Anda di halaman 1dari 15

PENGHARGAAN

SENARAI KANDUNGAN

BIL SENARAI KANDUNGAN MUKA SURAT

1. PENGHARGAAN

2. 1.0 PENGENALAN

3. 1.1 MAKSUD LANDSKAP

4. 1.2 JENIS-JENIS LANDSKAP

5. 1.3 MAKSUD PELAN KONSEP

6. 1.4 MAKSUD PELAN INDUK

7. 2.0 PELAN LOKASI ASAL INSTITUT

8. 2.1 CADANGAN LAKARAN PELAN KONSEP YANG INGIN DIUBAH SUAI

9. 2.2 CADANGAN LAKARAN PELAN INDUK YANG INGIN DIUBAH SUAI

10. 2.3 GAMBAR MODEL MINI LANDSKAP

11. 3.0 PENUTUP

12. 4.0 RUJUKAN

13. 5.0 LAMPIRAN


1.0 PENGENALAN
Bidang senibina landskap bermaksud sains dan seni mengubahsuai kawasan dengan
menyusunatur sesuatu yang semulajadi termasuk penanaman atau pembinaan elemen-
elemen secara terancang dalam suatu plan komprehensif. Landskap membabitkan elemen-
elemen topografi seperti bukit bukau, lembah, sungai dan kolam atau penanaman pokok,
rimbunan hijau, rumput, bunga dan sebagainya. Seni landskap merupakan pengolahan
elemen semulajadi dan buatan secara harmoni. Seni landskap merupakan pengolahan
elemen semulajadi dan buatan secara harmoni. Pendek kata, projek landskap di ruang
terbatas seperti halaman rumah adalah satu percubaan untuk mencipta dan menggabungkan
beberapa unsur alam yang istimewa pada skala lebih kecil dan terkawal. Kerja lanskap
memang sudah menjadi amalan sejak dulu. Namun pendedahan terhadap konsep-konsep
atau seni-seni landskap dari budaya-budaya berlainan, menjadikan ia satu bidang yang lebih
menarik. Landskap yang direka sesuai dan mendokong kediaman secara keseluruhan pasti
akan memberikan kepuasan yang dihajati.
1.1 DEFINISI LANDSKAP

Secara umumnya landskap merupakan pemandangan di atas permukaan bumi yang


dihasilkan daripada keadaan semula jadi atau hasil binaan. Dari sudut seni bina
Senibina Landskap merupakan gabungan antara sains dan seni di dalam
menghasilkan suatu rekaan kreatif melalui dua komponen utama iaitu
landskap lembut (softscape) dan landskap kejur (hardscape).
1.2 JENIS-JENIS LANDSKAP

Jenis-jenis
Landskap

Landskap Landskap
Lembut Kejur

Rajah 1.1 Menunjukkan Jenis-jenis Landskap


Komponen utama dalam landskap terdapat dua jenis iaitu Landskap Lembut (Softscape)
iaitu merujuk kepada sumber alam semula jadi seperti topografi, air dan tanaman dan
Landskap Kejur (Hardscape) iaitu merujuk kepada semua jenis struktur hasil binaan manusia
seperti perabot jalan, laluan pejalan kaki, wakaf, pancuran air, lampu taman, arca dan
sebagainya.
1.2.1 Landskap Lembut

Landskap lembut melibatkan penggunaan elemen-elemen semula jadi seperti tumbuhan-


tumbuhan dan air. Ia elemen penting bagi mewujudkan pemandangan yang cantik dan indah.
Ia adalah pelaksanaan penanaman tumbuh-tumbuhan hiasan di tapak landskap. Melalui
pemilihan dan gabungan tumbuhan hiasan yang betul, reka bentuk landskap yang menarik
dapat dihasilkan. Spesies tumbuhan hiasan perlu dipilih berdasarkan ciri fizikal dan kimia
tumbuhan tersebut. Melalui pemilihan ini, reka bentuk sesuatu kawasan landskap dapat
diubah suai mengikut cita rasa pengguna atau pemilik. Kumpulan tumbuhan landskap
merujuk kepada elemen tumbuhan dalam landskap seperti pokok naungan, pokok renek,
turf, penutup bumi, pokok memanjat dan menjalar, pokok palma, pokok hiasan dalaman dan
pokok herba. Ia berbeza dari segi saiz, pertumbuhan, rupa bentuk, warna daun, bunga, dan
kadar tumbesaran. Bentuk tumbuhan landskap adalah seperti bentuk bulat, bentuk bujur
telur, bentuk songsang, bentuk kun, bentuk bujur memanjang, dan tidak berbentuk.

