Anda di halaman 1dari 73

INSTITUTPENDIDIKANGURU

KAMPUS SARAWAK

Landskap Asas

1
Basic Landscape
LSAS3013

RMK

Penyampai:
JOHN DIDING
Pengalaman
Guru Teknik dan vokasional
(21 tahun di SMT Keningau Sabah)
Pegawai Pengurusan Peperiksaan - 4 tahun

Landskap Asas – 3 tahun

Pensyarah Akademik : 6 Tahun IPGK Sarawak


Unit : Kemahiran Hidup - Reka Bentuk dan Teknologi
SEJARAH

PERKEMBANGAN LANDSKAP
Landskap bermula dari zaman batu lagi. Ini berdasarkan
bukti penemuan lukisan-lukisan di gua batu oleh ahli
sejarah.
Ahli kaji purba sering menemui tinggalan bekas minyak
wangi dan kilang memproses minyak wangi dari kawasan
kajian. Di dapati bahawa tumbuhan digunakan untuk
hiasan dan bau-bauan.
Taman al-Hambra di Sepanyol yang di bina pada akhir
abad ke 11 dan 13 merupakan taman tersohor pada
masa itu. Reka bentuk bangunan dan landskap bercirikan
islam.
PERKEMBANGAN LANDSKAP DI MALAYSIA
Perkembangan landskap Malaysia bermula seawal zaman
Kesultanan Melayu Melaka(abad ke 14dan 15) Berdasarkan
pengisahan Munsyi Abdullah yang menyatakan kewujudan
taman larangan pada zaman Kesultanan melayu melaka dan
keindahan taman bunga pada zaman kesultanan kelantan abad
ke 16 dikenali dengan (Tanah Serendah Sekebun Bunga).
Hasil peninggalan penjajah Portugis, Belanda dan British di
tanah melayu wujudlah landskap di mana merekalah yang
memperkenalkan konsep rekreasi dan kawasan lapang.
Peninggalan yang masih wujud hingga kini seperti
Taman Botani, Pulau Pinang (1884)
Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur (1888)
Taman Tasik Taiping, Perak (1880)
Mereka juga membawa tumbuhan eksotik dari negara
mereka.
Landskap di perkampungan orang melayu pada masa
dahulu berkait rapat dengan alam semulajadi
persekitarannya.Mengekalkan keadaan semulajadi,
Landskap yang di buat seperti menyediakan kawasan
lapang untuk kenduri. Tumbuhan yang selalu di tanam
ialah kelapa, kerana banyak kegunaannya di samping
itu juga kelapa di tanam sebagai menandakan
kelahiran anak disayangi.
Kesan dan budaya Portuges yang menjadi sejarah

1
Rasional Kursus/Modul dalam Program
Kursus ini ditawarkan
dipegang, supaya
dibaca,pelajar dapat
dikisahkan,
menguasai
dihidu, kemahiran
digunakan danpraktik dalam. asas-asas
sebagainya
landskap serta
meneroka
Atan Longpeluang-peluang perniagaan melalui
( 1982 ) membahagikan bahan
hasilan kreatif dan inovatif .
Jumlah Jam Bersemuka Bukan

Pembelajaran Bersemuka

K T A P K T A P
K = Kuliah
T = Tutorial
10 4 58 7.5 10 8 - 25.5
A = Amali
P = Pentaksiran

Jumlah Jam Pembelajaran


Bersemuka dan Bukan
Bersemuka

123
Hasil Pembelajaran Kursus (Course Learning Outcomes, CLO

1. Menerangkan kepentingan tanaman hiasan, kaedah pembiakan,


pengurusan tanaman hiasan serta perancangan dan pengurusan
landskap. (C2, A3, LO1)
2. Mengaplikasi kemahiran teknikal dalam mereka bentuk landskap mini.
(C3, P3, A3, LO2)
3. Membina satu landskap mini secara berkumpulan. (C6, P7, A2, LO2,
LO5, TS4)
4. Menghasilkan risalah perniagaan bagi mempromosikan taman
landskap mini. (C6, A4, LO2, LO7, CS1, KK1)

Nilai Kredit 3
Kemahiran Boleh Pindah (Transferable Skills, TS):

Kemahiran Berpasukan (TS4)


Kemahiran Keusahawanan (KK1)

