Anda di halaman 1dari 5

1.

0 Tajuk Kertas kerja

Kertas kerja Kem Matematik, anjuran Panitia Matematik, SMK Bandar Puteri Jaya, Sungai
Petani, Kedah dengan kerjasama Pusat Pengajian Sains Matematik, Universiti Sains Malaysia,
Pulau Pinang

2.0 Pengenalan

Kem Matematik diadakan bagi membuka ruang kepada semua murid untuk memahami dan
menghayati mata pelajaran Matematik. Bidang ini biasanya dilabel sebagai bidang abstrak
yang hanya mereka yang mempunyai IQ tertentu sahaja yang mampu menguasainya. Ini
berpunca daripada ketiadaaan kemahiran atau keupayaan berfikir dalam kalangan majoriti
murid.

Justeru, bagi ‘memanggil’ semua lapisan murid mendekati bidang ini dengan lebih mesra,
Kem Matematik diadakan. Harapan program ini agar murid-murid akan bersedia membuka
minda dan menerima pengajaran dan pembelajaran Matematik dengan lebih baik daripada
sebelumnya.

3.0 Objektif Program

3.1 Membuka minda murid bahawa matematik adalah fenomena yang berlaku di
sekeliling mereka.

3.2 Menyedarkan murid bahawa matematik adalah pelajaran yang menyeronokkan di


samping mencabar minda.

3.3 Mencungkil bakat kepantasan menyelesaikan masalah semasa pertandingan.

3.4 Menarik minat murid supaya memberi lebih tumpuan semasa P&P matematik di
dalam kelas.

3.5 Membuka peluang meneroka alam matematik di luar bilik darjah melalui
pertandingan dan permainan.

3.6 Melatih murid-murid mencari informasi berguna semasa terlibat di dalam aktiviti
yang dianjurkan.

4.0 Sasaran

100 orang murid Tingkatan 5 dan Tingkatan 4


5.0 Butiran Program

Butiran program adalah seperti berikut:

Tarikh : 15 Julai 2017 (Sabtu)

Masa : 8.00 pagi – 5.00 petang

Tempat : SMK Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani

Fasilitator : Dr. Ahmad Lutfi Amri Ramli (Ketua)

Pensyarah Matematik, Pusat Pengajian Matematik USM

. Pelajar-pelajar Ijazah Sarjana Muda Matematik, USM

6.0 Penganjur

 Panitia Matematik
 Unit Bimbingan dan Kaunseling
 PIBG

7.0 Sumber Pendapatan dan Anggaran Perbelanjaan

PENERIMAAN KUANTITI JUMLAH


Bayaran peserta RM 10 X 100 peserta RM 1,000
Sumbangan Bayaran RM 5 X 100 peserta RM 500
Peningkatan Prestasi
PCG Panitia Matematik RM 840
PiBG RM 500
ANGGARAN PENERIMAAN RM 2840
PERBELANJAAN BUTIRAN JUMLAH PERUNTUKAN
Bayaran kepada pihak Pusat Bayaran peserta =
Pengajian Sains Matematik, RM 12.50 x 100 orang RM 1,250 RM1000
USM Sumbangan Bayaran
Peningkatan Prestasi =
RM250
Penyediaan Makan dan RM 8 x 100 orang RM 800
Minum Pelajar (Minum pagi
dan Makan Tengahari) Sumbangan Bayaran
Penyediaan Makan dan RM 8 x 15 orang RM 120 Peningkatan Prestasi =
Minum Pasukan RM240
Penceramah (Minum pagi
dan Makan Tengahari) PCG Panitia Matematik =
Penyediaan Makan dan RM 8 x 15 orang RM 120 RM800
Minum AJK (Minum pagi dan
Makan Tengahari)
Peralatan
 Tag lencana RM 2 x 100 orang RM 200
 Fail RM 1 x 100 orang RM100 Sumbangan PIBG =
 Fotostat RM500
RM 10
Sijil dan Cenderahati RM 100 Sumbangan Bayaran
Banner RM 100 Peningkatan Prestasi =
RM10

ANGGARAN BELANJAWAN RM 2,840

8.0 Input

 Ceramah dan Bengkel Berkumpulan


 Aktiviti Rekreasi Matematik
 Sesi Motivasi dan Rangsangan Minda

9.0 Jawatankuasa

 Semua Pentadbir Sekolah,


 Ketua Panitia Matematik
 Guru-Guru Mata Pelajaran Matematik
 Guru Cemerlang
 Guru Bimbingan dan Kaunseling.
10.0 Senarai Jawatankuasa Pengelola

Pengerusi : Tn. Hj. Osman bin Omar

Naib Pengerusi 1 : En. Ismail bin Ahmad

Naib Pengerusi 2 :

Kaunselor : Pn. Azlinda bt Ismail

Pn. Kharina bt Khalid

Penyelaras Program : Pn. Yasnida binti Yahya

Setiausaha : Pn. Farah Hayana bt Idris

Bendahari : Pn. Siti Rashadah bt Hj Chik

AJK Pendaftaran : Pn. Hjh Norizah bt Hj Man

AJK Peralatan/ : En. Rosli bin Md Akhir

Persiapan Tempat

AJK Sijil/Cenderahati : Pn. Fazimi bt Ahmad Fauzi

AJK Makanan : Pn. Harison bt Abd Hamid

AJK Fotografi/Dokumentasi : Pn. Normal Iza bt Osman Ariff

AJK Kawalan Disipin : En. Mohd Syafiq Hafifi b Abdul Rahim

11.0 JADUAL TENTATIF PROGRAM

7.30 – 8.30 pagi : Pendaftaran Peserta

8.30 – 10.30 pagi : Sesi 1

10.30 – 11.00 pagi : Rehat dan Minum Pagi

11.00 pagi – 1.00 tghari : Sesi 2

1.00 – 2.30 petang : Makan Tengahari dan Solat Zohor

2.30 – 4.30 petang : Sesi 3

4.30 – 5.00 petang : Majlis Penutup dan Bersurai


12.0 PENILAIAN PROGRAM

12.1 Penilaian Jangka Pendek

- Perubahan tingkahlaku serta sikap terhadap pengajaran dan pembelajaran

- Meningkatkan kecerdasan akal dan fizikal

12.2 Penilaian Jangka Panjang

- Keputusan Peperiksaan

12.3 Borang Penilaian Kursus

( Lampiran B)

13.0 Penutup

Disediakan oleh, Disemak Oleh,

................................................ ........................................................
(YASNIDA BINTI YAHYA) ( )
Penyelaras Program
Kem Matematik

Disahkan Oleh,

...............................................
(OSMAN BIN OMAR)
Pengetua,
SMK Bandar Puteri Jaya

Anda mungkin juga menyukai