Anda di halaman 1dari 58

PERINGATAN KEPADA PELAJAR

Bahan ini disediakan untuk tujuan rujukan dan pembelajaran semata-mata; bukannya untuk tujuan komersial. Semua pelajar perlu beri perhatian dan penghormatan kepada penulis, penerbit dan perlindungan Hak Cipta Pelajar disaran untuk membeli bahan bacaan asal kerana ianya lebih lengkap.

Bahan ini disediakan berasaskan kepada bahan bacaan bertajuk

Panduan Asas Hortikultur Landskap (Edisi 3)


Oleh

Panel Penulis
Terbitan

Bahagian Ladang Universiti Pertanian Malaysia 1992


Pindaan dan ubahsuaian terhadap kandungan asal dibuat di mana perlu mengikut perkembangan semasa untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.
1

KANDUNGAN : Sejarah Sains Hortikultur Landskap 1. Pengenalan Kepada Asas Hortikultur dan Landskap - Dr. Sheikh Awadz b. Sheikh Abdullah 2. Medium Tumbuhan dan Pemasuan - Hajjah Badrain bt. Ibrahim 3. Pembiakan Tumbuhan - Hajjah Badrain bt. Ibrahim 4. Tanaman Hiasan - Hajjah Badrain bt. Ibrahim 5. Penanaman - Hajjah Badrain bt. Ibrahim 6. Rumput Turf - Haw Ah Kam 7. Pengenalan Landskap - Nor Ain bt. Mohd. Rejab 8. Teknik Reka Bentuk Taman - Mustapa Kamal b. Mohd. Sharif 9. Pengurusan dan Penyenggaraan Landskap - Osman b. Mohd. Tahir 10. Pengurusan Perosak - Dr. Mohd. Yusofb. Hussien 11. Racun Perosak: Penggunaan dan Pengendalian Yang Selamat - Za'bar b. Mahbat 12. Rujukan

SEJARAH SAINS HORTIKULTUR LANDSKAP Berkebun bunga telah bermula sejak 3,500 tahun dahulu di Lembah Euphrates. Manusia pada masa itu menanam pokok-pokok tanaman hiasan dalam bekas-bekas dan kaedah ini digunakan dengan meluas sekarang, sama ada untuk hiasan dalaman dan luaran. Pada abad ke-11 dan ke-12, kebun-kebun bunga telah mendapat tempat di istana raja-raja. Pokokpokok ditanam dalam bekas dan diletakkan di atas tembok pagar dengan teratur. Ada juga yang ditanam di atas batas sebagai hiasan. Pada masa ini pokok bunga-bungaan banyak diperkenalkan ke Eropah, terutamanya setelah tercetusnya Crusades (abad 11 - 13). Dalam abad 15, orang-orang Eropah telah menjelajah dan menjajah negara-negara di luar Benua Eropah seperti Amerika pada tahun 1442, India pada tahun 1498 dan Asia Tenggara iaitu kepulauan Jawa pada tahun 1511. Selain dari hasil bumi, banyak pokok-pokok tanaman hiasan dibawa pulang dari tanah jajahan ini ke Eropah untuk menambah koleksi yang telah ada. Dari perkembangan ini akhirnya kegiatan menanam pokok hiasan telah mendapat tempat di kalangan masyarakat pada masa itu. Semangat untuk menanam pokok tanaman hiasan sangat tinggi, sehingga terwujudnya taman botanik yang pertama di Paruda pada tahun 1545. Berikutan dengan perkembangan yang menggalakkan pada sekitar tahun 1633 pokok-pokok seperti Genera Asparagus, Coleus, Crassula, Hedera, Hyacinthus, Marcirsus dan Saxifraga telah menjadi antara tanaman yang biasa ditanam di rumah-rumah mereka. Pada abad yang ke-16, pokok-pokok hiasan berbunga mula mendapat tempat dalam masyarakat umum apabila tanaman-tanaman hiasan mula diatur di tingkap-tingkap rumah. Penanaman pokok hiasan dedaun dan berbunga semakin hari telah mendapat tempat dan terus berkembang di kalangan masyarakat dunia pada masa itu. Ini terbukti dengan terdirinya rumah hijau (green house) pada abad ke-17 untuk menempatkan pokok-pokok taman jenis yang manja. Begitu juga dengan penggunaan pokok-pokok eksotik telah berkembang pada abad yang ke-18. Hingga pertengahan abad ke-18 terdapat 5,000 spesies telah ditemui dan diperkenalkan. Pada awal abad ke-19, tanaman hiasan tropika dan subtropika mula mendapat tempat dan ditanam sebagai pokok hiasan dalam rumah panas. Tanaman pokok-pokok ini mulanya terkenal di negara Eropah sahaja. Pada pertengahan abad ke-19 boleh dikatakan tiap-tiap keluarga ada mempunyai taman atau rumah hijau di rumah mereka. Bahkan ramai yang telah tahu keadaan atau cara-cara membiak tanaman hiasan. Selepas tahun 1850 tanaman hiasan dalaman berkembangan dari Eropah ke Amerika. Masyarakat telah mula merasakan faedah dengan menempatkan pokok bunga di dalam bangunan untuk memberi daya tarikan dan kelembutan pada suasana keliling. Ia bukan sahaja membuat rumah kelihatan cantik dan menarik tetapi juga mempengaruhi perasaan keriangan, kegembiraan dan ketenangan. Keindahan dan kenyamanan yang terdapat pada tanaman hiasan boleh mempengaruhi dalam melegakan sakit, menghibur pesakit dan memberi kerehatan pada yang keletihan. Pada abad ke-19 boleh dikatakan kebanyakan rumah ada menanam pokok-pokok bunga di halaman dan diaturkan di tingkap-tingkap.- Pokok-pokok jenis dedaun masyhor dizaman ini. Kebanyakan genera yang digunakan pada masa kini adalah diperkenalkan pada abad ke-19 seperti: Dracaenas - paling elok untuk hiasan dalaman Cordyline terminalis - yang paling digemari dan selalu diguna. Jenis-jenis palma: pokok-pokok hiasan yang paling tahan lama dan kegunaannya adalah meluas. Begonias, Fittonia, Maranta, Pelliona, Ixora, Aspidistra, Stapelia, Anthurium, Yucca, Hedera, Dieffenbachia, Aralia (Polyscias) Bambusa, Musa, Philodendron, Coleus, Pittosporum. Jenis-jenis berbunga termasuklah Lantana, Fuchsia, Tropaerolum, Ipomea, Azalia, Petunia dan Verbena.

Pokok-pokok jenis gantung (hanging basket) pula masyhor di Era Victoria. Jenis-jenis pokok yang diguna termasuklah Ivy, Saxifraga, Tradescantia, paku-pakis dan jenis dedaun. Pada abad ke-20, perkembangan tanaman hiasan jenis dedaun mula merosot dengan sebahagian kecil sahaja diguna untuk hiasan dalaman. Bunga keratan juga menjadi kurang masyhur ketika ini. Keadaan ini mempengaruhi pasaran semasa di mana harga pokok-pokok bunga hiasan mulai jatuh. Pada akhir 1930, minat untuk pokok-pokok jenis dedaun mula berkembang semula dengan penonjolan 'dish garden' atau pokok dalam bekas. Sekarang pokok-pokok dalam bekas dapat dilihat di mana saja sama ada tempat persendirian atau awam dan pejabat-pejabat. Sejarah Penanaman Tanaman Hiasan Di Malaysia Holtum (1971) dalam bukunya 'Gardening In The Lowlands Of Malaysia' ada membincangkan tentang sejarah penanaman tanaman hiasan di Malaysia. Menurutnya kebanyakan dari jenis-jenis tanaman hiasan yang digunakan adalah dari jenis-jenis yang dibawa masuk dari luar negara (eksotik). Ini kerana jenis tumbuhan tempatan keadaan pokok-pokoknya tinggi dan tidak sesuai ditanam di kawasan lapang seperti di taman rekreasi dan sebagainya. Antara jenis pokok-pokok yang mula dibawa masuk ialah pokok kemboja 'Frangipanni' yang berasal dari Mexico dalam pertengahan kurun ke-17. Diikuti pada kurun yang ke-18 beberapa jenis pokok dibawa dari Amerika Selatan dan West Indies, antaranya termasuk Caesalpinia (Peacock flower) dan Lantana. Pokok-pokok ini dibawa masuk oleh penjajah yang membawa bersama lain-lain jenis tanaman. Walau bagaimanapun usaha membawa masuk tanaman hiasan secara sistematik bermula pada kurun ke-19, iaitu melalui Taman Botani yang terdapat di Singapura dan Pulau Pinang. Antara jenis-jenis yang dibawa masuk pada masa itu ialah Semarak Api (Flame of The Forest) - Delonix regia dari Madagascar, Bougainvillea dari Rio de Janerio dan Canna dari Amerika Selatan. Dari lebih kurang 500 spesies tanaman hiasan hari ini yang digunakan di Tenggara Asia, hanya 10% dari spesies tempatan. Penanaman pokok-pokok mempunyai peranan yang penting dalam kehidupan manusia. Setelah keperluan-keperluan asas seperti makanan, tempat tinggal dan pakaian dipenuhi, manusia akan mencari sesuatu yang boleh meningkatkan lagi kualiti hidupnya. Pokok-pokok tanaman dapat mengisi kekosongan tersebut. Di samping memberi nilai estetika, tumbuhan hiasan boleh merubah keadaan sekeliling manusia. Ia dapat mempengaruhi kesan-kesan angin, suhu dan cahaya. Penggunaan tumbuhan yang meluas menandakan kematangan satu-satu masyarakat.

1. PENGENALAN KEPADA ASAS HORTIKULTUR DAN LANDSKAP Dalam membentuk satu suasana indah di luar dan di sekitaran alam, hortikultur hiasan dan landskap adalah aspek yang mendatangkan satu daya pemikiran baru mereka bentuk dan menghias tanaman. Di masa ini penggunaan tanaman hiasan agak meluas dan sungguh menggalakkan kerana ia boleh menimbulkan kesedaran yang menonjolkan personaliti seseorang. Hortikultur hiasan boleh dibahagikan kepada tiga : 1) Floriculture Meliputi tanaman untuk bunga keratan, tanaman berpasu sama ada dari jenis bunga atau daun dan pokok-pokok bunga yang ditanam di atas batas. Kumpulan ini termasuk juga dari jenis paku-pakis dan bebawang. 2) Semaian Untuk pengeluaran pokok, pokok renek dan menjalar, kumpulan herba untuk penutup bumi dan rumput hiasan. 3) Landskap Ini bolehlah dikatakan satu istilah atau konsep yang agak baru bagi kita. Secara terus perkataan landscape boleh dimaksudkan mengandam kawasan sekitaran. Landskap boleh dipecahkan kepada : a) Reka bentuk: Menentukan perancangan kawasan ditanam dengan tanaman hiasan. untuk Jikalau tujuan pembinaan ialah untuk mereka satu taman yang indah dan permai untuk diminati dan dihargai, maka segala pembinaan hendaklah berunsurkan kepada jenis-jenis tanaman hiasan yang boleh menarik perhatian orang ramai. (c) Penjagaan: Ini termasuk penjagaan pokok-pokok hiasan seperti membaja, memangkas, memotong rumput dan kawalan dari serangan makhluk perosak, penyakit dan rumpai. Menanam dan Mengurus Tanaman Hiasan Langkah pertama yang agak penting untuk mengurus tanaman hiasan ialah menentukan objektif menanam. Sama ada kawasan yang ditanam itu kecil atau besar tiada banyak perbezaan. Faktor-faktor yang patut diambil kira ialah: pemilihan pokok-pokok tanaman hendaklah sesuai ditanam secara tunggal atau bercampur mereka bentuk dan cara-cara menanam yang betul penyenggaraan mengikut reka bentuk yang telah ditentukan dan juga keperluan tanaman yang ditanam membina dan membuat struktur sokongan untuk menampung keperluan hidup tanaman seperti pembinaan para dan junjungan Kedua hendaklah diketahui apa yang dikehendaki dalam aspek penanaman pokokpokok hiasan: Adakah penanaman dibuat untuk mengindahkan lagi kawasan luar, atau menanam untuk menimbulkan suasana i) Menghibur: Supaya sedap mata memandang tentang keindahan alam sekitar dengan rekaan tanaman hiasan. ii) Rekreasi: Seperti pembinaan tanaman hiasan di sekitar padang permainan, kolam renang dan arena. Tiap-tiap satu tempat memerlukan suatu gubahan yang berlainan mengikut kesesuaian kawasan. (iii) Tempat beristirehat menghilangkan kepenatan bekerja dari kegunaan daya tenaga atau pemikiran. Di sini privacy patut diambil kira. (iv) Menghias kawasan atau taman.

b) Pembinaan: Ini melibatkan penyediaan kawasan untuk menanam sama ada untuk kawasan perumahan, bangunan, padang rekreasi dan lain-lain. Penyediaan kawasan adalah tertakluk kepada penyesuaian tempat, konsep, fungsi dan kemampuan. Sebagai contoh faktor-faktor ini boleh dijadikan panduan, seperti - adakah pembinaan ini dibuat untuk:

persendirian dengan mengambil kira unsurunsur privacy atau mereka satu bentuk tanaman yang memberi suasana ketenangan fikiran untuk keluar dari kesempitan dan kebuntuan bekerja. Pengkelasan Tanaman Hiasan Terdapat lebih dari 300,000 spesies tumbuhan di muka bumi ini dan 250,000 adalah jenis berbunga yang dikumpulkan dalam 200 hingga 400 keluarga. Tiap-tiap spesies apabila dikenalpasti akan diberi nama saintifik dalam bahasa Latin. Spesies merupakan unit asas pengkelasan. Spesies-spesies tumbuhan berlainan dikumpul mengikut kategori yang lebih tinggi seperti berikut: Cultivar - Species - Genus - Tribe - Family Order - Class Contoh : Bunga Kertas Genus/Spesies: Bougainvillea spectabilis, B. glabra, B. butiana B. peruviana, Keluarga: Nyctaginaceae Nama saintifik didaftar dan diguna di peringkat antarabangsa seluruh dunia. Di samping nama saintifik kebanyakan tumbuhan mempunyai

nama biasa yang lebih mudah disebut dan diingat. Masalah nama biasa ialah ia mungkin berubah mengikut tempat dan tidak semua tumbuhan mempunyai nama biasa. Ahli Hortikultur mengumpulkan jenis-jenis tumbuhan mengikut bentuk untuk disesuaikan dengan kawasan yang hendak dihias. Kumpulan-kumpulan yang diguna ialah pokok (trees), pokok renek (shrubs), herba (herbaceous), penutup bumi (ground covers) dan tumbuhan menjalar (vines). Penutup bumi tumbuh rendah dan boleh diguna untuk mengawal hakisan serta memberi corak yang tertentu. Rumput hiasan ditanam untuk memenuhi kawasan lapang tetapi perlu dipotong selalu. Pokok renek biasanya mempunyai ketinggian 3 - 10 kaki dan ditanam dalam bentuk asal untuk berbunga ataupun dipangkas untuk memberi bentuk yang tertentu. Pokok renek boleh ditanam untuk pagaran. Pokok-pokok (termasuk palma) mempunyai ketinggian lebih dari 10 kaki dan biasanya berbatang tunggal. Pokok-pokok akan memenuhi kawasan yang agak besar dan ketinggian dan lebarnya bergantung kepada spesies. Tumbuhan menjalar (vine) boleh memanjat dinding untuk mengurangkan kepanasan dan silauan dan apabila ditanam pada struktur tertentu ia boleh memberi teduhan. Tumbuhan jenis herba ditanam untuk mendapatkan warna dari bunga dan juga daun.

2. MEDIUM TUMBESARAN DAN PEMASUAN Tanah Bahan-bahan yang terdapat di permukaan bumi terbahagi kepada 3 jenis iaitu batu igneus, batu mendak dan batu jelmaan. Batu-batu inilah yang menjadi bahan induk kepada tanah. Proses pembentukan tanah dipanggil pedogenesis. Proses ini menentukan darjah luluhawa bagi suatu tanah. Unsur-unsur seperti iklim, tumbuhan, topografi, bahan induk dan masa mempengaruhi proses pedogenesis. Elemen-elemen tanah Tanah mengandungi 4 elemen. i. mineral ii. bahan organik iii. air iv. udara Mineral merupakan elemen utama yang berbentuk hablur dan ia bertanggungjawab ke atas kebanyakan daripada aktiviti dalam tanah. Terdapat dua jenis mineral: a. Mineral primer - terdiri daripada mineral yang tidak mengalami luluhawa seperti magnetit, ilmenit, kuartza, felspar dan zirkon. b. Mineral sekunder - terbentuk oleh proses luluhawa sama ada oleh perubahan struktur atau penghabluran semula, seperti silikat, filosilikat, hidroksida dan mineral berat. Bahan organik terdiri daripada saki baki reputan tumbuhan atau haiwan dalam bentuk pepejal. Biasanya bahan ini terdapat dilapisan atas tanah. Udara: Gas yang wujud di dalam ronggarongga tanah. Jika rongga-rongga tanah tidak diisi oleh air, maka ia diisi oleh udara. Profil Tanah Profil ialah sifat morfologi tanah yang penting. Ia dapat dilihat dengan keratan tegak permukaan tanah hingga ke batu dasar. Rajah 1: Profil tanah MEDIUM TUMBESARAN Ciri-ciri medium tumbesaran tumbuhan yang sempurna: membenarkan penembusan akar dengan mudah berupaya menyimpan dan membekalkan air, mineral dan udara memberi sokongan yang baik Medium tumbesaran yang sesuai untuk tumbuhan (terutamanya jika ditanam dalam bekas) boleh disediakan dengan menyediakan medium campuran. Bahan-bahan berikut sering digunakan untuk menyediakan medium campuran: 1. 2. 3. 4. 5. 6. Tanah loam Tanah gambut Tanah liat Pasir Bahan organik Baja asas

1. Tanah Loam diperolehi kira-kira 15 - 20 cm dari permukaan tanah mengandungi humus subur serta gembur merupakan bahan utama dan terbaik untuk menyediakan medium campuran dikeringkan di tempat yang teduh dan ditapis sebelum digunakan untuk menyediakan medium campuran

2. Tanah Gambut terdiri daripada bahan kayu-kayan dan bahan organik lain yang telah reput selalu didapati di tepi laut, paya atau sungai berasid tetapi banyak mengandungi unsur nitrogen keasidannya dikurangkan dengan menggunakan kapur daya penyerapan air adalah tinggi (12 kali daripada beratnya sendiri) digunakan dalam membuat medium campuran sebagai bahan organik dikeringkan di tempat teduh dan ditapis supaya mudah dicampurkan 3. Tanah Liat mengandungi bahan galian yang tinggi dan mampu memegang nutrien dengan baik daya menyimpan air adalah tinggi dan memakan masa untuk kering daya saliran air adalah rendah digunakan untuk mengimbangkan tanah yang mengandungi peratus pasir yang tinggi 4. Pasir memberi rongga yang baik untuk pengudaraan dan saliran tidak berupaya memegang nutrien pasir sungai (saiz diameter kira-kira 0.5 0.75mm) sesuai digunakan dalam penyediaan medium campuran pasir daripada lombong kurang sesuai untuk penyediaan medium campuran kerana saiznya yang halus 5. Bahan Organik membekalkan nutrien mampu menyimpan air dan mineral dengan baik Setengahnya berasid dan boleh digunakan untuk menurunkan pH tanah beralkali najis haiwan dan sisa tumbuhan mereput merupakan sumber yang baik elakkan penggunaan najis haiwan yang baru kerana bahan ini masih dalam proses pereputan (mengeluarkan haba dan kandungan asidnya yang tinggi) 6. Baja asas/Baja Permulaan

membekalkan nutrien makro yang diperlukan di peringkat awal pertumbuhan baja organik (terutamanya dari sisa haiwan) dan baja kimia biasa digunakan bahan serbuk kapur (GML) untuk mengurangkan keasidan tanah

Jenis Medium Tumbesaran Bahan-bahan tersebut di atas sering digabungkan atau digunakan secara bersendirian untuk menyediakan medium tumbesaran yang sesuai. Antara medium yang sering digunakan termasuklah: 1. Medium campuran 2. Tanah bakar 3. Kompos 1. Medium Campuran John Innes A. Medium Campuran Semaian John Innes (John Innes Seedling Compost J.I.S.) 2 bhg. isipadu tanah loam 1 bhg. isipadu bahan organik 1 bhg. isipadu pasir
Dikeringkan dan ditapis dengan jaringan dawai berukuran 1cm X 1cm

Bagi tiap-tiap satu meter padu campuran, campurkan baja asas/permulaan berikut: 1.5 kg baja fosfat lampau ganda dua (Double Super Phospate - DSP) 1.0 kg. serbuk batu kapur (Ground Magnesium Limestone - GML) Campuran ini sesuai untuk semaian biji benih bunga dan sayuran dan juga boleh digunakan sebagai medium pengakaran untuk pembiakan tampang. B. Medium Campuran Memasu John Innes (John Innes Potting Compost - J.I.P.) Terdapat dua bentuk campuran : 7 bahagian isipadu tanah loam 3 bahagian isipadu bahan organik

2 bahagian isipadu pasir dan 3 bahagian isipadu tanah loam 2 bahagian isipadu bahan organik 1 bahagian isipadu pasir Bagi tiap-tiap satu meter padu campuran, campurkan baja permulaan berikut: 4.2 kg. malamea1 (7:10:4.8) 2.7 kg. batu kapur (GML) Cara Penyediaan Medium Campuran 1. Sukat bahan-bahan berkaitan menggunakan bekas penyukat seperti baldi. (Sukatan menggunakan bekas yang tetap ukurannya adalah lebih sesuai supaya mudah menganggarkan baja-baja asas yang diperlukan; contohnya, peti/tong dengan ukuran 50cm x 50cm x 50cm muatannya ialah 1/8 meter isipadu). 2. Longgokkan bahan mengikut seperti dalam Rajah 2. lapisan

berkurangan. Namun demikian membakar tanah menyebabkan unsur fosforus dan kalium berkurangan. Oleh itu baja perlu ditambah. Nisbah campuran yang baik ialah 3 atau 4 bahagian isipadu tanah bakar dicampur dengan 1 bahagian isipadu bahan organik. 3. Kompos Ada kalanya tanah yang baik sukar didapati. Sebagai pilihan lain, kompos boleh digunakan sebagai medium tumbesaran. Kompos diperbuat daripada campuran sisa tanaman yang mudah reput dan najis haiwan. Medium ini adalah ringan, bersih dan mudah digunakan. Walau bagaimanapun, medium ini ringan dan tidak sesuai digunakan sebagai medium bagi pokok yang silaranya padat dan tebal Menanam Pokok Dalam Bekas Menanam pokok di dalam bekas mempunyai beberapa kelebihan berbanding dengan menanam di batas/tanah: Menjimatkan medium campuran Boleh diubah kedudukannya untuk tujuan hiasan dan jualan Tumbesaran pokok boleh dikawal Kerja-kerja penjagaan boleh dijalankan mengikut keselesaan pekerja Keperluan kehidupan pokok (seperti baja, air, tanah, cahaya, suhu dan pengurusan perosak dsb.) dapat dikawal Jenis-jenis Bekas Menanam Terdapat berbagai jenis bekas di dalam pasaran. Pemilihan bekas yang sesuai bergantung kepada: jenis tumbuhan yang hendak ditanam, tujuan menanam, dan sifat bekas itu sendiri. Bekas yang dipilih mestilah mempunyai lubang saliran di bawahnya untuk mengelak pengumpulan air yang berlebihan. Pasu tanah liat mempunyai dinding yang berongga untuk membantu pengudaraan dan saliran. Dinding pasu plastik dan tembikar

Rajah 2: Susunan Bahan Medium Campuran 3. Gunakan penyodok untuk menebar lapisan bahan-bahan tadi dari satu tempat ke satu tempat sekurang-kurangnya sebanyak 3 kali. Dengan cara ini bahan-bahan tadi dapat digaul rata. 2. Tanah Bakar Tanah bakar biasa digunakan untuk tanaman di dalam pasu. Sebaik-baiknya tanah ini dibakar selama 8 jam. Pembakaran boleh dipanjangkan selama hingga ke 96 jam bergantung kepada banyaknya tanah yang hendak dibakar. Tanah ini sesuai untuk medium tumbesaran kerana saliran dan pengudaraannya baik. Selain itu ianya steril (bebas daripada patogen dan biji benih rumpai. Pembakaran tanah juga menyebabkan asid dalam kandungan tanah

berongga tetapi hanya terdapat lubang saliran. Biasanya pasu-pasu dari jenis ini didapati lebih menarik. Bagi pasu plastik dan tembikar, siraman harus dilakukan berhati-hati dan tidak terlalu kerap untuk mengelakkan kandungan air yang berlebihan di dalam medium. Pasu plastik lebih mudah dibasuh. Sebagai panduan pilihlah bekas yang sesuai, murah, ringan, tahan, menarik dan senang untuk mengeluarkan pokok untuk tujuan menukar pasu.

