Anda di halaman 1dari 24

P e r l a n s k a p a n | 69

UNIT 4
TANAMAN HIASAN UNTUK LANSKAP

HASILPEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda dapat:
1. Mengetahui jenis dan contoh pokok naungan, renek, penutup bumi, turf dan palma.
2. Mengenalpasti ciri fizikal pokok naungan, renek, penutup bumi, turf dan palma.
3. Membezakan fungsi dan kegunaan pokok naungan, renek, penutup bumi, turf dan palma
dalam lanskap.
KANDUNGAN MODUL
Untuk membolehkan pelajar mencapai objektif di atas dan mengikuti modul ini dengan mudah, kandungan modul
ini dibahagikan kepada:
Unit 4.0 Pengenalan
Unit 4.1 Pokok Naungan
Unit 4.2 Pokok Renek
Unit 4.3 Tanaman Penutup Bumi
Unit 4.4 Rumput Turf
Unit 4.5 Pokok Palma
Unit 4.6 Rumusan
Unit 4.7 Rujukan

4.0 PENGENALAN

anaman hiasan merupakan elemen lanskap lembut (softscape) yang penting bagi mewujudkan
pemandangan yang indah. Biasanya tanaman hiasan digabungkan dengan elemen bukan hidupan atau
lanskap kejur (hardscape) seperti batu, bangunan, serta struktur keras yang lain. Terdapat beberapa
kumpulan tanaman hiasan yang digunakan di dalam lanskap. Tanaman hiasan terbahagi kepada beberapa jenis
mengikut kegunaan, fungsi, tekstur, skala, warna, bentuk dan ciri pertumbuhannya.
Tanaman hiasan boleh dibahagikan kepada 12 jenis tumbuhan iaitu pokok naungan atau saka, pokok palma,
pokok renek, kaktus dan lendair (sukulen), pokok orkid, rumput turf, tumbuhan memanjat dan menjalar, tanaman
hiasan dalaman, tanaman penutup bumi dan tanaman semusim, tumbuhan herba serta tumbuhan air (akuatik).

P e r l a n s k a p a n | 70
Bagi mendapatkan lanskap yang menarik dan kreatif, pemilihan dan gabungan tanaman hiasan perlu
diberi perhatian.
Terdapat pelbagai jenis tanaman yang dijadikan sebagai tanaman hiasan. Tiap-tiap jenis tumbuhan ini sukar
dikenali. Walaubagaimanapun, tumbuh-tumbuhan ini dapat dikenal pasti dengan lebih tepat dengan
menggunakan sistem tatanaman yang diterima seluruh dunia yang dipanggil sebagai Sistem Tatanama Binomial.
Ia diperkenalkan oleh Carolus Linneeus, seorang ahli Biologi. Dalam sistem ini, nama saintifik bagi tumbuhan
dinyatakan dalam dua nama iaitu nama genus dan nama spesies. Contohnya pokok kemuning, diberi nama
Murraya exotica.
Cara penulisan nama saintifik adalah samada:
1. Murraya exotica (italik pada kedua-dua nama genus dan spesies)
2. Murraya exotica (nama genus dan spesies digariskan berasingan)
Berikan nama saintifik bagi tanaman hiasan lanskap di bawah dengan cara penulisan yang betul.
1.
2.
3.
4.
5.

Pokok kenanga: _________________________


Pokok beringin: _________________________
Pokok pinang merah: _______________________
Pokok serunai laut: __________________________
Pokok kemunting cina: _______________________

4.1 POKOK NAUNGAN


Pokok naungan ditanam untuk mendapatkan teduhan di kawasan tertentu. Ia juga boleh juga digunakan sebagai
penahan angin. Biasanya terdiri dari jenis saka dan berbatang tunggal. Juga dikenali sebagai pokok pinggiran
jalan.Tumbuh rendang dan mempunyai kanopi yang padat, boleh mencapai 10 meter tinggi dan boleh hidup
melebihi 50 tahun. Contohnya pokok semarak api (Delonix regia), tembusu (Fragea fragrans), bungur
(Lagerstroemia speciosa), bunga tanjung (Mimusop elengi) dan hujan-hujan (Enterolobium saman).
4.1.1 CIRI-CIRI POKOK NAUNGAN
1. Bentuk
Pokok naungan mempunyai bentuk silara yang berbeza-beza. Secara umumnya, terdapat lapan jenis
bentuk silara:
a. bujur telur (ovoid/oval)
- Bentuk silaranya lebar di bahagian bawah.
- Nisbah lebar silara dan ketinggian ialah 1:2.
Contoh: Pokok merawan siput jantan (Hopea odorata), dikenali sebagai cengal pasir.