Adanya pementasan, perbincangan mengenai


landskap, kerjasama merealisasikan idea akan
mencapai kejayaan yang mengguntungkan
keluaraga, masyarakat dan negara.
Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Serta
Pentaksiran
Strategi pengajaran dan pembelajaran:
Kuliah, tutorial, amali

Strategi pentaksiran :
Pentaksiran adalah 100% kerja kursus.
Kerja kursus terdiri daripada kuiz , ujian amali
kumpulan (pembinaan landskap mini) ujian amali
individu 1 (penanaman tanaman landskap) ujian
amali individu 2 (mereka bentuk landskap),dan
penghasilan risalah pengiklanan.
Learning Outcome (LO) Strategi Pengajaran dan Jenis Pentaksiran
Pembelajaran
LO 1- Pengetahuan Kuliah , Tutorial Kuiz
LO 2- Kemahiran praktikal Amali Ujian amali Kumpulan
Ujian amali individu 1
Ujian amali individu 2
LO 5- Kerja berpasukan Amali Ujian amali kumpulan

LO 7- Kemahiran keusahawanan Kuliah , Tutorial Penghasilan risalah

Sinopsis: Kursus ini merangkumi pengenalan kepada


landskap, pembiakan tanaman hiasan, penanaman serta
penyelenggaraan tanaman hiasan, elemen landskap, prinsip
dan elemen reka bentuk landskap. Ia mengintegrasikan
pengetahuan teori dan kemahiran amali dalam pelandskapan
serta promosi hasil landskap.
Mod Penyampaian
Kuliah, Tutorial dan Amali
Kaedah dan Jenis
Pentaksiran

Kerja Kursus: 100%


Jenis Pentaksiran Kaedah Pentaksiran Peratusan
Ujian Amali Pembinaan landskap mini
(berkumpulan) 15%

Ujian Amali Individu 1 Penanaman tanaman landskap 35%

Ujian Amali Individu 2 Mereka bentuk landskap 35%

Penghasilan risalah pengiklanan 10%

Kuiz 5%
Hasil Pembelajaran (LO)

LO1 Pengetahuan
LO2 Kemahiran Psikomotor/Amali/Teknik
LO3 Pemikiran Kritikal dan Pendekatan Saintifik
LO4 Kemahiran Komunikasi
LO5 Kemahiran Sosial/Kerja Berpasukan/Bertanggungjawaban
LO6 Pembelajaran Sepanjang Hayat dan Pengurusan Maklumat
LO7 Kemahiran Pengurusan dan Keusahawanan
LO8 Profesionalisme, Nilai, Sikap dan Etika
LO9 Kemahiran Kepemimpinan
Hasil Pembelajaran Kursus (CLO)

Menerangkan kepentingan tanaman hiasan, kaedah


CLO1 pembiakan, pengurusan tanaman hiasan
serta perancangan dan pengurusan landskap.

Mengaplikasi kemahiran teknikal dalam mereka bentuk


CLO2
landskap mini.

CLO3 Membina satu landskap mini secara berkumpulan.

Menghasilkan risalah perniagaan bagi mempromosikan


CLO4
taman landskap mini.
1. Pengenalan Kepada Landskap :
· Sejarah perkembangan landskap

