Anda di halaman 1dari 4

NOTA PEMBELAJARAN

MODUL 9

UNIT 9.1 : ASAS LUKISAN PELAN LANDSKAP

1. Pendahuluan

 Pelan-pelan landskap digunakan bagi menunjukkan gambaran yang dikehendaki dalam


proses dan hasil reka bantuk landskap.
 Pelan-pelan adalah dilukis mengikut skala dengan ukuran yang tepat hasil daripada kerja
pengukuran dan inventori tapak.
 Simbol yang digunakan adalah khusus bagi mewakili satu-satu elemen dalam landskap
seperti tumbuhan, landskap, air dan struktur binaan.

2. Alatan asas lukisan grafik

Alatan asas lukisan yang digunakan untuk menghasilkan pelan landskap dan lukisan tekknikal adalah
seperti berikut:

 Papan surih atau meja lukis - Meja surih atau papan lukis yang mempunyai permukaan rata
dan licin serta bersudut tepat pada setiap penjuru. Ia adalah perlu bagi menghasilkan pelan
yang baik dan tepat ukurannya. Meja surih mempunyai papan lukis yang boleh megubah
sudut letaknya bagi keselesaan pelukis. Ia mempunyai saiz yang berbeza mengikut saiz
kertas lukisan.
 Sesiku T - Sesiku panjang berbentuk T digunakan untuk membuat garisan-garisan lurus dan
selari samada secara memanjang atau menegak. Sesiku T diperbuat daripada kayu atau
plastik.
 Sesiku segi tiga dan sesiku boleh laras - Sesiku segi tiga digunakan untuk membuat sudut
45”, 30” dan 60”. Sesiku boleh laras lebih mudah dan berguna kerana ia dapat menghasilkan
pelbagai sudut yang dikehendaki sehingga 180”.
 Pembaris berskala - Pembaris leper atau bersegi tiga menunjukkkan pembahagian ukuran
mengikut skala-skala tertentu. Pembaris skala digunakan bagi mengukur ukuran diatas pelan
berbanding ukuran sebenar diatas tapak atau kawasan sebenar. Skala yang biasa digunakan
dalam pelan landskap adalah skala metric seperti 1:50, 1:100, 1:200 dan sebagainya.
 Pensil - Pensil digunakan bagi membuat lukisan awal. Pensil biasa digunakan untuk membuat
lakaran-lakaran awal sementara pensil makanikal digunakan bagi membuat pelan dan lukisan
teknikal. Pensil boleh didapati dalam pelbagai jenis mengikut kelembutan dan kekerasannya.
Pensil yang lembut seperti B, 2B dan 3B digunakan bagi membuat lukisan lakaran. Pensil
yang keras seperti H, 2H, dan 3H digunakan untuk melukis pelan dan lukisan teknikal kerana
ia tidak mudah kotor. Pensil HB adalah perantaraan antara B(lembut) dan H(keras).
 Pen teknikal - Pen teknikal digunakan untuk mendapatkan lukisan yang terang dan tidak
mudah dipadam. Pen teknikal mempunyai pelbagai saiz hujung stau mata dan digunakan
untuk melukis pelan diatas kertas surih atau lukisan. Saiznya adalah standard mengikut
system ISO seperti 0.13, 0.18, 0.25, 0.35, 0.5 dan sebagainya. Selain daripada pen teknikal,
pen –pen mata lembut juga boleh digunakan untuk menghasilkan pelan di atas kertas surih
dan lukisan
 Kertas lukisan - Beberapa jenis kertas digunakan bagi membuat lukisan. Kertas butter paper
merupakan kertas nipis yang biasanya digunakan untuk membuat lakaran dan lukisan awal
dengan menggunakan pensil. Apabila lukisan telah disempurnakan, kertas lukisan atau kertas
surih digunakan untuk menghassilkan lukisan yang berkualiti dengan menggunakan pen
teknikal atau pen mata lembut. Kertas-kertas mempunyai pelbagai saiz seperti A0, A1, A2, A3
dan sebagainya.
 Keluk Perancis dan keluk mudah bentuk - Keluk digunakan untuk membuat garisan
berkeluk pada pelan dan lukisan teknikal. Keluk Perancis mempunyai pelbagai bentuk dan
saiz keluk yang tetap. Keluk mudah bentuk lebih anjal dan boleh dibentuk mengikut lekuk
yang dikehendaki di atas pelan.
 Acu bulatan - Acu bulatan digunakan untuk membuat bulatan berdasarkan saiz yang tertentu.
Ia perlu bagi membuat bulatan asas kepada symbol-simbol tanaman landskap dalam pelan
landskap. Bagi bulatan yang lebih besar, kompas digunakan untuk menghasilkan bulatan
asas.
 Warna - Warna digunakan untuk mewarna pelan landskap. Warna pensil dan warna air
adalah jenis warna yng biasa dan mudah digunakan. Warna hijau adalah popular didalam
pelan landskap kerana ia terdiri daripada pelbagai jenis tumbuhan landskap.

3. Komponen di alam pelan landskap

Terdapat lima komponen dalam sesuatu pelan landskap iaitu kotak tajuk, arah mata angin, skala,
simbol dan maklumat bertulis.

3.1 Kotak tajuk

Kotak tajuk didapati di sebelah kanan di bahagian bawah kertas lukisan. Ia mengandungi perkara
berikut yang menerangkan berkenaan pelan tersebut:

 Ruang nota, catatan atau petunjuk kepada symbol yang digunakan pada pelan
 Tajuk projek
 Nama dan tandatangan arkitek landskap atau pereka bentuk
 Nama dan tandatangan pemilik
 Nama pelukis pelan tarikh lukisan disediakan
 Nombor atau bilangan lukisan

3.2 Arah mata angin

 Arah mata angin biasanya ditunjukkan secara grafik dengan simbol anak panah.
 Arah utara lazimnya adalah menghala tegak 90” ke atas.
 Bagaimanapun, bagi pelan tertentu arah utara boleh dicondongkan megikut kedudukan tapak
di atas pelan tetapi sebaik-baiknya condong ke atas.