4. Isikan medium campuran sehingga separuh bahagian pasu.

Rajah 3: Pelbagai Jenis Pasu

Rajah 4: Ukuran bahagian-bahagian pasu Cara-cara memasu 1. Pilih bekas yang bersih dan sesuai dengan pokok. 2. Sediakan medium campuran - biasanya J.I.P. dengan nisbah 3:2: 1 sesuai digunakan. 3. Aturkan serpihan pasu (crock) atau batubatu kasar berlapis-lapis sehingga lebih kurang 1/4 daripada ketinggian pasu. Susunan janganlah sampai menutup rapat lubang saliran. Bagi pasu jenis plastik, lubang salirannya tidak perlu ditutup dengan kepingan-kepingan pecahan pasu.

5. Letakkan pokok yang hendak ditanam di tengah-tengah pasu. Pokok mesti tegak. Isikan medium campuran sehingga hampir penuh. Padatkan medium di sekeliling pokok. Siramkan sehingga kelihatan air keluar melalui lubang saliran. 6. Letakkan pasu ini di tempat redup selama 4 - 7 hari. Siram tiap-tiap hari. Tempoh ini bergantung kepada pemulihan pokok berkenaan. Pemasuan Semula Pemasuan semula bertujuan menukarkan medium lama dengan yang baru untuk mengekalkan tumbesaran dan kesuburan tanaman. Kerja ini dilakukan apabila terdapat tanda-tanda seperti:

Keadaan tanah - melekat, padat, tanah cepat kering apabila disiram Keadaan akar - berserabut, berbungkas ke atas dan juga keluar dari lubang saliran Keadaan dahan - pertumbuhan lambat, ranting Cara-cara Pemasuan Semula

halus dan rapuh Keadaan daun - kuning, selalu gugur, tidak lebat, kecil dan tidak segar Keadaan bunga - kecil dan selalu gugur sebelum kembang

1. Gunakan pasu lama atau baru. Jikan gunakan pasu lama, cuci pasu hingga bersih. Jika gunakan pasu baru, rendam dalam air semalaman.

2. Sediakan pasu seperti biasa dan isikan serpihan pasu 1/4 pasu dan medium campuran setengah pasu.

3. Cantas mana-mana bahagian tumbuhan yang tidak dikehendaki, seperti ranting mati, buruk, berpenyakit atau terkeluar dari bentuknya. Potong juga akar yang terkeluar dari lubang saliran. Siramkan pokok yang dicantas.

4. Selepas lebih kurang 1 jam keluarkan pokok dari pasu - rebah atau pusingkan pasu dan ketuk bibir pasu perlahan-lahan supaya tanah dan pasu terpisah. Kemudian pegang pangkal pokok dan tarik keluar perlahan-lahan.

5. Cantas bahagian akar yang berserabut dan tidak dikehendaki. Bahagian akar dan tanah yang tinggal bolehlah dipotong dalam bentuk segi empat atau bulat menggunakan pisau atau parang. Sebanyak mana yang perlu dibuang bergantung kepada keadaan pokok, pasu dan akar; yang penting akar utama tidak rosak.

6. Tanam seperti biasa. Padatkan medium di sekeliling akar. Tambahkan medium sehingga sama paras dengan pangkal pokok. Hentakkan pasu perlahan-lahan supaya medium mendap.

7. Siram pokok secukupnya. Letakan di bawah teduhan selama seminggu sebelum dikeluarkan ke tempat biasa.

3. PEMBIAKAN TUMBUHAN Pembiakan adalah satu proses di mana tiap-tiap organisma menambah dari segi bilangan individu beranak dan berkembang dalam peredaran masa. Tumbuhan membiak dan berkembang dengan dua cara: Seksual; contoh biji benih, spora Aseksual/Tampang/Vegetatif; contoh keratan, belahan, cantuman, organ-organ khas dan lain-lain. Biji benih Kebanyakan tumbuhan dibiak dengan biji benih. Contoh: pokok bunga semusim, pokok saka dan juga daripada jenis renek walaupun pokok-pokok ini boleh dibiak secara tampang. Kebaikan Pembiakan Secara Biji Benih Boleh menghasilkan baka-baka baru Dapat menyediakan pokok-pokok sebagai pokok penanti untuk cantuman Murah dan menghasilkan lebih banyak pokok Anak pokok mungkin lebih cergas (hybrid vigour) berbanding dengan induknya. Keburukan Pembiakan Secara Biji Benih Biji benih mungkin mempunyai masa rehat (dormancy) Mengambil masa yang panjang untuk matang Kemungkinan menghasilkan tumbuhan yang berbeza daripada induknya Setengah tumbuhan hanya dapat dibiakkan pada masa-masa tertentu kerana pengeluaran buah dan biji benihnya bermusim Pemilihan Biji benih Biji benih dengan ciri-ciri berikut perlu dipilih:

Biji benih yang hendak digunakan mestilah diambil dari buah-buah yang matang atau masak. Biji itu dibersihkan. Biji-biji yang telah dipilih itu kemudian dikeringkan di tempat yang terbuka dan ternaung. Biji benih perlu cukup kering supaya tahan lama. Dalam keadaan biasa seperti di Malaysia biji benih tidak dapat disimpan lama dan akan kehilangan daya percambahan dengan cepat. Jika hendak disimpan lama, biji benih hendaklah disimpan di tempat bersuhu dan peratus lembapan yang rendah. Jika benih dibeli, periksa tarikh luputnya. Peratus percambahan benih menurun apabila disimpan lama. Percambahan biji benih Percambahan biji benih bergantung pada faktorfaktor seperti peratus lembapan, suhu, cahaya dan oksiogen. Percambahan biji benih yang tidak serentak disebabkan oleh faktor-faktor fizikal, fisiologikal dan persekitaran. Fenomena ini berlaku oleh kerana kulit biji benih (testa) tidak telap air atau biji benih mengeluarkan bahan beracun dan lain-lain faktor dalaman. Kadangkala biji benih memerlukan rawatan tertentu untuk mempercepatkan percambahan. Rawatan percambahan biji benih Terdapat beberapa cara percambahan biji benih: rawatan untuk

Pelelasan (scarification) Satu proses dimana kulit biji benih dirawat supaya biji benih telap air. Cara-caranya biasa dilakukan ialah membuang atau mengikis testa, merendam biji benih dalam asid atau air panas. Stratifikasi Stratifikasi adalah proses melembutkan testa dengan meletakkan biji benih dalam timbunan pasir, tanah atau habuk papan yang basah pada suhu yang turun naik. Vernalisasi Vernalisasi adalah satu proses menyebabkan biji-biji benih mengeluarkan hormon untuk percambahan dengan meletakkan biji benih pada

Matang Tulen (tidak bercampur dengan biji benih dari baka lain) Berisi, segar dan bersih dari kekotoran Bernas (mempunyai keupayaan untuk bercambah) Bebas dari penyakit dan perosak

suhu yang rendah. Pemeraman (fermentation) Pemeraman adalah satu proses merendam biji benih ke dalam air atau menyimpannya dalam beg plastik yang diikat untuk menanggalkan selaput biji benih.

Menyemai Biji benih a. Rawatan sebelum menyemai Biji benih yang hendak disemai sebaik-baiknya dirawat terlebih dahulu bagi mengelakkan dari serangan penyakit terutama penyakit dari jenis kulat. Bahan-bahan kimia yang digunakan ialah seperti Thiram, Benlate atau kuprum sulfat (kadar bancuhan 1 gm/liter air) b. Medium Percambahan Medium percambahan yang digunakan harus mempunyai ciri-ciri berikut: mampu menyokong anak-anak benih, menyimpan air secukupnya mempunyai cukup rongga untuk pengudaraan dan penembusan akar bebas dari biji benih rumpai Contohnya; vermiculite, perlite, tanah gambut, tanah loam, habuk papan atau cocopeat reput, pasir atau campuran bahan-bahan di atas J.I.S.). c. Cara menyemai Biji benih disemai mengikut saiznya. Terdapat perbezaan teknik menyemai untuk biji benih halus dan kasar. Biji benih halus Sediakan campuran tanah J.I.S dan dimasukkan ke dalam bekas semaian. Siram bekas ini sehingga lembab. Biji benih halus digaul dengan pasir halus dengan nisbah 1 bahagian benih : beberapa bahagian pasir halus dan kering untuk memudah dan meratakan taburan biji benih atas permukaan tanah. Selepas ditabur, tutup biji benih dengan satu lapisan tanah peroi dan disiram. Bekas menyemai boleh ditutup dengan gelas atau plastik lutsinar hingga benih bercambah. Biji benih kasar

1. Sediakan medium percambahan, dan bekas semaian yang sesuai. 2. Pilih biji benih yang bernas dengan merendamkannya di dalam air. Biji benih yang timbul dibuang. Semai secepat mungkin dengan menggunakan teknik yang betul. 3. Setelah biji benih mengeluarkan 2-3 helai daun sebenar (true leaves) bolehlah diubah ke dalam beg politena. Pembiakan Tampang Pembiakan tampang ialah pembiakan yang menggunakan bahagian-bahagian vegetatif tumbuhan seperti akar, batang, daun untuk memperbanyakkan tumbuhan yang sama dengan induknya. Tumbuh-tumbuhan yang dihasilkan secara demikian dipanggil klon. Bahagian-bahagian vegetatif ini adalah paling istimewa oleh sebab tiap-tiap sel ini mewakili pokok keseluruhannya. Oleh itu, pokok yang dibiak 100 tahun dahulu adalah sama dengan yang dibiak sekarang. Kebaikan Pembiakan Tampang * Boleh mendapat pokok yang seragam * Ciri-ciri anak pokok menyerupai induknya * Cepat berbunga atau berbuah * Boleh dibiakkan sepanjang tahun * Dapat dibiak dengan banyak dalam satu masa * Dapat digunakan untuk membiakkan tumbuhan yang tidak mengeluarkan biji benih bernas Kelemahan Pembiakan Tampang * Tidak semua jenis tumbuhan dapat dibiak dengan cara ini * Pemindahan penyakit lebih mudah terutama penyakit virus * Setengah kaedah memerlukan kemahiran teknikal yang agak rumit Jenis-jenis Pembiakan Tampang A) Secara Semula Jadi a. Rayapan (stolon) batang yang keluar dari aksil daun dan biasanya tumbuh menjalar secara mendatar di atas permukaan tanah. Contoh: Episcia dan

chlorophythum. b. Sulur - Anak atau rumpun pokok yang dipisahkan dari pokok induk. Contoh: Pisang kipas (Ravenala), Keladi c. Umbisi (corm) Contoh: Gladiolus, abaca d. Bebawang (bulb) Contoh: Lily, Amaryllis

Pilih dahan atau ranting yang subur dan tidak berpenyakit. Panjangnya keratan antara 15 20cm. Pada pangkal keratan itu buat potongan serong di bawah satu mata tunas. Tinggalkan 2 atau 3 helai daun. Tentukan sekurangkurangnya ada 1 tunas untuk akar dan 1 tunas untuk pucuk. Tanam keratan itu sedalam kirakira 5 - 7cm (1/3 daripada keratan). Tekan di sekeliling pangkal keratan. Siram. Untuk keratan yang susah berakar, rawat pangkal keratan dengan hormon penggalak akar seperti IBA, ABA, NAA. Jenis-jenis hormon ini ada dijual dalam bentuk debu. b. Keratan daun

e. Rizom batang yang menjalar di bawah permukaan tanah. Contoh: halia, bunga tasbih, iris, rumput, kunyit f. Ubi - Batang (Stem Tuber) Batang yang membesar dalam tanah. Mata tunas terdapat di sekelilingnya. Contoh: kentang, keladi g. Ubi - Akar (Root Tuber) - Akar yang membesar dalam tanah. Mata tunas terdapat pada jemala akar. Contoh: dahlia, keledek, gloriosa Pembahagian boleh dilakukan kepada beberapa jenis bahagian tumbuhan tersebut di atas dengan memotongnya kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil. Contoh kentang, bebawang. B. Secara Buatan KERATAN a. Keratan dahan atau batang Keratan dahan terdiri daripada keratan kayu keras, kayu sederhana dan keratan kayu hijau atau lembut. Cara mengambil keratan batang:

Jenis ini terdiri daripada keratan bahagian daun, keratan urat daun, keratan tangkai daun dan keratan helaian daun. Keratan helai daun dibuat dengan mengambil sehelai daun yang bertangkai atau tidak bertangkai di mana ianya ditanam dalam medium pengakaran seperti pasir. Akar dan daun baru akan keluar dari sebelah bawah daun. Pokok Begonia boleh dibiak dengan meletak sehelai daun yang telah dikerat urat daunnya di atas pasir. Pokok sanseiveria boleh dibiak dengan cara keratan bahagian daun. Untuk membuat keratan tangkai daun tentukan lai daun mempunyai batang sepanjang 2.5 4cm panjang. c. Keratan Akar Keratan akar dibuat dengan memotong bahagian-bahagian akar yang sihat dan tidak berpenyakit kira-kira 7 - 15cm panjang dan kemudian ditanam dengan membaringkan akar di dalam pasir yang bercampur serbuk papan atau tanah gambut. Pastikan paras atas akar adalah sama paras dengan pasir. Ada setengah pokok tidak mengeluarkan biji dan susah pula dibiak dengan cara lain, (misalnya pokok sukun, dahlia, Plumbago). Oleh itu akarnya boleh digunakan sebagai bahan pembiakan. Penjagaan Keratan Penjagaan rapi adalah mustahak semasa pengakaran. Sebaiknya keratan jangan diubahubah kerana akar-akar baru sangat lembut dan senang patah. Kebersihan kawasan perlu dijaga untuk mengelakan dari jangkitan penyakit.

Peratus kelembapan dikurangkan secara berperingkat setelah pengakaran mula berlaku dan keamatan cahaya dipertingkatkan. Keratankeratan tadi sedia diubah apabila mengeluarkan akar sekunder. Elakkan akar tercedera semasa mengubah dengan menyiramnya terlebih dahulu sebelum dicungkil. Kemudian tanam di dalam bekas yang mengandungi campuran tanah yang bersesuaian. Siram secukupnya dan beri teduhan selama 7-14 hari. Cantuman Cantum satu pembiakan tampang biasanya digunakan untuk membiak pokok buah-buahan. Namun ianya sesuai juga untuk pokok-pokok hiasan. Pembiakan cara cantuman terbahagi kepada 3 jenis : a) Cantuman tunas atau Cantuman dekatan i) Sandingan b) Cantuman mata tunas i) Cantuman 'T' ii) Cantuman tampal iii) Cantuman takuk c) Cantuman Belahan i) Belahan tepi ii) Belahan rencung iii) Belahan baji Pokok Penanti (Stock Plant) Pokok penanti ialah pokok yang ditanam dari biji benih untuk tujuan mendapatkan sistem akar yang baik. Cantuman boleh dilakukan apabila pokok penanti mencapai saiz batang yang sesuai (berukuran lebih kurang 1 cm garis pusat) untuk menerima mata tunas. Mata tunas Terdapat dua jenis mata tunas iaitu mata tunas rehat dan mata tunas ketiak. Pokok-pokok yang mempunyai mata tunas rehat ialah seperti rambutan, bunga kertas, ciku, cempedak dan lain-lain. Pokok-pokok yang mempunyai mata tunas ketiak ialah seperti durian dan ros. Cara mencantum mata tunas

Contoh: Cantuman tampal a) Sediakan pokok penanti b) Potong dua garisan daripada atas ke bawah, panjang kira-kira 4cm pada batang pokok penanti, dengan menggunakan pisau cantuman yang tajam dan bersih. c) Potongan dibuat kira-kira 15cm daripada tanah. Jarak antara garisan kira-kira 1cm. d) Buat satu garisan melintang di sebelah bawah dan kopek sedikit kulit bagi menentukan sama ada kulit itu boleh dikopek. e) Pilih satu mata tunas yang baik, potong dua garisan sebesar dengan yang dibuat pada pokok penanti tadi. Kemudian potong kepingan tunas daripada kayu mata tunas dan tanggalkan kulitnya beserta mata tunas. f) Kopekkan kulit daripada pokok penanti tadi dan tampalkan mata tunas. Buangkan kulit pokok penanti dan tinggalkan lebih kurang 1cm. g) Antara 20 - 30 hari mengikut jenis-jenis pokok, buka balutan pita plastik itu. h) 1 minggu selepas pita plastik dipotong, bahagian atas pokok penanti dipotong kira-kira 5cm - 8cm daripada bahagian yang dicantum. Dalam masa 2 - 3 minggu selepas pokok penanti dipotong, mata tunas akan mulai membesar. Tunas-tunas yang tumbuh daripada bahagian-bahagian lain sepanjang pokok penanti hendaklah dibuang. Untuk memastikan kejayaan cantuman perkaraperkara berikut perlu diberi perhatian: a) Pisau cantuman mestilah tajam dan bersih b) Pokok penanti dan mata tunas yang hendak dicantum mestilah dari keluarga yang sama. c) Saiz mata tunas dan saiz kelaran di pokok penanti mestilah sama. d) Proses mencantum mesti dibuat dengan cepat untuk mengelakkan kambium atau mata tunas menjadi kering e) Pokok penanti dan mata tunas mestilah sihat dan subur. f) Tentukan ikatan jangan terlalu kuat atau terlalu longgar g) Kerja mencantum eloklah dibuat di waktu pagi atau petang sebelum siraman dilakukan. LENTURAN (layering) Lenturan adalah satu proses pembiakan tampang menggunakan bahagian pokok yang masih menjadi sebahagian daripada pokok

induk yang masih hidup. Terdapat empat jenis lenturan: a) Lenturan Pucuk (tip layerage) b) Lenturan Busut c) Lenturan Peparitan (berbaringan) d) Lenturan udara (tut) a) Lenturan udara (tut) Lenturan yang biasa di buat. Pembiakan cara ini sesuai digunakan untuk pokok-pokok yang susah dibiak dengan cara tampang yang lain. Biasanya dilakukan pada pokok-pokok jenis kayu keras seperti pokok kenanga, cempaka, limau dan ciku. Cara-cara mengetut Sediakan tanah campuran yang sesuai yang mempunyai sifat-sifat senang dikepal, melekat dan yang boleh menyimpan air dengan secukupnya selama masa dahan dalam proses pengakaran. Tanah campuran biasa digunakan ialah: a) 2 bahagian isipadu tanah peroi 1 bahagian isipadu baja organik b) 4 bahagian isipadu habuk papan 3 bahbahagian isipadu tanah peroi 2 bahagian isipadu baja organik Cara memilih dahan yang sesuai a) Dahan dipilih daripada pokok sihat, segar dan tidak berpenyakit atau diserang serangga. b) Dahan mestilah dari kayu keras atau sederhana keras, sekurang-kurangnya lcm garis pusat. c) Dahan yang dipilih sebaiknya seimbang percabangan, berbentuk lurus dan mendapat cukup cahaya matahari. Cara mengetut a) Sediakan kepalan campuran tanah sebesar telur ayam dan direnjis air sehingga lembab. b) Pilih dahan yang sesuai serta buangkan daundaun dan ranting-ranting di bawah kelaran yang akan dibuat. c) Buatkan kelaran keliling, pertama di bawah mata tunas dan kelaran kedua dibuat sekurangkurangnya 3cm di bawah dari kelaran pertama. d) Kupas kulit di antara dua kelaran dan kikiskan (kambium) hingga ke kayu. e) Sapukan hormon penggalak akar di kelaran atas f) Ikatkan plastik di bahagian kelaran bawah. g) Dekatkan tanah yang telah dikepal di bahagian dahan yang telah dikikis tadi, tentukan tanah itu padat dan melekat dengan baik. h) Bungkuskan kepalan tanah dengan kertas plastik dan diikat pada kedua-dua hujungnya. i) Selepas 2 - 3 bulan, tut ini akan mengeluarkan akar dan boleh dipotong bahagian bawah dan diubah ke dalam beg plastik.

4. TANAMAN HIASAN Pengenalan Semua jenis tumbuhan boleh diguna sebagai tanaman hiasan dalam oleh sebab asalnya tumbuhan dari hutan. Ubahsuaian cuaca yang membuat ia tahan disimpan di dalaman. Tanaman Hiasan Dalam terdiri dari pokokpokok jambangan pasuan yang ditanam untuk tujuan menghias kawasan-kawasan di dalam rumah, pejabat dan bangunan-bangunan. Tumbuhan ini meliputi tumbuhan dedaun dan sejumlah kecil tumbuhan separuh berbunga yang boleh ditanam di dalam rumah. Kebanyakan tumbuhan untuk hiasan dalaman adalah dari jenis dedaun kerana jenis ini memerlukan hanya sedikit sinaran matahari untuk tumbuh sempurna. Oleh itu jenis dedaun adalah lebih sesuai untuk keadaan di dalam bangunan berbanding dengan tumbuhan yang mengeluarkan bunga berwarna-warni. Antara jenis tumbuhan yang sesuai ditanam sebagai Tumbuhan Hiasan Dalaman termasuklah jenisjenis Aglaonema, Dracaena, Maranta, Peperomia, Chlorophytum, Sanseviera, Scindapsus, Philodendron, Ficus, Schefflera dan lain-lain. Keperluan 1. Suhu Kebanyakan tanaman hiasan dalam boleh tumbuh dengan baik dalam keadaan suhu antara 13.5 - 23.5C. Ada jenis yang tidak tahan hidup di bilik yang berhawa dingin terutama di dalam keadaan suhu yang sering turun naik. Pokokpokok dapat bertahan jika suhu bertukar antara 1.5 - 3C sahaja. Pertukaran suhu yang terlampau tinggi (6.5C) akan menyebabkan pokok mati. Tanda-tanda Bahaya : a) Daun bergulung menukar ke warna coklat dan kemudian gugur (suhu rendah) b) Daun bawah layu, tepi daun menjadi kering kemudian gugur (suhu tinggi) c) Bunga tidak tahan lama (suhu terlampau tinggi) d) Daun gugur setelah kekuningan (pertukaran suhu yang tiba-tiba) Panduan keperluan suhu untuk pokok-pokok 4-7C SUHU MINIMUM hiasan dalam 27C SUHU MAKSIMUM 23.5C SUHU MAKSIMUM Untuk kebanyakan pokok dalaman di dalam bilik biasa jika diberi lebih lembapan. Contoh: Polyscias Untuk kebanyakan pokok dalaman di dalam bilik biasa jika tidak diberi lebih lembapan. Contoh: Aucuba japonica, Begonia rex,. Schefflera actinophylla, Monstera delicosa, Dracaena godseffiana, Dracaena surculosa Untuk pokok manja. Contoh: Aglaonema, Anthurium, Caladium, Calathea, Dieffenbachia, Saintpaulia, Syngonium. Untuk pokok tidak tahan lasak. Contoh: Aphelandra, Asparagus, Begonia, Beloperone, Bromelia, Citrus, Coleus, Dracaena, Paku-pakis, Ficus, Gynura, Kalanchoe, Monstera, Pandanus, Peperomia, Philodendron, Pilea, Rhoeo, Sansevieria, Schefflera, Scindapsus, Spathiphyllum. Untuk pokok tahan lasak. Contoh: Aspidistra, Chlorophytum, Cuphea, Fatshedera, Fatsia, Hedera, Maranta, Pelargonium, Saxifraga, Tradescantia.