· Kepentingan landskap
- Ekologi dan kehidupan flora/fauna
- Estetika dan pengindahan
- Ekonomi
· Elemen landskap serta kegunaan
- Tumbuhan , topografi , air , bahan
binaan
Topik 1. Pengenalan Landskap
PENGENALAN
Dalam kehidupan seharian, anda pasti melalui dan melihat pelbagai
persekitaran yang wujud disekeliling kita, contohnya kawasan pertanian,
kawasan tasik, kawasan perumahan dan banyak lagi. Persekitaran
sedemikian boleh terhasil sama ada secara semulajadi atau pun dari
interaksi manusia dengan tempat tinggalnya. Persekitaran yang anda
lalui dan lihat ini dipanggil landskap. Pelbagai tafsiran diberi terhadap
sesuatu landskap bergantung kepada pengalaman, pengetahuan, dan
juga budaya. Walau apa pun tafsiran kita terhadap landskap itu, ianya
merangkumi pengertian yang lebih meluas dari alam sekitar. Dalam bab
ini kita akan mendalami definisi dan pengertian landskap daripada
beberapa sumber. Kita akan melihat hasil perkembangan
industri landskap, dan akhir sekali mengenali jenis-jenis landskap yang
biasa didapati di negara kita.
Definisi dan Pengertian Landskap
Jabatan Landskap Negara
“Landskap secara umumnya bermaksud suatu
pandangan luaran atau permukaan bumi yang
dihasilkan dari keadaan semulajadi atau binaan.
Ianya juga adalah satu bidang seni kreatif untuk
mengolah pemandangan di atas muka bumi dengan
menggunakan unsur-unsur asli (tumbuhan, air dan
rupa bentuk bumi) dan binaan (struktur dan
bangunan) supaya lebih berfungsi dan menarik.”
Berdasarkan definisi di atas Landskap bermaksud,
Apa sahaja yang dapat dilihat dan dirasai diatas muka bumi
Pengalaman yang dihasilkan setelah melihat persekitaran
Rajah 1.1 merupakan contoh pemandangan suatu landskap.
Rajah 1.1: Pemandangan suatu landskap ( sumber: Javelosa (2004) m.s. 60)
1.1.2 Perkembangan Industri Landskap
Adakah anda mengetahui dan sedia maklum mengenai perkembangan
industri landskap di Malaysia masa kini? Di bawah ini disenaraikan apa
yang perlu anda ketahui sila lihat:
(a) Sejarah perkembangan industri landskap;
(b) Jenis-jenis industri landskap;
(c) Pameran, pertandingan dan persidangan.
Sejarah Perkembangan Industri Landskap

Adakah anda tahu bahawa industri landskap


telah bermula seawal tahun 1970an dengan
wujudnya rangkaian tapak-tapak semaian yang
meluas di beberapa bahagian negara ini?
JENIS - JENIS LANDSKAP
Landskap Kediaman
• Biasanya landskap kediaman dapat dijumpai di
kawasan-kawasan rumah kediaman bangalo,
berangkai dan teres yang merupakan kawasan
persendirian (private area). Rajah 1.3
menggambarkan landskap kediaman. Ruang yang
terdapat di landskap kediaman terdiri daripada
laman hadapan yang biasa digunakan untuk
keperluan keindahan bagi rumah tersebut. Begitu
juga dengan laman sisi. Sedangkan laman belakang
digunakan untuk keperluan harian.
Digalakkan menanam pokok buah-buahan bersaiz kecil dan
tanaman hiasan berwarna, berbau harum dan mempunyai nilai
makanan dan perubatan.
Landskap Kawasan Perindustrian
• Biasanya landskap kawasan perindustrian
dapat di jumpai di kawasan-kawasan
perindustrian (lihat Rajah 1.4). Ruang yang
terdapat di landskap kawasan perindustrian
terdiri daripada taman yang terletak di
halaman kilang mahupun kawasan terbuka.
Landskap di sini biasa digunakan untuk
mengurangi pencemaran udara akibat
kegiatan industri tersebut.
Rajah 1.4: Landskap kawasan perindustrian
(sumber: JLN (1997), m.s. 24)
Landskap Kawasan Institusi
• Kawasan institusi merupakan kawasan yang
diperuntukkan bagi kegunaan tertentu sama ada
untuk sekolah, pejabat, hospital atau tempat ibadat.
Maka landskap kawasan institusi adalah kawasan yang
terdapat dipersekitaran kawasan sekolah, pejabat,
hospital, dan tempat ibadat. Pada kebiasaannya anda
dapati landskap di kawasan tersebut adalah:
• (a) Lebih ringkas reka bentuknya;
• (b) Dihiasi dengan elemen-elemen landskap yang
sesuai dengan fungsi ruang
Rajah 1.5: Landskap kawasan institusi hospital dan sekolah
Sumber: MARDI (1993), m.s.136 & 140
Landskap Kawasan Bersejarah
Merupakan landskap yang terdapat di tapak yang dikenal pasti mempunyai
nilai sejarah. Nilai sejarah yang dimaksudkan di sini adalah daripada aspek:
(a) Hasil peninggalan seseorang yang terkenal atau masyarakat tertentu
contoh: Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur.
(b) Kejadian atau peristiwa yang pernah berlaku contoh: makam Mahsuri
Langkawi.
(c) Sumber-sumber sejarah yang wujud Bukit Melawati, Kuala Selangor
(d) Keunikan reka bentuk tapak Taman Tasik Taiping.
Pada kebiasaannya landskap kawasan bersejarah ini dipelihara untuk
dinikmati dalam jangka masa yang agak panjang. Anda akan dapati
kawasan begini selalunya dikunjungi ramai pelawat sama ada daripada
dalam atau luar ne
Landskap kawasan bersejarah Taman Tasik Taiping
Sumber: MARDI (1993), m.s.48
Landskap Kawasan Rekreasi
Kawasan rekreasi Taman Tema
Sumber: MARDI (1993),m.s.69