3.3 Skala

 Skala merupakan perbandingan saiz objek atau tumbuhan yang dilukis di atas pelan
berbanding saiz sebenar.
 Saiz sesuatu objek atau tumbuhan mestilah dilukis mengikut skala yang tepat.
 Pembaris skala telah menunjukkan ukuran-ukuran bagi skala yang berbeza.
 Skala yang bisanya digunakan untuk pelan-pelan landskap adalah seperti 1:50, 1:100, dan
1:200. Skala 1:50 memberikan pelan yang lebih besar berbanding skala 1:100.
 Skala ditentukan oleh saiz kawasan dan saiz kertas yang digunakan untuk melukis pelan.
 Bagi kawasan yang luas, skala yang lebih kecil digunakan seperti 1:100 atau 1:200. Bagi
kertas yang besar seperti saiz A0 atau A1, skala besar boleh digunakan seperti 1:50 atau
1:100.
 Skala di atas pelan boleh ditunjukkan secara penulisan iaitu 1:100, 1:200 atau secara grafik
seperti dalam rajah yang ditunjukkan.

3.4 Simbol-simbol landskap

 Dalam pelan landskap, simbol khusus digunakan bagi mewakili pelbagai jenis tumbuhan dan
elemen lain seperti air dan struktur binaan.
 Simbol yang berbeza digunakan untuk pokok utama atau naungan, tumbuhan renek, penutup
bumi dan rumput turf.
 Simbol untuk struktur binaan adalah berasaskan jenis struktur, binaan dan bahan yang
digunakan.

3.5 Maklumat bertulis

 Objek atau kawasan dia atas pelan perlu dilebelkan dengan jelas dan terang.
 Begitu juga dengan perkara yang tidak dapat ditunjukkan dengan simbol perlu dinyatakan
dalam bentuk penulisan.
 Penghurufan adalah penting bagi menghasilkan penulisan yang berkualiti, kemas dan mudah
dibaca.
 Penulisan boleh dibuat secara menual atau menggunakan alatan bantuan seperti stensil, skrib
dan set huruf.
 Penulisan secara manual lebih mudah, cepat dan menjimatkan.
 Dengan sebab itu murid dikehendaki memahirkan diri dalam penghurufan.

4. Jenis pelan landskap

Terdapat beberapa jenis pelan yang digunakan dalamproses mereka bentuk dan pelaksanaan projek
landskap. Di antara pelan-pelan tersebut adalah seperti berikut:

4.1 Pelan asas

 Pelan asas menunjukkan kedudukan sebenar tapak atau kawasan yang dibuat landskap.
 Ia adalah ringkas dan mengandungi perkara asas yang tetap seperti sempadan kawasan,
bangunan, jalan raya, tasik, atau kolam dan sebagainya.
 Pelan asas boleh didapati daripada pelanggan atau pemilik kawasan atau dibuat sendiri
selepas pengukuran sebenar di tapak.
 Pelan asas ini adalah perlu untuk menghasilkan pelan berikutnya.

4.2 Pelan inventori dan analisis

 Pelan inventori dan analisis menunjukkan semua elemen dan objek sedia ada ditapak dan
kawasan yang akan dibina landskap.
 Pelan ini dilukis daripada kerja-kerja inventori dan analisis yang telah dilakukan terhadap
tapak landskap.
 Objek atau kawasan di atas pelan perlu dilebelkan dengan jelas dan terang.
 Begitu juga dengan perkara yang tidak dapat ditunjukkan dengan simbol perlu dinyatakan
dalam bentuk penulisan.
 Penghurufan adalah penting bagi menghasilkan penulisan yang berkualiti, kemas ddan mudah
dibaca.
 Penulisan boleh dibuat secara manual atau menggunakan alatan bantuan seperti stensil, skrib
dan set huruf. Penulisan secara manual lebih mudah, cepat dan menjimatkan.
 Dengan sebab itu murid dikehendaki memahirkan diri dalam penghurufan.

4.3 Pelan konsep

 Pelan konsep menunjukkan idea dan program yang dicadangkan secara kasar dalam reka
bentuk landskap untuk sesuatu kawasan.
 Ia menerangkan matlamat, objektof dan gaya yang dikehendaki dalam reka bentuk.

4.4 Pelan induk landskap

 Pelan induk landskap menerangkan dengan terperinci idea dan program yang dicadangkan
untuk pelaksanaan.
 Ia menunjukkan simbol landskap dengan jelas bagi mewakili semua elemen yang
dicadangkan.

4.5 Pelan penanaman

 Pelan penanaman menunjukkan dengan lebih terperinci berkenaan tumbuh-tumbuhan yang


digunakan dalam pelan induk landskap.
 Pelan ini digunakan untuk menunjukkan tempat penanaman dan panduan menyusun
tumbuhan dalam penanamannya.
 Pelan ini penting bagi pembinaan landskap lembut.
4.6 Lukisan pembinaan

 Lukisan pembinaan menunjukkan dengan lebih terperinci pembinaan struktur dalam landskap.
 Ia dilukis dari pelbagai sudut untuk menerangkan teknik pembinaannya.
 Lukisan pembinaan penting bagi pembinaan landskap kejur.

Anda mungkin juga menyukai