Anda di halaman 1dari 9

KERTAS KONSEP

’MATH MANIA’ CAMP 2017


SMK BANDAR PUTERI JAYA

PENGENALAN

Matematik adalah subjek yang sangat penting dalam kurikulum persekolahan rendah dan
menengah.  Standard pencapaian murid dalam subjek ini sama ada di peringkat UPSR,
PT3 atau SPM sentiasa menjadi topik perbincangan pelbagai pihak terutamanya
kementerian pendidikan , pendidik dan ibu bapa. Ini memberi gambaran yang jelas
bahawa Matematik bukan sahaja penting dalam bilik darjah malahpenggunaannya dalam
kehidupan seharian amat meluas sekali. Namun begitu matematik sering ditakuti oleh
ramai muridkerana didorong oleh tanggapan bahawa subjek ini sukar dan tidak
menyeronokkan.

Pelbagai kajian telah dibuat untuk mengenalpasti tahap kebimbangan pelajar terhadap
matematik samada di dalam mahupun di luar negara. Antara kajian-kajian tersebut
adalah dari Fulya (2008), Elenchoty (2007), Zaslavsky (1994), Chung Chin (2015),
Davrajoo (2007) dan Tobias (1980). Hasil daripada kajian-kajian tersebut mendapati
banyak faktor yang mendorong terhadap kebimbangan dalam matapelajaran matematik
iaitu kelemahan kurikulum, pengurusan masa, cara penyampaian guru serta pengaruh
rakan sebaya.

Sehubungan itu, pelbagai kaedah telah dipraktikkan bagi menarik minat dan perhatian
murid terhadap matematik. Permainan matematik merupakan salah satu kaedah yang
dapat mewujudkan iklim pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan serta dapat
menarik minat murid terhadap subjek ini.

Dalam menarik minat murid dalam pembelajaran matematik, guru-guru perlu bijak dan
kreatif mencipta pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Terdapat banyak teori
dan cadangan daripada ahli-ahli pendidikan untuk meningkatkan minat dan pembelajaran
matematik dalam kalangan murid. Maulana (2010) menjelaskan bahawa; (1) permainan
mampu menyediakan ‘reinforcement’ dan latihan ketrampilan, (2) permainan dapat
memotivasi, (3) permainan membantu pemerolehan dan pengembangan konsep
matematika, dan (4) melalui permainan murid dapat mengembangkan strategi untuk
pemecahan masalah.” Jelas disini menunjukan bahawa permainan dapat menarik minat
murid dalam matematik dan murid boleh belajar matematik melalui permainan.          
RASIONAL

Permainan matematik merupakan satu alat yang dapat membantu murid memahami
konsep-konsep matematik dengan mudah dan menarik. Menurut Rini Mulyani (2006),
dalam tugasan akhirnya yang bertajuk, Permainan Edukatif Dalam Perkembangan Logik-
Smart Anak, menyatakan bahawa Soegeng Santoso (2002) mendefinisikan bermain
sebagai suatu kegiatan atau tingkah laku yang dilakukan anak secara sendirian atau
berkelompok dengan menggunakan alat atau tidak untuk mencapai tujuan tertentu.
Sharipah Ab.Rahman (2006) pula berpendapat bahawa matematik membawa maksud
kajian pola dan hubungan, bahasa dan suatu cara berfikir. Maka itu, permainan
matematik boleh didefinisikan sebagai satu cara atau kaedah yang diaplikasikan dalam
pengajaran dan pembelajaran supaya subjek matematik menjadi seronok untuk
dipelajari.

Tujuan permainan matematik adalah untuk menarik minat murid melakukan aktiviti-aktiviti
matematik yang interaktif agar dapat menghindari kenyataan-kenyataan seperti
matematik itu susah, murid tidak minat dengan matematik atau nombor adalah
membosankan. Permainan matematik boleh menjadi bukti bahawa matematik bukanlah
satu matapelajaran yang sukar untuk dipelajari dan memerlukan latihan yang berterusan
semata-mata sebaliknya murid boleh meneroka dan memahami matematik melalui
permainan-permainan yang menarik. Sehubungan dengan itu, permainan matematik
memainkan peranan yang penting dalam melatih murid berfikir secara logik, kreatif dan
sistematik. Seterusnya, ia dapat membangkitkan minat murid untuk belajar matematik,
memperkukuhkan konsep dan kemahiran matematik kearahpeningkatan daya pemikiran
aras tinggi.