Pusat peranginan
Hutan lipur.
Semua perkara di atas sebahagian besarnya pernah anda lihat dan
mengalaminya dan ciri- ciri tersebut boleh dikenalpasti seperti
berikut:
1. Saiz
Untuk pengetahuan anda pada kebiasaannya saiz bagi landskap
jenis ini adalah amat besar kerana ia adalah bertujuan untuk
menampung bilangan pengguna yang besar pada satu-satu masa
sama ada pada waktu yang biasa
2. Lokasi
• Terdapat kepelbagaian di dalam
mengenalpasti lokasi landskap kawasan
rekreasi. Antaranya di kawasan kepulauan,
hutan simpan kekal, tanah tinggi, di tepi
sungai dan laut.
3. Elemen
• Elemen-elemen landskap yang biasa
kebiasaannya amat cantik dan menarik.
• Ia juga dibina daripada bahan yang mahal dan
reka bentuk yang tersendiri lagi unik untuk
kawasan tersebut. Sebagai contoh, alat
permainan berciri air, lampu taman, tempat
duduk dan lain-lain perabot taman.
4. Susunatur dan Fungsi Ruang
Susun atur adalah mengikut fungsi ruang yang
disediakan disatu-satu kawasan tersebut. Ia
menentukan apakah yang perlu ada di dalam
kawasan tersebut dan bagaimana ia perlu
digunakan oleh pengguna yang datang ke
kawasan tersebut.
5. Reka Bentuk
• Reka bentuk juga adalah memainkan peranan
yang penting di dalam menentukan
pembangunan tapak landskap kerana ada
kepelbagaian reka bentuk yang boleh memenuhi
keperluan ruang dan pengguna itu sendiri.
• Reka bentuk akan menentukan bagaimana ruang
landskap akan diwujudkan dan apakah keunikan
yang akan anda rasai apabila menggunakan ruang
kawasan landskap tertentu.
Rumusan
• Landskap adalah apa sahaja yang dapat dilihat dan dirasai di atas muka bumi.
• Perkembangan industri landskap dilihat daripada aspek sejarah.
• Jenis-jenis industri landskap meliputi tempat semaian, pembekal pembuat bahan
„landskap kejur‰, perundingan, pembinaan, pameran, pertandingan dan
persidangan.

• Jenis-jenis landskap terdiri dari landskap kediaman, landskap kawasan, industri,