16C SUHU MINIMUM

10-13C SUHU MINIMUM

2. Cahaya Keperluan cahaya berbeza mengikut jenis tumbuhan. Sebagai contoh, tanaman yang mempunyai daun berwarna- warni perlu lebih banyak cahaya dari yang mempunyai daun hijau sahaja. Tanaman yang mengeluarkan bunga perlu mendapat cahaya yang cukup untuk pengeluaran bunga yang sempurna. Tumbuhan jenis daun memerlukan cahaya terang tetapi bukan pancaran cahaya matahari secara terus. Kebanyakannya dapat hidup dalam keadaan teduh. Kaktus dan pokok lendair (succulent) berkehendakkan cahaya yang paling

banyak. Tumbuhan hiasan boleh mendapat cahaya dari 2 sumber, iaitu dari cahaya matahari atau cahaya dari lampu jenis floresen. Kebiasaannya bagi cahaya lampu digunakan 2 lampu 40 watt dengan jaraknya daripada tumbuhan bergantung kepada keperluan cahaya oleh tumbuhan tersebut. Kebanyakan tanaman hiasan memerlukan tempoh penerimaan cahaya (dari matahari ataupun sumber tiruan) antara 12 - 16 jam. Kekurangan cahaya akan mengurangkan kadar fotosintesis. Pokok-pokok memerlukan keamatan cahaya yang berbeza mengikut spesies. Setengahsetengah pokok akan hidup subur di tepi tingkap dan akan cepat layu jika ditempatkan di kawasan yang teduh (tidak ada cahaya). Ada pokok yang akan hidup dalam teduh dan tidak tahan keamatan cahaya yang tinggi. Tanaman dalaman jenis daun memerlukan cahaya terang tetapi bukan cahaya terus dari matahari. Kebanyakannya tahan kepada keadaan separuh teduh. Tanaman berbunga yang mempunyai daun berbelang perlukan lebih cahaya dari daun kehijauan, dan tanaman berbunga memerlukan cahaya terus. Tanaman kaktus dan tanaman jenis lendair perlukan cahaya yang paling tinggi. Tanaman dari keluarga Araceae tahan pada sinaran cahaya yang paling sedikit. Tanda-tanda kekurangan cahaya - Daun lebih kecil dan pucat - Pembentukan bunga tidak berlaku atau kurang elok - Daun di bahagian bawah kuning dan gugur - Tiada tumbesar atau pokok menjadi kurus dan tinggi - Daun-daun berwarna-warni bertukar menjadi hijau Tanda-tanda berlebihan cahaya - Terdapat tanda-tanda melecur pada daun - Daun layu pada waktu tengah hari - Warna daun menjadi terlalu cerah/pucat - Daun pokok yang gemar teduhan akan mengecil, bergulung dan mati 3. Siraman Cara menentukan bila siraman perlu dilakukan:

Perhatikan permukaan medium; siraman

perlu jika permukaan medium kering dan berdebu. Masukkan jari sehingga 1 cm, ke dalam medium; jika kering siraman perlu dilakukan. Siramlah sehingga air mengalir keluar dari lubang saliran. Ini akan menentukan akar pokok mendapat air secukupnya. Jika 2-5cm bahagian atas sahaja dibasahi, ini menggalakkan akar tumbuh di bahagian permukaan tanah sahaja. Apabila tanah menjadi kering: akar-akar akan mati tenaga yang ada digunakan untuk pertumbuhan akar baru melambatkan pertumbuhan batang dan daun yang sihat serta melambatkan pengeluaran bunga. Pasu tidak boleh di biarkan terendam dalam air lebih dari sepuluh minit. Buangkan air yang bertakung dalam piring pasu. Air paip boleh diguna untuk menyiram. Seeloknya air ini disimpan semalaman untuk menghilangkan kandungan klorin. Waktu menyiram yang sesuai ialah sebelum jam 10.00 pagi dan selepas jam 4.00 petang. Masalah Siraman a. Air mengalir keluar apabila disiram Sebab: Tanah mengecut dari sisi pasu Rawatan: Rendamkan pasu ke dalam air hingga ke paras permukaan pasu. b. Air tidak dapat diresapi Sebab: medium terlalu padat; terdapat lapisan tidak telap air di permukaan medium Rawatan: buat lubang-lubang kecil di permukaan tanah kemudian rendamkan pasu; Lakukan pemasuan semula. Tanda-tanda yang memerlukan perhatian: A. Tanda-tanda kekurangan air 1. Daun layu 2. Tidak ada pertumbuhan 3. Daun bawah kuning, layu dan tepi daun kering 4. Daun tua gugur dahulu 5. Bunga pudar dan gugur

B. Tanda-tanda berlebihan air 1. 2. 3. 4. 4. Daun layu Terdapat bahagian yang lembut/reput Daun kuning dan hujung daun kering Semua daun muda dan tua gugur Campuran tanah lembab dan lumut hijau terdapat pada pasu tanah liat 5. Pangkal pokok berlumut PERINGATAN Akar memerlukan udara dan juga air. Ini bermakna tanah hendaklah lembab tetapi tidak bertakung. Sesetengah tanaman memerlukan keadaan basah-kering-basah, dan ada tanaman yang tidak memerlukan keadaan kering. Semua pokok memerlukan air yang kurang semasa rehat. 4. Pembajaan Semua pokok sama ada ditanam dalam pasu atau di tanah perlu pembajaan yang cukup. Pokok dalam pasu perlu diberi baja dengan lebih rapi kerana kandungan nutrien dalam medium campuran adalah terhad. Baja yang digunakan untuk pokok hiasan dalam pasu selalunya terdiri dari baja sebatian yang mengandungi unsur-unsur Nitrogen (N), Fosforus (P) dan Kalium (K). Antara nisbahnisbah yang boleh digunakan ialah 15:15:15, 8:8:8, 10:10:10. Nisbah- nisbah ini digunakan untuk pokok hiasan jenis daun. Untuk pokokpokok jenis berbunga elok guna baja yang mengandungi P atau K yang lebih tinggi daripada N seperti 7:10:4.8, 15:30:15, 12:12:17:2 dan sebagainya. Selain daripada baja dagangan, baja organik juga boleh digunakan. Baja organik adalah lebih baik kerana ia dapat membaiki tekstur tanah. Baja diberi dalam pusingan sebulan sekali, lebih kurang 30g satu pasu (ukuran 20cm garis pusat). Baja boleh diberi dengan cara tabur (jenis berbutir atau debu) atau siram (bentuk cecair). Pembajaan pertama biasanya dilakukan dua bulan selepas ditanam. Terdapat juga baja dalam bentuk pil atau stick dipasaran. Baja jenis ini mempunyai kelemahan seperti nutrien akan tertumpu di suatu tempat dan ini tidak menggalakkan pertumbuhan akar yang sama. Pada masa-masa tertentu seperti dalam masa pokok berehat, pengambilan

nutrien dari dihentikan.

baja

jenis

ini

tidak

dapat

Nutrien dan funsinya Nutrien NITROGEN (N) FOSFORUS (P2O5) Fungsi Perlu dalam pembentukan daun dan proses pertumbuhan pokok keseluruhnya Penggalak pertumbuhan akar Mempercepatkan kematangan pokok Menguatkan tangkai tanaman Penggalak pengeluaran bunga dan buah Mempercepatkan tumbesaran tisu meristem Menambahkan ketahanan terhadap serangan penyakit Memenuhkan benih/bijiran Menolong mengawal pergerakan stoma Diperlukan dalam prosesproses seperti sintesis protein, sintesis klorofil, fotosintesis, respirasi, pembentukan buah/benih

KALIUM (K2O)

UNSURUNSUR MIKRO (Mn, Mg, Fe, Mo, S, Bo, Zn, Cu)

Tanda Kekurangan Baja a) Pertumbuhan lambat, senang diserang ulat, serangga dan penyakit. b) Daun kuning atau tompok-tompok kuning. c) Bunga kecil atau warna tidak menarik. d) Batang kurus dan daun-daun bawah akan gugur. Tanda Berlebihan Baja a) Daun kering. b) Tompok-tompok putih terdapat pada pasu tanah liat dan tanah. c) Tepi daun kering dan mati 5. Kelembapan Cara-cara untuk meninggikan kelembapan dalam bilik a) Menyembur dengan cara 'Mist' (Misting) Sembur pokok dengan alat penyembur hingga semua bahagian daun diselimuti bintik-bintik air. Semburan elok dilakukan di sebelah pagi.

Selain dari meninggikan kelembapan, misting membolehkan keadaan suasana keliling menjadi sejuk di hari panas. Ianya juga dapat mengurangkan serangan hamama merah dan menghilangkan habuk di permukaan daun. b) Menyusun pokok dalam kumpulan Kelembapan dapat ditinggikan jika pokokpokok disusun dalam kumpulan kerana kurangnya pergerakan udara. Kaedah ini juga dapat menyembunyikan keadaan buruk pokok dan pasu. c) Menanam dua lapis Pokok-pokok pasu boleh dimasukkan ke dalam bekas lain yang mengandungi bahan-bahan seperti tanah gambut, perlit, vermikulit. Medium ini hendaklah dibasahkan selalu. Bahan-bahan ini mempunyai daya serapan air yang tinggi. Kesan Kekurangan Kelembapan a) Bunga dan kudup bunga gugur b) Hujung daun menjadi coklat dan mengecut c) Daun gugur jika terlampau sensitif pada angin kering d) Tepi daun menjadi kuning Kesan Berlebihan Kelembapan a) Tompok-tompok kulat atas daun b) Bunga diselubungi kulat c) Tompok-tompok daun reput dan rapuh bagi pokok jenis lendair PERINGATAN Pokok-pokok hiasan dalaman memerlukan keadaan yang lembab dan keamatan cahaya yang rendah. Pokok yang daun-daunnya nipis berkehendakkan lebih lembapan berbanding daun-daun jenis lendair. 6. Penyakit Tumbuhan Penyakit Resam batu Reput (Begonia) pangkal Bintik daun Keladi Mozek Ros Bintik hitam Ati-ati Bintik daun Penyebab Pythium sp. Cercospora sp. Virus Rigidoporus sp. Cercospora sp.

Kawalan Cara Kimia a) Rawatan tanah - sebagai siraman alur dan fumigasi. Digunakan untuk penyakit bawaan tanah seperti reput akar, reput pangkal dan layu yang disebabkan oleh kulat dan nematoda. Contoh racun: captan, thiram, furadan. b) Rawatan biji benih - untuk penyakit-penyakit di tapak semaian seperti melecuh anak benih. Cara merawat biji benih boleh dijalankan secara rawatan kering atau slurry. Contoh racun: thiram, benlate, maneb. c) Pendebuan dan penyemburan - cara yang biasa digunakan untuk penyakit-penyakit daun, batang, buah seperti bintik daun, cendawan angin, kanker, kuping dan lain-lain. Contoh racun: benlate, captan, campuran bordeaux, bayletan dan ridomil. Kawalan secara kimia adalah terhad kepada penyakit- penyakit yang disebabkan oleh kulat dan nematod sahaja. Kawalan penyakitpenyakit virus dan bakteria secara kimia adalah kurang sesuai dan tidak ekonomik. Perhatian Dalam Hiasan Dalaman. Penjagaan Tanaman

a. Pangkasan dilakukan bila perlu untuk mengawal bentuk dan saiz pokok dan membuang dahan-dahan liar, dan yang tidak berdaun. b. Buang daun dan bunga-bunga yang telah kering atau kuning. c. Pusingkan pasu (tukarkan kedudukan pasu) dari semasa ke semasa supaya pokok tumbuh seimbang dan tumbuhan tidak memberat ke arah sumber cahaya. d. Gunakan kayu pancang bagi jenis-jenis yang memerlukannya. e. Bersihkan permukaan daun dari habuk dan debu dengan cara mencuci dengan kain atau 'sponge' yang telah dibasah. Daun-daun yang berduri atau berbulu tidak sesuai dibasuh, gunakan berus untuk membuang habuk. f. Tukar pasu apabila terdapat tanda-tanda yang jelas g. Tumbuhan jenis herba perlu digetu untuk menggalakkan pertumbuhan baru dan menghasilkan pokok yang rimbun.

Faktor-Faktor Kultura Yang Menyebabkan Pokok Dalam Pasu Tidak Sihat DAUN ATAS KERAS TETAPI KUNING Kegunaan Kalium dalam medium untuk pokok-pokok yang tidak perlu Kalium. Guna air liat untuk menyiram pokok TOMPOK-TOMPOK ATAS DAUN Tompok-tompok berwarna coklat & keras kekurangan air Tompok lembik & coklat kehitaman berlebihan air Tompok-tompok warna putih - air tertinggal atas daun, serangan penyakit atau serangga DAUN BERGULUNG & JATUH Kepanasan kurang Berlebihan air DAUN GUGUR SERENTAK Sistem pokok dalam keadaan terkejut Suhu turun & naik terlampau cepat Kawasan di sekeliling terlampau kering DAUN KUNING & GUGUR Berlebihan air DAUN TIDAK ADA WARNA Cahaya terlampau banyak Serangan hamama merah TEPI DAUN KERING - Angin terlampau kering - Banyak Baja - Kekurangan air - Berlebihan cahaya DAUN LAYU - Tanah terlampau kering sebab tidak siram - Banyak air - Berlebihan cahaya - Pasu terlampau penuh dengan akar DAUN BAWAH KERING DAN GUGUR - Kekurangan cahaya - Berlebihan haba - Kurang air TUMBESARAN POKOK LAMBAT - Kurang baja - Berlebihan air - Kekurangan cahaya - Pasu dipenuhi akar

KUDUP BUNGA GUGUR - Angin terlampau kering - Kekurangan air - Kekurangan cahaya - Mengalih pasu - Serangan serangga DAUN WARNA-WARNI MENJADI HIJAU - Kekurangan cahaya DAUN DAN BATANG REPUT - Serangan penyakit kerana terlampau banyak air atau daun basah di waktu malam LUMUT HIJAU ATAS PASU - Berlebihan air - Air tidak dapat mengalir DAUN KECIL DAN TUMBUH TIDAK SIHAT - Kekurangan baja - Kekurangan cahaya TIDAK BERBUNGA - Kekurangan cahaya - Berlebihan baja - Angin terlampau kering - Berlebihan air BUNGA CEPAT LAYU - Kurang air - Angin kering - Berlebihan haba DAUN-DAUN KOYAK & BERLUBANG - Serangan serangga - Gangguan manusia TOMPOK PUTIH ATAS PASU - Kegunaan terus air paip - Berlebihan baja

5. PENANAMAN KUMPULAN TUMBUHAN DAN PENANAMAN POKOK-POKOK HIASAN Pengenalan: Dalam kerja-kerja pengindahan, tumbuhantumbuhan merupakan elemen utama yang menjadikan taman kelihatan cantik dan menarik. Tumbuhan-tumbuhan yang digunakan sebagai bahan-bahan perhiasan adalah dari jenis berbunga atau yang berdaun sahaja. Tumbuhantumbuhan yang ditanam dapat menghasilkan keadaan yang selesa, nyaman berguna, selamat dan menyeronokkan bagi para pengguna kawasan tersebut. Berbagai kumpulan tumbuhan digunakan dalam sesuatu reka bentuk Landskap, antaranya ialah : 1) Pokok naungan: Lebih 10 meter tinggi, biasanya berbatang tunggal. Ianya dapat memberi naungan. 2) Pokok renek: 3 - 10 meter tinggi, mempunyai banyak cabang pada pangkal pokok atau berdekatan dengan permukaan tanah. 3) Pokok herba: Untuk mendapat unsur warna-warni dan tekstur yang menarik. 4) Pokok tutup bumi: Tumbuhan jenis rendah, kebanyakkan merayap di atas permukaan tanah. Kurang dari 45cm tinggi. 5) Pokok jalar: Boleh memanjat dinding, mempunyai organorgan khas untuk memanjat. 6) Pokok paku pakis: Pokok yang berdaun hijau, menarik, tidak berbunga, membiak dari spora. Pokok asli hutan. 7) Pokok palma: Pokok tropika dan subtropika berdaun hijau, berbatang tunggal atau berumpun. Keterangan Kumpulan Tumbuh-tumbuhan 1) Pokok Naungan Menurut Darwin Chaniago dan Mohd. Saufi Hj.

Abdullah (1981), pokok-pokok naungan dapat dikategorikan kepada pokok besar, sederhana dan kecil.
Kategori Pokok Garis pusat silara Tinggi Contoh Besar 20m 20m Pterocarpus indicus, Swietenia mahogani, Entrolobiu m saman, Hymenaea courbaril Sederhana 15m 15m Lagerstroemi a indica, Adenanthera pavonina, Mimusops elengi, Spathodea campanulata, Delonix regia Kecil 10m 10m Gliricidia sepium, Acacia cincinnata, Salix babylonic a

Kegunaan pokok naungan: i) Melindungi kawasan (screening): Contoh: Rhu (Casuarina sumatrana), Penaga laut (Calophyllum inophyllum), Pancut-pancut (Spathodea paniculata), Akasia (Acacia sp) ii) Pelindung angin (windbreakers) Pokok dari jenis yang tegap dan mempunyai akar tunjang. Contoh : Rhu pantai (Casuarina equisetifolia), Jambu laut (Eugenia grandis) iii) Untuk teduhan Dapat memberi teduhan pada kawasan seperti taman bunga dan taman-taman rekreasi. Kebanyakannya rimbun dan besar. Contoh : Sena (Pterocarpus indicus), Pokok hujan-hujan (Enterolobium saman), Ketapang (Terminalia catappa), Pokok Saga (Adenanthera pavonina) iv) Untuk digunakan sebagai pokok pinggiran jalan : Selalunya ditanam di tepi jalanraya bagi tujuan menyejukkan kawasan lalu lintas dan juga untuk mengurangkan kebisingan. Ditanam di sepanjang jalan dengan jarak 3 hingga 5 m antara pokok dan 3 meter dari jalan raya. Contoh: Asam Jawa (Tamarindus indicus), Buta-buta (Cerberra odollam), Mempari (Pongamia pinnata) Tembusu (Fagraea fragrans)

v) Sebagai pokok hiasan berbunga Ditanam untuk menambahkan lagi kecantikan kawasan dengan bunga-bunganya. Contoh: Bungor Kedah (Lagersroemia flosreginae), Dedap (Erythrina indica), Batai laut (Pelthoporum pterocarpum) Jambul merak (Jacaranda filicifolia) vi) Pokok-pokok daun berwarna Pokok ditanam kerana daunnya yang berwarna dan boleh mencantikkan pemandangan satusatu kawasan. Contoh: Penaga lilin (Mesua ferea), Gapis (Saraca thaipingensis), Kayu manis hutan (Cinnamomum iners),Kasai (Pometia pinnata), 2) Pokok Renek Terdapat 4 kumpulan pokok renek: a) Berbunga contoh Ixora sp., Museanda sp., Bougainvillea sp. b) Daun berwarna contoh Acalypha sp., Excoecaria bicolor, Codiaeum sp. c) Jenis luruh atau gugur daun d) Malar hijau contoh Polyscias sp. Tambuh-tumbuhan Renek Sebagai Pagaran Sifat-sifat yang perlu ada a) Senang hidup: Sentiasa subur, tahan serangan serangga dan penyakit. b) Tahan lasak: Boleh dicantas pada bila-bila masa. c) Ciri Pokok: Beranting dan daun yang tumbuh rapat dan lebat. d) Sesuai tumbuh disemua keadaan tanah dan cuaca. e) Tidak beracun dan ianya tidak sedap dimakan. f) Senang didapati dan mudah penyenggaraannya. Kegunaan pokok pagaran a) Untuk menetapkan kawasan persendirian b) Membahagikan kawasan luas kepada beberapa kawasan persendirian c) Mengelakkan daripada manusia dan haiwan masuk ke sesuatu kawasan d) Melindungi kawasan kotor dan tempat yang hodoh pemandangannya e) Mencantikkan dinding atau pagar f) Menghias jalan dan menyejukkan keadaan g) h) i) j)

sekitar Menahan angin dan menapis debu Mengurangkan kebisingan Menambahkan seni Sebagai latar belakang sesuatu kawasan

3) Pokok Penutup Bumi: Kumpulan pokok yang tingginya kurang dari 45cm. Kesesuaian: Boleh menutup bumi dengan cepat Tujuan: - Mengurangkan hakisan - Dapat mengawal rumpai - Mencantikkan kawasan atau sebagai daya tarikan kawasan - Memberi garisan tepi - Menentukan permukaan kawasan yang tidak boleh dipijak Contoh: Wedelia trilobata, Zebrina pendula, Hemigraphis colorata 4) Pokok Jalar Pokok Jalar mempunyai ciri-ciri berikut: a) Tidak cukup kuat untuk berdiri dengan sendirinya b) Mesti ada sokongan. Boleh ditanam supaya menjalar di pagar, dinding bangunan, rangka kayu, tiang dan lain-lain lagi. c) Mempunyai batang panjang dan biasanya membina organ-organ khas untuk memaut benda-benda yang dekat dengannya. Unsur-unsur Tumbuhan Untuk Seni Taman Reka bentuk penanaman atau penyusuan tumbuh-tumbuhan untuk mencapai tujuantujuan kegunaan dan nilai estetika, bermula dengan pemilihan unsur-unsur tumbuhan. Unsur-unsur tersebut ialah: a) Warna: Ianya termasuk warna daun, kulit, bunga dan buah b) Bentuk:
Bentuk Bulat Kolumnar/ tegak Piramid/kon Lampai Payung Contoh Pong Pong (Cerberra odollam) Bunga Tanjung (Mimusops elengi) Tembusu (Fagraea fragrans), Gelam (Melaleuca leucadendrom) Juniper (Juniperus chinensis) Janda Merana (Salix babylonica) Hujan-hujan (Enterolobium saman)

