Anda di halaman 1dari 43

BAHAGIAN LATIHAN KEMAHIRAN PERTANIAN (BLKP)

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN


INDUSTRI ASAS TANI
MALAYSIA

KERTAS PENERANGAN

KOD DAN NAMA


A016-001-3:2016 OPERASI PENGELUARAN TANAMAN
PROGRAM

TAHAP 3

NO DAN TAJUK UNIT


A016-001-3:2016-C06 KENDALIAN HASIL TANAMAN
KOMPETENSI

1. TUAI HASIL TANAMAN


NO. DAN PENYATAAN 2. KENDALI HASIL PASCATUAI
AKTIVITI KERJA
3. PENYEJUKAN DAN PENYIMPANAN HASIL
4. SEDIA KEPERLUAN PEMASARAN
5. JUAL HASIL TANAMAN

NO. KOD A016-001-3:2016-C06/P(1/4) MUKA SURAT : 1/35

TAJUK: PENGENDALIAN PASCATUAI TANAMAN

TUJUAN :
Kertas penerangan ini bertujuan untuk memberi kefahaman kepada pelatih mengenai
pengendalian pascatuai secara kondusif dan cekap mengikut standard yang betul.

PENERANGAN:
NO. KOD : A016-001-3:2016-C06/P(2/7) MUKA SURAT : 2/35

1. PERALATAN DAN BAHAN PASCATUAI

Jadual 1 : Jenis Peralatan dan Bahan Pascatuai dan Fungsi

PERALATAN FUNGSI

 Untuk menimbang kuantiti hasil


NO. KOD : A016-001-3:2016-C06/P(2/7) MUKA SURAT : 3/35

PERALATAN FUNGSI

Penimbang

 Untuk membawa hasil yang siap


bungkus ke lori

Troli

 Membawa hasil dari ladang ke


pusat pengutipan hasil

Kereta Sorong

 Membawa hasil yang telah siap


ke pusat pengumpulan hasil

Jentera
Pengangkut
 Melindungi hasil dari tercedera.
 Melindungi tangan dari cedera
dan bahan kimia.
Sarung tangan
NO. KOD : A016-001-3:2016-C06/P(2/7) MUKA SURAT : 4/35

 Membersih hasil
 Membuang kekotoran

Kain / span

 Membersih buah dari kotoran

Berus

 Untuk mengisi hasil pertaian

Bakul

 Untuk bungkus hasil pertanian

Plastik
Bungkusan

 Untuk bungkusan hasil pertanian

Kotak Bungkusan

2. PROSES PASCATUAI
NO. KOD : A016-001-3:2016-C06/P(2/7) MUKA SURAT : 5/35

2.1 Pengasingan Tanaman


i. Buah - Buahan
Pengasingan dibuat bagi mengasingkan hasil yang mempunyai ciri-ciri seperti:
a. Cacat
b. Rosak
c. Serangan penyakit
d. Tak cukup matang
e. Cedera semasa pengendalian

Rajah 1: Kualiti Hasil Tuaian Tanaman Buah-Buahan Yang Rosak

Rajah 2: Kualiti Hasil Tuaian Tanaman Buah-Buahan Yang Perlu Ada Di


Pasaran.

Buah-buahan yang terjejas mutunya akibat jangkitan penyakit, terlalu muda,


pecah, cacat dan sebagainya perlu diasingkan daripada hasil yang baik. Kerja-
kerja pengasingan dilakukan secara manual dan proses ini memerlukan
NO. KOD : A016-001-3:2016-C06/P(2/7) MUKA SURAT : 6/35

kemahiran bagi mengelakkan kerosakan dan kecederaan pada buah.Alatan dan


bahan mengasing hasil tuaian tanaman buah-buahan seperti:
a. Meja beralas bahan lembut.
b. Pisau pemotong tajam bagi penyisiran pisang dan tangkai yang panjang untuk
nanas seperti di Rajah 3

Rajah 3 : Kaedah Memotong Tangkai Hasil Tuaian Tanaman Buah-Buahan

ii. Sayur-Sayuran
Pengasingan dibuat bagi mengasingkan hasil yang mempunyai ciri-ciri seperti:
a. Cacat
b. Rosak
c. Serangan penyakit
d. Tak cukup matang
e. Cedera semasa pengendalian

Rajah 4: Kualiti Hasil Tuaian Tanaman Sayur-Sayuran Yang Perlu Ada Di


Pasaran.

Sayur-sayuran yang terjejas mutunya akibat jangkitan penyakit, terlalu muda, pecah,
cacat dan sebagainya perlu diasingkan daripada hasil yang baik seperti dalam Rajah 5.
NO. KOD : A016-001-3:2016-C06/P(2/7) MUKA SURAT : 7/35

Rajah 5: Kualiti Hasil Tuaian Sayur-Sayuran Yang Terjejas Mutunya.