P e r l a n s k a p a n | 71

Bentuk bujur

Hopea odorata

Biji Hopea odorata

b. memanjang (columnar)
- Bentuk silaranya adalah bujur memanjang.
- Contoh: Pokok jelutong (Dyera costulata)

Bentuk memanjang

Dyera costulata

c. kun (cone/pyramidal)
- Bentuk silaranya adalah segi tiga yang melebar di bahagian bawah dan menirus
di bahagian atas.
- Contohnya : Pokok tuja (Thuja orientalis)

Bentuk kun

Thuja orientalis

d. piramid terbalik/terbuka (obovoid/vase)


- Bentuk silaranya lebar di bahagian atas.

P e r l a n s k a p a n | 72
-

Nisbah ketinggian dan lebar silaranya ialah 2:1.


Contoh: Pokok mahogany (Swietenia macrophylla)

Bentuk piramid terbalik


e. mengurai (droopy/weeping)
- Bentuk silaranya tidak menentu tetapi ranting dan daunnya akan tumbuh ke arah
tanah.
- Contoh: Pokok janda merana (Salix babylonica)

Bentuk mengurai
f.

Salix babylonica

Daun Salix babylonica

bulat (globular)
- Bentuk silaranya bulat.
- Contoh: Pokok tulang daing atau pokok kedang belum (Milletia atropurpurea)

Bentuk bulat

Milletia atropurpurea

g. mendatar/pepayung (horizontal)
- Bentuk silara tidak sekata.
- Dahan akan membesar atau membuka secara mendatar.

P e r l a n s k a p a n | 73
-

Contoh: Pokok semarak api (Delonix regia)

Bentuk mendatar

Delonix regia

h. rampak (irregular)
- Bentuk silaranya tidak menentu
- Contoh: Pokok batai laut (Peltophorum pterocarpum)

Bentuk rampak

Peltophorum pterocarpum

2. Ukuran
Saiz pokok naungan akan mempengaruhi skala ruang, keindahan komposisi, dan rangka keseluruhan
rekabentuk. Pokok naungan mempunyai saiz dan kadar tumbesaran yang berbeza:
a. Cepat membesar (2.5 m setahun)
- Contoh: angsana (Pterocarpus indicus)
b. Sederhana membesar (1.5 2.5 m setahun)
- Contoh: mahagony (Swietenia macrophylla)
a. Lambat membesar (kurang 1.5 m setahun)
- Contoh: tembusu (Fagraea fragrans)

P e r l a n s k a p a n | 74

Pterocarpus indicus

Swietenia macrophylla

Fagraea fragrans

Ketinggian pokok naungan dirujuk pada ketinggian semasa matang.


a. Pokok rendah (4 10 m)
- tapak kuda (Bauhinia purpurea)
b. Pokok sederhana tinggi (10 15 m)
- kayu manis (Cinnamomum iners), pokok mempisang (Polyalthia longifolia)
c. Pokok tinggi ( > 15 m)
- jati (Tectona grandis)

Bauhinia purpurea

Cinnamomum iners

Polyalthia longifolia

Pokok Bucida molineti atau dikenali sebagai pokok doa atau Black olive tree ini dapat memberikan imej
yang cantik dan teratur menyebabkan pokok Bucida Molineti ini sangat sesuai ditanam di jalan-jalan
utama. Memiliki saiz yang sederhana besar, silara tegak dan batang lurus juga merupakan faktor utama
mengapa pokok Bucida ini sangat sesuai ditanam untuk lanskap protokol selain dapat mewujudkan imej
formal jalan protokol.

