Anda di halaman 1dari 10

CASE STUDY

REPORT

DUG30023: GREEN TECHNOLOGY COMPLIANCE

SESI II 2022/2023

LECTURER: DR. NORZIANIS BINTI REZALI

NAME MATRIX NO

Nurin Natasya binti Mohd Riduan 18DSK20F2018

Nurul Hanis Ainy binti Abd Hanapi 18DSK20F2028

Mahirah Ameerah binti Abdullah 18DSK20F1011

0
RUJUKAN

BIL. RUJUKAN M/S

1.0 Pengenalan 2

2.0 Objektif 2

3.0 Biodata `Green Coordinator’ 3

4.0 Aktiviti Hijau yang telah dilaksanakan di Jabatan 4


Pengajian Am

5.0 Sebab aktiviti Hijau dilaksanakan di Jabatan 5


Pengajian Am

6.0 Cabaran Utama 6

7.0 Cara Mengatasi 6

8.0 Kesimpulan 7

8.0 Lampiran 7

1
RINGKASAN

Dalam dunia pertumbuhan pesat, baik dari segi ekonomi dan penduduk, manusia telah
berusaha untuk mempengaruhi alam sekitar di sekeliling mereka untuk kehidupan yang
lebih baik, lebih cekap dan lebih mudah.Sumber-sumber yang telah kita gunakan dari
alam sekitar sering tidak boleh diperbaharui dan dalam perarakan kita yang tidak
teragak-agak untuk keselesaan yang mulia, kita telah mengabaikan akibat dari kesan
yang kita alami. Dalam dunia pertumbuhan pesat, baik dari segi ekonomi dan
penduduk, manusia telah berusaha untuk mempengaruhi alam sekitar di sekeliling
mereka untuk kehidupan yang lebih baik, lebih cekap dan lebih mudah.Sumber-sumber
yang telah kita gunakan dari alam sekitar sering tidak boleh diperbaharui dan dalam
perarakan kita yang tidak teragak-agak untuk keselesaan yang mulia, kita telah
mengabaikan akibat dari kesan yang kita alami. Dengan hasil kesan negatif kita
terhadap alam semula jadi yang datang untuk menghantui kita, terdapat peningkatan
kesedaran dan pergerakan global untuk memperbaiki diri kita sendiri.Teknologi hijau
adalah sebahagian besar daripadanya. Teknologi hijau adalah aplikasi sains alam
sekitar untuk memulihara alam semula jadi dan sumber, dan untuk membendung kesan
negatif penglibatan manusia .Idea utama di sebalik teknologi hijau adalah untuk
memberi kesedaran hijau kepada manusia terutamanya bagi generasi baharu. Laporan
berikut menggariskan beberapa inisiatif Politeknik dalam meningkatkan kesedaran hijau

1.0 PENGENALAN

Kursus Pematuhan Teknologi Hijau direka untuk memperkenalkan pelajar dengan


asas-asas teknologi hijau, amalan hijau, dan pematuhan hijau ke arah sasaran utama
mampan. Laporan ini disediakan daripada sesi temubual bersama Puan Roshadah Abu
Bakar, Penyelaras Hijau Jabatan Pengajian Am (JPA) Politeknik Tuanku Syed
Sirajuddin.

2.0 OBJEKTIF
kami telah berpeluang menemubual puan Roshadah Abu Bakar selaku ketua green di
JPA untuk mendalami dengan lebih dalam mengenai aktiviti hijau yang telah
dilaksanakan di jabatan Pengajian Am termasuklah impak aktiviti tersebut kepada
warga politeknik, para staff dan pelajar di jabatan pengajian Am sendiri.

2
3.0

BIODATA
‘Green Coordinator’ Jabatan Pengajian Am
Puan Roshadah Abu Bakar

Puan Roshadah Abu Bakar atau lebih dikenali dengan panggilan Ustazah Roshadah,
merupakan seorang pensyarah yang sopan serta lemah lembut tutur katanya. Beliau
telah dilantik menjadi ‘Green Coordinator’ selama lebih 2 tahun di Jabatan Pengajian
Am. Dek kerana sifat cintanya kepada alam sekitar, pelbagai inisiatif yang telah
dilakukan oleh beliau untuk memupuk sifat cintakan kehijauan tidak terhad hanya
kepada warga Jabatan Pengajian Am sahaja malah kepada seluruh warga Politeknik
Tuanku Syed Sirajuddin.

Bila ditanya mengenai visi dan misi Jabatan Pengajian Am, beliau berkata dengan ceria
bahawa beliau ingin mewujudkan suasana persekitaran di JPA dan politeknik dengan
persekitaran yang hijau agar sejuk mata memandang sejurus dapat menenangkan
minda dan fikiran serta membekalkan oksigen yang bersih dan nyaman kepada warga
politeknik dan dimana oksigen itu adalah dari sumber pokok pokok di persekitaran
jabatan.

Apa yang diharapkan melalui program ‘Green’ ini adalah untuk memupuk semangat
cintakan alam sekitar serta memastikan persekitaran Jabatan Pengajian Am sentiasa
bersih dan segar. Beliau juga berharap program ini dapat diteruskan lagi serta dapat
menarik perhatian ramai pihak terutama para pelajar di Politeknik Tuanku Syed
Sirajuddin.