Kerja-kerja pengasingan dilakukan secara manual dan proses ini memerlukan


kemahiran bagi mengelakkan kerosakan dan kecederaan pada sayur-sayuran seperti
dalam Rajah 6.

Rajah 6: Kerja-Kerja Pengasingan Dibuat Secara Manual.

Alatan dan bahan mengasing hasil tuaian tanaman sayur-sayuran:


a. Meja beralas bahan lembut.
b. Pisau pemotong tajam bagi pemotongan tangkai yang panjang untuk sayur
daun seperti dalam Rajah 7.
NO. KOD : A016-001-3:2016-C06/P(2/7) MUKA SURAT : 8/35

Rajah 7: Kerja-kerja pemotongan tangkai

iii. Tanaman Hiasan


Pengasingan dibuat bagi mengasingkan hasil yang mempunyai ciri-ciri seperti:
a. Cacat
b. Rosak
c. Serangan penyakit
d. Tak cukup matang
e. Cedera semasa pengendalian

Untuk pengkomersilan keratan orkid perlu memenuhi ciri yang diperlukan oleh
pasaran iaitu;
a. Jangka hayat 10-15 hari
b. Warna yang menarik (pasaran domestik atau luar)
c. Bilangan bunga setangkai -10 kuntum termasuk kudup bunga
d. Harga yang sama seperti orkid yang sama kelasnya

Kaedah pengasingan hasil tuaian tanaman hiasan


a. Bunga keratan yang terjejas mutunya akibat jangkitan penyakit, patah dan
sebagainya perlu diasingkan daripada hasil yang baik.
b. Kerja-kerja pengasingan dilakukan secara manual bagi mengelakkan
kerosakan dan kecederaan pada bunga
NO. KOD : A016-001-3:2016-C06/P(2/7) MUKA SURAT : 9/35

Rajah 8: Pengasingan Dibuat Berdasar Mutu Hasil

2.2 Pembersihan
i. Buah-Buahan
Kepentingan membersih hasil tuaian tanaman buah-buahan adalah
membuang kotoran ladang dan bendasing seperti tanah, sisa kimia, lelehan
getah dan sisa bahan organik lain. Peralatan membersih hasil tuaian
tanaman buah-buahan seperti:
a. Kolah takungan air basuhan (bahan daripada gentian kaca/plastik/besi
tahan karat)
b. Sarung tangan
c. Berus lembut/ span

Kaedah membersih hasil tuaian tanaman buah-buahan boleh dilakukan dengan 3


cara seperti berikut:
a. Basuh dengan air bersih yang mengandungi 200 ppm klorin - Tukar air
basuhan kerap kali apabila air basuhan telah kotor seperti dalam Rajah 8 di
bawah untuk pisang, betik, nanas, mangga, rambutan, jambu batu, limau
(manis & bali) dan nangka
b. Mengelap dengan kain bersih yang lembab untuk buah tembikai wangi
c. Memberus dengan menggunakan berus lembut untuk buah belimbing,
durian, pitaya dan manggis.
NO. KOD : A016-001-3:2016-C06/P(2/7) MUKA SURAT : 10/35

Rajah 9 :Kaedah Membersih Hasil Tuaian Tanaman Buah-Buahan

ii. Sayur - Sayuran


Kepentingan membersih hasil tuaian tanaman sayur-sayuran adalah
membuang kotoran ladang dan bendasing seperti tanah, sisa kimia, lelehan
dan sisa bahan organik lain. Peralatan membersih hasil tuaian tanaman
sayur-sayuran.
a. Mesin basuhan (bahan daripada gentian kaca/plastik/besi tahan karat)
b. Sarung tangan
c. Span lembut

Kaedah membersih hasil tuaian tanaman sayur-sayuran boleh dilakukan


dengan cara seperti berikut:
a. Basuh dengan air bersih yang mengandungi 200 ppm klorin - Tukar air
basuhan kerap kali apabila air basuhan telah kotor
b. Mengelap dengan kain bersih yang lembab untuk sayur buah seperti
terung
c. Air yang berlebihan di permukaan hasil perlu dikeringkan dengan
menggunakan kipas untuk mencepatkan proses pengeringan tersebut.
NO. KOD : A016-001-3:2016-C06/P(2/7) MUKA SURAT : 11/35