P e r l a n s k a p a n | 75

Bucida Molineti
3. Tekstur
Tekstur merujuk pada saiz dan warna daun.
a. Pokok berdaun besar bertekstur kasar.
- pokok ketapang (Terminalia catappa)
b. Pokok berdaun kecil tekstur halus
- pokok semarak api (Delonic regia)
c. Daun berwarna hijau gelap tekstur kasar
- pokok bunga tanjung (Mimusop elengi)
d. Daun berwarna hijau muda tekstur halus
- pokok rhu (Casuarina nobilis)

Mimusop elengi

Casuarina nobilis

4. Warna
Kebanyakan pokok naungan berwarna hijau tetapi ada juga yang daunnya berwarna-warni atau
mengalami perubahan warna pada masa-masa tertentu.
Contoh: dedap batik (Erythrina variegata), daunnya padat dan akan gugur apabila berbunga.
penaga lilin (Mesua ferrea) merupakan pokok kebangsaan Sri Lanka.

P e r l a n s k a p a n | 76

Erythrina variegate

Mesua ferrea

5. Ciri-ciri pemilihan
Ciri-ciri pemilihan sebagai pokok naungan atau pinggiran jalan:
a.
Ketinggian melebihi 5 m
b.
Dahannya tidak mudah sekah.
c.
Kanopinya padat
d.
Pokoknya tegap dan kuat
e.
Tidak mempunyai akar banir yang boleh merosakkan jalanraya.
f.
Tidak mempunyai buah yang beracun serta daun yang besar dan mudah gugur.
g.
Kos penyenggaraannya rendah.
Ciri-ciri lain:
a. mempunyai bau
- contoh: kemboja (Plumeria obtusa) dan cempaka kuning (Michelia champaca)
b. mempunyai khasiat perubatan
- contoh: pala (Myristica fragrans)
c. Boleh menjadi perasa atau rempah
- contoh: kayu manis (Cinnamomun iners)
d. Mempunyai bahagian yang beracun
- contoh: kemboja merah (Plumeria rubra) dan dedap batik (Erythrina variegate)

Plumeria rubra

P e r l a n s k a p a n | 77
4.1.2 FUNGSI DAN KEGUNAAN POKOK NAUNGAN

Sebagai pokok naungan di kawasan tertentu


Sebagai penahan dan penapis angin
Sebagai latar belakang pemandangan
Sebagai sempadan
Untuk mengawal hakisan
Untuk menceriakan landskap
Untuk memberikan bauan
Untuk mengawal iklim mikro dan makro.

Bagi mendapatkan maklumat ringkas mengenai jenis tanaman hiasan, sila layari
http://www.youtube.com/watch?v=H-NEbi4keYQ
http://www.youtube.com/watch?v=Fn5EFsogsbk

4.2 POKOK RENEK


Pokok renek adalah pokok berbatang kayu yang mengeluarkan banyak dahan serta ranting dari bahagian
pangkal. Ia mempunyai ketinggian kurang daripada lima meter. Sesetengah daripada tumbuhan renek
mengeluarkan bunga yang menarik atau mempunyai daun yang pelbagai warna dan bentuk. Contoh
tumbuhan renek ialah: ekor kucing (Acalypha sp.), puding (Codiaeum sp.), bunga raya (Hibiscus rosa
sinensis), bunga kertas (Bougainvillea sp.) dan bunga siantan (Ixora sp.). Pokok-pokok ini amat sesuai
digunakan sebagai pokok hiasan dalam pasu atau secara berkumpulan di dalam satu kawasan. Selain itu,
ada juga pokok renek yang mempunyai daun yang cantik dijadikan daun keratan untuk gubahan bunga
seperti buluh jepun (Dracaena godseffiana), pokok drasina, jenjuang dan puding.
4.2.1 CIRI-CIRI POKOK RENEK
1. Bentuk
Pokok renek mempunyai berbagai bentuk, contohnya:
a. Bulat
Siantan (Ixora javanica)
b. Mengurai
Kasia (Cassia biflora)
Pokok kasia juga sesuai dijadikan pokok penghadang, tanaman di kawasan cerun, tanaman
di tepi jalan dan sebagai pembahagi jalan.
c. Rampak
tekomaria (Tecomaria sp.)

P e r l a n s k a p a n | 78

Ixora sp.

Cassia biflora

Tecomaria sp.