3
4.0 Aktiviti Hijau yang telah dilaksanakan di Jabatan Pengajian Am

a. Taman Herba
Jabatan Pengajian Am, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin telah mengorak langkah
melaksanakan amalan teknologi hijau selaras dengan Hasrat kerajaan Malaysia untuk
menjadikan negara Malaysia negara maju dan rendah karbon menjelang 2020. Atas
inisiatif Puan Roshadah Abu Bakar selaku `Green Coordinator’ Jabatan Pengajian Am,
beliau telah mewujudkan Taman Herba di Jabatan Pengajian Am bagi menjadikan
Jabatan Pengajian Am menjadi salah satu jabatan yang mengamalkan konsep hijau
dan sekaligus membekalkan udara yang bersih, nyaman dan segar kepada seluruh
warga Politeknik. Pelancaran Taman Herba telah dilaksanakan pada tahun 2020 yang
turut dibantu oleh staf-staf di JPA dan para pelajar. Taman herba ini dibangunkan atas
sebab untuk memelihara spesies herba yang semakin mendapat perhatian dalam
kalangan masyarakat yang mengamalkan pemakanan yang sihat dan rawatan
kesihatan alternatif secara tradisional. Di samping itu, ia juga berperanan untuk
memberi pendedahan dan pendidikan kepada para pelajar berkenaan tanaman herba
tersebut.
Antara sebab lain penubuhan taman Herba ini adalah untuk memperkenalkan
tumbuhan tempatan yang mempunyai nilai perubatan kepada seluruh warga Politeknik.
Koleksi tumbuhan yang ditanam di Jabatan Pengajian Am adalah pokok kunyit, pokok
belalai gajah, limau nipis, limau kasturi, sireh,mulberry dan lemon. Pihak Jabatan
Pengajian Am juga mengambil langkah menanam pokok dengan berkonsepkan
penggunaan bahan terpakai seperti tayar, batang paip, botol plastik serta pasu bunga.
Maka jelaslah bahawa Taman Herba ini bukan sahaja mewujudkan suasana landskap
hijau di dalam atau luar kawasan Jabatan Pengajian Am, malah turut memberi pelbagai
manfaat lain kepada warga Politeknik, dan juga boleh dijadikan ulam mahupun
ubat-ubatan tradisional.

b. Meletakkan pokok di atas meja pensyarah


Aktiviti kedua yang telah berjaya dilaksanakan lebih dari 2 tahun adalah inisiatif ‘Puan
Roshada Abu Bakar sendiri iaitu memanfaatkan ruang dalam kawasan pejabat
Pensyarah Jabatan Pengajian Am dengan meletakkan pelbagai jenis pokok di atas
meja masing-masing. Pelbagai bahan kitar semula telah digunakan sebagai contoh
botol plastik dijadikan sebagai pasu untuk menanam pokok hiasan seperti pokok keladi
dan sebagainya. Puan Roshadah Abu Bakar juga percaya bahawa dengan meletakkan
pokok di meja kerja seperti bonsai, keladi atau kaktus, dikatakan dapat membantu
memberikan ketenangan kepada seseorang individu dan dapat mengurangkan stress
akibat kerja.
Ia juga menjadi bukti dimana menunjukkan pendedahan kepada kehijauan adalah
bermanfaat untuk emosi dan perasaan setiap individu.. Lagipula meja kerja ini penting

4
untuk memberi keselesaan kepada setiap pensyarah untuk membuat kerja seharian.
Lebih menarik ia sekaligus dapat mengindahkan dan menghijaukan persekitaran
pejabat katanya.

5.0 Sebab aktiviti Hijau dilaksanakan di Jabatan Pengajian Am

Teknologi hijau membantu pembangunan masyarakat berilmu yang mendorong ke arah


mempraktikkan tenaga lestari dan cara hidup lebih baik. Kita boleh hidup lebih lestari
jika kita menjadi seorang yang lebih celik alam sekitar, belajar daripada alam semula
jadi, hidup dengan lebih sederhana dan menjadi rakyat yang aktif dalam
membangunkan alam sekitar. Jadi, inisiatif yang diambil oleh `Green Coordinator’
Jabatan Pengajian Am adalah untuk menerapkan perkara-perkara tersebut dalam diri
setiap warga politeknik khususnya kepada warga Jabatan Pengajian Am

A. Taman Herba.
Antara sebab utama Taman Herba dibuka adalah untuk membekalkan udara yang
bersih, nyaman dan segar kepada seluruh warga Politeknik. Puan Roshadah juga
menyatakan ia merupakan satu langkah yang besar untuk memastikan agar dapat
memelihara spesies herba yang semakin lama semakin tidak dikenali ramai lagi-lagi
para remaja serta kanak-kanak.

B. Meletakkan pokok di atas meja pensyarah.


Meletakkan pokok di atas meja pensyarah dapat dijadikan bukti kualiti hidup seorang
perkerja menjadi lebih berkualiti ini kerana dapat memberikan ketenangan kepada
individu dan dapat mengurangkan stres akibat kerja.