Rajah 9 : Kerja-Kerja Pembasuhan Dan Pengeringan Hasil

iii. Tanaman Hiasan


Kepentingan membersih hasil tuaian tanaman hiasan adalah membuang
kotoran ladang dan bendasing seperti tanah dan sisa bahan organik lain.
Peralatan membersih hasil tuaian tanaman hiasan adalah terdiri daripada
bekas takungan air basuhan (bahan daripada gentian kaca/plastik/besi tahan
karat)

Kaedah membersih hasil tuaian tanaman hiasan boleh dilakukan dengan 3


cara seperti berikut:
a. Basuh dengan air bersih yang mengandungi 200 ppm klorin .
b. Tukar air basuhan untuk untuk membasuh bunga keratan yang tahan
lasak apabila ianya telah kotor.
c. Mengelap dengan kain bersih yang lembab untuk tanaman hiasan
berpasu.
NO. KOD : A016-001-3:2016-C06/P(2/7) MUKA SURAT : 12/35

2.3 Penggredan
i. Buah-Buahan
Kepentingan penggredan bertujuan untuk:
a. Mendapat harga terbaik untuk sesuatu komoditi
b. Membantu penetapan harga dan komunikasi
c. Mekanisasi dan mesin penggredan
d. Membantu operasi pengendalian selepas penggredan
e. Penguatkuasaan peraturan – Euro GAP, CODEX dan ISO
f. Menggurangkan kos pemasaran
g. Mewujudkan kehormonian

Rajah 10: Penggredan Menghasilkan Mutu Yang Terbaik

Tiga ciri mutu hasil yang selalu digunakan oleh pengguna dalam penggredan
buah-buahan iaitu:
a. Fizikal – saiz, berat, tekstur, warna, rupa bentuk, citarasa, bau dan kerosakan
mekanikal.
 Peringkat kematangan dan kemasakkan – ciri utama dalam proses
penggredan untuk sajian segar seperti buah betik, belimbing, nanas dan
rambutan.
b. Kimia - nilai pemakanan dan kandungannya
 Saiz dan berat - pengelasan menurut berat dan saiz membantu
penetapan harga.
c. Biologi - peringkat kematangan atau kemasakkan, serangan penyakit dan
serangga
NO. KOD : A016-001-3:2016-C06/P(2/7) MUKA SURAT : 13/35

 Kultivar - keseragaman kultivar dalam sesuatu gred menjaga mutu dan


operasi pengendalian.
 Rupa keseluruhan – hasil yang bersih, seragam, segar dan tiada tanda
kerosakkan dianggap bermutu tinggi.
NO. KOD : A016-001-3:2016-C06/P(2/7) MUKA SURAT : 14/35

Rajah 11: Ciri-Ciri Dalam Penggredan.

Kaedah yang digunakan untuk menggred hasil buah-buahan seperti:


a. Buah-buahan digred berdasarkan indek kematangan sekotak yang sama spesies
dan kultivar serta dituai pada peringkat yang sama matang seperti dalam Rajah
12:

Rajah 12: Penggredan Berdasarkan Indek Kematangan

ii. Sayur-Sayuran
Tujuan penggredan sayur-sayuran dilakukan untuk:
a. Menjamin kualiti hasil yang dipasarkan.
NO. KOD : A016-001-3:2016-C06/P(2/7) MUKA SURAT : 15/35

b. Mendapat kualiti yang seragam.


c. Meningkatkan kecekapan pemasaran
d. Memenuhi citarasa pengguna.
e. Mengelakkan penipuan.
f. Mewujudkan persaingan untuk meningkatkan kualiti.
g. Mendapat pulangan yang setimpal dengan kuanliti.
h. Mengurangkan kerugian dan pembaziran.
i. Dapat bersaing dalam pasaran global yang kompetitif.
j. Memastikan hasil pertanian selamat digunakan.

Lima (5) ciri penggredan hasil ialah:


a. Kematangan.
b. Kesegaran.
c. Kerosakan.
d. Kecacatan.
e. Keseragaman saiz.

Sayur-sayuran digred berdasarkan indek kematangan sekotak yang sama


spesies dan kultivar serta dituai pada peringkat yang sama matang seperti
dalam Rajah 13:

Rajah 13: Kerja Pengredan Yang Menggunakan Mesin Sepenuhnya.