Rampak Bertingkat Agong

Madras Thorn (Pithecellobium dulce) Ketapang (Terminalia catappa) Royal Palm (Roystonea regia)

memastikan ianya hidup subur ditanam. Pokok yang elok adalah seperti berikut : 1. Batang lurus, sudur berbentuk 2. Pokok sihat, tidak diserang perosak atau berpenyakit 3. Akar yang segar dan berserabut 4. Elakkan pokok-pokok yang tercedera dan rosak bentuknya. 3. Penyediaan Kawasan Menanam Penanaman pokok hiasan bergantung kepada jenis tanah di sesuatu kawasan. Sebelum menanam, pastikan yang tanah itu sudah siap digembur kerana kebanyakan kawasan mempunyai tanah yang keras dan berpasir atau kadangkala tidak mempunyai tanah atas ataupun mempunyai lapisan keras (hard pan) di bahagian bawah lubang. Tanah merupakan faktor yang paling penting semasa menanam pokok kerana ia membekalkan sumber makanan, air dan udara yang diperlukan oleh tanaman. Satu lagi aspek penting tanah ialah ia menyokong tanaman. Oleh itu maklumat tentang struktur fizikal tanah perlu diketahui. Sebelum menanam pokok adalah mustahak menyediakan medium campuran yang sempurna. Dalam banyak keadaan, tanah asal ditukar dengan medium campuran baru. Tanah yang paling sesuai untuk tanaman ialah jenis yang mengandungi banyak air, udara dan sumber makanan yang diperlukan .dan selalunya mempunyai butir-butir tanah yang seimbang. Cara-cara untuk mempastikan tanah menjadi lebih subur ialah:

c) Tekstur dan kepadatan daun: halus, besar, kecil dan jejarum d) Saiz pokok Langkah-Langkah Menanam 1) Sebelum menanam perlu perkara-perkara berikut: diperhatikan

a) Sifat tanah: tanah liat - loam pasir, loam, loam berkelodak, pasir; pH tanah, yang sesuai dalam lingkungan 5.5 - 6.5 b) Iklim: angin kencang, matahari, suhu c) Luas kawasan: kawasan lapang - pemilihan jenis pokok dan bilangannya bergantung pada keluasan kawasan d) Ciri pokok: sistem akar, cepat atau lambat pertumbuhan pokok, jenis pokok e) Keselamatan: Alat-alat kemudahan awam, kedudukan wayar/kabel perlu diambilkira. 2. Memilih anak pokok Pemilihan anak pokok yang baik penting untuk

1. Gali dan gemburkan tanah 2. Mencampur bahan-bahan organik pada tanah yang berpasir untuk mengekalkan kandungan air dan sumber makanan. 3. Menambahkan kapur magnesium pada tanah yang didapati mengandungi tanah liat untuk membantu melarutkan butir-butir tanah liat agar tanah itu lebih mudah dikerjakan dan mempastikan pengaliran air yang lebih bebas. Menambahkan bahan-bahan organik dan pasir pada tanah asal akan membaiki struktur tanah asal. Bahan organik dicampur untuk membaiki keupayaan penyerapan air pada tanah yang berpasir. Bagi tanah jenis liat, pasir dicampur

untuk menambahkan lagi pengudaraan dan saliran dalam tanah. Terdapat banyak campuran tanah disyorkan dalam penanaman antaranya: yang

2) 2:1:1 2 bhg. isipadu tanah loam: 1 bhg. isipadu bahan organik: 1 bhg. isipadu pasir. 3) 5:4:1 5 bhg. isipadu tanah loam: 4 bhg. isipadu bahan organik: 1 bahg. pasir atau perlit

1) 3: 1 3 bhg. isipadu tanah loam: 1 bhg. isipadu bahan organik 4. Saiz Lubang Dan Medium campuran

Jenis Pokok Pokok Naungan Renek Pagar Panjat Penutup Bumi

Saiz Lubang 1mX1mX1m (1m3) (60cm3) Parit 15-30cm dalam 30-45cm 45cm garis pusat tanah rata, anggaran 8-15cm tinggi

Kadar Tanah Baja Asas (CIRP) Campuran 3:1 3:1 3:1 3:1 2:1: 1 250g/lubang 100g/lubang 100g/m 80g/lubang 200g/10m

Jarak Tanaman/Barisan Lebar maksimum sudur Ikut keadaan atau reka bentuk 15 - 45cm antara pokok 75cm antara pokok, dekat dengan pagar 15, 30, atau 45cm antara pokok (bergantung kepada jenis pokok)

5. Menanam Adalah mustahak bahawa saiz lubang bagi menanam anak-anak pokok berpadanan dengan saiz beg politena. Kalau lubang itu terlampau kecil, lambatlah anak pokok itu membesar dengan sihat. Saiz lubang berkait rapat kepada ruang yang diberikan untuk akar tumbuh. Ingels (1978) telah mengesyorkan supaya lubang tanaman digali 2 kali lebih besar dari bebola tanah supaya sistem akar dapat tumbuh dengan sempurna. Kawasan ini menjadi kawasan tumbesar bagi pokok untuk tahun pertama. Medium campuran baru diberi di kawasan ini. Waktu yang terbaik sekali untuk menanam tumbuhan ialah setelah keadaan tanah itu menjadi normal semula, biasanya satu hingga dua minggu selepas persediaan tanah. Ini memberi masa kepada tanah itu untuk bertindak balas dengan baja organik dan baja kimia, seterusnya menyediakan keadaan tanah yang baik. (Rajah 1 menunjukkan cara-cara melubang, menanam dan memancang). 6) Memancang dan Tegangikat (Staking and Guying)

Tujuannya ialah : a) Melindung dari angin kencang yang akan melonggar sistem akar (loose anchorage) . b) Menggelakkan daripada dahan patah atau pokok tumbang. c) Melatih anak-anak pokok hidup lurus dan tegak. Cara memancang a) Pancang Tunggal (single staking) - untuk pokok kecil - pokok mempunyai sudur kecil - tidak menghalang angin b) Pancang bergu (double staking) - untuk pokok besar - lebih teguh c) Pancang galang (prop staking) - di guna di lereng bukit d) Tegang ikat (guying) - pokok yang terlalu besar untuk dipancang - diguna untuk pokok tanaman segera (instant planting)

7. Pengudaraan Tanah Setelah pokok ditanam, pastikan pokok itu tumbuh dengan subur dan sihat. Ada beberapa faktor yang mempengaruhi tumbesaran pokokpokok. Salah satu faktor yang penting untuk pertumbuhan yang sempurna ialah kedapatan udara yang cukup iaitu Oksigen (O2) Bekalan udara dalam tanah sangat penting untuk pertumbuhan akar yang sihat. Pokok-pokok dapat meresapi O2 dengan 2 cara: Resapan udara melalui ruang-ruang celah kumin tanah. Ini memerlukan tanah yang gembur dan baik salirannya supaya tanah itu tidak banyak mengandungi air semasa hujan. Oksigen yang larut dalam air yang menyerap ke dalam tanah. Air hujan mengandungi banyak oksigen. Oleh itu eloklah disiram pokok dengan menggunakan air hujan.

campurkan 250 gm. Tanah atas 90cm permukaan asal Tanah atas Tanah bawah 90cm Langkah III Buat lubang sebesar bag politena dalam lubang yang disediakan dan tanam pokok Langkah IV Sungkupan & menyiram padatkan sungkupan permukaan tanah 10-15cm tinggi dari permukaan asal paras tanah sungkupan (5-10cm tebal)

RAJAH 1: Menyediakan lubang untuk menanam pokok Langkah 1 gali lubang satu meter padu sama ada bentuk V atau U Langkah II Isikan lubang dengan campuran tanah sama ada 3 bhg. tanah gembur dan 1 bhg. bahan organik ATAU campuran tanah bawah + bahan organik dalam nisbah yang sama. Kemudian

> Kepalan tanah/akar tidak pecah Langkah V Anak pokok yang baru ditanam hendaklah dipancang selama 3 hingga 6 bulan sehingga akarnya cukup kuat mencengkam tanah. ikat ke pancang (pancang tunggal)

6. RUMPUT TURF Pengenalan Selain daripada pokok-pokok hiasan, rumput turf boleh ditanam sebagai pelengkap untuk mencantikkan lagi sesuatu kawasan. Rumput ialah tumbuhan monokotiledon silinder, dengan ruas dan buku yang jelas. Akar dan daundaunnya keluar daripada bahagian buku. Helaian daunnya panjang serta mempunyai upih daun yang menyaluti batang. Rumput turf ialah tanaman yang dijaga untuk kegunaan khas seperti halaman berumput (lawn) padang permainan, taman awam, padang golf, lorong pejalan kaki dan sebagainya. Kepentingan rumput turf: Mencantikkan kawasan. Memberikan ruang terbuka. Mengawal hakisan. Mengurangkan debu sekitaran. Tanaman rumput juga boleh dianggap sebagai rumpai jika ia tumbuh dan hidup di sesuatu kawasan yang tidak dikehendaki kerana tidak mempunyai kepentingan dan nilai ekonomi. Contoh-contoh rumput ialah rumput padi burung (Echinochloa colonum) rumput kerbau (Paspalum conjugatum) rumput jakumparan (Digitaria marginata) dan rumput karpet tropika (Axonopus compressus) dan sebagainya. Pemilihan Jenis Rumput Turf Pilihan jenis rumput adalah bergantung kepada kegunaan kawasan yang hendak dihias. Adakah kawasan tersebut untuk kecantikan sahaja atau untuk padang permainan. Ada sebilangan jenis rumput hiasan yang boleh tahan dipijak selalu, tetapi ada juga sebilangan jenis rumput yang hanya untuk hiasan. Pemilihan jenis rumput hiasan yang hendak ditanam perlu mengambilkira perkara-perkara berikut: - Apakah kegunaan kawasan tersebut? - Apakah ciri-ciri istimewa yang di kehendaki? - Kadar penerimaan cahaya di lokasi rumput hiasan itu akan ditanam terima cahaya matahari sepenuhnya atau terlindung. - Apakah jenis dan keadaan tanah ? - Berapa banyak modal dan masa anda akan belanjakan untuk menanam dan menjaga kawasan tersebut. Jenis-jenis Rumput Hiasan 1. Rumput karpet tropika Axonopus compressus Rumput jenis ini boleh digunakan di seluruh kawasan landskap seperti halaman rumah, padang permainan atau rekreasi, taman dan lain-lain. Rumput karpet ini tidak memilih jenis tanah untuk tumbuh. Ia menghasilkan sod yang tebal dan padat jika dipotong rapat, tetapi tetalnya kasar. Rumput ini tahan di bawah naungan dan tahan dipijak. Rumput ini juga tidak mudah di jangkiti oleh penyakit ataupun serangga makhluk perosak dan keperluan penjagaannya adalah rendah. Tinggi potongannya ialah 3 hingga 5cm. 2. Rumput Seranggon - Digitaria didactyla Rumput Seranggon mempunyai daun yang tirus dan berwarna hijau kebiru-biruan. Rumput ini selalu digunakan di padang golf (greens). Ia memerlukan tanah yang subur serta saliran air yang baik. Rumput jenis ini tahan dipotong dengan rapat dan juga tahan dipijak, tetapi tidak tahan kepada keadaan naungan dan kemarau. Rumput seranggon memerlukan penjagaan rapi. 3. Zoysia - Zoysia matrella Jenis rumput Zoysia sesuai ditanam di kawasan lingkungan tanah yang luas. Ia tahan pada keadaan kemarau, asid dan naungan. Rumput Zoysia ini agak jarang diserang penyakit atau serangga. Ia lambat tumbuh dan lambat menutup kawasan. Tetapi, jika rumput ini telah tumbuh, ia menghasilkan satu kawasan rumput yang cantik dan padat. Sifat pertumbuhannya adalah menjalar di atas permukaan tanah dan menjadikan satu sod yang padat dan liat. Daun-daunnya lebih keras dan kasar. Oleh kerana itu, rumput ini susah dipotong kecuali dengan mesin yang mempunyai mata pisau yang tajam. Tinggi potongannya ialah 3 hingga 4cm. Jika dipotong dengan ketinggian dan kekerapan yang betul, rumput ini akan menghasilkan sod yang padat dan selesa dipijak atau berjalan di atasnya. 4. Rumput Bermuda - Cynodon dactylon Rumput Bermuda ialah rumput jenis halus dan mempunyai batang yang panjang. Kegunaannya adalah sangat luas, selalu ditanam di halaman kediaman, tepi jalan raya dan sebagainya. Rumput Bermuda sangat suka kepada cahaya matahari dan ia tidak akan tumbuh subur jikalau

ditanam di bawah keadaan naungan. Rumput ini akan menjadi kasar dan berbatang-batang (stemmy) kecuali selalu ditambah tanah. Pertumbuhannya cergas dan perlu dipotong rapat di antara 2 hingga 3cm. 5. Rumput Centipede - Eremochloa ophiuroides Rumput jenis ini boleh ditanam di kawasan tanah yang luas, ia boleh tumbuh di tanah yang kurang subur. Daunnya kasar tetapi lebih tirus daripada rumput karpet. Kurang memerlukan penjagaan dan jarang diserang penyakit atau serangga. Rumput centipede ini tidak tahan dipijak selalu, jadi ia tidak sesuai untuk kegunaan di kawasan permainan. 6. Saint Augustine - Stenotaphrum secundatum Rumput jenis ini mempunyai sod yang cantik berwarna hijau tua kebiruan. Daunnya adalah lebar dan kasar. Ia merebak dengan cergas dengan stolon-stolonnya yang panjang dan tebal. Rumput St. Augustine ini tidak memilih jenis tanah untuk tumbuh tetapi saliran air di kawasan tersebut mestilah baik. St. Augustine adalah jenis rumput yang paling tahan kepada naungan. Penjagaannya adalah sederhana. Tinggi potongannya ialah 3 hingga 5cm. 7. Rumput Improved Bermuda Jenis Rumput Improved Bermuda yang boleh didapati di negara kita adalah seperti berikut : - Tif dwarf - Tif green - Tif fine - Tif way - Tif Uganda Jenis-jenis rumput ini memerlukan tanah yang subur dan pengurusan yang intensif. Secara umumnya, jenis-jenis ini mempunyai daun yang halus dan lembut. Antara jenis-jenis Improved Bermuda, Tif dwarf boleh dikatakan yang paling baik. Daunnya berwarna hijau tua dan kecil, ruasnya pendek. Pertumbuhannya lambat, ia tahan dipijak dan tahan dipotong rapat. Ia memerlukan tanah yang subur dan saliran air yang baik. Rumput ini mudah diserang penyakit dan serangga. Persediaan Tanah Tanah diratakan dan saliran airnya mestilah

baik. Jika saliran tanah tidak baik, permukaan tanah hendaklah dicuramkan sedikit iaitu 2 % (menurun 0.7m bagi setiap 30m) supaya air hujan senang mengalir. Selepas persiapan saliran air, gemburkan tanah supaya kita dapat satu lapisan tanah yang halus (12cm 15cm tebal) untuk akar-akar rumput senang tumbuh. Elakkan pembentukan tempattempat lekuk yang menakung air dan bersihkan kawasan daripada batu-batu besar dan kecil. Selepas itu, tabur baja asas kepada tapak menanam. Nilai pH tanah yang sesuai untuk kebanyakan rumput ialah 6.0 hingga 7.0. Cara ujian tanah adalah cara yang paling tepat untuk menentukan pH tanah dan jumlah kapur yang diperlukan. Jika ujian tanah tidak dijalankan kita boleh gunakan 45kg serbuk kapur untuk tiap-tiap 100 meter persegi. Fosfat adalah salah satu unsur yang paling diperlukan untuk tumbesaran (establishment) rumput, tetapi ia selalu kekurangan dalam kebanyakan tanah. Kekurangan fosfat ini boleh diatasi dengan menggunakan 4.5 hingga 7kg Superphosphate untuk tiap-tiap 100 meter persegi. Gaulkan baja fosfat kira-kira 10-15cm ke dalam tanah. Mengawal Rumpai Rumpai adalah salah satu masalah yang besar di kawasan rumput taman. Untuk mengurangkan masalah ini, pencegahan rumpai sebelum menanam adalah lebih murah dan senang. Cara yang paling baik untuk mencegah rumpai sebelum menanam ialah dengan cara membasmi kuman tanah dengan kaedah fumigasi (fumigation). Racun-racun yang biasa digunakan ada 2 jenis iaitu metil bromida atau Basamid. Pengguna-pengguna haruslah berhatihati semasa menggunakan racun-racun ini kerana ia sangat merbahaya. Racun-racun fumigan ini akan membunuh semua rumpai serta biji benihnya, cendawan, nematoda, serangga-serangga dan hidupan lain yang ada dalam tanah. Selain daripada penggunaan fumigan, satu cara lain yang boleh digunakan untuk mencegah rumpai ialah dengan menyediakan kawasan terlebih dahulu sebelum menanam. Rumpai dibiarkan tumbuh hingga beberapa sentimeter tinggi, lepas itu semburkan dengan racun herba tidak memilih (non-selective weedicide) seperti

paraquat. Seminggu selepas itu, kerja-kerja penanaman boleh dijalankan. Cara-cara Pembiakan 1. Biji benih (Seeding) a. Taburan biji benih

c) Pelakat (capolymer) d) Pengaman tanah (bahan organik terbuang) e) Baja (NPK) f) Air 120 kg/ha 280 kg/ha 600 kg/ha 350 kg/ha 500 kg/ha 2. Sodding

Cara ini jarang digunakan kerana biji-biji benih rumput taman susah diperolehi. Walau bagaimanapun, cara ini adalah cara yang paling senang dan murah sekali. Kebanyakan biji- biji benih rumput ini adalah sangat halus. Jadi, biji ini hendaklah dicampur dengan tanah halus atau pasir supaya senang ditabur. Biji benih rumput taman ditabur rata di atas tapak yang disediakan. Kemudian tutupkan dengan tanah atas (top soil) setinggi lebih kurang 1cm, diikuti dengan memadatkan tanah dengan menggunakan penggelek. Ini adalah untuk mendapatkan percambahan dan pertumbuhan yang baik. Untuk memastikan sebaran yang rata, biji benih itu ditaburkan mengikut dua arah. Bahagikan biji benih itu kepada 2 bahagian. Satu bahagian ditabur pada satu arah dan satu bahagian lagi mengikut arah 90 darjah dari taburan pertama. Kawasan yang telah ditanam dengan cara menabur biji benih itu hendaklah dilindungi dengan sungkupan untuk mengelakkan dari dihanyutkan oleh air hujan, ditiup oleh angin, dimakan oleh burung dan sebagainya. Sungkupan juga meninggikan aktiviti-aktiviti bakteria dalam tanah, menyimpan lembapan dan mengawal suhu. Daun-daun kering, lalang kering, jerami padi boleh digunakan sebagai sungkupan. b. Semburan Biji Benih (Hydro-Seeding) Penanaman biji benih secara semburan adalah satu kaedah yang membolehkan biji-biji benih rumput tumbuh dengan lebih cepat. Peratus percambahannya pun lebih tinggi. Kaedah ini menggunakan campuran air, bahan pelekat, baja dan biji benih, disembur kepada kawasan yang tersedia untuk ditanam rumput. Kaedah ini sangat sesuai untuk menanam rumput di lerenglereng bukit. Bahan-bahan yang digunakan a) Campuran biji benih b) Sungkupan

Sod adalah kepingan rumput sebesar lebih kurang 30-40cm persegi yang mempunyai akar, rizom dan stolon. Selepas menyediakan kawasan, tanamkan kepingan-kepingan sod itu seperti memasangkan kepingan jubin lantai. Isikan tanah di tepi kepingan sod supaya dapat kawasan yang rata. Gelekkan kawasan yang telah ditanam itu. Jikalau menanam di lereng bukit, pakukan di tengah-tengah sod dengan kayu kecil supaya boleh memegang sod tersebut dan tidak dihanyut oleh air hujan. Cara sodding ialah cara yang paling mahal sekali kerana perbelanjaan membeli sod adalah tinggi. Tetapi, dengan cara ini kita boleh dapatkan kawasan berumput yang serta merta. Cara ini juga boleh mengurangkan masalah rumpai. Sodding terutamanya digunakan untuk membaiki tempat-tempat kawasan rumput taman yang telah rosak. Cara ini juga sangat sesuai untuk menutup bumi di teres atau tanah curam di mana penanaman biji benih dan caracara lain sukar dijalankan. Sod boleh diambil dengan mengguna mesin pemotong rumput (sod cutter). Lebar potongan boleh diubahsuai daripada 30, 45 dan 60 cm. Kemudian dipotong 1-2 m panjang. Kepingankepingan sod ini boleh digulung untuk kemudahan menanam. Tebal sod memain peranan penting bagi pertumbuhan rumput. Sod yang nipis akan menghasilkan proses pengakaran yang lebih cepat. Sod yang terlalu nipis akan kurang tahan keadaan kemarau. Kepingan- kepingan sod hendaklah ditanam dalam masa 1-2 hari selepas diambil. 3. Plugging Plug ialah gumpalan rumput sebesar 5 hingga 8cm persegi. Dalam kaedah ini, plug ditanam dengan jarak di antara 15 hingga 30 cm. Jarak tanaman boleh dirapatkan jika hendak mendapatkan padang rumput yang lebih cepat. Selepas menanam, ratakan tanah dengan

penggelek supaya dapatkan kawasan rumput taman yang rata. Berbanding dengan sodding, cara ini lebih menjimatkan bahan tanaman. Semua jenis rumput tropika boleh ditanam dengan cara plugging. Keperluan bahan tanaman (Keluasan 100 meter persegi) Saiz 'Plug' Jarak Tanaman Keperluan Meter Persegi 5cm 10cm 5cm 30cm 30cm 15cm 3 10 5 4. Sprigging Sprig boleh diperolehi dengan mengasingkan rizom dan stolon rumput satu demi satu sepanjang lebih kurang 15 hingga 20cm. Tiada tanah yang lekat bersama sprig. Biasanya sprig mempunyai sedikit daun dan akar. Sprig boleh ditanam dalam barisan yang berjarak di antara 15 hingga 30cm, dan jarak di antara sprig dalam barisan ialah lebih kurang 5 hingga 15cm. Jarak tanaman sprigging adalah bergantung kepada : a. Jenis rumput taman yang ditanam b. Berapa cepat kawasan hendak ditutup dengan rumput c. Jumlah bahan tanaman yang ada Bahan tanaman yang perlu untuk sesuatu kawasan adalah lebih jimat dengan cara sprigging dibanding dengan cara sodding atau plugging. Tetapi, cara sprigging lebih memerlukan tenaga buruh untuk kerja menanam. Rumput yang ditanam secara sprigging memerlukan lebih masa untuk stolon dan rizom berakar berbanding plugging. Pertumbuhan rumput yang ditanam secara plugging lebih terjamin kerana plug mempunyai akar lebih dari sprig.

Keperluan bahan tanaman (untuk keluasan 100 m persegi) Jenis rumput 1. Bermuda 2. Karpet 3. Centipede 4. St. Augustine 5. Zoysia Keperluan 1 meter persegi 1.5 meter persegi 1 meter persegi 15-2 meter persegi 1.5 meter persegi 5. Stolonizing Cara stolonizing jarang digunakan. Cara ini hanya boleh dijalankan jikalau stolon atau bahan tanaman boleh didapati dengan banyak dan senang. Dengan cara ini, stolon-stolon rumput dipotong atau dicincang halus dan ditaburkan ke atas permukaan tapak menanam seperti menabur biji benih. Selepas itu, selapis tanah atas ditaburkan di atasnya dengan tingginya lebih kurang 1.5cm dan diratakan dengan penggelek supaya stolonstolon tersebut boleh berakar dengan cepat. Kawasan yang telah ditanam dengan cara ini mesti sentiasa lembab hingga stolon-stolon tersebut berakar. Penjagaan 1. Memotong rumput (Mowing) Rumput taman mesti dipotong selalu supaya sentiasa kelihatan cantik dan kemas. Memotong rumput akan mempercepatkan pertumbuhan rumput taman untuk menutup bumi dan menggelakkan daripada rumput rumpai tumbuh. Ketinggian pemotongan dan kekerapan memotongnya adalah bergantung kepada jenis rumput dan tabiat pertumbuhannya. Jenis-jenis rumput yang mempunyai tetal daun yang halus seperti Bermuda dan Seranggon boleh dipotong dengan lebih rapat dan rumput jenis kasar seperti karpet dan St. Augustine boleh dipotong dengan potongan yang lebih tinggi. Ketinggian potongan juga dipengaruhi oleh kegunaan kawasan. Misalnya, rumput-rumput untuk keindahan sekeliling rumah tidak dipotong serapat seperti rumput untuk padang golf (green). Jenis rumput

Bermuda Serangon Zoysia Augustine

Karpet

Centipede

St.