2. Ukuran
Merujuk kepada ketinggian yang dicapai pada peringkat matang.
a. Pokok renek tinggi (1.5 4 m)
Callistemon viminalis (bottle brush)
b. Pokok renek sederhana tinggi (1 1.5 m)
Hibiscus rosa sinensis (bunga raya)
c. Pokok renek rendah (< 0.5 m)
Ixora sunkist (siantan)
Kadar tumbesaran pokok renek boleh dikategorikan kepada cepat (6 12 bulan), sederhana (1 -2
tahun) dan lambat (> 2 tahun).
3. Tekstur
Mempunyai pelbagai tekstur
a. Tekstur kasar
Jejarum (Ixora javanica)
b. Tekstur halus
Rubia (Pentas coccinea)
4. Warna
Pokok renek paling banyak warna berbanding kumpulan tumbuhan lain. Sebab itu pokok renek banyak
digunakan untuk mewarnai landskap. Kebanyakan mempunyai daun berwarna hijau tetapi terdapat
juga yang berwarna hijau putih dan pelbagai warna. Contohnya seperti pokok puding (Cadiaeum
variegatum), jenjuang (Cordyline terminalis), drasina (Dracaena spp.) dan duranta (duranta repens).
Selain itu, pokok renek juga mempunyai warna bunga yang menarik seperti seperti pokok akalifa
kuning (Acalypha wilkesiana), mengkudu siam (Pisonia alba), bunga kertas (Bougainvillea spectabilis
variegata), bunga tiga bulan atau hydrangea (Hydrangea macrophylla) dan bunga melati (Jasminum
sambac). Perkataan hydrangea bermaksud bekas air kerana bunganya menyerupai bekas air. Namun,
pokok ini mengandungi racun pada bahagian mata tunas, daun dan dahannya. Pokok melati sangat
digemari oleh kaum India untuk upacara keagamaan.

P e r l a n s k a p a n | 79

Cordyline terminalis

Dracaena spp.

Hydrangea macrophylla

5. Bunga
Bunga pokok renek mempunyai pelbagai warna dan keunikannya. Contohnya: bunga raya (Hibiscus
rosa sinensis), bunga kertas (Bougainvillea sp.), balung ayam (Celosia argentea) dan janda kaya
(Mussaenda philippica).

Bougainvillea sp.
6.

Mussaenda philippica

Celosia argentea

Ciri-ciri lain
Mempunyai banyak khasiat perubatan atau terapeutik. Contohnya seperti pokok kemunting cina
(Catharanthus roseus) dan pokok kecubung kampong (Datura alba). Pokok kamunting cina dikatakan
mengandungi viblastin yang boleh mengubati penyakit tumor. Di India dan Filipina, ia dijadikan sebagai
ubat kencing manis kerana pada daunnya mengandungi vindolin yang boleh mengurangkan gula di
dalam darah. Pokok D. Alba boleh mengubatai sengal tulang, sakit pada sendi, terseliuh dan sakit
telinga menggunakan daunnya. Namun, terdapat juga spesis lain seperti Datura suaveolens,
mengandungi racun yang berbahaya pada manusia terutama yang terdapat pada bahagian daun,
cecair pokok dan biji benih.
Selain itu, ciri memanjat dan menjalar juga antara faktor pemilihannya seperti pokok bunga kertas
(Bougainvillea sp.) dan naga buana (Phyllanthus myrtifolius). Bunga yang tahan lama dan menarik juga
antara ciri pemilihan pokok renek. Contohnya seperti pokok pepanggil atau bunga pagoda
(Clerodendrum paniculatum). Bunga pada pokok ini boleh bertahan selama beberapa minggu. Di
samping itu juga ia boleh menarik rama-rama untuk menghampirinya. Pokok ini boleh dijadikan
tanaman spesimen, tanaman tunggal di tepi jalan atau tanaman campuran dengan tanaman lain.
Faktor aroma juga turut menjadi pilihan seperti pokok bunga cina (Gardenia jasminoides) dan pokok

P e r l a n s k a p a n | 80
melati (Jasminum sambac). Ia boleh ditanam sebagi pokok pagaran, tanaman berkelompok atau
tanaman tunggal.

Catharanthus roseus

Bougainvillea sp.

Clerodendrum paniculatum

Gardenia jasminoides

Phyllanthus myrtifolius

Jasminum sambac

Kelopak bunga raya digunakan untuk mengilatkan kasut


di negara India.