NO. KOD : A016-001-3:2016-C06/P(2/7) MUKA SURAT : 16/35

Rajah 14: 3 Kategori Gred Hasil Tomato

Sayur-sayuran yang tidak dikehendaki oleh pasaran :


a. Tidak cukup matang
b. Tidak segar
c. Kotor
d. Kecacatan
e. Kerosakan oleh haiwan perosak
f. Penyakit dan kecederaan mekanikal

Rajah 15: Jenis hasil yang ditolak oleh pasaran

iii. Tanaman Hiasan


Piawaian hasil bunga keratan yang dibuat oleh SIRIM akan mengambil kira
aspek seperti:
a. Saiz (kepanjangan tangkai bunga)
b. Cara persembahan
c. Label
d. Mutu

Piawaian hasil bunga keratan dikategorikan kepada 3 kelas seperti :


a. Kelas Ekstra
NO. KOD : A016-001-3:2016-C06/P(2/7) MUKA SURAT : 17/35

Bunga bermutu tinggi iaitu:


 Cukup sifat, tidak cacat atau patah dan lengkap bentuknya.
 Bunga hendaklah bebas daripada serangga atau kerosakan akibat
parasit (haiwan dan tumbuhan).
 Bunga juga hendaklah tidak mengandungi sisa racun serangga atau
bahan asing yang mencacatkan rupa.

b. Kelas 1
Kelas ini merangkumi bunga yang:
 Lengkap bentuknya, segar mempunyai tangkai yang kuat dan bebas
daripada serangan parasit.
 Mempunyai amat sedikit kecacatan seperti lebam, bekas kerosakan
akibat penyakit atau kesan racun kimia.

c. Kelas 2
Kelas ini merangkumi bunga yang mempunyai ciri-ciri berikut:
 Lengkap bentuknya, segar mempunyai tangkai yang kuat dan bebas
daripada serangan parasit.
 Mempunyai sedikit kecacatan seperti lebam, bekas kerosakan akibat
penyakit atau kesan racun kimia. Kesan kecacatan hendaklah tidak
menjejaskan mutu, tempoh simpan dan rupa bunga.

Bunga keratan diberi kod saiz (kepanjangan) seperti dalam jadual 3 di bawah
bagi satu unit persembahan mengandungi sejambak, sekotak atau satu ikatan
yang sama spesies dan kultivar serta dituai pada peringkat yang sama seperti
dalam Rajah 16 di bawah.

Jadual 3 : Kod Kepanjangan Bagi Bunga-Bungaan


Kod Kepanjangan (cm)
10 10 - 20
20 20 - 30
30 30 - 40
40 40 - 50
50 50 - 60
60 60 - 70
70 70 - 80
80 80 - 90
NO. KOD : A016-001-3:2016-C06/P(2/7) MUKA SURAT : 18/35

90 90 - 100
100 100 - 120
120 120 - 140
140 >140
NO. KOD : A016-001-3:2016-C06/P(2/7) MUKA SURAT : 19/35

Rajah 16: Contoh Ukuran Keratin Bunga

Rajah 17 : Hasil Pengredan Yang Mengikut Paiwaian Sirim


NO. KOD : A016-001-3:2016-C06/P(2/7) MUKA SURAT : 20/35

iv. Tanaman Hasil


Kepentingan merawat hasil tuaian tanaman buah-buahan adalah:
a. Merawat penyakit kulat
b. Memusnahkan perosak (telur atau benih)

2.4 Rawatan Hasil


i. Buah-Buahan
a. Rawatan Air panas
Untuk mengawal penyakit, buah betik perlu diberi rawatan air panas dan
racun kulat. Rawatan air panas dikenalpasti sebagai salah satu prosedur
kuarantin untuk mengawal serangga seperti lalat buah. Buah betik direndam
dalam air panas pada dua peringkat suhu.
Peringkat pertama, betik direndam selama 30 minit di dalam air suam
bersuhu 42 oC dan diikuti selama 20 minit di dalam air bersuhu 49 oC.
Kemudian betik disejukkan di dalam air yang mengalir selama 20 minit
seperti dalam Rajah 19 di bawah .

Rajah 19: Rawatan Air Panas.

b. Rendaman/ Semburan racun kulat


Kawalan penyakit akan lebih berkesan apabila betik direndam dalam racun
kulat seperti propikonazol (250 bpj, 5minit), atau prokloraz (200 bpj, 2 minit).
Jumlah racun kulat boleh ditingkatkan sehingga 500 bpj tetapi masa
merendam disingkatkan kepada 2 minit sahaja. Rawatan ini dapat
mengawal penyakit semasa penyimpanan terutama bintik berpusar
(antraknos – penyebab penyakit kulat Colletotrichum) dan busuk pangka
seperti dalam Rajah 20.
NO. KOD : A016-001-3:2016-C06/P(2/7) MUKA SURAT : 21/35

Rajah 20: Rawatan Racun Kulat.