landskap institusi, landskap kawasan bersejarah dan kawasan rekreasi.
• Perbezaan di antara jenis-jenis landskap bergantung kepada lokasi, fungsi, aktiviti
dan elemen yang digunakan.
Elemen elemen
Landskap
Bab ini pula, kita akan melihat apakah elemen-
elemen yang membentuk landskap tersebut,
sama ada terdiri daripada elemen semulajadi
atau pun elemen yang dihasilkan oleh manusia
(elemen buatan).
ELEMEN SEMULAJADI
• Elemen semulajadi merupakan unsur asli yang
selalu kita lihat di persekitaran kita. Ia selalunya
terbentuk hasil daripada proses semulajadi
alam yang kita diami ini. Elemen semulajadi
yang dimaksudkan ditunjukkan dalam Rajah 2.1.
• Kesemua elemen tersebut wujud secara
semulajadi dan tidak dihasilkan oleh manusia.
Kita hanya mampu menggunakan elemen itu
mengikut kesesuaiannya
Rajah 2.1: Elemen Semulajadi
TOPOGRAFI
Topografi atau bentuk muka bumi merupakan
bentuk hamparan tanah yang
kelihatan secara tiga dimensi iaitu seperti gunung-
ganang, bukit-bukau, lembah,
tanah datar dan sebagainya (lihat Rajah 2.2).
Keadaan topografi sesuatu kawasan
adalah penting kepada landskap kerana ia memberi
kesan terhadap ciri estetik,
pemandangan, saliran, iklim mikro, dan guna tanah
sesuatu tapak.
Selain daripada itu, topografi juga
memainkan peranan penting ke atas
unsurunsur
landskap fizikal yang lain seperti tumbuhan,
turapan, air dan bangunan
yang diguna pakai di dalam reka bentuk
landskap. Ini adalah kerana topografi
merupakan asas kepada segala-galanya
termasuklah cara penggunaan,
pemilihan dan lokasi unsur tersebut.
Topografi
Pendek kata, topografilah elemen yang pertama
sekali diambil kira sebelum sebarang reka
bentuk dilakukan kepada sesuatu tapak. Ini
bertujuan untuk menyesuaikan cadangan reka
bentuk dengan keadaan topografi di tapak.
(a) Bentuk muka bumi
(b) Gunung-ganang
Sumber:
http://outdoors.webshots.com/photo
(c) Tanah datar
Sumber: http://outdoors.webshots.com/photo
Air

• Air merupakan elemen yang paling penting dan berharga


kepada kehidupan kita semua. Selain daripada menjadi
sumber utama dalam kehidupan seharian, air mempunyai
nilai misteri yang kita semua nikmati apabila berdamping
dengannya. Saya pasti anda pernah merasai nikmat
sedemikian. Masakan tidak, setiap kali musim cuti ramai
daripada kita mengunjungi kawasan rekreasi atau
peranginan yang berpusatkan air seperti air terjun, pantai,
tasik, kolam dan sebagainya. Pasti ada di kalangan anda
yang bernasib baik dapat tinggal berdekatan dengan
sungai dan kawasan yang disebutkan tadi.
2. Reka Bentuk Landskap
· Elemen reka bentuk (semula jadi dan buatan manusia)
· Prinsip reka bentuk landskap
· Asas mereka bentuk landskap
· Analisis tapak dan inventori
· Tema landskap
· Kos landskap
· Melakar reka bentuk landskap
· Pelaksanaan projek landskap
semula jadi buatan manusia
3. Pembiakan Tanaman Landskap

· Kaedah seks
- Kekuatan dan kelemahan
- Peralatan, bahan dan medium menyemai
-Teknik-teknik menyemai

· Kaedah aseks
- Kekuatan dan kelemahan
-Teknik-teknik pembiakan secara aseks

· Penyediaan bahan tanaman


- Penyediaan bahan tanaman seks dan aseks
· Pelaksanaan projek landskap
4. Penanaman dan penyelenggaraan
tanaman landskap
•Bekas penanaman
•Medium penanaman
•Penyediaan bahan tanaman
•Pelaksanaan projek landskap
5. Penjagaan Tanaman Landskap

· Penyiraman
- Teknik-teknik menyiram
· Pembajaan
- Jenis dan kaedah membaja
· Menggembur
- Tujuan dan peralatan
· Mencantas dan memangkas
- Tujuan, peralatan dan teknik
· Kawalan rumpai, perosak dan penyakit
- Kaedah-kaedah kawalan
· Pelaksanaan projek landskap
6. Pelaksanaan projek landskap

· Membina ( set ) landskap


· Penyelenggaraan tanaman landskap
dan lain-lain elemen

Serampang tiga merupakan sejenis alatan


kebun yang digunakan untuk mengembur
tanah.