MATLAMAT

Memberi pendedahan dan pengalaman baru yang berkeupayaan meningkatkan


minat, kreativiti dan kemahiran berfikir dalam kalangan murid SMK Bandar Puteri Jaya
terhadap subjek matematik.

OBJEKTIF

1. Mendedah dan membuka minda murid bahawa matematik adalah fenomena yang
berlaku di sekeliling mereka setiap hari.

2. Membantu murid memahami konsep matematik melalui aktiviti permainan.

3. Membimbing murid menguasai kemahiran memahami dan mentafsir masalah,


merancang strategi dan seterusnya melaksanakan strategi penyelesaiantanpa
terikat dengan silibus di bilik darjah.

4. Membina keyakinan diri dalam kalangan murid untuk menghadapi soalan


penyelesaian masalah.
5. Membentuk semangat kerjasama berkumpulan ketika beraktiviti dalam kalangan
murid.

6. Meningkatkan penglibatan dan penyertaan murid dalam pertandingan-


pertandingan matematik yang dianjurkan di peringkat sekolah, daerah, negeri dan
kebangsaan.

KUMPULAN SASAR

100 orang murid tingkatan 4 dan 5 SMK Bandar Puteri Jaya.

PENGISIAN PROGRAM

Kem ini memberi fokus kepada :

1. Ceramah dan Bengkel Berkumpulan


2. Aktiviti Rekreasi Matematik
3. Sesi Motivasi dan Rangsangan Minda

TARIKH PROGRAM

Tarikh : 15 Julai 2017


Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Dewan Terbuka, SMK Bandar Puteri Jaya

PELAKSANAKAN PROGRAM

Peserta-peserta akan dibahagikan kepada sepuluh kumpulan dan setiap kumpulan terdiri
daripada sepuluh orang ahli. Setiap kumpulan akan di beri tugasan semasa aktiviti
perbengkelan dan rekreasi matematik.

PENCERAMAH / FASILITATOR

1. Dr Ahmad Lutfi Amri bin Ramli – Pensyarah, Pusat Pengajian Matematik,


Universiti Sains Malaysia

2. Siswa Sarjana Muda Matematik, Universiti Sains Malaysia


PENGANJUR

1. Panitia Matematik, SMK Bandar Puteri Jaya


2. Unit Bimbingan dan Kaunseling, SMK Bandar Puteri Jaya
3. PIBG SMK Bandar Puteri Jaya

ATUR CARA PROGRAM

MASA AKTIVITI TINDAKAN


0745 – 0815 Pendaftaran peserta Individu berkenaan
0815 – 0830 Taklimat kursus Pn Yasnida Yahya / AJK Berkenaan
0830 – 1030 Ceramah dan Bengkel Dr Ahmad Lutfi Amri
1030 – 1100 Minum pagi AJK berkenaan
1100 – 1300 Rekreasi Matematik Siswa USM
1300 – 1400 Makan tengahari dan solat Zohor AJK berkenaan
1400 – 1630 Rekreasi Matematik Siswa USM
1630 – 1700 Motivasi dan Rangsangan Minda Dr Ahmad Lutfi Amri
ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA AMAUN ( RM ) PERUNTUKAN


1 Sumbangan kepada Pusat Pengajian Sumbangan waris
Sains dan Matematik USM 1250.00 (RM1250)
RM 12.50 x 100 orang
2 Bayaran makan dan minum peserta
i) Minum pagi 300.00 Peruntukan Peningkatan
RM 3.00 x 100 orang Prestasi (RM300)

ii) Makan tengahari 500.00 Sumbangan PIBG


(RM500)
RM 5.00 x 100 orang
300.00 Peruntukan Peningkatan
iii) Minum petang Prestasi (RM300)
RM 3.00 x 100 orang

3 Bahan edaran Kem Matematik Peruntukan Panitia


500.00 Matematik (RM500)
RM 5.00 x 100 orang
4 Banner dan Backdrop pentas Peruntukan Kokurikulum
150.00
(RM150)

JUMLAH 3000.00 3000.00

SUMBER KEWANGAN

BIL PERKARA AMAUN ( RM )


1 Sumbangan waris
1250.00
RM 12.50 x 100 orang
2 Peruntukan kewangan Peningkatan Prestasi
600.00
RM 6.00 x 100 orang
3 Peruntukan kewangan Panitia Matematik
500.00
RM 5.00 x 100 orang
4 Peruntukan kewangan SUWA
500.00
RM 5.00 x 100 orang
5 Peruntukan Kokurikulum 150.00

