND (SCCB)


ii.

Tarikh :

30 JULAI 2016 (SABTU)


iii.

Anjuran :

KOMPENI BRASS BAND


iv.

Tempat :

SEKITAR KAWASAN UiTM SEGAMAT, JOHOR.

ATUR CARA
30 JULAI 2016
7.30 PAGI

PELAJAR BERKUMPUL

8.00 PAGI

SENAMAN PAGI DAN ZUMBA

9.00 PAGI

SARAPAN PAGI

9.30 PAGI

TAKLIMAT AKTIVITI EXPLORACE

9.40 PAGI

EXPLORACE

12.00 TENGAH HARI

MAKAN TENGAH HARI

12.30 TENGAHARI

REHAT, SOLAT ZUHUR

2.30 PETANG

LDK 1 SUKANEKA

5.30 PETANG

REHAT, SOLAT ASAR

6.00 PETANG

MAKAN MALAM

6.30 PETANG

PENTADBIRAN DIRI

8.00 MALAM

LDK 2 PEMANTAPAN DIRI DAN KEBUDAYAAN

10.00 MALAM

PENYAMPAIAN HADIAH

11.00 MALAM

BERSURAI

6.0

KAEDAH PELAKSANAAN AKTIVITI

Program ini akan dilaksanakan selama satu hari iaitu pada 30 Julai 2016 bersamaan
hari Sabtu di sekitar kawasan UiTM Johor. Para pelajar kokurikulum Kompeni Brass Band
UiTM Johor akan memulakan pagi tersebut dengan senaman ringan bagi memanaskan badan
mereka sebelum melakukan aktiviti yang seterusnya. Para pelajar akan dibahagikan mengikut
kumpulan masing-masing bagi memudahkan lagi dalam melaksanakan aktiviti yang
seterusnya iaitu taklimat aktiviti yang akan dijalankan.

Seterusnya, pelajar kokurikulum akan mulakan aktiviti yang utama dalam induksi ini
iaitu explorace .Aktiviti explorace ini akan diadakan di sekitar UiTM Johor dan dilakukan
mengikut kumpulan masing-masing. Aktiviti explorace ini mempunyai beberapa check point
yang perlu diharungi oleh setiap kumpulan serta perlu melepasi setiap halangan dan jika
kumpulan tersebut tidak berjaya akan dikenakan denda. Sesudahnya aktiviti explorace para
pelajar akan dihidangkan dengan makan tengah hari .

Seterusya program ini akan disambung dengan aktiviti latihan dalam kumpulan
dengan acara sukaneka yang melibatkan semua pelajar dan komander serta majlis tertinggi
Brass Band. Setelah selesai acara sukaneka, para pelajar kokurikulum akan dihidangkan
dengan makan malam.
Seterusnya, pada bahagian malam pula para pelajar dikehendaki melakukan aktiviti
latihan dalam kumpulan dengan acara kebudayaan. Setiap kumpulan perlu melakukan
persembahan mengikut tema yang diberi. Program ini lebih kepada proses yang bertujuan
mendekatkan hubungan sesama pelajar kokurikulum serta pengenalan antara pelajar
kokurikulum dengan para komander dan juga majlis tertinggi Kompeni Brass Band.

7.0

JAWATANKUASA PELAKSANAAN AKTIVITI

PENASIHAT DAN PENYELARAS


LT. (K) Muhizan Bin Muskam
KETUA KOMPENI
KM Maisarah Binti Zainal
KETUA PROJEK
KRK Nur Aisyah Binti Mohd Noor
PENOLONG KETUA PROJEK
KRM Luqman Haikal Bin Azman
BENDAHARI
KRK Siti Hawa Binti Muhamad Hatta @ Taufik
BIRO MAKANAN
KRK Noornadia Binti Mohd Ghani
BIRO SUKAN
KRK Nurhaziqah Hazimah Binti Sapuan
BIRO MULTIMEDIA
KRK Mohd Hairil Bin Roslan
BIRO MEDIK
KRK Latiffa Athirah Binti Riza

8.0

IMPLIKASI KEWANGAN

Bagi menjayakan program ini, sejumlah wang diperlukan untuk menampung kos
perbelanjaan. Butiran adalah seperti di bawah:
BIL. BUTIRAN PERBELANJAAN
1.
Elaun Makanan

KUANTITI

JUMLAH (RM)

RM 3.00 x 193 orang

RM 579

: Makan tengah hari

RM 5.00 x 193 orang

RM 965

: Makan malam

RM 5.00 x 193 orang

RM 965

: Sarapan pagi

RM 4.00 x 7 orang

RM 28

: Makan tengah hari

RM 6.00 x 7 orang

RM 42

: Makan malam

RM 6.00 x 7 orang

RM 42

Peserta : Sarapan pagi

VIP

2.