4.2.2 FUNGSI DAN KEGUNAAN POKOK RENEK


Pokok renek mempunyai pelbagai kegunaan dan fungsi antaranya ialah sebagai:
a. Pagaran.
Pokok pagaran biasanya ditanam rapat-rapat di dalam barisan. Pokok pagaran boleh dibiarkan
tumbuh secara semulajadi atau dipangkas kepada bentuk tertentu. Contohnya seperti pokok melur
(Jasminum sambac), teh pagar (Acalypha siamensis), eritia (Ehretia microphylla) dan kuku geroda
(Polyscias filicifolia).
b. Pemisah kawasan
Pokok siantan (Ixora javanica)

P e r l a n s k a p a n | 81

c. Penanda dan penunjuk arah jalan


Pokok janda kaya (Mussaenda philippica)

d. Tanaman latar hadapan


Pokok bunga tahi ayam (Lantana camara)

Pokok bunga tahi ayam sebagai latar hadapan


e. Penutup bumi
Pokok wedelia (Wedelia triloba)

P e r l a n s k a p a n | 82
f.

Titik tumpuan
Pokok berus botol (Callistemon viminalis)

g. Tanaman bonsai
Pokok bunga kertas (Bougainvillea sp.)

h. Pintu gerbang
Pokok bunga kertas (Bougainvillea sp.) dan Pokok bunga loceng (Allamanda catharica)

Pokok renek sering digunakan sebagai tulang belakang atau teras kerana kegunaannya yang fleksibel. Pokok
renek boleh dibentuk menggantikan pokok saka contohnya pokok bottle brush (Callistemom viminalis). Selain itu,
ia juga boleh juga dipangkas pendek menjadi penutup bumi seperti Ixora sunkist.

Permintaan terhadap pokok limau kasturi (pokok renek) pasti akan meningkat
sempena tahuan baru Cina sebagai tanaman hiasasan kerana menurut kepercayaan
mereka, limau melambangkan kesejahteraan dan kemewahan.

P e r l a n s k a p a n | 83

Yang manakah antara berikut tumbuhan renek?


A. Kaktus
B. Pokok ekor kucing
C. Pokok resam batu
D. Pokok lidah jin

4.3 TANAMAN PENUTUP BUMI


Tanaman penutup bumi ialah tumbuhan yang mempunyai ketinggian kurang daripada 30 cm dari
permukaan tanah. Kebanyakannya terdiri daripada tumbuhan yang tumbuh secara melata atau menjalar di
permukaan tanah. Fungsinya untuk menutup permukaan bumi. Contohnya ros Jepun (Portulaca
grandiflora), pokok jejari hantu (Alternanthera sp.) dan pokok sambang darah (Hemigraphis sp.).
Kenalpasti dan tuliskan nama saintifik bagi tanaman penutup bumi di bawah dengan cara penulisan yang
betul.

_____________________ ____________________ _____________________


4.3.1 CIRI-CIRI POKOK PENUTUP BUMI
i.

Bentuk
Mempunyai pelbagai bentuk.
a. Bulat
Contoh: honey suckle (Lonicera sp.)
b. Berjuntai
Contoh: pandan (Pandanus pygmaeus)
c. Rampak
Contoh: ophiopogon (Ophiopogon sp.)

P e r l a n s k a p a n | 84

Pandanus pygmaeus
ii. Ukuran
a. Tumbesaran cepat
Contoh: wedelia (Wedelia trilobata)
b. Tumbesaran lambat
Contoh: zyphyranthes (Zyphyranthes sp.)