Tinggi Potongan 1.3cm - 2.5cm 1.3cm - 2.5cm 1.3cm - 3.5cm 2.5cm - 5.0cm 2.5cm - 5.0cm 3.5cm - 6.5cm Frekuensi Memotong (kali/minggu) 3 kali 2-3 kali 1-2 kali 1 kali 1 kali 1-2 kali Jikalau rumput taman ditinggalkan lama baharu dipotong, akan mendapat rumput taman yang hanya mempunyai batang-batang yang besar dan keras, bukan daun-daun yang cantik. Juga masalah rumpai akan timbul bila rumput taman ditinggalkan lama. 2. Mesin-mesin Pemotong Rumput Jenis mesin-mesin yang sesuai digunakan untuk memotong rumput ialah jenis reel'. Ia digunakan apabila kita berkehendakkan potongan yang kemas dan rata. Mesin-mesin yang digunakan untuk memotong rumput mestilah tajam untuk mendapat potongan yang rata. Walaupun tidak sepenting tinggi dan kadar potongan, corak (pattern) atau cara memotong mesti juga dipertimbangkan. Cuba ubahkan arah (direction) memotong , untuk dapatkan taman yang kemas dan cantik. Arah memotong rumput taman Daun-daun yang telah dipotong itu boleh dibuangkan ataupun ditinggalkan. Jika daun yang dipotong itu adalah panjang dan banyak, buangkannya supaya taman nampak cantik dan kemas. Tetapi, jika daun-daun itu adalah sedikit sahaja, kita boleh tinggalkan supaya ia jadi baja organik apabila reput. 3. Pembajaan Seperti tanaman lain, rumput taman perlukan nutrien untuk hidup subur. Jikalau program pembajaan yang baik diamalkan, ini akan mengurangkan masalah penyakit, rumpai dan lain-lain. Di sesuatu kawasan rumput taman, yang

diperlukan ialah daunnya bukan bunga atau biji benihnya. Baja yang sesuai untuk kawasan rumput taman ialah baja yang mempunyai unsur NPKnya seimbang iaitu 20:10:10, 14:14:14 atau 15:15:15. Pembajaan adalah berasaskan pada kadar nitrogen yang diperlukan oleh rumput. Setelah kadar nitrogen telah ditentukan pengiraan baja bolehlah dibuat. Baja nitrogen boleh ditambah untuk meningkatkan pertumbuhan dan menghijaukan daun. Keperluan baja nitrogen untuk rumputrumput yang berkehendakkan penjagaan lebih tinggi seperti Serangon dan Tif dwarf ialah 23 hingga 45 kg N untuk tiap 100 m persegi setahun. Ini boleh diberikan tiap-tiap bulan dengan 4 pusingan setahun. Apabila menjalankan pembajaan, berhati-hati supaya daun rumput itu tidak terbakar (scorching). Untuk mengelakkan ini, siramkan rumput taman selepas membaja supaya butirbutir baja yang terlekat di celah-celah daun boleh sampai ke tanah. 4. Siraman Pada umumnya, hujan adalah mencukupi di seluruh negara kita untuk rumput hidup sempurna, kecuali dalam musim kemarau. Apabila air berkurangan di kawasan rumput, daun-daun rumput bergulung dan layu. Rumput taman hanya perlu disiram air pada awal penanaman dan pada masa cuaca terlalu panas atau kemarau. 5. Pengawalan rumpai Cara yang paling baik serta murah untuk mengawal rumpai ialah mengikut amalan kultura yang betul sebelum dan semasa menanam dan penjagaan yang baik. Masalah rumpai boleh dikurangkan dengan menggunakan praktik-praktik kultura yang betul seperti : a. Menentukan bahawa tanah tidak mengandungi banyak biji benih semasa menanam. b. Kerja merumpai hams dijalankan awal dan selalu. c. Pembajaan yang sempurna. d. Memotong (mowing) rumput selalu dengan ketinggian yang betul. Jenis-jenis rumpai yang selalu didapati di kawasan rumput taman di UPM ialah :

a. Borreria latifolia b. Cyperus rotundus c. Euphorbia hirta d. Oldenlandia dichotoma e. Phyllanthus niruri f. Cyperus aromaticus g. Cleome rutidosperma Merumpai boleh dijalankan dengan cara fizikal atau cara kimia iaitu menggunakan racun rumpai. Apabila menggunakan racun, kita mesti pilih racun yang sesuai supaya tidak merosakkan rumput taman. Untuk rumpairumpai yang berdaun lebar boleh dikawal dengan racun rumpai pilihan seperti 2, 4-D Amine. Rumput kekacang (Cyperus rotundus) adalah lebih sukar dikawal. Untuk rumpai ini, racun campuran 2, 4-D Amine dan MSMA dengan kadar 0.25kg dan 2kg bahan aktif masing-masing untuk sehekar adalah disyorkan. 6. Penyakit dan serangga perosak Penyakit dan serangga perosak selalu menyerang kawasan rumput taman apabila rumput berada dalam keadaan berikut : - Pengudaraan tanah tidak elok; - Pengaliran air tidak betul; - Terlebih menyiram air; - Pembajaan tidak cukup atau terlebih; - Pemotongan rumput yang tidak betul. Kerosakan oleh kerja-kerja penyenggaraan yang tidak betul selalu disalah anggap sebagai serangan penyakit. Contohnya, daun menjadi kekuningan sebab terkena baja atau racun rumpai. a. penyakit i. Brown Patch (Rhizoctonia solani) Penyakit kulat ini selalu menyerang rumput taman jenis Bermuda dan Zoysia yang dalam keadaan basah atau yang mendapat pembajaan N yang terlalu tinggi. Tanda-tanda penyakit ini ialah terdapat tompok-tompok bulat berwarna coklat sebesar dari 1 cm hingga 10 cm. Penyakit ini boleh dikawal dengan mengurangkan baja N, kurangkan siraman air

dan dengan menggunakan racun kulat seperti Zineb, Thiram, Manzate. Untuk mengelakkan penyakit ini, jangan gunakan baja yang tinggi kandungan N dan elakkan siram air pada lewat petang. ii. Dollar Spot (Sclerotini homeocarpa) Penyakit ini juga adalah penyakit kulat, ia menyerang pada rumput taman yang kekurangan air dan Nitrogen. Tanda-tanda penyakit ini ialah tompok-tompok sebesar 26cm berwarna kekuningan dan cekung ke bawah. Daun-daun di tepi bulatan tumpuk menjadi keputihan. Penyakit ini boleh dikawal dengan meninggikan baja N dan siraman air atau dengan menggunakan racun kulat seperti Zineb, Thiram. b. Serangga i. Army Worms Ulat sepanjang 3cm , warna hijau dengan jalur warna perang di tengah-tehgah dan kiri kanan. Ia makan daun dan batang rumput taman. Kerosakan yang dibuat oleh army worms adalah teruk jika bilangannya tinggi. Cara mengawalnya ialah dengan menggunakan racun serangga seperti Malathion, Dieldrin, Rogor. ii. Cut Worm Ulat yang berwarna coklat gelap sebesar lebih kurang 5cm panjang. Ia selalu memakan daun dan batang rumput. Badannya bergulung apabila ia tidak makan. Cara mengawalnya ialah dengan menggunakan racun f serangga seperti Sevin dan Diazinon. Lain-lain Semut Semut juga salah satu serangga yang akan merosakkan rumput taman. Semut tidak makan daun atau batang rumput, tetapi ia mengorek tanah dan mengumpulkan hasil buangan di permukaan tanah dengan merosakkan akar.

7. PENGENALAN LANDSKAP Landskap Landskap ialah pembangunan sesuatu kawasan bila dilihat dalam bentuk rupabumi dan ciri-ciri kawasan di sekitarnya. Landskap berbeza mengikut ciri-ciri kebudayaan, ugama, iklim dan kesan-kesan sejarah yang ditinggalkan oleh manusia. Ia mencerminkan sistem yang dinamik, semula jadi dan sosial. Merancang dan Merekabentuk Perancangan dan merekabentuk adalah merupakan salah satu aktiviti utama dalam landskap. Ia adalah untuk menentukan supaya pembangunan sesuatu kawasan dapat memenuhi kemahuan pengguna mengikut reka bentuk yang sesuai. Reka bentuk landskap ialah penyusunan elemen-elemen yang perlu ada di sesuatu kawasan menurut prinsip-prinsip reka bentuk. Elemen-elemen landskap adalah seperti berikut: 1) Tambuh-tumbuhan 2) Struktur binaan 3) Air 4) Hidupan - Manusia atau haiwan 5) Topografi 1. Tumbuhan-tumbuhan Tumbuhan-tumbuhan memainkan peranan yang penting dalam landskap kerana tumbuhan adalah satu-satunya elemen yang dinamik, berubah dari satu masa ke semasa. Tambuhan juga memberi suasana yang nyaman, tenteram dan perasaan yang berlainan dari masa ke semasa. Gubahan dan aturan tumbuhan dalam landskap dikenali sebagai reka bentuk taman. 2. Struktur binaan Struktur binaan adalah bahan yang dibina oleh manusia untuk tujuan tertentu. Ia boleh digunakan untuk mengambil tempat tumbuhtumbuhan, bagi memberi keanekaan, tumpuan, warna dan tekstur. Faktor-faktor yang perlu diberi perhatian dalam menggunakan struktur binaan ialah kesesuaian penggunaan, keselamatan pengguna dan kerja-kerja penyelenggaraannya. Dari itu struktur binaan digunakan kerana: a) Ia mempunyai ciri-ciri yang tidak terdapat pada tumbuhan. b) Ianya tahan lasak dan kurang penyenggaraan. c) Ianya mudah dibentuk kepada bentuk-bentuk yang dikehendaki. 3. Air Air merupakan elemen reka bentuk yang boleh memberi perasaan pada satu-satu rekaan atau gubahan dalam landskap. Air boleh direka bentuk sebagai air terjun, air pancutan, kolam dan sebagainya bagi kesesuaian tempat dan juga kehendak pengguna. Disamping itu ia boleh menambahkan aktiviti kepada kawasankawasan rekreasi. 4. Makhluk Alam (Manusia dan Haiwan) Manusia dan haiwan merupakan elemen yang dapat menentukan kejayaan pada sesuatu rekaan dan gubahan landskap dengan menghidupkan suasana kawasan tersebut. 5. Topografi Rupabumi memain peranan penting dalam landskap kerana elemen ini boleh disesuaikan dengan reka bentuk sesuatu jenis landskap. Komponen rupabumi adalah seperti gunungganang, bukit-bukau, lembah lurah dan curam landai. Kategori Landskap Landskap dikategorikan kejadiannya seperti: mengikut asal

a. Semula jadi - hutan rimba, gunung, bukit, danau, air teIjun dan lain-lain. b. Buatan Manusia - Taman-taman rekreasi, plaza, halaman rumah, pejabat dan lain -lain. Jenis-jenis landskap ini dikategorikan mengikut fungsi tiap-tiap landskap, misalnya: a. Taman rekreasi dikenali sebagai landskap penyertaan (participatory landscape) b. Kawasan Perumahan dikenali sebagai landskap kediaman (residential landscape) c. Sekolah, Masjid, hospital dikenali sebagai landskap institusi (institutional landscape) Landskap boleh dikategorikan juga mengikut peranan elemen-elemen dalamnya misalannya taman yang daya tarikannya ialah airnya dikenali sebagai landskap air (water scape). Landskap yang dipenuhi dengan elemen-

elemen struktur binaan landskap ini dikenali landskap kejur (hardscape) dan sebaliknya jika dipenuhi oleh tumbuh-tumbuhan dikenali sebagai landskap lembut (softscape). Prinsip-prinsip reka bentuk landskap Terdapat beberapa prinsip-prinsip yang perlu dipatuhi untuk menghasilkan sesuatu reka bentuk landskap. 1. Keringkasan: menggunakan hanya elemen yang terpenting sahaja di dalam sesuatu gubahan. 2. Keanekaan: menggunakan berbagai elemen untuk elakkan rasa bosan dan menimbulkan

minat dalam satu gubahan. 3. Penumpuan: elemen-elemen yang digunakan dalam sesuatu urusan untuk dijadikan daya tarikan. 4. Turutan: Perubahan dari satu keadaan kepada keadaan yang lain secara berperingkatperingkat. Ini bertujuan bagi menentukan arah pandangan atau pergerakan. 5. Keseimbangan: persamaan elemen-elemen yang digunakan untuk mendapatkan situasi yang seimbang. 6. Skala dan nisbah: elemen yang digunakan berpadanan dengan keadaan sekeliling.

8. TEKNIK REKA BENTUK TAMAN Pendahuluan Pertalian di antara Manusia dengan Tumbuhan merupakan suatu pertalian sejak wujudnya manusia di muka bumi ini lagi. Manusia bergantung kepada tumbuhan di dalam banyak hal seperti makanan, ubat-ubatan, perlindungan, bahan api dan sebagainya. Sejak kebelakangan ini kita mula menyedari yang tumbuhtumbuhan merupakan salah satu komponen yang sangat penting di dalam ekosistem dunia. Dengan lain perkataaan, tumbuhan sangat penting di dalam menentukan penerusan kewujudan manusia di bumi ini. Bagi perekabentuk landskap, tumbuhan merupakan salah satu elemen yang penting di dalam reka bentuk landskap. Selain daripada fungsi-fungsi fizikalnya seperti mengawal hakisan, beri teduhan, mengurangkan pukulan angin dan sebagainya, tumbuhan juga mempunyai fungsi-fungsi estetik. Di antara fungsi-fungsi estetik ini termasuklah melembutkan bentuk struktur, meningkatkan keindahan sesuatu senibina, merangka pemandangan, menjadi tumpuan, memberikan suasana kepada sesuatu ruang dan sebagainya. Fungsi-fungsi estetik tumbuhan boleh wujud melalui ciri-ciri semula jadi tumbuhan ataupun ia boleh diwujudkan melalui susunan-susunan ciri-ciri tumbuhan tersebut untuk mencapai sesuatu kesan yang diingini. Cara-cara menyusun tumbuhan untuk melahirkan kesan yang diingini ini akan dibincangkan sebagai 'teknik menggubah dengan tumbuhan'. Faktor-faktor Yang Penggunaan Tumbuhan Mempengaruhi Tumbuhan merupakan organisma yang hidup. Oleh yang demikian ia mempunyai keperluankeperluan asas untuk hidup. Ini termasuk unsurunsur makanan, air, cahaya dan pengudaraan (pertukaran gas-gas). Keperluan-keperluan asas ini hendaklah diperolehi oleh tumbuhan di dalam bentuk dan kadar yang sesuai untuk ia hidup subur dan sempuma. 2) Agen-agen yang merosakkan tumbuhan Tumbuhan sangat berguna kepada manusia apabila ia berada di dalam keadaan sihat. Sekiranya keadaan ini tidak dapat diwujudkan ia akan merumitkan lagi kerja-kerja merekabentuk taman. Terdapat banyak agen-agen yang boleh merosakkan tumbuhan. Di antaranya termasuklah : i) agen-agen perosak biologikal seperti serangga, kulat, virus, cacing dan nematoda. ii) bahan-bahan kimia seperti racun rumpai, cecair pencuci dan air yang berkimia toksik. iii) bahan pencemar seperti asap kenderaan, asap kilang dan haba dari alat pendingin. 3) Sifat dan ciri-ciri tumbuhan Setiap jenis tumbuhan mempunyai sifat tumbesarannya tersendiri. Sifat tumbesaran ini merupakan sifat yang semula jadi dan sukar untuk diubah oleh manusia kecuali di dalam keadaan-keadaan tertentu seperti teknik penanaman pokok-pokok bonsai. Walau bagaimanapun sifat yang diubahsuai oleh manusia ini cuma tahan untuk beberapa ketika sahaja dan memerlukan usaha yang banyak untuk mengekalkannya. Oleh yang demikian, kita perlu memahami sifat tumbesaran semula jadi tumbuhan supaya boleh disesuaikan dengan gubahan yang akan dibuat tanpa memerlukan penyenggaraan yang tinggi. 4) Masa Masa merupakan dimensi penting dalam reka bentuk yang menggunakan tumbuhan. Tumbuhan yang hidup akan terus berubah dari segi saiz, bentuk, warna, tekstur dan sebagainya mengikut kaedah kematangan. Bahkan ada tumbuhan yang sangat berbeza dari segi bentuk dan rupa di antara peringkat muda dan matang. Bagi seorang perekabentuk tanaman, sifat dan

Walaupun gubahan tumbuhan menggunakan elemen-elemen serta prinsip-prinsip seni yang hampir sama dengan gubahan-gubahan seni lain, terdapat beberapa perbezaan yang nyata dan penting. Menggubah dengan tumbuhan lebih rumit disebabkan tumbuhan adalah dinamik (hidup), mempunyai keperluankeperluan serta perbezaan-perbezaan di antara satu tumbuhan dengan tumbuhan yang lain walaupun dari jenis yang sama. 1) Keperluan asas tumbuhan

ciri serta keperluan tumbuhan yang berubah dengan masa ini dikira penting oleh kerana ia akan merubah sesuatu gubahan tersebut. Biasanya seorang perekabentuk cuma memikirkan sifat dan ciri-ciri tumbuhan ketika ia matang tetapi untuk perekabentuk tanaman yang benar-benar mahir dengan peringkatperingkat tumbesaran sesuatu tumbuhan, setiap peringkat boleh dirancangkan untuk menghasilkan gubahan-gubahan yang menarik. Ciri-ciri semula jadi tumbuhan termasuklah bentuk pokok, warna daun dan buah; tekstur batang serta dahan dan seterusnya. Ciri-ciri ini merupakan unsur-unsur reka bentuk yang digunakan di dalam sesuatu gubahan. Pengetahuan secara terperinci mengenai ciriciri tumbuhan akan meningkatkan keupayaan untuk membuat gubahan yang menarik. 5) Perbezaan keperluan tumbuhan Setiap jenis tumbuhan mempunyai keperluankeperluannya tersendiri untuk hidup dengan baik. Ini ada hubungkaitnya dengan tempat asal tumbuhan tersebut tumbuh. Keperluankeperluan ini penting untuk mengelakkan penggunaan tumbuhan-tumbuhan yang mempunyai keperluan yang amat berbeza di dalam satu gubahan kerana ini akan merumitkan kerja-kerja penyenggaraan nanti. Contohnya penyiraman bagi jenis pokok yang memerlukan air yang banyak jika dicampurkan dengan pokok yang memerlukan keadaan yang kering akan merumitkan keperluan tumbuhan tersebut. Di samping itu, tumbuhan yang digunakan hendaklah sesuai dengan keadaan tempatan. Ini akan menentukan yang tumbuhan berkenaan dapat hidup subur tanpa banyak bantuan dari manusia. Elemen-Elemen Tumbuhan Reka bentuk Dalam

seperti masa, cahaya, kesuburan tanah dan sebagainya. 1) Garisan Garisan merupakan penghubung di antara dua titik. Ia merupakan asas kepada elemen-elemen reka bentuk. Garisan boleh menghasilkan bentuk bulat, empat segi tepat dan sebagainya. Garisan boleh jadi nyata ataupun tidak nyata. Garisan nyata benar-benar wujud seperti garisan kapur di padang bola atau pun garisan pokok pagaran. Garisan boleh jadi tidak nyata apabila ianya wujud di dalam pemikiran kita seperti garisan yang wujud di dalam satu barisan tumbuhan ataupun garisan di antara sebaris tiang-tiang bendera. Garisan boleh menjadi abstrak, simbolik, berbentuk, bertekstur dan sebagainya. Di dalam reka bentuk taman, garisan menjadi asas atau rangka kepada gubahan tersebut. Biasanya kita pemilih reka bentuk yang dipilih berbentuk geometri iaitu garisan yang kita gunakan berkeadaan 'rigid' memilih gubahan yang semula jadi dengan garisan yang digunakan adalah lebih 'fluid'. Garisan juga dapat digunakan untuk menghasilkan banyak kesan-kesan visual seperti mengarahkan pemandangan, mempercepatkan atau melambatkan pergerakan, menyambut atau menolak kedatangan, mewujudkan suasana yang stabil atau tidak stabil, mewujudkan tarikan dan bermacam-macam lagi. Dengan tumbuhan, garisan boleh diwujudkan melalui aturan penanam, tepi-tepian, tebingtebing. Sementara itu garisan semula jadi batang dan dahan juga boleh digunakan. 2) Bentuk Bentuk dilahirkan dari garisan yang melingkunginya. Terdapat bentuk dua dimensi (shape) dan bentuk tiga dimensi (form). Di dalam reka bentuk taman bentuk tiga dimensi (kita akan gunakan istilah 'bentuk' sahaja selepas ini), adalah penting dan selalu digunakan. Setiap jenis tumbuhan mempunyai bentuk semula jadi yang tertentu. Bentuk-bentuk ini termasuklah bulat, bujur telur, lonjong, tiga segi dan segi tiga terbalik, lampai, menjalar dan sebagainya. Selain dari itu bentuk-bentuk yang lebih geometrik boleh diperolehi dengan melakukan pangkasan. Di dalam reka bentuk taman bentuk semula jadi lebih diutamakan

Di dalam gubahan elemen-elemen tertentu digunakan untuk mencapai kesan-kesan yang diingini. Elemen-elemen reka bentuk ini ialah garisan, bentuk, tekstur dan warna. Di dalam tumbuhan elemen-elemen ini boleh dilihat pada bahagian-bahagian tumbuhan seperti warna bunga, tekstur batang, bentuk individu ataupun sekelompok tumbuhan. Sewaktu menggubah dengan tumbuhan perhatian perlu diambil terhadap elemen-elemen yang mungkin akan berubah dengan perubahan faktor-faktor luaran

kerana ia akan mengurangkan kerja-kerja penyenggaraan. Bentuk berbeza dari elemen-elemen lain, kerana memerlukan ruangan yang lebih. Oleh yang demikian akan menentukan kuantiti sesuatu ruangan. Sebagai misalan, bentuk lonjong memerlukan ruang yang lebih kecil dari bentuk bulat ataupun rendang dan lebih sesuai digunakan di ruang yang sempit. Di samping itu bentuk juga boleh memberikan beberapa kesan visual seperti meningkatkan ketinggian (bentuk lonjong dan payung), merendahkan ketinggian (bentuk bulat dan lampai), menarik perhatian (bentuk liar atau unik), memecahkan kelurusan tepian (bentuk menjalar dan lampai) dan seterusnya. 3) Tekstur Terdapat dua jenis tekstur iaitu tekstur visual dan tekstur sentuh. Di dalam reka bentuk taman, tekstur visual memainkan peranan terpenting. Tekstur visual terbentuk dari perbezaan antara bahagian-bahagian gelap dan terang sesuatu tumbuhan. Oleh yang demikian, tekstur sesuatu tumbuhan bukan saja bergantung kepada saiz, bentuk, bilangan dan susunan daun-daun tetapi juga kepada keadaan cahaya, jarak dari pemerhati dan juga musim. Tekstur tumbuhan boleh disebutkan sebagai kasar, sederhana dan halus ataupun boleh juga dikategorikan sebagai berat, sederhana atau ringan. Kesan-kesan visual yang terdapat pada tekstur termasuklah mengecil atau meluaskan suasana sesuatu ruang, menarik pandangan, menggalakkan pergerakan, mengarah pemandangan dan seterusnya. 4) Warna Warna adalah elemen yang paling popular serta amat berkesan di dalam sesuatu reka bentuk. Warna boleh kita bahagikan pada beberapa kumpulan seperti : i) warna primer