Untuk mengawal penyakit bintik berpusar semasa penyimpanan dan


pemasaran, buah mangga perlu direndam di dalam larutan racun kulat
seperti ampaian benomil yang mengandungi 800 ug/mL bahan aktif selama
5 minit pada suhu 52 oC. Buah kemudian dikeringkan sebelum digred dan
dibungkus.

c. Pengeringan
Air yang berlebihan di permukaan hasil perlu dikeringkan dengan
menyusunnya di atas rak pengering atau menggunakan unit pengering yang
khusus seperti dalam Rajah 21 di bawah. Pengeringan dilakukan dengan
mendedahkan hasil pada suhu biasa. Kipas boleh digunakan untuk
mencepatkan proses pengeringan tersebut. Pengeringan yang berlebihan
perlu dielakkan kerana akan menggalakkan kehilangan lembapan yang
tinggi sehingga boleh menjadi kecut, layu dan susut beratnya.

Rajah 21: Proses Pengeringan Hasil Tuaian Tanaman Buah-Buahan

ii. Sayur Sayuran


Kepentingan merawat hasil tuaian tanaman sayur-sayuran adalah untuk
memusnahkan perosak (telur atau benih)
NO. KOD : A016-001-3:2016-C06/P(2/7) MUKA SURAT : 22/35

a. Rawatan Air Panas (Untuk Tujuan Eksport)


Untuk mengawal penyakit, sayur buah perlu diberi rawatan air panas.
Rawatan air panas dikenalpasti sebagai salah satu prosedur kuarantin untuk
mengawal serangga seperti lalat buah. Sayur buah direndam dalam air
panas pada dua peringkat suhu. Peringkat pertama, direndam selama 30
minit di dalam air suam bersuhu 42 oC dan diikuti selama 20 minit di dalam
air bersuhu 49 oC. Kemudian disejukkan di dalam air yang mengalir selama
20 minit.

 Tujuan Merawat.
Merawat hasil bunga keratan adalah bagi melambatkan proses layu.
Suhu yang tinggi akan mempercepatkan proses bunga berkembang serta
layu manakala suhu rendah akan melambatkan proses layu dengan
menggurangkan kadar respirasi (kehilangan air) dan pembiakan
mikroorganisma seperti dalam Rajah 22.

Rajah 22:
Bunga Keretan Di Bawa Ke Bilik Sejuk Bagi Mengekalkan Kesegaran

 Jenis Rawatan.
Bagi bunga-bungaan yang kurang tahan disimpan, rawatan bahan kimia
dimestikan. Terdapat beberapa jenis bahan kimia yang dirumus khas
untuk ketahanan bunga keratan dan dipasarkan dalam pelbagai jenama
seperti Florissant, Fleover, Chrysal dan Tripo.(Rumusan bahan kimia
berbeza-beza mengikut jenis bunga)

Rawatan bahan kimia di buat dengan meletakkan pangkai tangkai ke


dalam baldi yang berisi bancuhan bahan kimia yang akan diserap melalui
NO. KOD : A016-001-3:2016-C06/P(2/7) MUKA SURAT : 23/35

proses biologi. Proses rawatan ini mengambil masa 2 – 4 jam (biasanya


1 malam)

2.5 Pembungkusan
i. Buah- Buahan
Pembungkusan hasil dibuat bagi mengelakan kerosakan pada buah dan
bahan yang digunakan untuk pembungkusan mestilah kelihatan menarik.
Buah-buahan di Malaysia biasanya dibungkus dalam surat khabar yang
menjadikannya kurang menarik dan sepatutnya buah di salut dengan plastik
lusinar untuk menampakkan kecantikkannya dan memberi nilai komersil yang
tinggi seperti dalam Rajah 23.

Rajah 23 : Jenis-Jenis Pembungkus Yang Digunakan.

 Plastik Lutsinar
Buah-buahan yang dibungkus dengan plastik lutsinar yang telah
dilubangkan bagi memberi pengudaraan yang baik dan bagi
mengelakkan pergeseran dengan buah lain. Pembungkusan dengan
NO. KOD : A016-001-3:2016-C06/P(2/7) MUKA SURAT : 24/35

plastik lutsinar ini juga boleh menampakkan kecantikannya dan juga


boleh terus dipamerkan untuk jualan apabila tiba di pasaran. Umumnya
saiz kotak yang digunakan tidak terlalu besar dan seragam seperti dalam
24 di bawah

Rajah 24 : Pembungkusan Buah- Buahan

 Menyusun Buah Di Dalam Bekas


Buah yang disusun mengikut keseragaman saiz dapat mengelakkan
kerosakan semasa pengangkutan seperti dalam Rajah 25