Zyphyranthes sp.
iii. Tekstur
a. Tekstur kasar
Contoh: hemigrafis (Hemigraphis colorata)
b. Tekstur halus
Contoh: bambu halus (Bambusa ventricosa)

Bambusa ventricosa

P e r l a n s k a p a n | 85
iv. Warna
Daun
a. Berwarna hijau
Contoh: creeping charlie (Pilea nummulariifolia)
b. Berwarna hijau merah
Contoh: alternantera (Alternanthera sp.) dan hemigrafis (Hemigraphis alternata)
c. Berwarna hijau putih (variegated)
Contoh: pilea perak (Pilea cadierei)
Bunga
a. Berwarna merah/putih/merah jambu
Contoh: rose jepun (Portulaca grandiflora)
b. Berwarna kuning
Contoh: wedelia (Wedelia trilobata), pokok kacang kuning (Arachis pintoi)

Arachis pintoi
Ciri-ciri Pemilihan sebagai Tumbuhan Penutup Bumi
a. Cepat melata
b. Berdaun padat
c. Tahan daripada serangan perosak
4.3.2

FUNGSI DAN KEGUNAAN TUMBUHAN PENUTUP BUMI


Menghalang hakisan
Menutup permukaan bumi di kawasan cerun
Menarik kehadiran serangga dan unggas kecil.
Memberi warna landskap
Menggabungkan tumbuhan dalam rekabentuk landskap.

P e r l a n s k a p a n | 86

4.4

RUMPUT TURF

Rumput turf ialah sekumpulan rumput daripada keluarga Poaceae yang ditanam dan dijaga dengan rapi di
padang permainan, halaman rumah, padang lumba kuda, padang golf dan pinggiran jalan. Contoh rumput turf
yang biasa ditanam ialah Broadleaf carpet grass (Axonopus compressus), rumput Serangoon (Digitaria
didactyla), rumput bermuda (Cynodon dactylon), Japanese Lawn Grass (Zoysia japonica), St.Augustine Grass
(Stenotaphrum secundatum) dan rumput zoysia (Zoysia matrella).
a. Axonopus compressus
Rumput ini dikenali sebagai rumput tikar, rumput parit atau Broadleaf crapet grass. Ia merupakan rumput
yang paling terkenal ditanam di Malaysia samada di kawasan halaman rumah, pinggir jalan, padang
permainan dan cerun. Selain itu, rumput ini sesuai ditanam di atas pelbagai jenis tanah dan tahan lasak.
Penyelenggaraannya juga lebih mudah berbanding jenis rumput yang lain. Axonopus affinis adalah
sejenis rumput yang mempunyai bentuk yang hampir sama dengan rumput jenis ini. Namun, bentuknya
lebih tirus dan kurang lasak berbanding rumput tikar.

Axonopus compressus
b. Cynodon dactylon
Rumput ini dikenali sebagai rumput bermuda dan kebanyakannya ditanam di kawasan padang golf.
Rumput ini mempunyai daun yang halus dan permukaan yang cantik. Namun, ia memerlukan
penyelenggaraan yang rapi. Rumput ini perlu dipotong secara berkala kerana pertumbuhannya agak
agresif dan boleh mendatangkan persaingan pada tanaman hiasan berdekatan. Rumput ini memerlukan
cahaya matahari yang banyak dan tidak tahan kepada naungan. Antara kacukan lain rumput ini adalah
Tifgreen, Tifdwarf dan Tiflawn.

P e r l a n s k a p a n | 87

Cynodon dactylon
c. Digitaria didactyla
Rumput ini dikenali sebagai rumput Serangoon dan kebanyakannya juga ditanam di kawasan padang
golf. Rumput ini mempuyai daun yang tirus dan berwarna hijau kebiruan. Pertumbuhan rumput jenis ini
lebih cepat di kawasan tanah yang subur dan saliran yang baik. Ia tidak sesuai ditanam di kawasan
naungan.
d. Zoysia matrella
Rumput zoysia juga dikenali sebagai rumput Taiwan. Rumput ini mempunyai daun yang tirus dan
mencucuk sedikit apabila dipijak. Pertumbuhanya agak lambat namun padat jika dipotong secara
berkala. Rumput ini tahan pada naungan, boleh ditanam pada tanah berasid dan sesuai untuk rumput
hiasan halaman rumah. Rumput jenis ini agak keras dan liat serta lebih mudah dipotong menggunakan
mesin jenis ril.
e. Eremochloa ophiuroides
Rumput ini juga dikenali sebagai rumput lipan. Ia mempunyai daun yang kasar serta mempunyai
pertumbuhan yang agak lambat. Rumput jenis ini mampu hidup dengan baik pada kawasan tanah yang
kurang subur dan tahan pada naungan. Rumput lipan ini sesuai untuk menstabilkan tanah. Namun, ia
tidak begitu sesuai ditanam di padang permainan kerana tidak tahan pijakan.
f.

