Anda di halaman 1dari 4

PEMBAJAAN

Kesuburan tanaman bergantung pada jenis baja, cara dan masa pembajaan. Pokok yang
dibaja akan menjadi sia-sia jika baja yang digunakan tidak sesuai dengan keperluannya. Pembajaan
bertujuan untuk memulihkan kandungan nutrien dalam tanah yang telah diserap oleh tanaman
melalui proses fisiologinya. Kekurangan nutrien boleh menyebabkan tumbesaran terbantut,
tanaman mudah patah dan daun menjadi kuning. Oleh itu baja boleh di takrifkan sebagai punca
pemakanan tumbuhan yang boleh dicampurkan kepada tanah untuk membekalkan bahan-bahan
yang diperlukan oleh pokok.
Tumbuhan memerlukan 17 unsur-unsur pemakanan untuk membesar dan melengkapkan
edaran hidupnya. Unsur-unsur ini boleh di kategorikan kepada kepada tiga kategori sebagaimana
rajah di bawah. Tumbuhan memperolehi unsur-unsur di atas daripada tiga sumber iaitu dari udara,
air dan tanah. Karbon, hidrogen dan oksigen diperolehi oleh pokok daripada air dan udara, manakala
unsur-unsur lain semuanya diperolehi dari tanah iaitu dari baja dan bahan organan dalam tanah.

JENIS BAJA SAYURAN & BUAH-BUAHAN


1. Baja Organik
Baja asli yang terdiri daripada sisa tumbuhan atau najis haiwan. Biasanya digunakan sebagai
baja permulaan. Bertujuan untuk meninggikan tahap kesuburan tanah dan membaiki tekstur
tanah. Pastikan najis haiwan yang digunakan telah cukup reput. Contohnya seperti najis-najis
haiwan, buangan kelapa sawit seperti tandannya, humas/kompos, darah dan tulang yang
diproses dan sebagainya.

2. Baja Kimia
Baja yang diproses kepada bentuk-bentuk butiran, hablur dan cecair. Baja kimia jenis butiran
boleh digunakan secara terus kepada tanaman manakala jenis hablur dan cecair hendaklah
dicampurkan dengan air terlebih dahulu sebelum disembur. Contohnya ialah seperti baja
Urea, CIRP, Nitrophoska, Byfolan, Welgrow dan sebagainya.
Baja kimia jenis butiran pula terdapat dalam 2 jenis:
i.

Baja butiran kompaun (compound fertilizer)


Baja yang telah diproses lengkap dengan pelbagai unsur.
Seperti NPK 15:15:15 & NPK 12:12:17+2 TE

ii.

Baja tunggal. (single dressing fertilizer)


Baja yang punyai satu jenis unsur sahaja.
Seperti Urea (N), TSP- Triple super fosfat (P2O5), MOP- Muriate of potash (K2O)

CARA/TEKNIK PEMBAJAAN

1. Cara taburan
Dengan cara ini, baja ditabur/disebar sama rata ke atas tanah dengan tangan atau
menggunakan jentera penyebar. Kemudian baja ini mesti digaul dengan tanah supaya ianya
tidak terdedah dipermukaan tanah. Cara ini selalunya digunakan apabila membaja asas
sayur-sayuran. Siram dengan mencukupi.

2. Cara jalur atau jajar (Band or row placement)


Dengan cara ini , baja dibubuh ke dalam tanah, biasanya di sebelah dan di bawah bijibenih.
Apabila menggunakan cara ini, kita perlu berhati-hati supaya baja tersebut tidak terkena
atau terlalu dekat dengan bijibenih. Misalnya apabila menanam jagung, baja asas dibubuh
2-4 di sebelah dan di bawah benih semasa menanam. Cara ini digunakan pada tanaman
berbaris seperti jagung, kacang soya, sekoi, kacang tanah dan lain-lain.

3. Baja permukaan(Top dressing)


Baja permukaan adalah apabila kita menabur baja semasa tanaman sedang membesar.
Hanya baja nitrogen sahaja yang selalu digunakan untuk baja permukaan, kerana baja
nitrogen senang larutresap dan oleh itu hanya se tengah sahaja dibubuh semasa menanam
dan yang selebihnya dibubuh semasa tanaman sedang membesar.

4. Pembajaan sisi (side dressing)


Dengan cara ini, baja dibubuh di sisi/ di sebelah tanaman yang sedang membesar. Cara ini
dibuat bagi tanaman berbaris, tanaman berjunjung dan pokok-pokok. Bagi tanaman se
musim, pembajaan sisi ini hanya dilakukan untuk baja nitrogen sahaja.

5. Pembajaan berpoket (pocket placement)


Dengan cara ini, baja dibubuh secara bertumpuk-tumpuk iaitu dibubuh dilubang-lubang dan
kemudian ditimbus. Cara ini selalu digunakan apabila membaja pokok-pokok dengan
membubuh baja dilubang-lubang yang dikorek disekeliling pokok. Cara ini juga digunakan
apabila membaja ubi keledek dan lain-lain. Lubang di korek di keliling silara dengan jarak 50
cm.

6. Penyemburan daun (foliar application)


Cara ini selalu digunakan untuk memberi unsur pemakanan mikro kepada tanaman iaitu
dengan cara menyembur larutan pemakanan tersebut kepada daun-daun. Unsur-unsur
kuprum, zink, ferum, boron, dan molybdenum, selalunya diberikan kepada tanaman dengan
cara semburan daun. Sembur pada daun dan batang sehingga basah sampai ke tanah.

PROGRAM PEMBAJAAN BAGI TANAMAN KEKAL / BUAH-BUAHAN / DUSUN

Anda mungkin juga menyukai