Rajah 25: Keseragaman Saiz Buah Dan Penyusunan Buah

 Langkah-langkah keselamatan semasa menyusun hasil dalam bekas


 Susun kotak dengan berhati-hati dan cermat.
 Jangan menyusun kotak secara terbalik
 Susun mengikut jenis gred dan jenis atau saiz buah
 Simpan di bilik pendingin beku yan bersuhu antara 10°C - 20°C

ii. Sayur-Sayuran
Sayur-sayuran di Malaysia biasanya dibungkus dalam surat khabar yang
menjadikannya kurang menarik dan sepatutnya sayur di salut dengan plastik
NO. KOD : A016-001-3:2016-C06/P(2/7) MUKA SURAT : 25/35

lusinar untuk menampakkan kecantikkannya dan memberi nilai komersil yang


tinggi seperti dalam Rajah 26 di bawah Pembungkusan hasil dibuat bagi
mengelakan kerosakan pada sayur-sayuran dan bahan yang digunakan untuk
pembungkusan mestilah kelihatan menarik.

Rajah 26 :
Pembungkusan Hasil Sayur

Terdapat beberapa cara pembungkusan yang tidak dibenarkan iaitu bakul


rotan, kotak kertas guna semula dan kertas suratkhabar.Sayur-sayuran yang
dibungkus dengan plastik lutsinar yang telah dilubangkan bagi memberi
pengudaraan yang baik dan bagi mengelakan pergeseran antara satu sama
lain. Pembungkusan dengan plastik lutsinar ini juga boleh menampakkan
kecantikannya dan juga boleh terus dipamerkan untuk jualan apabila tiba di
pasaran. Umumnya saiz kotak yang digunakan tidak terlalu besar dan
seragam seperti dalam Rajah 28 bi bawah

Rajah 27: Kaedah


Pembungkus Hasil Sayur-Sayuran.

iii. Tanaman Hiasan


NO. KOD : A016-001-3:2016-C06/P(2/7) MUKA SURAT : 26/35

Pembungkusan hasil dibuat bagi mengelakan kerosakan pada bunga dan


bahan yang digunakan untuk pembungkusan mestilah kelihatan menarik.
Perkara yang perlu diketahui ketika membuat pembungkusan ialah:
a. Maklumat yang perlu ada pada label termasuklah nama hasil dan kultivar,
nama pengeluar dan / atau pengeksport, berat kandungan, saiz, gred dan
juga tarikh pembungkusan.
b. Ciri-ciri mutu juga ditekankan dengan meliputi aspek-aspek varieti, saiz,
rupa, rasa, kebebasan dari kerosakan oleh penyakit dan haiwan perosak
dan sebagainya.

Rajah 28: Cara


Pembungkusan Keratin Bunga

Bunga hawa sederhana Malaysia biasanya dibungkus dengan surat


khabar. Penggunaan plastik lusinar akan menampakkan
kecantikkannya dan memberi nilai komersil yang tinggi.
NO. KOD : A016-001-3:2016-C06/P(2/7) MUKA SURAT : 27/35

Rajah 29: Jenis-Jenis Pembungkus Yang Digunakan.

Bunga yang dibungkus dengan plastik lutsinar yang telah dilubangkan


bagi memberi pengudaraan yang baik dan bagi mengelakan
pergeseran dengan bunga lain. Pembungkusan dengan plastik lutsinar
ini juga boleh menampakkan kecantikannya dan juga boleh terus
dipamerkan untuk jualan apabila tiba di pasaran. Umumnya saiz kotak
yang digunakan adalah terlalu besar dan tidak seragam.

Rajah 30 :
Pembungkusan Bunga Keratan
2.6 Perlabelan
i. Buah - Buahan
Setiap kotak hendaklah dilabel seperti item berikut:
a. Genus, spesies, varieti (kultivar) atau warna.
b. Indek kematangan dan saiz ( S, M atau L )
c. Bilangan atau berat
d. Nama dan alamat atau kod berdaftar pengeluar/pengimport.
e. Negara asal.
f. Nombor Pensijilan
NO. KOD : A016-001-3:2016-C06/P(2/7) MUKA SURAT : 28/35

Rajah 31 : Melabel Hasil Pada Kotak

ii.Sayur-Sayuran
Kepentingan dan tujuan pelabelan pada kotak hasil sayur-sayuran adalah
seperti berikut:
a. Mengenalpasti pengeluar yang mengeluarkan sesuatu hasil
b. Memberi maklumat kepada jabatan atau agensi mengenai sumber, kuantiti
dan jumlah pengeluar serta jenis bekalan.
c. Pelengkap kepada penguatkuasaan kawalan sisa racun dalam akta
makanan.
d. Meningkatkan daya saing keluaran tempatan di pasaran global.
e. Mematuhi peraturan perdagangan antarabangsa.