Stenotaphrum secundatum
Rumput ini juga dikenali sebagai rumput St. Augustine. Ia mempunyai tekstur yang kasar dan berwarna
hijau muda serta tahan pada naungan dan semburan air laut. Rumput jenis ini mempunyai pertumbuhan
yang agresif dan boleh hidup pada pelbagai jenis tanah yang bersaliran baik.

4.4.1 CIRI-CIRI POKOK PENUTUP BUMI


i. Bentuk
Rumput turf tumbuh secara melata dan menjalar di permukaan tanah. Biasanya ia mempunyai samada
tekstur kasar dan halus. Pemilihan tekstur daun adalah mengikut kegunaannya di sesuatu kawasan.

P e r l a n s k a p a n | 88
ii.

Ukuran
Mempunyai ketinggian kurang daripada 15 cm dari permukaan tanah. Tumbesarannya berbeza antara
satu sama lain.

iii.

Tekstur
Rumput turf mempunyai pelbagai tekstur mengikut saiz dan bentuk lai daun.
a. Tekstur kasar dan berdaun lebar
Contoh: Broadleaf carpet grass (Axonopus compressus)
b. Tekstur sederhana
Contoh: Rumput zoysia (Zoysia matrella)
c. Tekstur halus
Contoh: Rumput bermuda (Cynodon dactylon)

iv. Warna
Berwarna hijau, hijau muda atau hijau kebiruan.
Warnanya juga dipengaruhi oleh cara pemotongan, jenis mesin pemotongan dan kekerapan
pemotongan.

v. Ciri-ciri pemilihan sebagai rumput turf


a. Cepat melata
b. Tahan penyakit
c. Berdaun padat
d. Tahan dipijak
e. Tahan kemarau
Teknik yang digunakan untuk menghasilkan manilagrass (Zoysia matrella) di
Bangkok yang mengambil masa selama 30-40 hari selepas ditanam.
Sila layari: http://www.youtube.com/watch?v=frUkAmBSKyg

4.4.2 FUNGSI DAN KEGUNAAN RUMPUT TURF

Melindungi dan menahan tanah daripada hakisan.


Mengurangkan suhu persekitaran
Menyerap debu dan asap kenderaan.
Latar depan rekabentuk landskap.
Penyambung susunan gabungan pokok dalam landskap.

P e r l a n s k a p a n | 89
Penghubung antara landskap lembut dengan landskap kejur.
Sebagai pelapik.

4.5 POKOK PALMA


Pokok Palma merupakan sekumpulan tumbuhan dalam famili Palmae. Ia merupakan tumbuhan
monokotiledon yang terbesar saiznya. Palma mempunyai batang yang tunggal, tidak bercabang dan
diakhiri dengan sejambak daun. Ia terbahagi kepada 2 kumpulan:
a. Palma berbatang tunggal mempunyai satu batang yang tumbuh tegak dan lurus dalam
pelbagai saiz dan ketinggian.
Contoh: Veitchia merillii (pinang manila), Areca catechu (pinang makan), Borassus flabellifer (lontar).
b. Palma berumpun mempunyai beberapa batang yang tumbuh daripada pangkalnya.
Contoh: Raphis excelsa (Ladys palm), Chrysalidocarpus lutescens (pinang kuning), Cyrtostachys lakka
(Pinang merah/raja).
4.5.1 CIRI-CIRI POKOK PALMA
i.

Bentuk
Tumbuhan ini tumbuh tegak dan mempunyai bentuk yang pelbagai. Keunikan pokok-pokok palma
terletak pada bentuk batang dan daunnya.
Contoh: palma kubis (Roystonea oleareaceae)

ii.

