Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI INTERAKSI 5

Untuk interaksi kelima juga yang terakhir, kami guru PPG Kohot 1 melaksanakan Mini Olahraga di padang IPGKTI. Pada hari ini, tumpuan penilaian diberikan sepenuhnya kepada semua acara yang telah dipelajari iaitu acara lari pecut, lompat jauh dan lontar peluru di mana kesemua pelajar perlu terlibat sama ada sebagai pegawai mahupun peserta. Seawal jam 7.30 pagi lagi saya telah sampai ke padang IPGKTI. Acara dimulai dengan senamrobik. Saya begitu teruja melakukan senamrobik ini kerana jarang-jarang sekali menyertainya. Aktiviti ini penting sebagai regangan, maklum sahajalah ramai rakan PPG ini yang telah lama tidak bersukan termasuk saya sendiri, bimbang akan mengalami kecederaan jika tidak membuat regangan terlebih dahulu. Seterusnya pelajar bersedia untuk mengikuti acara yang dipertandingkan. Saya dan beberapa orang rakan PPG RBT 1 telah ditugaskan sebagai pegawai iaitu sebagai Hakim Lorong. Saya terlibat secara langsung di garisan permulaan dan penamat. Begitu seronok menjalankan tugas ini. Acara balapan iaitu 100m, 200m, 4 x 100m dan 4 x 200m telah menguji kesabaran saya untuk melaksanakan tugas ini. Syukur ke hadrat Ilahi kerana cuaca pada pagi Ahad itu sangat baik. Tidak terlalu panas. Angin juga bertiup sepoi-sepoi bahasa. Saya aajuga sempat merakamkan beberapa aksi beberapa orang rakan PPG yang mengambil bahagian. Saya dan rakan PPG RBT 1 juga sempat bergambar kenangkenangan. Ini kerana Mini Olahraga PPG julung-julung kali diadakan. Berkemungkinan ini adalah kali pertama dan terakhir kami menyertainya. Kami diberi rehat selama hamper 20 minit untuk menikmati makanan. Makanan yang disediakan iaitu nasi ayam, buah epal dan air mineral sudah cukup mengenyakkan perut saya. Saya yakin dan percaya pengelolaan Mini Olahraga ini sangat baik dan sempurna. Sebelum Mini Olahraga berakhir saya dan semua rakan PPG sama ada bertugas sebagai pegawai, peserta mahupun penonton dikehendaki berkumpul untuk majlis penyampaian hadiah di hadapan astaka. Walaupun dalam keadaan panas terik, tetapi ini bukanlah menjadi masalah kepada saya, pengalaman mengiringi murid dan jurulatih kontijen olahraga sekolah, perkara ini sudah menjadi lumrah bagi saya. Sebagai pendidik saya perlu bersama-sama pada setiap ketika dengan murid. Keadaan ini bagi mengawal keselamatan mereka, walaupun dalam panas terik. Kesimpulannya, saya melihat kejohanan mini olahraga PPG Kohot 1 ini sebagai garis panduan kepada saya dalam melaksanakan kejohanan sukan padang dan balapan di

sekolah. Pengurus pasukan mahupun pegawai adalah tugas yang dipertanggungjawabkan pada guru di sekolah. Saya akan gunakan apa sahaja yang telah saya pelajari selama mengikuti kursus WAJ3112 Kokurikulum Olahraga ini sebagai panduan pelaksanaan di sukan terutamanya olahraga di sekolah nanti. Terima kasih kepada semua yang terlibat terutamanya pensyarah bimbingan Puan Zaiton Binti Jaafar dan semua rakan RBT 1 yang telah banyak membantu dan memberi sokongan moral secara langsung atau sebaliknya.

Anda mungkin juga menyukai