Gambar 1.1

Gambar 1.1 Menunjukkan contoh-contoh gambar Lanskap Lembut

1.2.2 Landskap Kejur

Landskap kejur melibatkan elemen-elemen buatan dan keras. Ia adalah elemen kaku
yang kadang-kala mencacatkan landskap, tetapi fungsinga selalu menjadi keutamaan.
Elemen-elemen ini dibina di tempat yang sesuai untuk menjana nilai estetika disamping
memberi fungsi tertentu. Pembinaannya diadun dengan prinsip-prinsip landskap iaitu bentuk,
ruang dan susunan. Ia merangkumi seperti batu, kayu, lampu, wakaf, pejalan kaki, lampu
jalan, pergola, bangku, bollards, papan tanda, dan peralatan rekreasi. Faktor pemilihan
landskap kejur ialah ciri-ciri keselamatan, pemilihan elemen, pemilihan bahan, cara
pemasangan, kesenian reka bentuk, jenis bahan, lokasi dan fungsi.

Gambar 1.2

Gambar 1.2 Menunjukkan contoh-contoh gambar Lanskap Kejur

Antara contoh kombinasi Landskap Lembut dan Landskap Kejur

Keseimbangan landskap lembut & kejur menghasilkan persekitaran kehidupan yang harmoni

Landskap kejur yang menggabungkan elemen air


1.3 MAKSUD PELAN KONSEP

Pelan konsep merupakan idea atau pemikiran asas di dalam mereka bentuk sesuatu tanaman,
dilakarkan di dalam kertas dan kemudiannya dilukis secara terperinci. Seterusnya akan
diterjemahkan dalam bentuk tiga dimensi iaitu model dan seterusnya aplikasi taman.Contoh
pemilihan konsep yang boleh diketengahkan ialah konsep taman tropika, taman moden, taman
herba, taman Islan dan sebagainya. Pembinaan pelan konsep merupakn idea kepada dasar eka
bentuk yang menggunakan gambar rajah buih dan simbol ringkas.

Gambar 1.3

Gambar 1.3 Menunjukkan contoh-contoh lukisan landskap konsep


1.4 MAKSUD PELAN INDUK

Penghasilan pelan induk merupakan peringkat terakhir dalam proses mereka bentuk
landskap. Ia dihasilkan dengan perincian pelan konsep. Ia juga menunjukkan semua elemen
yang dicadangkan dalam konsep reka bentuk dengan jelas dan terperinci dan setiap spesies
tanaman yang digunakan dilukiskan simbol beserta nama spesiesnya. Struktur binaan dilukis
dengan simbol khusus. Pelan induk yang berwarna dipersembahkan kepada pelanggan atau
pemilik kawasan tersebut untuk mendapat persetujuan berkenaan reka bentuk yang dibuat.
Ia perlu lengkap, kemas dan menarik untuk menarik perhatian pelanggan.

Gambar 1.4 Menunjukkan lukisan landskap yang di lukis dari sudut pandangan atas.

Lukisan-lukisan sokongan juga perlu bagi memberikan gambaran yang jelas tentang
pelan. Lukisan sokongan yang biasa adalah perspektif. Bagi melaksanakan kerja-kerja
pembinaan landskap, pelan penanaman, pelan perincian pembinaan dan spesifikasi. Pelan
ini disediakan oleh arkitek landskap atau perekabentuk landskap.

Gambar 1.5 Menunjukkan lukisan landskap yang di lukis dari sudut pandangan
perspektif.
2.0

GAMBAR LOKASI ASAL


INSTITUT
2.1

CADANGAN LAKARAN

PELAN KONSEP YANG

INGIN DIUBAH SUAI


2.2

CADANGAN LAKARAN

PELAN INDUK YANG

INGIN DIUBAH SUAI


2.3

GAMBAR MODEL

MINI LANDSKAP
Rujukan

Appleton, J. (1996). The experience of landscape (pp. 66-7). Chichester: Wiley.

Hussein, M. K. (2004). Pengenalan Kepada Asas Seni Bina Landskap. Kuala Lumpur:
Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Khalid, M., & Khasumarlina, I. (2014). “Healing Garden” Sebagai Asas Mereka Bentuk
Landskap Masa Kini. Jurnal Seni dan Pendidikan Seni, 2, 69-83.

Plieninger, T., & Bieling, C. (Eds.). (2012). Resilience and the cultural landscape:
understanding and managing change in human-shaped environments. Cambridge
University Press.

Radford, J. Q., & Bennett, A. F. (2007). The relative importance of landscape properties
for woodland birds in agricultural environments. Journal of Applied Ecology, 44(4), 737-
747.

Artmann, M., Bastian, O., & Grunewald, K. (2017). Using the concepts of green
infrastructure and ecosystem services to specify Leitbilder for compact and green cities—
the example of the landscape plan of Dresden (Germany). Sustainability, 9(2), 198.
Coulson, R. N., & Tchakerian, M. D. (2010). Basic landscape ecology. KEL Partners
Incorporated.
Denzin, N. K., & Lincoln, Y. S. (2008). The landscape of qualitative research (Vol. 1). Sage.
Jabatan Landskap Negara. (2015). Dasar Landskap Negara. Malaysia Negara Taman
Terindah, 3-9.
Reid, G. W. (2007). From concept to form in landscape design. John Wiley & Sons.

Anda mungkin juga menyukai