3.

Hadiah Kumpulan

Hadiah Pertama

RM 100

RM 100

Hadiah Kedua

RM 75

RM 75

Hadiah Ketiga

RM 50

RM 50

RM 1.00x 20 Helai

RM 20.00

RM 2.00x 20 Batang

RM 40.00

Aktiviti

Kelengkapan aktiviti
Kertas mah-jong
Marker pen

RM100.00

Peralatan sukaneka
Peralatan

RM100.00

aktiviti

explorace
4.

Publisiti

RM 30

Gambar dan laporan


JUMLAH

RM 3136.00

9.0 PENUTUP
Sehubungan itu, diharapkan agar permohonan kami Kompeni Brass Band UiTM Johor ini
diluluskan agar pihak pengurusan kami dapat melakukan persiapan secepat mungkin supaya
tiada masalah yang bakal dihadapi semasa aktiviti Explore with SCCB ini sedang dijalankan.
Program ini dilakukan bagi memberi manfaat kepada kami semua selari dengan objektif
Kompeni Brass Band UiTM Johor iaitu mengenali dengan lebih dekat antara pelajar
kokurikulum dengan para komander dan semua majlis tertinggi Kompeni Brass Band serta
meningkatkan lagi keyakinan pelajar kokurikulum.

Selain itu, program ini akan menjadikan para pelajar kokurikulum lebih berdisiplin dan
menepati masa. Semoga program ini dapat berjalan dengan lancar seperti yang telah
dirancangkan di samping mencapai objektif program ini. selain itu, diharap melalui program
ini akan terhasilnya impak yang positif bagi semua pihak dan dapat menjadikan satu contoh
program yang menjadi tradisi bagi kompeni ini. Sokongan dan kerjasama daripada semua
kakitangan ahli jawatankuasa aktiviti dalam menjayakan induksi Kompeni Brass Band ini
amatlah diharapkan demi kejayaan dalam pelaksanaan aktiviti ini. Oleh itu, kerjasama
daripada pihak tuan amat kami hargai.

Disediakan Oleh:

..........................................................
(KRK NUR AISYAH BINTI MOHD NOOR)
KETUA PROJEK,
EXPLORE WITH SEGAMAT CADET CORPS BAND (SCCB)
KOMPENI BRASS BAND,
UiTM CAWANGAN JOHOR KAMPUS SEGAMAT.

Disemak oleh:

..........................................................
(Lt. (K) MUHIZAN BIN MUSKAM)
PENYELARAS KOKURIKULUM KOMPENI BRASS BAND,
UiTM CAWANGAN JOHOR KAMPUS SEGAMAT.

Disahkan oleh:

..........................................................
(MEJ. (K) UJUD BIN PABIL)
PEGAWAI KOKURIKULUM,
UiTM CAWANGAN JOHOR KAMPUS SEGAMAT

LAMPIRAN
SENARAI NAMA VIP (PEGAWAI)
BIL
.
1.

NAMA
LT. (K) MUHIZAN BIN MUSKAM

SENARAI NAMA MANTAN KOMANDER


BIL.
1.
2.
3.
4.
5.
6.

NAMA
LT.M (K) MUHAMMAD NUR HIDAYAT BIN SELAMAT
LT.M (K) MUHAMMAD SYAHIRUDDIN BIN ISMAIL
LT.M (K) ADAM ISKANDAR BIN IBRAHIM
LT.M (K) NUR AINI FARHANAH BINTI ZAMRI
LT.M (K) NUR FARAH BINTI AHMAD YUSOF
LT.M (K)

SENARAI NAMA KOMANDER BRASS BAND

BIL
.
1.
2.
3.
4.
5.

NAMA
KM MAISARAH BINTI ZAINAL
KRK NOORNADIA BINTI MOHD GHANI
KRK NURHAZIQAH HAZIMAH BINTI SAPUAN
KRK LATIFFA ATHIRAH BINTI RIZA
KRK MOHAMAD HAIRIL BIN ROSLAN

SENARAI NAMA MAJLIS TERTINGGI BRASS BAND


BIL.
NAMA
1.
MUHAMMAD AKMAL BIN FIRDAUS
2.
MUHAMMAD ALI SHAHFIIN BIN SHAHARUL
3.
NUR SYAHIDA BINTI DZULFUKAR
4.

Anda mungkin juga menyukai