Setiap kotak hendaklah dilabel seperti dalam Rajah 33 di bawah


a. Genus, spesies, varieti (kultivar) atau warna.
b. Indek kematangan dan saiz ( S, M atau L )
c. Bilangan atau berat
d. Nama dan alamat atau kod berdaftar pengeluar/pengimport.
e. Negara asal.
f. Nombor Pensijilan

Rajah 32: Pelabelan Pada Kotak Hasil Sayur-Sayuran.


NO. KOD : A016-001-3:2016-C06/P(2/7) MUKA SURAT : 29/35

iii. Tanaman Hiasan


a. Setiap kotak hendaklah dilabel
b. Genus, spesies, varieti (kultivar) atau warna.
c. Kelas dan saiz kekepanjangan
d. Bilangan
e. Nama dan alamat atau kod berdaftar pengeluar/pengimport.
f. Negara asal.
g. Nombor Pensijilan

Rajah 33: Melabel


Hasil Bunga Keratan

Keseragaman saiz kotak penting keran ia dapat mengelakkan berlakunya


kerosakan bunga semasa dalam perjalanan serta akan memudahkan
penyusunan di ruang kargo.

Rajah 34:
Keseragaman Kotak Dan Penyusunan Kotak
NO. KOD : A016-001-3:2016-C06/P(2/7) MUKA SURAT : 30/35

Langkah-langkah keselamatan semasa menyusun hasil dalam bekas


a. Susun kotak dengan berhati-hati dan cermat.
b. Jangan menyusun kotak secara terbalik.
c. Susunan adalah mengikut jenis Grade
d. Keratan hendaklah disusun menyilang di dalam kotak .
e. Simpan di rumah pendingin beku yan bersuhu antara 10°C - 20°C

Rajah 35: Bunga Keratan Disusun Bersilang

3. FAKTOR KEROSAKAN HASIL

3.1 Fisiologi
Hasil tuaian dipilih untuk mengasingkan yang rosak sebelum dibasuh, dikering,
digred, dibungkus untuk dijual. Hasil tuaian perlu diasingkan dan tidak dikehendaki
pasaran menunjukan keadaan.
i. Buah-Buahan

Jadual 4 : Jenis-Jenis Kecacatan Fizikal


NO. KOD : A016-001-3:2016-C06/P(2/7) MUKA SURAT : 31/35
NO. KOD : A016-001-3:2016-C06/P(2/7) MUKA SURAT : 32/35
NO. KOD : A016-001-3:2016-C06/P(2/7) MUKA SURAT : 33/35

Jadual 5 : Jenis-jenis kerosakan Mekanikal, Perosak dan Penyakit


NO. KOD : A016-001-3:2016-C06/P(2/7) MUKA SURAT : 34/35
NO. KOD : A016-001-3:2016-C06/P(2/7) MUKA SURAT : 35/35

ii. Sayur-Sayuran
Hasil tuaian dipilih untuk mengasingkan yang rosak sebelum dibasuh,
dikering, digred, dibungkus untuk dijual. Hasil tuaian perlu diasingkan dan
tidak dikehendaki pasaran menunjukan keadaan.
NO. KOD : A016-001-3:2016-C06/P(2/7) MUKA SURAT : 36/35

Rajah 36 : Jenis-Jenis Kecacatan Hasil


NO. KOD : A016-001-3:2016-C06/P(2/7) MUKA SURAT : 37/35

Rajah 37: Jenis-Jenis Kerosakan Fizikal

Hasil yang dituai, dikutip dan dikumpul di kawasan teduhan yang terlindung
dari pancaran matahari dan disusun diatas alas seperti kertas, span dan guni.
Selepas dikumpulkan, ia perlu disusun semula dalam bakul-bakul plastik yang
berjaring. Bakul-bakul tersebut perlu dilapik dengan alas yang sesuai untuk
mengelakkan dari tercedera atau rosak semasa penggangkutan dari ladang
ke pusat pengumpulan hasil (PPH)

Masa memetik hasil digalakkan pada waktu yang paling sejuk iaitu di awal
pagi atau lewat petang untuk menjaga kesegaran hasil. Elakkan memetik hasil
semasa masih basah yang disebabkan oleh embun atau hujan kerana ia akan
mudah menjadi busuk dan reput.

Rajah 38: Pengumpulan Hasil Sayur

a. Menyusun Hasil Tuaian Tanaman Ke Dalam Bekas/ Bakul


 Saiz - saiz bekas/bakul/kotak berbeza-beza tetapi asasnya
perlu mempunyai lubang-lubang udara dengan muatan yang terhad
kepada kuantiti atau berat yang telah ditentukan.
NO. KOD : A016-001-3:2016-C06/P(2/7) MUKA SURAT : 38/35

Rajah 39: Saiz bekas

 Bentuk - bentuk bekas/bakul/kotak biasanya empat segi dan bulat


serta senang di susun.