Ukuran
Boleh membesar dan meninggi dari 10 cm hingga 25 m. Ada yang cepat tumbesarannya.
Contoh: Veitchia merillii. Antara yang lambat tumbesarannya ialah Hyophorbe lagenicaulis (palma botol)
Biasanya tumbesaran palma berbatang tunggal setinggi 30 cm setahun.

iii. Tekstur
Mempunyai tekstur yang berbeza-beza mengikut saiz batang dan silara pokok.
Contoh: Palma bertekstur kasar, Caryota mitis (tukas)
Contoh: Palma bertekstur halus, Rhapis humilis (rapis kecil) dan Chamaedorea erumpens (palma buluh).
iv. Warna
Sesetengahnya mempunyai pelepah yang berwarna seperti palma merah dan palma kuning. Buahnya
yang masak berwarna merah dan ini memberikan warna yang menarik.
Contoh: Veitchia merillii

P e r l a n s k a p a n | 90
4.5.2 FUNGSI DAN KEGUNAAN POKOK PALMA

Tanaman pinggiran jalan


Pagaran atau sempadan
Tanaman kelompok atau tunggal
Tanaman hiasan dalam pasu
Penapis angin
Taman tema formal cth: landskap bercirikan Islam dan taman tropika.

4.6 RUMUSAN
Pokok tanaman hiasan landskap mempunyai pelbagai jenis dan kategori. Ia dipilih berdasarkan fungsi dan
kegunaan khusus bagi mengharmonikan sesebuah taman landskap. Di samping pemilihan estetika sesuatu
pokok serta memberi fungsi berguna dalam persekitaran, namun ada juga yang jenis beracun dan
memudaratkan kepada orang ramai. Pokok ini mungkin mengandungi racun iaitu sebatian alkaloid yang
dikeluarkan daripada daun, bunga, buah, batang dan bahagian lain pokok. Biasanya ia ditanamn jauh dari aktiviti
orang ramai dan tidak terdedah kepada orang ramai. Antara pokok yang jenis beracun dalah Manihot spp.,
Jatropha pandurifolia, Kopsia fruiticosa, dan Malvaviscus arboreus.

4.7 RUJUKAN
Kain, M. G. (2010). Propagation Of Plants - A Complete Guide for Professional and Amateur Growers of Plants
by Seeds, Layers, Grafting and Budding, with Chapters on Nursery and Greenhouse Management.
United Kingdom: Wilding Press.
Bryant, G. (2009). Plant Propagation A to Z: Growing Plants for Free.
Dumroese, R. K., Haase, D. L. & Landis, T. D. (2010). Container Tree Nursery Manual, Volume Seven:
Seedling Processing, Storage, and Outplanting. Washington DC: Agriculture Dept.
Kester, D. E. & Davies, F. T. (2011) Hartmann & Kester's Plant Propagation: Principles and Practices. New
Jersey:Prentice Hall.
Marcel, N. E. (2013). Agrotechnology Manual: Including Nursery Management and Practices. New Delhi: New
India Publishing Agency.
Ray, P. K. (2012). Plant Nursery Management: How to Start and Operate a Plant Nursery. Jodhpur :
Scientific Publishers (India).

P e r l a n s k a p a n | 91
LATIHAN LANJUTAN

Bahagian A
1. Senaraikann dua (2) contoh tumbuhan hiasan jenis memanjat.
i.

________________________________________________________________________

ii.

________________________________________________________________________

2. Nyatakan dua (2) perbezaan antara rumput turf dan rumput hiasan
i.

________________________________________________________________________

ii.

________________________________________________________________________

3. Berikan tiga (2) jenis tanaman hiasan yang berfungsi sebagai pokok pagaran.
i.

_______________________

ii.

_______________________

iii.

_______________________

4. Nyatakan perbezaan pokok penutup bumi dan rumput turf.


___________________________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________________________

5. Namakan lima (5) spesies tanaman landskap beracun dan nyatakan kesan keracunan yang disebabkan oleh
spesies-spesies tersebut.
__________________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________

P e r l a n s k a p a n | 92
________________________________________________________________________________________

Bahagian B

1. Nyatakan enam (6) kategori tanaman hiasan landskap dan berikan tiga (3) contoh bagi kategori tersebut.
2. Terangkan fungsi pokok naungan dan pokok renek.
3. Bincangkan ciri-ciri pokok hiasan dalam bangunan dan berikan lima (5) nama saintifik bagi pokok tersebut.
4. Pada pendapat anda, mengapakah pokok Bucida menjadi pilihan di kawasan sekolah, pusat pengajian dan
bangunan pentadbiran? Bincangkan.
5. Pokok palma berfungsi sebagai landskap bercirikan Islam. Bincangkan.

Anda mungkin juga menyukai