Di dalam reka bentuk taman terdapat dua bentuk warna iaitu warna asas (warna latar belakang) dan warna tumpuan. Di samping itu pula penggunaan warna di dalam sesuatu gubahan boleh kita kelaskan sebagai monokromatik (guna satu warna sahaja), komplimentari (satu warna utama dan sedikit warna yang setanding) dan beraneka warna (penggunaan berbagai-bagai jenis warna). Warna juga dipengaruhi oleh cahaya, jarak di antara pemerhati dan objek dan kesuburan tumbuhan berkenaan. Antara kesan visual warna termasuklah tarikan perhatian, menentukan suasana sesuatu tempat, mengarah pandangan, menentukan saiz visual ruangan dan seterusnya. Prinsip-prinsip reka bentuk taman Prinsip-prinsip reka bentuk merupakan garis panduan untuk menggunakan elemen-elemen bagi mewujudkan suatu gubahan yang berjaya. 1. Keringkasan Sesuatu gubahan hendaklah ringkas, teratur dan mudah difahami. Ini sesuai sekali dengan tabiat semula jadi manusia yang inginkan sesuatu yang mudah dikenali dan difahami. Susunan (order) dan kesatuan (unity) perlu diwujudkan untuk memudahkan pengenalan dan pemahaman. Untuk mewujudkan keringkasan, kita hendaklah memilih elemen-elemen atau benda-benda yang difikirkan sangat perlu sahaja di dalam reka bentuk. 2. Keanekaan Keanekaan dapat mewujudkan daya tarikan kepada sesuatu reka bentuk bagi mengelakkan rasa jemu atau bosan. Beberapa elemen yang berbeza boleh digunakan untuk mewujudkan keanekaan dalam reka bentuk. Walau bagaimanapun penggunaan elemen-elemen yang terlampau banyak akan mewujudkan keadaan yang kucar-kacir (chaotic) dan lari dari prinsip pertama iaitu keringkasan. 3. Keseimbangan

- merah, kuning dan biru ii) warna sekunder - terdiri dari campuran warna primer dan warna sekunder seperti biruhijau, merah-oren dan seterusnya. Manusia memang suka kepada keadaan yang stabil. Keseimbangan dapat mewujudkan keadaan ataupun perasaan yang stabil. Terdapat dua jenis keseimbangan yang selalu

kita gunakan di dalam gubahan iaitu keseimbangan formal dan keseimbangan tidak formal. Keseimbangan formal (simetri) lebih sesuai digunakan pada gubahan yang geometrik sedangkan keseimbangan tidak formal (asimetri) lebih menarik dan sangat sesuai untuk gubahan yang berbentuk semula jadi. 4. Penumpuan Penumpuan merupakan titik tumpuan di dalam sesuatu reka bentuk. Biasanya hanya wujud satu penumpuan di dalam sesuatu reka bentuk dan ia merupakan bahagian yang paling menarik di dalam reka bentuk tersebut. Penumpuan boleh kita wujudkan dengan menggunakan warna yang menarik, bentuk yang unik, tekstur yang kasar ataupun garisangarisan yang bertemu disatu tempat. 5. Turutan Untuk mewujudkan suatu gubahan yang menggabungkan (unified) pertalian di antara berbagai elemen adalah penting. Turutan boleh digunakan untuk menentukan pertalian ini ujud. Turutan adalah perubahan yang berperingkat peringkat dari sesuatu elemen seperti untuk tekstur (kasar -- > sederhana -- > halus) ataupun untuk warna (merah -- > ungu -- > biru) dan begitulah seterusnya. 6. Skala

Skala wujud sebagai pertalian di antara saiz tumbuhan dengan tumbuhan yang lain dan juga dengan keseluruhan ruangan. Untuk sesuatu reka bentuk yang dapat menyesuaikan pengguna, pertalian saiz yang sesuai di antara reka bentuk dan pengguna menjadi penting. Di dalam keadaan biasa di mana manusia adalah pengguna, rujukan skala: adalah manusia itu sendiri. Skala juga dapat menentukan sama ada sesuatu gubahan itu akan mencapai kesatuan ataupun tidak. Proses Reka bentuk taman Proses merekabentuk tanaman menentukan reka bentuk yang dibuat tidak akan mengalami kesilapan-kesilapan besar yang akan menggagalkannya. Proses merekabentuk adalah seperti berikut : Penyelidikan kawasan Penetapan tujuan Penyusunan elemen-elemen Pemilihan tumbuhan dan bahan-bahan Penyediaan pelan penanaman Penyediaan penanaman Penilaian semula

8.

PENGURUSAN DAN PENYENGGARAAN LANDSKAP

Pendahuluan Di dalam sesuatu kawasan landskap, pengurusan dan penyenggaraan kawasan adalah merupakan satu aktiviti yang peoting. Mengabaikannya bermakna akan menggagalkan keseluruhan perancangan dan reka bentuk yang telah diilhamkan oleh perekabentuk landskap. Sesuatu tempat kelihatan menarik, cantik dan selamat selepas ianya dibina, tetapi andai kata ianya tidak disenggara dan pengurusannya tidak teratur, matlamat akhir pembinaan kawasan tersebut tidak tercapai. Oleh itu, pengurusan dan penyenggaraan landskap yang cekap, sistematik dan bertanggungjawab, biasanya akan mencapai kejayaan yang diharapkan. Pengurusan Landskap Pengurusan landskap boleh ditakrifkan sebagai menggunakan kaedah atau alat dengan cara yang bijaksana untuk mencapai tujuan akhir. Dalam Pengurusan Landskap, tujuan akhir ialah memastikan bahawa objektif jangkamasa panjang, kedua-dua perekabentuk landskap dan pelanggan dapat dicapai dan landskap yang terlibat dapat matang dalam keadaan memuaskan (Wright dan Parker 1979). Oleh itu pengurusan yang teliti, adalah penting untuk mencapai matlamat pembinaan kawasan landskap. Peranan Pengurusan Landskap Peranan Pengurusan Landskap adalah seperti berikut (Nasser, 1984) : 1) Memastikan perancangan dan pembangunan kawasan Landskap berjalan dengan teliti dan teratur. 2) Memastikan operasi penyenggaraan berjalan dengan sistematik, berkesan dan ekonomik. 3) Memastikan kawasan yang dibangunkan dapat memberi keselesaan, keseronokan dan kepuasan pada pengguna. Dari itu pengurusan landskap mempunyai kaitan yang rapat di antara perekabentuk, kawasan landskap, operasi penyenggaraan dan pengguna. Hubung kait ini dapat dilihat seperti dalam rajah di bawah ini. Penyenggaraan landskap Penyenggaraan landskap ialah menjaga dan menyenggara kawasan landskap selepas ianya dibina (Ingel, 1978). Aspek ini kerap diabaikan di dalam perancangan dan belanjawan pembinaan sesuatu kawasan landskap. Bagi tumbuh-tumbuhan dan apa saja benda yang berada di atas kawasan tersebut, selagi ianya wujud di situ ia perlu dijaga dan disenggara. Untuk menyenggara kawasan landskap memerlukan kemahiran. Penyenggaraan landskap yang baik dapat menaikkan lagi imej kawasan tersebut dan menghasilkan keadaan yang selamat, berguna dan menyeronokkan para pengguna. Kerja-kerja penyenggaraan bagi tumbuhtumbuhan adalah seperti berikut : 1) Penyiraman 2) Sungkupan dan Naungan 3) Merumpai 4) Pembajaan 5) Pangkasan 6) Pengawalan Perosak dan Penyakit 7) Penyulaman 8) Penglandskapan semula 9) Kerja-kerja penyenggaraan lain. 1. Penyiraman Penyiraman adalah perlu dilakukan terutamanya bagi pokok yang baru ditanam. Siraman dijalankan pada tiap-tiap hari bagi pokok baru, tambahan pula jika cuaca terlalu panas dan kering. Ianya boleh dikurangkan atau diberhentikan apabila pokok telah besar. Penyiraman hendaklah dilakukan dengan teliti agar tanah tidak terhakis dan tumbuhan mendapat air yang cukup. Pastikan air yang disiram menyerap sekurang-kurangnya sedalam 13 - 15 cm ke dalam tanah. 2. Sungkupan dan Naungan Sungkupan dilakukan terutamanya bagi pokok yang baru ditanam. Antara tujuannya ialah : a) Menambahkan kelembapan mengurangkan pengewapan. b) Membaiki struktur tanah. c) Mengawal rumpai d) Menstabilkan suhu di zon akar dan

e) Menjadi baja apabila reput Bahan-bahan yang boleh digunakan untuk sungkupan ialah : i) ii) iii) iv) Rumput, daun dan lalang kering Habuk papan yang reput Kompos Hampas kelapa sawit dan sebagainya.

b) Membekal nutrien yang diperlukan oleh tumbuhan. c) Membaiki struktur tanah dengan penggunaan baja organik. Aktiviti pembajaan dilakukan selepas kerjakerja merumpai dijalankan. Jenis-jenis baja i) Baja dagangan ii) Baja organik Baja dagangan ialah baja yang telah diproses dan bukan dalam bentuk asal. Antara bentukbentuk baja dagangan yang terdapat dalam pasaran ialah : a) Butiran - seperti Nitrophoska hijau b) Debu - seperti Malameal, Bonemeal c) Cecair - seperti bayfolan, Nitrophoska foliar d) Pellet - seperti Agriform, Osmocot e) Hablur - seperti Welgro Baja organik ialah baja yang berasal dari tumbuhan atau haiwan. Sebelum membaja haruslah mengetahui akan tujuan-tujuan membaja pokok iaitu sama ada untuk bunga, buah atau daunnya. Jika untuk tujuan supaya pokok itu mempunyai daun cantik dan menghijau, eloklah menggunakan baja yang banyak mengandungi unsur nitrogen. Jika bertujuan untuk menghasilkan bunga dan buah, eloklah gunakan baja yang mempunyai kandungan unsur fosfat dan kalium yang mencukupi. Kaedah pembajaan Terdapat beberapa kaedah pembajaan yang boleh digunakan iaitu : a) Taburan (broadcasting) Baja ditabur di bawah pokok mengikut silara. Selepas itu gemburkan tanah dan pastikan baja ditimbus. b) Bertompok (pocketing) Gali lubang jarak satu meter di keliling pokok mengikut silaranya. Baja dimasukkan ke dalam lubang berukuran lebih kurang 20-30 cm dalam, kemudian ditutup semula. c) Semburan daun (Foliar spray) Gunakan baja cecair. Masukkan ke dalam tong penyembur dan sembur kepada bahagian daun

Bahan-bahan yang tidak digunakan hendaklah tidak membawa mudarat dan perumah kepada serangga atau penyakit tumbuhan. Naungan adalah salah satu cara yang dibuat mengguna bahan-bahan yang sesuai untuk mengelakkan tumbuhan layu dan melecur (scorching). Kejadian layu dan melecuh disebabkan proses pengewapan yang lebih. Nauangan selalu diberi pada pokok-pokok yang baru ditanam. 3. Merumput Merumput perlu dijalankan secara berterusan. Ianya memastikan bahawa kawasan landskap tersebut dalam keadaan terkawal daripada tumbuhan lain yang tidak diingini. Ini bersesuaian dengan erti rumpai itu sendiri iaitu bukan sekadar rumput liar tetapi semua tumbuh-tumbuhan yang tidak diingini disesuatu kawasan. Tujuan merumput ialah : a) Menggelakkan daripada saingan dalam pengambilan bahan makanan. b) Mengurangkan musuh-musuh pokok yang mungkin terdapat pada rumpai. c) Kawasan kelihatan bersih dan cantik. Terdapat berbagai kaedah untuk mengawal rumpai Kaedah-kaedah pengawalan yang biasa dijalankan: i) Penyemburan dengan racun herba. ii) Penggunaan sungkupan di pangkal pokok. iii) Penggunaan alatan atau mesin berjentera tertentu. iv) Pengunaan tangan, cangkul dan tajak. 4. Pembajaan Penggunaan baja adalah satu cara untuk membekal unsur-unsur pemakanan pada tumbuhan. Kerja-kerja pembajaan bertujuan : a) Meninggikan kesuburan tanah

pokok keseluruhannya. Jenis-jenis Pangkasan i) Pangkasan membentuk (formative prunning) Di buat untuk mendapatkan bentuk yang sesuai pada pokok yang tertentu. Tunas-tunas sisi (lateral shoots) dibuang, hanya dibiarkan tunas utama (main shoot) tumbuh ke paras yang sesuai. Kemudian barulah dahan-dahan dibenarkan tumbuh untuk mendapatkan bentuk yang dikehendaki. ii) Pangkasan Biasa (regulative prunning) Dibuat untuk tujuan mengekalkan sesuatu bentuk yang dibuat daripada cantasan membentuk. Pangkasan ini juga untuk membuang dahan berpenyakit yang mati atau dahan yang tidak perlu secara biasa. iii) Pangkasan Merawat atau Memperbaiki (renovative prunning) Pangkasan ini dilakukan dengan tujuan untuk menyuburkan semula pokok-pokok yang sudah tua, rosak atau pokok yang tidak pernah dibuat pangkasan. Masa Pangkasan Pangkasan boleh dilakukan pada bila-bila masa tidak tertakluk pada suatu ketika tertentu. Tetapi seelok-eloknya dilakukan pada musim pertumbuhan aktif selepas berbunga atau selepas gugur daun. Cara-cara memangkas Pangkasan bagi dahan besar berbeza dengan pangkasan bagi dahan tua dan kecil. Apabila memangkas dahan yang tua, potongan hendaklah dibuat hampir dengan tunas dan menyerong. Pangkasan di antara tunas akan meninggalkan tunggul yang hodoh dan akan reput. Ia mungkin akan merebak ke bahagian lain. Pangkasan dengan betul juga boleh menyebabkan ranting baru menghala ke luar dan tidak berkumpul di bahagian dalam. Apabila memangkas dahan yang besar, potongan hendaklah dibuat dengan cermat supaya tidak merosakkan dahan-dahan lain terutama di bahagian bawah dahan yang dipotong. Cara pangkasan ini ialah dengan menggunakan kaedah tiga kali keratan. Ianya dilakukan dengan memotong dahan di bahagian

bawah, 25cm dari pangkal batang diikuti dengan potongan kedua di bahagian atas dengan jarak 5 - 8cm dari potongan pertama. Apabila dahan yang besar tadi jatuh, lakukan potongan ketiga di pangkal dahan. Rawatan Luka Setelah melakukan pangkasan, bahagian yang luka perlu dirawat dengan racun kulat. Bagi luka-luka daripada dahan besar, ianya perlu dibersihkan, segala serpihan dibuang, selepas itu baru diberi rawatan. Pokok-pokok yang mempunyai sap, ditinggalkan dahulu sehingga sap kering, baru diberi rawatan. 6. Pengawasan Perosak dan Penyakit Dari lebih 1 juta spesies serangga, sebanyak 2,500 daripadanya adalah perosak kepada tanaman hiasan (Haris, 1983). Ianya terutama dalam kumpulan : a) Menggigit dan menggunyah b) Menyucuk dan menghisap Belum lagi berlaku serangan penyakit yang serius pada pokok-pokok hiasan. Namun begitu, penjagaan perlulah diberi seperti penyemburan racun serangga dan kulat. Pencegahan adalah lebih baik daripada mengawal. Apabila melakukan kerja-kerja penyemburan bahan kimia, perlu dibaca penerangan dilabel bekas racun terlebih dahulu. Ini untuk menentukan kadar, kekerapan semburan dan keselamatan pengguna. Semburan elok dilakukan pada waktu pagi atau lewat petang dan dalam keadaan cuaca yang sesuai. 7. Penyulaman Penyulaman dibuat untuk menggantikan pokokpokok yang mati selepas sesuatu program pembinaan kawasan landskap dijalankan. Cara penanamannya adalah sama seperti cara penanaman pokok hiasan. 8. Penglandskapan Semula Perlandskap semula perlu dijalankan bagi kawasan landskap yang telah matang atau terbiar. Proses pelandskapan semula adalah sama seperti proses merekabentuk sesuatu kawasan landskap baru. Ia memerlukan perancangan dan reka bentuk semula bagi kawasan itu. Kerja-kerja ini ialah untuk

mengembalikan semula fungsi dan imej kawasan tersebut dengan memberi pengubahsuaian, pembaharnan dan reka bentuk baru. 9. Kerja-kerja Penyenggaraan lain Selain daripada kerja-kerja yang telah dinyatakan di atas tadi, terdapat banyak lagi kerja- kerja penyenggaraan lain yang dijalankan tiap-tiap hari terutama kerja-kerja pembersihan. Ini termasuklah menyapu daun-daun kering yang berguguran, memungut sampah, membersihkan parit dan longkang dan sebagainya. Kerja-kerja ini adalah merupakan

kerja harian yang dengannya akan menjadikan kawasan landskap kemas dan bersih. Pengurusan dan penyenggaraan landskap memerlukan banyak pengalaman dan kemahiran. Ia bukan saja perlu memahami akan kehendak perekabentuk, pengguna dan kawasan landskap tetapi juga memahami kehendak tumbuh-tumbuhan itu sendiri. Dengan pemahaman ini kawasan landskap akan dapat mencapai matlamatnya supaya ianya berguna, selamat dan memberi kepuasan kepada pengguna mengikut reka bentuk landskap yang telah dirancangkan.

10. PENGURUSAN PEROSAK TANAMAN HIASAN: TEORI DAN AMALAN Pengenalan : Salah satu daripada aspek asas hortikultur landskap ialah pengurusan perosak. Masalah serangan perosak kepada tanaman hiasan adalah sama beratnya jika dibandingkan dengan masalah lain seperti tanah, pembajaan, pangkasan dan lain- lain. Oleh itu, janganlah dianggap masalah perosak boleh diatasi secara ad hoc dan tidak memerlukan persediaan awal. Pengurusan masalah perosak masa kini memerlukan pengetahuan teori dan amali yang cukup; merangkumi pengenalan jenis makhluk perosak yang menyerang hinggalah bahaya racun perosak kepada pengguna. Dalam hal ini, memahami sedikit sebanyak tentang asas biologi dan kimia adalah perlu. Bahagian ini akan menumpukan kepada diagnosis, biologi perosak, pemilihan strategi pengawalan dan keselamatan alam sekitar. Apakah Perosak Secara ringkas perosak boleh ditakrifkan sebagai sejenis organisma yang hidup berasingan dengan manusia untuk menikmati keindahan tanaman justeru memakan atau membuat sarang serta akhirnya mencedera atau merosakkan tanaman itu. Hanya apabila kerosakan yang dilakukan oleh organisma itu memerlukan manusia mengambil tindakan kawalan untuk menghapuskannya, barulah organisma itu dinamakan perosak. Perosak merangkumi haiwan dan tumbuhan. Haiwan perosak termasuklah siput, hamama, serangga, burung dan lain-lain manakala tumbuhan perosak diberi nama "rumpai" dan "kulat". Jenis-jenis organisama perosak yang jarang didengar ialah virus, cacing nematod, bakteria dan lain-lain. Secara kasar berbagai jenis perosak yang menyerang tanaman boleh mendatangkan kerugian hasil sehingga 30%. Tanaman Hiasan Vs Tanaman Makanan Kefahaman tentang perbezaan antara tanaman hiasan dan tanaman makanan dalam konteks pengurusan perosak adalah penting. Oleh kerana tanaman hiasan tidak digunakan sebagai makanan segar atau dimasak, penggunaan racun kimia ke atasnya tidak merumitkan sangat. Kecantikan pokok, bunga dan daun adalah menjadi minat penanam sebagai perhiasan rumah, taman, jalanraya dan sebagainya. Penjagaan tanaman hiasan dari serangan perosak biasanya tidak mengalami masalah besar seperti serangan wabak, kesan baki racun dan serangga menjadi kebal terhadap kimia beracun. Walau bagaimanapun penggunaan racun perosak yang berlebihan juga berlaku pada tanaman hiasan terutama sekali tanaman orkid, kekwa, ros dan lain-lain. Menjaga kestabilan ekosistem perosak dan perumahnya bertambah penting apabila berbagai jenis atau spesis tanaman hiasan digunakan. Jenis-Jenis Perosak Serangga adalah sejenis haiwan invertebrata yang berbadan kecil dan dewasanya berkaki 6. Serangga wujud dalam berbagai warna, bentuk dan tabiat. Adalah mustahak dikenali dahulu jenis serangga (semut, rama-rama, lebah, kutu daun dan lain-lain) dengan meneliti spesimen hidup atau menerusi jenis kerosakannya pada pokok sebelum mengawalnya. Kedua penting ialah kulat. Kulat amat sukar dilihat dengan mata kasar dan tidak boleh dikenali seperti serangga. Yang boleh dilihat ialah simptom atau tanda serangan seperti bintik-bintik hitam atau kuning pada daun atau bunga. Rumpai adalah tumbuhan yang tumbuh liar di tempat yang salah. Tidak semua rumput adalah rumpai. Misalnya rumput turf dibela dan bukan perosak. Rumput juga menjadi makanan kepada lembu dan kambing. Rumpai perlu dikawal. Serangan rumpai biasanya akan menjejaskan kecantikan taman, jalanraya dan pokok-pokok hiasan itu sendiri. Pengurusan Perosak Istilah pengurusan perosak sekarang lebih digunakan daripada istilah pengawalan perosak. Ini kerana konsep pengurusan perosak berlainan dari pengawalan perosak. Pengurusan perosak pada dasarnya mengambil kira aspek alam sekitaran dan ekologi perosak serta menggabungkan lebih dari satu cara pengawalan. Cara-cara pengawalan yang terdapat sekarang ini ialah seperti berikut : a) Cara kultura Ini ialah cara yang paling tua pernah diamalkan semenjak manusia mula bertani. Cara ini

memang ditekankan sekarang kerana ianya dilakukan bersama-sama amalan-amalan hortikultur harian. Antara lain ialah mencantas, merumput, membersihkan daun gugur, memilih baka yang baik, menggilir tanaman, memilih reka bentuk pokok dan lain-lain. b) Cara Mekanikal Cara ini berbeza sedikit sahaja dengan cara kultura dan penggunaanya agak terhad. Cara ini menggunakan tenaga manusia, jentera atau alatalat tertentu. Contohnya memotong dahan yang busuk dengan gergaji, menyerkup pokok dengan netting, menyembur air keseluruh pohon, memagar anak pokok, memungut siput dengan tang an dan memijaknya hingga mati dan lain-lain. Ianya tidak perlu dilakukan jika tiada serangan perosak. c) Cara Fizikal Cara ini juga hampir serupa dengan cara mekanikal dan kultura. Cara fizikal meliputi kawalan ke atas perosak menggunakan haba (membakar pokok yang diserang), kelembapan, cahaya (perangkap cahaya), bunyi dan sebagainya. Cara-cara fizikal amat terhad penggunaannya. d) Cara Biologi Antara cara-cara yang telah disebutkan sebelumnya, cara biologi kurang sekali diamalkan. Kawalan biologi yang wujud sekarang adalah berlaku semula jadi dan tidak disengajakan oleh manusia. Satu pengecualian ialah semburan bakteria bercampur air apabila diperlukan. Pada dasarnya cara biologi menggunakan musuhmusuh perosak itu sendiri. Contohnya : burung memakan ulat-ulat bulu yang merosakkan daun pokok. Serangga kumbang ladybird memakan kutu daun yang menyebabkan tanaman layu. e) Cara Kimia Cara kimia adalah yang paling popular sekali sejak racun serangga dan kulat dicipta pada tahun-tahun 30an. Berbagai jenis racun semula jadi dan tiruan telah dicipta dan boleh dibeli di pasaran sekarang. Kesemua racun perosak ini bertindak setelah menyentuhi dan memasuki tumbuhan atau haiwan perosak. Cara racun