Kecil guting, sinsaw – besar ialah lori,


jentera krane, Aboris
alatan, alatan landskap, aturan, cangkul, kebersihan
nurseri, kemasan landskap, kereta sorong, setor alatan,
susun alatan, susun atur
masalah potong rumput
Saya bersama pelajar landskap banyak menanam pokok untuk mencantikkan sekolah tetapi saya dapati
banyak pokok saya mati dan hilang. Harga pokok bunga bukannya murah dan usaha untuk menanamnya
memerlukan keringat yang banyak dan masa yang terbuang.
Sekarang ini susah untuk menjumpai tukang kebun yang betul-betul bertanggungjawab kebanyakan yang
bekerja banyak yang culas dan malas.
Saya cuba menyiasat kenapa pokok bunga yang di tanam mati atau hilang begitu saja rupanya disebabkan
oleh
1. mata mesin rumput yang melibas terkena pokok menyebabkan pokok tercedera dan menyebabkan ia mati
2. Libasan mata mesin rumput menyebabkan batang pokok terputus dua.
Tukang kebun yang tidak bertanggungjawab merasa gembira sebab sudah tidak ada pokok untuk dia siram dan
selenggara.
Maka daripada masalah ini timbullah idea kreatif saya untuk mengatasi masalah pokok dicantas mesin
rumput.Jadi saya gunakan paip diletakkan pada pangkal pokok untuk mengelakkan pokok di cantas
Pemangkasan Pokok kaya

Jentera Aboris
7. Pemasaran
· Promosi dan pengiklanan
Banner, broucers dan Papan tanda
Rujukan Asas:

Booth , Norman K. (2013) . Basic Elements of


Landscape Architectural Design . Long Grove , Illinois :
Waveland Press

Mohd Kher Hussien (2009), Landskap Kejur Dalam


Senibina Landskap, Kuala Lumpur: Penerbitan UPM

Nor Ain Mohd Rejab (2006). Landskap Kediaman Edisi


Kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
 Rujukan Tambahan

Kotler, Philip (2009). Kotler On Marketing Edisi Bahasa Melayu.


Penerbitan PTS Profesional.

Nor Ain Mohd. Rejab (2008). Tanaman Landskap Pokok Renik


Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Novizan dan Nor Faridah Sharuddin (2006). Panduan Pembajaan


Secara Efektif. Kuala Lumpur: Synergy Media Books.

Jaafar Muhamad (2003). Asas Pengurusan Perniagaan.


Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Mesti ingat bahawa pengorbahan ahli panel terdahlu yang begitu
pemurah dan membuka peluang kita untuk menanmbah baik

Namun begitu kehadiran kursus sahaja tidak
dapat membantu proses transformasi ini.
Perkara yang penting dalam integrasi Kursus
Landskap ialah setiap strategi itu harus menjurus
kepada keperluan P&P dan sebagai satu cara
untuk guru dan pelajar menyelesaikan masalah
semasa proses pembelajaran serta memperolehi
hasil yang bertepatan dengan isi kandungan
maklumat kursus.

Contoh- contoh landskap


Taman cantik di kawasan kediaman seperti ini penting untuk
kehidupan. Bukan saja membolehkan seseorang itu dapat
merasai keindahan alam bahkan ianya dapat memberi
ketenangan dan mampu menghilangkan tekanan selepas
penat bekerja.
Konsep Taman Ramuan menitik beratkan setiap pokok yang ditanam
boleh dijadikan makanan dan ubat-ubatan selain dijadikan sebagai
menghias laman. Untuk itu, ada beberapa pokok yang dikategorikan
sebagai tanaman herba boleh dijadikan hiasan
Pokok keladi gemuk ditempat redup dengan baja
organik seperti tahi kambing.

.
Teh-tehan yang tumbuh subur dapat dibentuk
sesuai dengan keinginan anda.
Inilah "Mak Bonsai" yang dah berusia lebih 15 tahun. Setiap setahun
sekali naikkan akar supaya terdedah dan menjadi seperti batang bonsai.

Harga rm 10 ribu
Landskap rumah bajet rendah rumput carpet -
Garden Items for sale in Sepang, Selangor
Kesimpulan
• Kemajuan dan perkembangan yang pesat dalam bidang
Landskap Asas perlu dimanfaatkan sepenuhnya dalam
melahirkan masyarakat dan generasi yang berilmu
pengetahuan dan bijak dalam mentadbir negara pada masa
akan datang. Walaupun ada pendapat yang mengatakan
bahawa penggunaan komputer dan mengenal landskap asas
pada peringkat pendidikan awal adalah kurang perlu ekoran
daripada ketidak sediaan para pelajar menerimanya, namun
pandangan seperti ini perlu diperbetulkan agar semua pihak
sama ada ibu bapa, penjaga, guru dan masyarakat secara
keseluruhannya perlu melihat kepentingan penguasaan
kemahiran landskap ini pada masa akan datang.
John Diding 12 Jun 2017

Anda mungkin juga menyukai