JUMLAH 3000.00
JAWATANKUASA KERJA

Pengerusi : Tn. Hj. Osman bin Omar


Pengetua SMK Bandar Puteri Jaya

Naib Pengerusi I : En. Ismail bin Ahmad


Pen Kanan Pentadbiran SMK Bandar Puteri Jaya

Naib Pengerusi II : Pn. Che Kamaliah bt Abdul Talib


GKM Sains dan Matematik

Setiausaha : Pn. Yasnida binti Yahya

Penolong Setiausaha : Pn. Farah Hayana binti Idris

Bendahari : Pn. Siti Rashadah binti Hj Chik

Ahli Jawatankuasa
Pendaftaran : Pn. Hjh Norizah binti Hj Man
Pn. Tamil Chelvi a/p Kamala Karan
Peralatan/ Persiapan Tempat : En. Rosli bin Md Akhir
Sijil/Cenderahati : Pn. Fazimi binti Ahmad Fauzi
Makanan / Kebajikan : Pn. Harison binti Abd Hamid
Fotografi/Dokumentasi : Pn. Normal Iza binti Osman Ariff
Kawalan Disipin : En. Mohd Syafiq Hafifi bin Abdul Rahim
Kaunselor : Pn. Azlinda binti Ismail
Pn. Kharina binti Khalid
PENUTUP

Kem Matematik ini dicadangkan sebagai satu alternatif sokongan bagi meningkatkan
peratus kehadiran murid ke sekolah. Minat kepada subjek dan teknik pengajaran guru
yang berkesan mampu menarik kehadiran murid ke sekolah.

Kita perlu faham bahawa, naluri kanak-kanak adalah bermain. Kaedah pengajaran guru
yang tidak serasi dengan tahap kecerdasan pelajar boleh menyebabkan seseorang
murid itu gagal atau hilang minat terhadap sesuatu mata pelajaran, (Howard
Gardner ,1983).  Dunia sekarang bukan lagi seperti zaman nenek moyang kita yang
hanya belajar bersumberkan buku, pensel dan bilik darjah sahaja.Permainan sambil
belajar adalah contoh aktiviti yang seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani. 

Persepsi-persepsi negatif terhadap matematik perlu dihindarkan dari minda murid kita
kerana ia adalah virus yang akan menghancurkan dunia matematik. Semoga usaha ini
mampu melahirkan tokoh-tokoh matematik dalam kalangan anak didik SMK Bandar
Puteri Jaya suatu masa kelak.

“ The ability to solve problems is at the heart of mathematics”

Disediakan oleh; Disemak oleh

Yasnida binti Yahya Che Kamaliah binti Abdul Talib


Setiausaha GKM Matematik dan Sains
Kem Matematik ’Calcophilic’ 2017 SMK Bandar Puteri Jaya
SMK Bandar Puteri Jaya

Disahkan Oleh,

Osman bin Omar


Pengetua
SMK Bandar Puteri Jaya
JADUAL KEM KECEMERLANGAN KOKURIKULUM AKADEMIK BAHASA MELAYU
SMK DATO’ LELA PAHLAWAN TAHUN 2016
TEMPAT : BILIK SEMINAR, SMKDLP
TARIKH : 15 DISEMBER 2016

TARIKH 0740 0800 1000 1030 1300 1400 1500 1700

Pendaftaran Teknik Bengkel Bahas REHAT / Teknik Pidato Bengkel Pidato Bersurai
peserta Perbahasan dan MAKAN dan
15 OGOS REHAT DAN
Penghakiman TENGAHARI Penghakiman
2015 MINUM PAGI
DAN SOLAT
ZOHOR
MKM MKM/AMM AMM AMM/KM

NOTA : Sebarang pindaan berkaitan jadual akan dimaklumkan semasa program.

PENCERAMAH
BIL NAMA KOD

1 ENCIK MD KHASIMEE BIN MOHAMED MKM


2 ENCIK AHMAD MUSLIM BIN MAHMOOD AMM
KERTAS KERJA
’MATH MANIA’ CAMP 2017

Tarikh :
15 JULAI 2017

Tempat :
DEWAN TERBUKA
SMK BANDAR PUTERI JAYA

Anjuran :
PANITIA MATEMATIK SMK BANDAR PUTERI JAYA
KELAB STEM SMK BANDAR PUTERI JAYA

Anjuran bersama :
PIBG SMK BANDAR PUTERI JAYA
UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING SMK BANDAR PUTERI JAYA

dengan kerjasama

PUSAT SAINS DAN MATEMATIK


UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

“ The ability to solve problems is at the heart of mathematics ”

Anda mungkin juga menyukai