kimia bertindak pula berbeza-beza bergantung kepada asal-usul sebatian itu. Dibandingkan dengan cara-cara lain, racun kimia memerlukan alat khas seperti penyembur. Penyembur racun juga dijual dalam berbagai bentuk dan saiz. Cara kimia adalah paling mudah digunakan oleh sesiapa sahaja dan kesan pembunuhan ke atas perosak cepat dilihat dalam masa beberapa minit atau jam sahaja. Namun begitu, cara ini juga rumit kerana racun perlu disukat dengan betul, disembur dengan teknik yang betul dan selamat dan disimpan jauh dari kanak-kanak dan makanan. Pendedahan manusia kepada semua jenis racun secara berpanjangan dan tidak dilindungi boleh mengancam nyawa dan baka keturunan. f) Cara Perundangan Perundangan adalah cara yang berkesan untuk menyekat kemasukan agen perosak yang belum pernah ada daripada memasuki Malaysia. Namun begitu, kaedah ini sukar dipraktikkan kerana pembawa-pembawa perosak sukar dikesan. g) Cara Pengawalan Bersepadu Lazimnya perosak dikawal dengan memilih salah satu cara sahaja tanpa mengambil kira sumbangan cara-cara yang lain. Cara kimia biasanya menjadi pilihan ramai. Keburukan cara kimia telah menonjol dizaman ini setelah digunakan selama 50 tahun. Hanya dengan mengamal semula cara kultura, mekanikal, fizikal dan lain-lain sahaja kejayaan pengawalan perosak yang tinggi boleh dikekalkan. Caranya ialah dengan menyatupadukan 2 atau 3 cara kawalan. Penggunaan racun kimia hanya digunakan apabila cara-cara bukan kimia gagal menghasilkan kejayaan yang diharapkan. Matlamat utama ialah racun kimia akan digugurkan sama sekali. Teori Dan Amalan Pengurusan Perosak Prinsip pengurusan perosak bagi tanaman hiasan adalah serupa dengan pengurusan bagi tanaman lain. lanya berdasarkan kepada konsep "Sudut Tiga Segi Serangan Perosak" seperti yang ditunjukkan dibawah ini: Serangan oleh sesuatu jenis perosak hanya berlaku apabila ketiga-tiga komponen (perosak, tanaman dan alam sekitar) wujud dan bertindak balas sepenuhnya. Usaha kita untuk menyekat atau mengawal serangan perosak sebenarnya

semata-mata menujukan tindakan kita kepada salah satu atau ketiga-tiga komponen tersebut. Misalnya, kepada komponen-komponen perosak-pembunuhan dilakukan, komponen tanaman-alam sekitar boleh diubahsuai. Ini adalah dari segi teorinya sahaja. Dari segi amalannya, apa yang lazim dilakukan ialah sama ada : 1) Jangan buat apa-apa iaitu tiada kawalan, 2) Tindas populasi perosak menggunakan salah satu atau campuran cara pengawalan dan 3) Basmi perosak habis-habisan. Setiap kali, pemutusan dibuat untuk menguruskan apa sahaja jenis perosak tanaman, konsep, prinsip dan amalan-amalan tersebut perlu disedari dan digunakan. Pengurusan perosak yang menyerang tanaman hiasan tidak bebas dari faktor,.faktor yang dialami oleh tanaman makanan. Adalah penting diketahui dalam membuat pemutusan atau membentuk strategi pengurusan perosak, perkara-perkara berikut diambilkira: a) Tanaman dalam pasu atau diluar b) Tanaman di dalam atau di luar rumah/ bangunan c) Daun atau bunga yang dihasilkan d) Serangan kumbang, ulat atau penghisap sap e) Serangga atau bukan serangga yang menyerang f) Cara kimia atau bukan kimia yang dipilih g) Taman di keliling rumah/bangunan atau Taman Rekrasi atau jalan raya. h) Pokok buah-buahan atau hiasan atau "turf". i) Tanaman untuk hobi atau komersial j) Masalah serangga atau kulat atau rumpai k) Haiwan perosak siang atau malam 1) Perosak pendatang atau penghuni m) Serangan kulat atau bakteria atau virus n) Masalah biotik atau bukan biotik Empat amalan utama ialah 1. Kenali jenis bioligi dan ekologi perosak terlebih dahulu. 2. Buat rawatan segera 3. Periksa tanaman selalu. 4. Gabungkan 2 - 3 cara pengawalan Diagnosis Perosak-Perosak Tanaman Hiasan Apalah bendanya yang menjahanamkan pokok aku ini? Inilah pertanyaan yang akan anda tanya berkali-kali kepada diri sendiri atau orang lain. Dengan adanya panduan ini diharap ianya dapat

memberikan jawapannya. Kesuburan tanaman sering diancam o1eh berbagai jenis perosak. Akibatnya hasil tanaman dan mutu merosot dan berkurangan. Sebelum mengambil sebarang langkah untuk pengawalan, adalah penting untuk mengenal pasti apakah hidupan atau ejen yang telah menyerang dan merosakkan tanaman terlebih dahulu. Ejen-Ejen Perosak Yang Biasa Menyerang Tanaman Ada bermacam-macam jenis. Antara yang selalu dijumpai ialah : 1. Virus 2. Bakteria 3. Kulat 4. Nematod 5. Serangga 6. Lain-lain haiwan bukan vertebrata (siput, ketam, hamama dan lain-lain lagi) 7. Haiwan vertebrata (tupai, tikus, burung dan lain-lain lagi). Cara Mengenal Ejen-Ejen Perosak Ada dua cara: Cara A - Dengan melihat dan meneliti tandatanda atau cara kerosakan perosak yang hidup atau mati dan ditunjukkan kepada orang-orang yang mahir dalam perkara ini. Cara B - Dengan melihat sendiri rupa bentuk perosak itu dengan mengutip perosak yang hidup atau mati dan ditunjukkan kepada orangorang yang mahir dalam perkara ini. Sekarang kita kaji serta kenali ejen-ejen yang tersebut itu satu persatu. Kita bermula dari yang teramat halus hinggalah yang terbesar sekali. Virus Virus merupakan ejen atau hidupan yang teramat halus dan sudah tentu ianya tidak dapat dilihat dengan mata kasar atau pun dengan bantuan mikroskop. Virus hanya dapat dilihat menerusi mikroskop elektron. Kehadiran virus dapat dikesan dengan melihat tanda-tanda serangan yang kelihatan pada pokok yang diserang. Apakah tanda-tanda serangan virus? 1. Daun-daun semuanya berkedut dan merekut

2. Pokok-pokok menjadi bantut 3. Tompok-tompok hijau dan kuning di daun (mozek) Bakteria Bakteria adalah kedua halus dan tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Ia hanya boleh dilihat dengan mikroskop. Ada berbagai rupa bentuk bakteria seperti bulat, memanjang dan lain-lain lagi. Bakteria boleh menyerang di beberapa bahagian pokok. Tanda-tanda yang biasa dilihat di pokok termasuklah : 1. Bintik-bintik di daun 2. Busuk dan reput (lembik) 3. Bengkak cerana 4. Layu di seluruh pokok. Kulat Ada beberapa jenis kulat yang boleh dilihat dengan mata kasar. Sebaliknya, ada banyak lagi jenis kulat yang boleh dilihat menerusi mikroskop. Kadangkala anda boleh melihat miselium atau bebenang halus kulat yang menjalar di tempat serangan. Untuk mengenali dengan lebih tepat, peringkat spora biasanya diperlukan. Antara tanda-tanda kerosakan atau serangan kulat adalah: 1. Bermacam jenis dan bentuk bintik daun 2. Layu seluruh pokok 3. Melecuh anak benih 4. Karat di daun 5. Kulapuk di daun, buah dan batang 6. Busuk dan reput (kering di batang, buah atau bunga). Biasanya penyakit busuk kulat tidak menjadikan batang atau buah itu berlendir seperti penyakit busuk bakteria. Tidakkah Tanda-Tanda Serangan Bakteria Dan Kulat Mengelirukan Virus,

Nematod Seperti ejen-ejen yang telah disebut tadi, nematod hanya dapat dilihat menerusi mikroskop, ianya tidak serupa dengan cacingcacing lain umpamanya cacing tanah. Kebanyakan terdapat di dalam tanah atau akar tanaman. Selain dari nematod yang ada di tanah dan akar, ada juga menyerang daun dan bunga. Apakah tanda-tanda kerosakannya ? 1. Akar tanaman bengkak atau berbintil-bintil 2. Akar berbintik dan bercarik 3. Akar reput dan kontot Serangga Serangga merupakan sebahagian besar daripada ejen perosak. Ia dikenali dengan nama-nama seperti kumbang, lalat, ulat, rama-rama, kutu daun dan lain-lain lagi. Sifat-sifat penting untuk mengasingkan dari haiwan lain ialah serangga dewasa mempunyai 3 bahagian badan, 2 pasang kepak dan 3 pasang kaki. Apakah Jenis-jenis Serangga Yang Penting? Sebenarnya, jenis serangga adalah terlalu banyak dan tak terkira (> 800,000 spesis). Tetapi yang penting dari segi pertanian bolehlah dibahagikan kepada 2 kumpulan : Kumpulan 1 - jenis bermulut menggigit/ mengunyah Kumpulan 2 - jenis bermulut menyucuk/ menghisap Serangga-serangga juga menghasilkan bermacam jenis tanda-tanda kerosakan. Tetapi, biasanya tanda-tanda ini mudah dilihat dan dikenali tanpa menggunakan mikrokop. Apakah tanda-tandanya ? Bagi kumpulan 1: 1. Daun-daun berlubang-lubang atau koyakrabak 2. Najis menutupi lubang korekkan di batang, buah, bunga atau bertaburan atas daun. 3. Kelihatan ulat atau perosak dewasa memakan atau merayap dipokok. 4. Pengeluaran getah atau lelehan pelekat 5. Akar terpotong dan kontot 6. Daun, buah atau dahan bengkak dan busuk

Ya. Memang kerapkali tanda-tanda serangan virus, bakteria dan kulat mengelirukan. Ini adalah kerana tanda-tanda kekurangan zat, baja, air, keadaan cuaca dan kecederaan kimia kelihatan serupa dengannya. Ini ialah satu perkara yang patut diingat dan diteliti sebelum membuat keputusan muktamad.

Bagi kumpulan 2: 1. Bintik hitam - kerana bekas cucukan semasa menghisap sap daun, buah atau batang. 2. Daun merekut kekuningan, layu dan mati 3. Terdapat serangga sedang menghisap batang, daun atau buah. 4. Kelihatan bersisik atau berteritib di batang, daun dan buah. Apakah Lain-Lain Perosak Bukan Serangga Antara haiwan-haiwan perosak bukan serangga yang mudah dilihat termasuklah siput, ketam, dan hamama, yang dianggap penting sekali. Tentu sekali anda biasa melihat siput dan lintah bulan. Mungkin anda kurang pasti tentang rupa bentuk hamama (mite). Rupa bentuk hama seakan-akan serangga. Ianya kecil (lebih kurang sekecil kutu kepala) dan boleh dilihat dengan mata kasar. Ia mempunyai 4 pasang kaki, 2 bahagian badan dan tidak berkepak. Apakah Terdapat Perbezaan Tanda Serangannya Dengan Serangga Tidak ada perbezaan yang nyata akan tanda serangan hamama dengan serangga. Apa Jenis Haiwan Vertebrata Yang Turut Menjahanamkan Tanaman Anda semua tentu kenal benar dengan rupa bentuk haiwan-haiwan perosak jenis vertebrata yang juga melakukan kerosakan teruk. Haiwanhaiwan ini termasuklah burung, tikus, musang, landak dan tidak ketinggalan monyet. Tandatanda kerosakan amat nyata kelihatan dan sungguh merugikan. Tikus adalah yang lazim dihadapi dan merungsingkan. Ia merosakkan bukan sahaja bahagian pokok yang di bawah tanah malahan yang di atas pokok juga. Segala maklumat-maklumat ini adalah sebagai pengetahuan asas dan panduan am sahaja. Oleh kerana mendiagnos ejen perosak ialah langkah pertama dalam pengawalan, kepentingannya tidak dapat dinafikan. Kerja mendiagnos boleh menjadi lebih rumit dan mengelirukan apabila terdapat bermacam jenis ejen datang menyerang bersama. Untuk mendapatkan penerangan lebih lanjut dan memuaskan, silalah berhubung dengan orang yang pakar. Diagnosis Penyakit Tanaman Hiasan Diagnosis penyakit tanaman melibatkan pengetahuan tentang kejadian sesuatu jenis

penyakit, ejen penyebab dan kefahaman maklumat-maklumat yang diperolehi bagi membentuk strategi bagi mengurang atau mengawal kejangkitan penyakit. Soalan-soalan yang perlu dicari jawabnya ketika mendiagnosis penyakit tanaman adalah seperti berikut : 1. Apakah erti penyakit tanaman ? 2. Apakah sistem (tanda-tanda) penyakit ? 3. Apakah sebab-sebab dan ejen-ejan penyakit? 4. Bagaimana penyakit terjadi dan merebak ? 5. Bagaimana ejen-ejen penyakit hidup ? 6. Bagaimana ejen-ejen tersebar ? 7. Bagaimana ejen penyakit menyerang tanaman dan apakah perhubungan dengan perumah setelah berjaya masuk ? 8. Bagaimana tanaman menahan serangan dan apakah faktor-faktor kefahaman tanaman terhadap serangan ? 9. Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi wabak ? Simptom Penyakit Tanaman Tanda (simptom) penyakit tanaman yang dapat dilihat adalah disebabkan gangguan yang dilakukan oleh ejen-ejen parasitik atau bukanparasitik. Simptom adalah hasil gangguan fungsi salah satu sistem atau gabungan beberapa sistem di dalam pokok perumah. Simptom penyakit boleh dibahagikan kepada empat kategori : 1. Kematian atau pemusnahan tisu 2. Layu dan mati-rosot 3. Pertumbuhan yang luarbiasa 4. Pertukaran warna tisu. 1. Kematian dan pemusnahan tisu pokok Kebanyakan parasit tanaman boleh mengeluarkan enzim-enzim yang mengganggu dan menyebabkan kematian tisu. Misalnya kebanyakan kulat dan bakteria hanya boleh mendapatkan makanan dari sel-sel perumah yang sudah dibunuhnya dengan mengeluarkan enzim luar sel terlebih dahulu sebelum menyerang. Patogen-patogen kemudian hidup di atas tisu-tisu yang mati. Penyakit busuk, lembek buah, ubi dan lain-lain tisu simpanan makanan adalah dalam kategori ini. Setengah nematod membunuh tisu perumahnya dengan cara yang serupa sebelum menyedut isi kandungan sel-selnya. Beberapa jenis serangga

bermulut menghisap hidup dengan cara begini. Ada pula beberapa parasit membunuh tisu perumah dengan mengeluarkan bahan beracun. Beberapa jenis kulat yang menyerang bijirin gandum diketahui berbuat demikian. Bakteria juga tidak ketinggalan mematikan tisu dengan mengeluarkan sejenis racun. Bintik-bintik pada daun adalah hasil kematian tisu yang menjadi nekrotik (local necrotic lesions). Jika lesion ini merebak keseluruh pokok, kematian pokok akan berlaku. 2. Layu dan Mati rosot Layu biasanya dapat dikesan apabila pokok hilang kesegarannya dan dahan atau daun kelihatan terlentuk. Pokok juga akan menjadi layu jika kekurangan air dalam tisunya. Oleh itu layu boleh disebabkan : i) Gangguan penyerapan air melalui akar. Ini disebabkan kekurangan air dalam tanah di musim kemarau. Akar mungkin dirosaki oleh parasitik, atau akar ditenggelami air. ii) Gangguan laluan air di dalam pokok kerana kerosakan sistem vaskular oleh ejen parasitik. iii) Hilangnya pengawalan transpirasi. Banyak ejen penyakit (patogen) diketahui boleh mengganggu kebolehan pokok mengawal kadar transpirasi. Mati rosot boleh dikesan apabila pucuk, dahan atau akar mati beragan. Simptom mati rosot pada amnya bermula dari hujung (tips) bahagian pokok dan kemudian merebak ke bahagian yang matang. Biasanya mati rosot disebabkan oleh gangguan keseimbangan menghasilkan kemusnahan tisu (biasanya akar atau saluran xilem tersumbat). Kadangkala mati-rosot adalah akibat penyerapan garam beracun termasuk racun rumpai. Anak benih layu dan kelihatan melecuh (damping-off) adalah disebabkan penyakit busuk pada batang anak benih diparas tanah. Ini boleh terjadi sebelum atau selepas percambahan. Anak benih yang sudah membesar segar tidak mudah diserang patogen melecuh anak-benih. Patogen-patogen melecuh anak benih adalah kulat Pythium, Fusarium, Rhizoctonia atau Phytophthora. Simptom penyakit ini menyerupai juga serangan serangga 'cutworm' atau kumbang tanah. 3. Pertumbuhan luar biasa

Pokok yang tumbuh secara normal tanpa apaapa gangguan adalah dalam keadaan yang seimbang dan dinamik. Segala perubahan dari keadaan normal akan menghasilkan pertumbuhan luar biasa (abnormal). Oleh itu tidak hairanlah jika terdapat pertumbuhan pokok berubah disebabkan oleh ejen parasitik atau bukan parasitik (seperti racun kimia). Setengah ejen parasitik boleh mengubah perseimbangan aktiviti hormon untuk menghasilkan pembesaran sel (hypertrophy) atau menambah bilangan sel (hyperplasia). Simptom ini digelar galls, nodules dan callus tissues. Galls adalah keaaaan tisu yang tidak teratur menyebabkan bengkak-bengkak. Kesan buruk galls pada pertumbuhan tanaman bergantung kepada lokasinya. Galls pada akar akan menyekat kecekapan penyerapan air dan makanan akibatnya pokok akan layu dan tidak subur. Galls pada bunga-bunga akan mengganggu kebolehan pokok membiak. Galls pada batang menghalang laluan air dan makanan. Semua bahagian pokok boleh dipaksa menghasilkan galls. Satu contoh yang istimewa ialah penyakit crown gall disebabkan oleh bakteria (Agrobacterium) dimana galls didapati pada batang dan akar. Bakteria ini boleh menghasilkan sel-sel tumor dari sel-sel yang normal. Sebaik sahaja sel-sel tumor telah dihasilkan, sel-sel normal lain yang baru akan terus menjadi sel tumor sekalipun bakterium tersebut tidak ujud lagi. 4. Pertukaran warna tisu Klorosis (chlorosis) dan mozek (mosaic) adalah pertukaran warna pokok yang lazim kita lihat simptomnya. Simptom ini boleh disebabkan oleh beberapa jenis ejen penyakit. Sebarang ejen yang dapat mengganggu pembuatan klorofil atau memusnahkan klorofil akan mengakibatkan tisu berwarna kuning atau klorotik. Klorosis juga boleh disebabkan oleh kekurangan zat atau unsur-unsur nutrien yang diperlukan untuk pembuatan klorofil (seperti nitrogen, magnesium, manganum, ferum dll.), sebab-sebab genetik (albino, chimeras) atau pun serangan ejen parasitik lain. Mozek menjadikan tisu daun berupa berbelangbelang hijau tua dan muda. Simptom serangan virus tumbuhan banyak berupa mozek. Serangan serangga juga boleh mneyebabkan

sistem mozek dan klorosis. Biasanya simptom berjalur halus (streaking) pada daun disebabkan oleh serangga penghisap seperti kepinding dan thrips. Simptom ini digelar silvering. Setengah pokok mengeluarkan antosianin (pigmen merah-ungu) setelah diserang parasit atau kekurangan makanan. Selalu juga dilihat lesions nekrotik dikelilingi oleh gelang merahungu ketika diserang serangga psyllid. Pertukaran warna bunga juga dilihat dalam berbagai corak. Biasanya pertukaran warna bunga dikawal oleh faktor genetik tetapi boleh

juga disebabkan serangan virus. Simptomsimptom serangan parasit adalah hasil interaksi antara perumah, patogen dan alam sekeliling. Simptom yang dihasilkan oleh interaksi genetik dan perumah boleh berubah-ubah mengikut keadaan sekeliling. Mendiagnos kejadian serangan patogen dan lain-lain ejen penyakit adalah lebih susah dari mengdiagnos serangan serangga atau perosakperosak lain. Kerapkali diagnosis serangan penyakit perlu disusuli dengan penelitian dan pengesahan di makmal. Bantuan seorang pakar dan pengalaman dalam bidang ini amat penting dan patut didapatkan.

11. RACUN PEROSAK: PENGGUNAAN DAN PENGENDALIAN YANG SELAMAT 1.0 Pendahuluan Pengawalan perosak tanaman menggunakan bahan kimia merupakan satu daripada asas dalam pengurusan perosak. Ia dapat mengawal kebanyakan perosak tanaman dengan cepat, berkesan, murah dan boleh diharapkan. Walau bagaimana kebanyakan racun makhluk yang adalah diibarat pedang bermata dua, yakni disamping bersifat racun terhadap organisma sasaran yang dimaksudkan, bahan itu juga mengakibatkan keracunan dan bahaya terhadap manusia, haiwan dan alam sekitar. Oleh sebab itu, maklumat-maklumat berhubung dengan racun perosak perlu diketahui demi menjamin penggunaan dan pengendaliannya yang selamat dan berkesan. 2.0 Pengenalan Racun Perosak Racun perosak boleh kategori seperti berikut: 1. Kawalan Perosak 2. Formulasi 3. Bahaya 2.1 Pengelasan Dikawal dikelaskan menurut vi) Racun Hamama/ Racun Akarisida vii) Racun Binatang Lunak viii) Racun Unggas ix) Racun Bakteria x) Racun Pokok xi) Racun Alga xii) Racun Ikan Hama, Kutu dan Labah-labah Siput dan Lintah Bulan (moluska) Burung Bakteria Pokok, semak dan pokok renek Alga Ikan

2.2 Pengelasan Menurut Formulasi i) Semburan ii) Butir, Contoh: Furadan iil) Debu, Contoh: Sogatox iv) Cecair ULV, Contoh : Cymbush (Electrodyn) v) Umpan, Contoh : Matikus vi) Aerosol, Contoh : Sheltox, Mortein, Baygon vii) Formulasi Perlepasan Kawalan, Contoh Release Formulation, Contoh : Suscon vii) Perekat, Contoh : Ganocide 2.3 Pengelasan Menurut Bahaya

Menurut

Perosak

Yang

Racun Perosak i) Racun Herba ii) Racun Serangga iii) Racun Kulat iv) Racun Tikus v) Racun Nematod

Perosak Rumpai Serangga Kulat Rodensia Nematod

Pengelasan Menurut Bahaya di atas ialah pengelasan yang digunakan oleh Kerajaan Malaysia seperti yang diperuntukkan dalam Akta Racun Makhluk Perosak 1974, (yang juga dipetik daripada pengelasan Racun Perosak menurut kumpulan bahaya yang ditetapkan oleh WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia).