C. Melaksanakan aktiviti gotong-royong dan susun atur di sekitar kawasan


JPA
Amalan gotong-royong perlu dipraktikan di dalam masyarakat kerana kebersihan
kawasan persekitaran perlu dijaga untuk memastikan udara yang kita hirup atau tempat
yang diami sentiasa bersih. Pada masa yang sama, aktiviti gotong-royong dapat
memupuk semangat diantara para perkerja di Jabatan Pengajian Am serta di kawasan
Politeknik itu sendiri.

D. Mengasingkan dan membuang bahan yang tidak diperlukan

Puan Rosyadah juga ada berkongsi dia juga menggalakan para kakitangan Jabatan
Pengajian Am untuk mengasingkan barang yang sudah tidak digunakan di dalam
plastik yang disediakan.

5
6.0 CABARAN UTAMA

Pelbagai cabaran yang dihadapi oleh kakitangan Jabatan Pengajian Am sendiri untuk
menjayakan program hijau di JPA. Maklumat yang kami dapati dari sesi temuramah
bersama `Green Coordinator’ adalah seperti kekangan masa yang dihadapi oleh para
pensyarah dek kerana para pensyarah mempunyai pelbagai tugas yang perlu
dilaksanakan serta masa mereka juga terhad. Tidak kurang juga kekangan masa
terhadap para pelajar yang sibuk dengan tugasan pembelajaran mereka. Ini menjadi
cabaran utama yang menghalang usaha mengekalkan aktiviti hijau yang telah
dijalankan.

Kedua adalah, program hijau ini masih kurang mendapat sambutan dari warga
politeknik yang masih belum terdedah dengan kebaikan ‘Green’ sepenuhnya. Mereka
juga tidak didedahkan dengan pendedahan cintakan alam sekitar, jadi ini menjadi
cabaran yang perlu dikekang sejak awal lagi.

7.0 CARA ATASI

Antara langkah sistematik yang telah diambil oleh Puan Roshadah sendiri adalah
mewajibkan semua pelajar untuk sertai setiap aktiviti yang dianjurkan oleh penyelaras
Green dan jabatan, sekiranya pelajar tersebut gagal untuk menghadirkan diri ke aktiviti
atau seminar anjuran pihak green, pelajar tersebut boleh dikenakan tindakan.

Puan Roshadah juga mencadangkan untuk menggunakan waktu terluang selepas


waktu kuliah untuk menjalankan aktiviti green. Ini menjadi langkah penting dan utama
yang dilakukan oleh Puan Roshadah bagi menyemai rasa cinta akan alam sekitar
dalam diri setiap warga politeknik khususnya di Jabatan Pengajian Am.

6
8.0 KESIMPULAN

Sebagai kesimpulannya, sesi temubual ini dilaksanakan bagi memperoleh


maklumat serba sedikit berkaitan aktiviti yang telah dijalankan di jabatan di
politeknik dan Jabatan Pengajian Am menjadi jabatan pilihan kami sekumpulan.
Melalui sesi temubual ini kami dapati banyak aktiviti yang telah dijalankan bagi
memupuk semangat cintakan amalan hijau dan alam sekitar dalam diri setiap
warga politeknik. Kami sangat berbangga dan beruntung menjadi salah seorang
pelajar di sini yang berpeluang untuk belajar dan dapat menyematkan semangat
ini di dalam diri sebagai mahasiswa yang menghargai keindahan dan ciptaan
Tuhan. Selain daripada sesi temubual ini juga kami dapati warga politeknik
merupakan satu keluarga besar yang sentiasa memberi sokongan padu dalam
menjayakan setiap aktiviti demi melahirkan generasi yang sentiasa mempunya
semangat dalam melaksanakan sesuatu justeru dapat memupuk sikap
kerjasama dalam diri.

9.0 LAMPIRAN

SESI TEMURAMAH

7
Gambar ketika sesi temuramah bersama `Green Coordinator’ Jabatan Pengajian Am
bagi memperolehi maklumat yang lebih terperinci mengenai aktiviti dan program yang
telah dianjurkan oleh Jabatan Pengajian Am.
Dari kanan, Mahirah Ameerah, Puan Roshadah Abu Bakar (Green Coordinator), Nurin
Natasya, Nurul Hanis Ainy

KETIKA PROGRAM' Green' DILAKSANAKAN PADA TAHUN 2020

Puan Roshadah berkongsi gambar situasi aktiviti pelancaran Taman Herba pada tahun
pertama beliau memegang jawatan sebagai `Green Coordinator’ di Jabatan Pengajian
Am. Pelbagai inisiatif yang diambil dan kerjasama dari para pelajar dan kakitangan
Jabatan Pengajian Am serta para pekerja cucian di Politeknik yang terlibat secara
langsung dan tidak langsung dalam menjayakan aktiviti hijau ini.

8
AKTIVITI SATU MEJA SATU POKOK

GAMBAR DI SEKITAR KAWASAN JABATAN PENGAJIAN AM KINI

Anda mungkin juga menyukai