Rajah 40: Bentuk

 Kapasiti - Kapasiti memasarkan hasil dengan bakul plastik biasanya


seberat 20-25 kg.
NO. KOD : A016-001-3:2016-C06/P(2/7) MUKA SURAT : 39/35

Rajah 41: Kapasiti Bakul

 Jenis hasil - Pada bekas perlu mengandungi maklumat-maklumat seperti nama


hasil, saiz, gred, bilangan, berat bersih (kg)dan nama dan alamat pembekal/
pengedar

Rajah 42: Maklumat

b. Kaedah Menentukan Sifat Fizikal Hasil Tuaian


Hasil tuaian dipilih untuk mengasingkan yang rosak sebelum dibasuh,
dikering, digred, dibungkus untuk dijual. Hasil tuaian perlu diasingkan dan
tidak dikehendaki pasaran menunjukan keadaan:
 Cacat
 Rosak
 Serangan penyakit
 Tak cukup matang
 Cedera semasa pengendalian
NO. KOD : A016-001-3:2016-C06/P(2/7) MUKA SURAT : 40/35

Rajah 43: Contoh Jenis-Jenis Kerosakan

c. Persekitaran
 Hasil akan rosak daripada tercemar alam sekitar
 Daripada asap lori
 Baktiria atau virus yang ada di sekeliling
NO. KOD : A016-001-3:2016-C06/P(2/7) MUKA SURAT : 41/35

4. REKOD HASIL PASCATUAI

Rekod pengurusan hasil di PPH dapat dilihat di Jadual 4 seperti berikut:

REKOD PENGURUSAN HARIAN PASCATUAI HASIL TANAMAN


TARIKH PEMERIKSAAN:____________________

BAHAGIAN A: PENERIMAAN DAN PROSES PASACATUAI


BIL JENIS KUANTITI KUANTITI JENIS GRED DAN PEMBUNGKUSAN
HASIL TERIMA TOLAK RAWATAN KUANTITI

1 MANGGA 10 TAN 250 KG AIR PANAS A – 8 TAN KOTAK


KIMIA
B – 1.5 TAN BAKUL

C – 750 KG BAKUL

BAHAGIAN B: PENYIMPANAN DAN PENGELUARAN


BIL JENIS HASIL KUANTITI GRED PENYIMPANAN PENGHANTARAN CATATAN

1 MANGGA 8 TAN A SEJUK JEPUN, UAE

1.5 TAN B AIR COOL SINGAPURA,


SELAYANG

750 KG C TERBUKA TEMPATAN


(PERUNCIT)

NAMA PEMERIKSA: _________________

TANDATANGAN:_____________________
NO. KOD : A016-001-3:2016-C06/P(2/7) MUKA SURAT : 42/35

SOALAN:

1. Senaraikan ciri-ciri pengasingan hasil tuaian.


___________________________________________________
___________________________________________________

2. Senaraikan faktor yang mempengaruhi kaedah pembungkusan hasil


___________________________________________________
___________________________________________________
NO. KOD : A016-001-3:2016-C06/P(2/7) MUKA SURAT : 43/35

RUJUKAN:

1. P.C.Bandyopadhyay (2009), Fertigation: Fundamental & Applications, Eastern Corp ISBN:


978-817622068
2. Mahamud Shahid, Rezuwan Kamarudin, Jamaluddin Salim, Mohamad Roff Mohd Noor, Ab
Halim Hamid, Mohd Abd.Manas, Suwardi Afandi Ahmad (2009) Makmal Teknologi Fertigasi
penanaman cili, Rock Melon dan Tomato, Penerbitan Mardi, ISBN 978-967-936-547-4
3. Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia. Manual Skim Amalan Ladang Baik Malaysia,
SALM.
4. Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia. Manual Skim Amalan Ladang Baik Malaysia,
SALM 2005.
5. Akta Kastam 1991 (Peraturan Larangan Import / eksport)
6. Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia, Pakej Teknologi Tomato Secara Fertigasi, 2010,
ISBN978-983-047-166-2
7. MARDI (1997), Panduan Pengeluaran Sayur-sayuran, ISBN 967-936-287-6
8. Sulaiman M.Yassin, Wan Mohamed Othman, Wong Kai Choo (1985), Increasing Commercial
Food Production, Agriculture Institute Of Malaysia

Anda mungkin juga menyukai