Kelas Ia Ib II III IV

Kelas Bahaya

Pita Warna

Simbol

Kenyataan amaran berjaga-jaga yang digunakan

Beracun amat bisa Hitam Beracun bisa Beracun Berbahaya Merah Kuning Biru Tiada

Tengkorak dan Jauhkan dari makanan dan kanak-kanak tulang bersilang Tengkorak dan Jauhkan dari makanan dan kanak-kanak tulang bersilang Tiada Jauhkan dari makanan dan kanak-kanak Tiada Tiada Jauhkan dari makanan dan kanak-kanak Jauhkan dari makanan dan kanak-kanak

Kebanyakan racun perosak boleh juga dikelaskan menurut sifat kimia atau struktur masing-masing atau menurut cara tindakan masingt-masing. Walau bagaimanapun pengelasan tersebut adalah terlalu akademik dan teknikal dan agak rumit serta sukar difahami. 3.0 Cara Racun Bertindak Cara racun bertindak boleh dibahagikan mengikut pengelasan racun terhadap perosak yang dikawal. Jenis-jenis racun perosak yang kerap digunakan adalah terdiri daripada: 3.1 Racun Serangga 3.2 Racun Kulat 3.3 Racun Herba (rumpai) 3.1 Racun Serangga Racun serangga bertindak dengan cara menggunakan fungsi beberapa enzim yang diperlukan atau mengganggu sistem saraf serangga. Racun tersebut boleh masuk ke dalam serangga melalui beberapa cara tindakan seperti berikut: i. Racun Sentuh Racun serangga diserap melalui kutikel samaada semasa serangga tersebut hinggap ke atas daun atau permukaan tumbuhan yang telah disembur atau semasa racun disembur terus kepada serangga. Contoh : Malathion ii. Keracunan Perut Racun dimasukkan ke dalam sistem penghadaman serangga semasa pemakanan dan bertindak di dalam perut. Racun tersebut boleh dari racun sentuh yang terdapat atas permukaan daun atau baki racun sistemik yang terdapat dalam sistem vaskular tumbuhan. Contoh: Phenthoate. iii. Racun Sistemik Racun jenis ini telah disembur kepada tanaman akan menyerap masuk dalam tisu tumbuhan. Racun tersebut bertindak dengan cara mengganggu sistem penghadaman. Jenis serangga yang menghisap seperti kutu daun, hamama, thrips dan serangga Hemiptera biasanya memerlukan racun sistemik untuk mengawal mereka. Contoh : Lebaycid, Pyrethrins.

3.2 Racun Kulat Jenis racun kulat yang digunakan pada tanaman hiasan ialah yang bertindak secara sistematk dan pelindung. Jenis yang perlu dipilih untuk membuat kerja semburan bergantung kepada pantogen atau penyakit yang menyerang tanaman atau ia lebih sesuai digunakan secara semburan bergilir. i. Racun Kulat Sistemik Racun kulat sistemik akan diserap oleh tanaman dan akan disebarkan ke seluruh bahagian pokok. Racun kulat tersebut yang berada di dalam pokok boleh menahan kemasukan kulat patogen di dalam tisu jika jangkitan atau penyakit sudah berlansung. Keburukan yang didapati dari kebanyakan racun kulat sistemik ialah kerana tekanan pilihan yang kuat pada sesuatu kumpulan patogen, maka satu jenis patogen baru akan terbentuk dan ianya adalah lebih resistan kepada bahan kimia tersebut. Contoh racun kulat sistematik: benomyl, metaloxyl, tridemorph, fosetyl aluminium dan thiophonate methyl. ii. Racun Kulat Pelindung Penggunaan racun kulat pelindung adalah satu cara bagi mengurangkan kadar jangkitan penyakit pada tanaman. Racun kulat tersebut akan membinasakan spara dengan sentuhan langsung dengannya. Jelasnya hanyalah sebahagian sahaja dari pokok yang dapat dikawal kerana adalah mustahil untuk meliputi keseluruhan pokok dengan semburan racun kulat. Tambahan pula sebahagian dari racun tersebut akan terhakis akibat angin dan hujan, berbeza dengan racun kulat sistemik, mengenai pembinaan resistant kulat pelindung tidak mendatangkan masalah pula, tetapi pada amnya, tahap pengawalan yang diperolehi dengan racun kulat pelindung adalah kurang berkesan sebagaimana racun kulat sistemik. 3.3 Racun Herba Racun kimia yang digunakan untuk mengawal rumpai dipanggil racun herba. Ia bertindak secara sentuh atau serap dengan membinasa rumpai/tumbuhan atau menahan tumbuhan dari menjalankan proses tumbesaran yang sempurna. Racun herba boleh dibahagikan seperti berikut:

i. Racun Herba Percambah Bagi penggunaan racun jenis ini, semburan dibuat sebelum rumpai/tanaman bercambah. Biasanya racun tersebut disembur ke atas tanah selepas sahaja biji benih ditanam. Contoh: Diuron Alachlor, Atrazine, Nitron. ii. Racun Herba Selepas Cambah

Racun ini digunakan untuk kawalan perosak dan penyakit pada daun, batang dan buah. Racun tersebut digunakan secara semburan cecair atau debu dan ia bertindak secara racun sentuhan, racun perut, racun sistemik, racun pelindung dan facun penghapus. Contoh: Malathion, Rogor, Azodrin, Sevin, Difolotan, Benlate, Ridomil dan lain-lain. 4.4 Sebagai Umpan

Semburan racun jenis ini dibuat ke atas daundaun rumpai yang membesar. Kebanyakan racun tersebut adalah jenis sentuh, sungguhpun terdapat jenis serap. Contoh: 2,4-D Amine, paraquat, MSMA, Glyphosate. iii. Racun Herba Bertindak Pilih Jenis racun ini akan hanya membunuh sesuatu jenis rumpai yang tertentu sahaja. Racun tersebut ada yang berkesan pada rumpai yang berdaun lebar. Contoh: 2,4-D Amine. Ada yang berkesan pada rumpai yang berdaun tirus sahaja. Contoh: Dalapon dan ada yang sesuai untuk digunakan pada sesuatu jenis tanaman. Contoh: Atrazine (Gesaprime) diphenamid, nitrotan. iv. Racun Herba Am Racun jenis ini akan membunuh semua jenis rumpai/tumbuhan dan tidak bertindakpilih. Contoh: paraquat (Gramoxone), glyphosate (Round-up). 4.0 Kaedah Penggunaan Racun Bagi mendapatkan tanaman hiasan sentiasa segar dan cantik, kerja-kerja pencegahan dan kawalan terhadap perosak hendaklah sentiasa dijalankan. Kaedah-kaedah penggunaan racun kimia bagi bertujuan tersebut boleh dijalankan seperti berikut : 4.1 Rawatan Tanah Racun kimia digunakan sebagai siraman, tabur, alur atau fumigasi. Ia digunakan untuk kawalan serangga, penyakit dan benih rumpai yang terdapat di dalam tanah. 4.2 Rawatan Biji Benih Racun kimia digunakan cara merendam atau mencampur biji benih dari diserang perosak atau penyakit. Contoh: Thiram, Captan, Benlate. 4.3 Penyemburan dan Pendebuan

Racun jenis ini digunakan secara ditabur di sekeliling batang pokok atau ke atas batas tanaman hiasan bagi kawalan jenis perosak seperti siput dan lintah bulan. Ia bertindak di dalam sistem penghadaman perosak tersebut. Contoh: Metaldehyde. 5.0 Komposisi Racun Komposisi racun perosak mengandungi unsurunsur berikut: 5.1 Bahan Aktif Bahan aktif dikenali sebagai b.a. dan ia adalah racun sebenar. Bahan ini yang bertindak terhadap perosak dan membunuhnya. Bahan aktif biasanya ditulis dalam peratus iaitu dari 1% sehingga 80% atau 90% dalam bentuk pati pekat. 5.2 Bahan Lengai Bahan lengai atau pembawa ialah bahan yang bertindak sebagai bahan campuran kepada pati pekat racun. Ia diulis sebagai % bahan lengai pada label bungkusan racun. Untuk racun bentuk atau formulasi debu dan butiran, bahan lengai biasanya terdiri daripada tepung yang halus seperti talkum atau kaolinite (tanah liat). Bagi formulasi cecair, bahan lengai ialah pelarut yang boleh larut atau tidak dilarut dalam air. 5.3 Adjuvant Bahan kimia yang tidak beracun yang terdapat dalam racun perosak. Tujuan campuran bahan tersebut adalah untuk menambah keracunan bahan aktif dan menjadikan semburan lebih berkesan. Penggunaan adjuvant dalam campuran racun adalah seperti berikut: i. Surface-active agents atau emulsifier ii. Penstabil iii. Bau

iv. Penyebar v. Pelekat vi. Synergists 6.0 Kadar Penggunaan Racun Kekuatan racun perosak bergantung kepada bahan aktif (b.a.) yang terdapat dalam formulasi dan kadar penggunaan ialah b.a racun perosak dalam sukatan isipadu atau berat yang disembur kepada unit keluasan tertentu. Jadinya pengiraan kadar (dos) penggunaan racun perosak ditunjukkan dalam ukuran * % kepekatan bahan aktif dan semburan * kg atau liter bahan aktif bagi setiap hektar (ha) kawasan Bagi membuat kawalan perosak yang berkesan, perlu menggunakan kadar atau dos yang tepat disyorkan kerana kalau menggunakan kadar yang tinggi, ini akan meningkatkan kos manakala kalau kadar yang rendah ia tidak memberi kesan terhadap perosak. Untuk membuat pengiraan kadar bancuhan beberapa penukaran berikut adalah berguna: Isipadu: 1 liter (1) Berat: 1 kilogram (kg) Kawasan: 1 hektar (ha) = 1,000 ml atau cc = 1,000 g = 10 000 m2 , Perkara-perkara yang perlu diketahui terlebih dahu1u sebelum membuat pengiraan racun. * Kadar yang perlu disyorkan (1%, kg, liter) pada kawasan terlibat * Bancuhlah semburan yang diperlukan bagi setiap hektar * Peratus (%) bahan aktif (b.a.) racun dalam formulasi * Luas kawasan (hektar) yang hendak disembur Formula yang berguna bagi membuat pengiraan kadar racun: i. Liter formulasi sehektar isipadu bancuhan (L air/ha) x % b.a dalam bancuhan = -------------------------------------------------------------------% b.a. dalam formulasi asal

ii. Kilogram atau liter sehektar = 100 = ----------------------------------------------% b.a. dalam formulasi asal syor bancuhan (kg) atau (liter/ha) x

iii. % formulasi dalam bancuhan = % b.a. dalam bancuhan x 100 -------------------------------------% b.a. dalam formulasi asal

iv. Liter atau kilogram formulasi dalam bancuhan % b.a. dalam bancuhan x liter (kg) air = --------------------------------------------% b.a. dalam formulasi awal 7.0 Label Racun Perosak Sumber maklumat yang paling baik tentang cara penggunaan racun perosak secara selamat dan berkesan adalah daripada label keluaran racun perosak itu sendiri. Istilah label merujuk kepada reka bentuk bertulis, bercetak atau grafik pada bekas asal, bekas luar atau pembalut bungkusan atau mana-mana lampiran sura tan yang mengiringi keluaran tersebut. Sebelum menggunakan racun perosak, seelok-eloknya masa diluangkan untuk membaca label racun perosak. Pada label racun perosak, maklumat berikut boleh didapati: i. ii. iii. iv. v. vi. vii. ix. x. xi. xii. Cap perdagangan atau jenama Pernyataan bahan (bahan aktif dan lengai serta kepekatan) Nama biasa atau nama kimia Jenis formulasi dan kegunaan Kandungan bersih bungkusan (menurut isipadu atau berat) Nombor pendaftaran (LRMP No............) Tarikh pengilangan viii. Nama dan alamat pengeluaran Pengelasan menurut bahaya (kod warna) Pernyataan amaran/pengawasan Arahan tentang cara mengguna Pertolongan cemas/ontidot atau penawar/rawatan perubatan xiii. Arahan tentang cara penyimpanan dan

pembuangan xiv. Sistem keracunan 8.0 Pakaian Perlindungan Di kawasan tropika pakaian perlindungan yang berat dan tebal adalah tidak sesuai. Walau bagaimanapun pengguna seharusnya sedar tentang jenis pakaian perlindungan yang didapati dan bila ianya patut digunakan. Pada keadaan tropika pakaian overrall, seluar panjang dan baju tang an panjang boleh digunakan. Ini seharusnya dibasuh serta-merta selepas digunakan dan diasingkan daripada pakaian setiap hari. Kasut getah dan topi seharusnya dipakai untuk melindungi badan daripada terkena racun perosak. Jika sarung tangan getah atau neoprene (tanpa lubang) seharusnya digunakan. Alat penutup hidung dan mata atau sapu tangan seharusnya dipakai semasa menyembur. 9.0 Pemilihan Alat Semburan Kawalan Perosak tanaman hiasan secara kimia perlu menggunakan alat semburan yang sesuai supaya kimia tersebut dapat disampaikan kepada sasaran yang dituju. Buat ketika ini, terdapat berbagai jenis alat semburan dipasaran. Untuk menjalankan kerja awalan yang berkesan, pemilihan alat semburan adalah penting bagi menentukan kesesuaian racun perosak yang dipilih, jenis tanaman yang hendak disembur dan keistimewaan bagi setiap jenis alat penyembur. i. Penyembur Pneumatik atau Mampatan Penyembur pneumatik biasanya diperbuat daripada logam timah atau plastik (polypropyle) untuk 0.5 hingga 5 liter cecair. Tangki alat penyembur ini, selain dari menjadi tempat simpanan racun, juga merupakan satu ruang tekanan. Biasanya racun cecair diisi hingga 70 % daripada isipadu keseluruhan tangki dan pam tangan untuk meninggikan tekanan sehingga maksimum. Semburan kemudian dijalankan tanpa mengepam lagi. Jenis alat penyembur ini adalah kecil, ringan dan mudah dibawa dan sesuai kegunaan dirumah atau kawasan yang kecil sahaja. ii. Penyembur Galas (Knapsack) Penyembur jenis ini menggunakan kuasa biasanya mempunyai tangki yang diperbuat dari logam timah atau plastik untuk muatan 4.5 - 20 liter cecair. Kebaikan tangki yang diperbuat dengan plastik adalah ringan dan tidak berkarat. Tangkinya direkabentuk bagi keselesaan

membawanya di belakang pekerja penyemburan dengan menggunakan tali bimbit. Penyembur ini menggunakan tekanan udara untuk mewujudkan kuasa bagi mengeluarkan titik semburan. Reka bentuk dan operasinya senang dan mudah dijaga dan muncung atau nozelnya boleh ditukar kepada berbagai jenis untuk kesesuaian sa saran semburan. Jenis nozelnya biasa digunakan ialah jenis kon, kipas dan alur (impact). Penyembur galas adalah sesuai untuk banyak kegunaan umum dalam pertanian dan juga bagi pokok tanaman hiasan setinggi 2 meter. Di pasaran sekarang sudah terdapat jenis penyembur galas bermotor yang boleh memberikan tekanan yang lebih tinggi dan boleh digunakan untuk pokok hiasan yang setinggi 5 meter. iii. Penyembur Kabus Jenis penyembur ini mempunyai enjin 2 lejang 35 cc yang disambungkan kepada kipas centrifugal. Tangkinya mempunyai kemuatan 1015 liter cecair dan terletak di atas bahagian enjin. Kipas menghasilkan enjin yang berkelajuan tinggi untuk memecahkan cecair semburansemburan kepada bintik-bintik halus atau kabus. Semburan adalah dipengaruhi oleh kelajuan angin dan kadar aliran semburan. Penyembur kabus adalah sesuai untuk kawalan perosak dan penyakit tanaman. iv. Penyembur Hidrolik Bermotor Penyembur jenis ini mempunyai unit enjin, pam dan tangki yang berasingan. Ianya sesuai digunakan untuk semburan kawasan yang luas serta pokok-pokok hiasan yang tinggi. v. Pengabut Alat jenis ini mengeluarkan asap sebagai semburan. Dalam penggunaan alat ini, racun perosak dilarutkan dalam minyak yang sesuai dan dimasukkan ke dalam gas panas dan menyebabkan ia menjadi asap. Asap tebal terbentuk apabila minyak yang keluar ke ruang udara mengental. Mengasap melalui alat pengabut sangat sesuai untuk mengawal serangga yang terbang, mengawal ruangan tertutup seperti stor, rumah kaca dan lain-lain. 10.0 Panduan Keselamatan Penggunaan Racun Perosak Semua racun perosak berkemungkinan untuk mendatangkan bahaya. Oleh yang demikian, semua racun perosak hendaklah dikendalikan dan digunakan dengan cermat dan berhati-hati untuk mengurangkan bahayanya. Langkah-langkah

keselamatan yang perlu diikuti adalah seperti berikut: 10.1 Sebelum Menggunakan Racun * Kenalpasti jenis perosak/penyakit dan tentukan jumlah keluasannya. * Minta nasihat atas penggunaan yang betul. * Gunakan racun yang disyorkan untuk perosak/penyakit tertentu. Jika banyak racun yang disyorkan, pilihlah yang kurang kesannya ke atas tanaman dan manusia. * Baca label dan ikut peraturan terutama sekali kadar sukatan dan langkah-langkah keselamatan . * Pilih alat semburan yang sesuai. * Tentukan alat semburan tidak bocor. Ganti alatalat yang rosak. * Cuci alat penyembur sebelum digunakan. * Gunakan nosel yang sesuai. * Jangan gunakan alat-alat penyembur yang sama bagi racun rumpai dan racun serangga. * Sediakan air sabun untuk mencuci badan selepas menyembur. * Jangan mengambil racun lebih dari yang dikehendaki ke kawasan semburan. 10.2 Semasa Membancuh Racun * Gunakan sarung tangan semasa mengguna racun. * Jangan menyedut racun-racun pekat. * Jangan buka bekas-bekas racun di dalam bilik/stor yang tertentu. * Apabila membancuh racun jangan menghadap arah tiupan angin * Bancuhan racun jenis cecair hendaklah dituangkan dengan teliti dan elakkan bancuhan jenis debu dari terkena muka. * Pastikan racun dibancuh mengikut kuantiti yang disyorkan. * Bancuhan hendaklah dikacau untuk mengelakkan mendapan berlaku. * Jangan makan, minum dan merokok semasa membancuh. 10.3 Semasa Menyembur * Gunakan pakaian pelindung (baju lengan panjang, seluar panjang, boot) dan alat pernafasan. * Jangan menyembur bertentangan dengan arah tiupan angin - elakkan spray drift. * Jangan makan, minum dan merokok. * Jauhi percikan racun di tang an dan muka. * Jangan benarkan binatang-binatang atau orangorang yang tidak berkenaan berdekatan semasa membuat semburan. * Semburan sesuai dilakukan pada waktu pagi

dan tiupan angin tidak kencang. * Racun-racun yang sedang digunakan, jangan dibiarkan tidak berjaga semasa melakukan semburan. 10.4 Sesudah Menyembur * Bancuhan yang berlebihan hendaklah dicurahkan ke atas jalan-jalan dan bukan dalam parit, tali air, kolam atau kawasan tanaman. * Pakaian dan bahagian badan yang terkena racun hendaklah segera dibasuh dengan air sabun. * Basuh dan bilas beberapa Jalli alat semburan dan keringkan sebelum disimpan. * Jangan sekali-kali menggunakan bekas racun untuk menyimpan barang-barang minuman dan makanan. * Jika terasa pening kepala atau kurang sihat semasa menggunakan racun, harap berjumpa doktor dengan segera dan bawa bersama label racun yang digunakan. 10.5 Menyimpan Racun * Simpan semula semua racun yang tidak digunakan. * Racun janganlah disimpan setempat dengan barang makanan ternakan, biji benih atau baja. * Jangan menyimpan racun herba berdekatan dengan racun perosak yang lain. * Catatkan jumlah penggunaan racun. * Stor simpanan racun hendaklah sentiasa berkunci. Butir-butir di atas tadi adalah perkara-perkara yang patut DIPATUHI untuk menjaga keselamatan pengguna sendiri, orang-orang lain, binatang-binatang ternakan serta kesempumaan alat-alat semburan dan alam sekitar.

Rujukan Appriance, G.N. Brison, P.R. 1979. Propagation of Horticultural Plants. ISBW, 0-88275, pg. 965. Bautista, O.K., val mayor, H.v., Tabora, P.C. for and Espino, R.C., 1983. Introduction to Tropical Horticulture University of The Philippines at Los Banos. Beard, J.B. (Dr.), 1975, How To Have A Beautiful Lawn. Booth Norman K. Basic Elemens of Landscape Science, Publishing Co, Inc., New York, 1985. Chaniago D dan Saufi, M.A., 1981, Pokok-pokok Pinggiran Jalan Di Malaysia, DBP Kuala Lumpur. Coronel, R.E., Propagating Fruit Crops in the Home Garden, 1985, University of Philippines. Ervin L. Denisen, 1966. Principles of Horticulture, SB91 D4-CI. Hammet, K.R.W. 1973, Plant Propogation. Harris, R.W. 1983, Arboriculture - Care Of Trees, Shrubs and Vines in the Landscape, New Jersey Prentice Hall Inc. Hartman, H. T.D.E. Kaste, 1979 Plant Propagation Principles & Practices, 3rd ed. Hessayon, D.G., The House Plant Expert. House Plants - A handbook - Planting Of Plants and Gardens, vol 18, No 8. Ingels, Jack E, The Landscape Book, Van Nastard Reinhold Company, 1978. Ismail Saidin, 1977. Bunga-bungaan Malaysia, Dewan Bahasa Dan Pustaka. Ismail Saidin, 1988. Bunga-bungaan Malaysia, Dewan Bahasa Dan Pustaka. John, L. Stevenson, V. The World & House Plants & Flower Arranging. Keong, W.C. (Dr.) Towards A Better Lawn, Universiti Pertanian Malaysia. Laurie, Michel. An Introduction to Landscape Architecture. Nasser, H. NMA, 1984. Pengurusan Landskap di Unit Landskap UPM dan di Bahagian Perkebunan MPPI Kertas Projek Bac. Sc. Pertanian. Nelson, William R. Planting Design: A Manual Of Theory and Practice, STIPES PUBLISHING COMPANY ILLONOIS, 1981. Osman, M.T., I. Badrain dan W.N.W. Jaharah, 1986, Buku Panduan Kerja Ladang, Cawangan Tanaman Kulturakebunan, Bahagian Ladang, UPM. Osman, M. T., 1986, Penjagaan Pokok Hiasan, Bengkel Senitaman, Bahagian Ladang UPM pada 20 26 April 1972. Robintecture, Gary O. Plants/People/And Environmental Quality, U.S. Department of Interior, Washington D.C. 1972. Stanley Lamendola, 1970, An Evaluation Of Turf Grasses For Malaysia. Wright, T dan J., Parker 1979, Maintenance and Conversation in Landscape Technique (Ed. By Weedle, A.E.) Heinemann, London.

Prunning Handbook, Sunset Books, Lane Publishing Co. Menlo Park, Carlifornia USA, 1976.

Anda mungkin juga menyukai