Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA

PROJEK TAMAN HIJAU


PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
SEKOLAH KEBANGSAAN TELUK WANG,
08000 SG PETANI, KEDAH
PROJEK TAMAN HIJAU

KERTAS KERJA TAMAN HIJAU SEKOLAH

PENDAHULUAN .

Taman Hijau Sekolah merupakan salah satu instrumen yang ingin diterapkan kepada
pelajar-pelajar pendidikan khas sebagai proses permulaan pengurusan diri dan
kemahiran hidup. Oleh itu, Sekolah Kebangsaan Teluk Wang juga telah mewujudkan
Taman Hijaunya sendiri. Taman Hijau SKTW adalah dibawah pengawasan Panitia
Kemahiran Hidup Pendidikan Khas dan kerjasama daripada guru-guru PPKI.

1.0 MISI .

Penubuhan Taman Hijau Sekolah adalah untuk memelihara warisan Flora dan Fauna
yang berasaskan Flora dan Fauna yang diwarisi oleh nenek moyang kita dahulu.
Kewujudan taman hijau ini juga dapat meningkatkan pengetahuan tentang tanaman
hijau dan kegunaannya yang semakin dilupakan oleh generasi masa kini manakala
Fauna merupakan satu terapi untuk murid-murid berkeperluan khas.

2.0 VISI

Menjadikan Taman Hijau ini sebagai sumber rujukan kepada para pelajar dan warga
SKTW. Senantiasa menambah baik dan menambah koleksi flora dan fauna.

3.0 OBJEKTIF.

Objektif Kertas Kerja ini ialah :


1. Untuk mendapatkan kelulusan daripada pihak pentadbiran sekolah tentang
cadangan penambahbaikan Taman Hijau Sekolah.
2. Mendapatkan peruntukan yang diperlukan untuk proses pemulihan dan
penambahbaikan yang difikirkan perlu mengikut skema Penilaian dan
Pemantauan Program Warisan Taman Hijau.
3. Mewujudkan sebuah Taman Hijau yang kemas , cantik dan teratur dari segi
landskap dan susun atur Taman Hijau yang dipamerkan.
4. Mendapatkan kerjasama yang erat daripada pihak pengurusan
sekolah dan pihak jawatankuasa pelaksana Taman Hijau .
5. Menyelaras setiap tugas dan tanggungjawab supaya tidak berlaku
pertindihan tugas dan memastikan kelancaran aktiviti yang dirancang.

4.0 AHLI JAWATANKUASA TAMAN HIJAU

PENGERUSI : ENCIK SUBBERI BIN SALLEH


GURU BESAR

TIMBALAN PENGERUSI : ENCIK RIDUAN BIN MD DAUD


PENYELARAS PENDIDIKAN KHAS

PENYELARAS PROJEK : PN YUSNITA BT YATIM

SETIAUSAHA : PN NOR AZRIATI BT MOHD NAZRI

BENDAHARI : PN NOR HASHIMAH BT HASHIM

AJK GURU DAN KAKITANGAN :


1. PN ZAINATUNASWAD BT AMADUDIN
2. PN MAZNAH BT AHMAD
3. PN MAZNI SUHANA BT ZULKIFLI
4. PN NORSYUZILA BT OTHMAN

AJK PELAJAR :

1) MUHAMMAD ZULHILMI IKHWAN B ZULKARNAIN


2) MUHAMMAD HASBI B JAAFAR
3) MUHAMMAD FITRI B HAMAD SUKOR
4) MUHAMMAD FARIS B MOHD NAZRI
5) MUHAMMAD ARIS FABISLAH B MUHAMMAD SHUKRI
6) MUHAMMAD ALIF B SYAHIZAN
7) MUHAMMAD AIMAN B MOHD NAZRI
8) SITI AISYAH BT ABDUL RAHMAN
9) NURUL AUNI BT ABDUL KHADIR
10) NUR SHAMIMI BT RUZAIDA
11) NUR SAFIYA SYAHIRAH BT AZMI
5.0 KEKUATAN DAN KELEMAHAN

Berdasarkan pemantauan yang telah dilakukan oleh Jawatankuasa Program Taman


Hijau beberapa perkara telah dikenal pasti untuk dijadikan rujukan untuk menambah
baik program Taman Hijau Sekolah.

Kekuatan :
1. Mempunyai potensi untuk mempelbagaikan pelbagai variasi tumbuhan
mengikut kategori sayur-sayuran.
2. Mempunyai sumber/punca air.
3. Kesesuaian tempat/tanah yang sesuai untuk penanaman herba.

Kelemahan :
1. Kurang mempunyai koleksi tanam-tanaman yang eksotik dan komersial
2. Landskap Taman Hijau Sekolah kurang menarik dan ceria.
3. Pendokumentasian aktiviti dan pelabelan tanaman yang masih belum
lengkap dan sempurna.

6.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN .

Berdasarkan beberapa kelemahan yang telah dikenal pasti , pihak jawatankuasa telah
mencadangkan beberapa perkara untuk dipertimbangkan oleh pihak pengurusan untuk
diambil tindakan segera , antaranya ialah :
1. Membina landskap yang menarik dengan menambak kawasan Taman
Hijau dengan batu-batu krikil dan tempat pejalan kaki yang selesa dan
menarik . Kawasan Taman Hijau sekarang ini dilitupi tanah merah yang
menyebabkan tanah lecah apabila hujan dan berdebu apabila cuaca
panas , menyebabkan kawasan taman tidak ceria dan menarik.
2. Memasang label dan papan tanda kekal dan tahan lama.
3. Membeli pokok-pokok sayur-sayuran yang mempunyai nilai komersial
4. Memohon kerjasama daripada pihak pertanian.
7.0 ANGGARAN KOS MENGIKUT CADANGAN DAN SUMBER KEWANGAN

Bil Perkara Jumlah Kos Sumber


(RM)
1 Batu sungai hiasan 200.00 Peruntukan
PPKI
2 Bumbung kalis cahaya 200.00 Peruntukan
PPKI

3 Memasang Papan Tanda dan Label 300.00 Peruntukan


Pokok PPKI

4 Kos penyelenggaraan ( Tapak semaian, 700.00 Peruntukan


Tanah semaian, racun rumpai, kawalan PPKI
serangga dan penyakit tanaman , baja,
peralatan )
JUMLAH 1400.00

8.0 PENUTUP :
Program Taman Hijau Sekolah PPKI SK TELUK WANG merupakan projek rintis
bagi tahun 2019. Sehubungan itu, kertas kerja ini telah dirancang untuk mencapai
matlamat tersebut. Diharapkan segala cadangan dan masalah yang dikemukan dalam
kertas kerja ini akan mendapat perhatian yang sewajarnya daripada pihak pentadbiran
sekolah supaya projek ini dapat dijalankan mengikut perancangan yang telah dirancang
oleh pihak jawatankuasa Taman Hijau PPKI SK TELUK WANG. Akhirnya, dengan
kerjasama pelbagai pihak diharapkan Taman Hijau PPKI SK TELUK WANG akan
mencapai kejayaan yang lebih membanggakan pada tahun ini dan tahun-tahun yang
akan datang.

Sekian, terima kasih.

PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

....................................... ...................................... ....................................

(YUSNITA BT YATIM) (RIDUAN B MD DAUD) (SUBBERI B SALLEH)


PENYELARAS PROJEK PENYELARAS PPKI GURU BESAR
SK TELUK WANG SK TELUK WANG

Anda mungkin juga menyukai