Anda di halaman 1dari 2

Fahami prinsip reka bentuk landskap

PRINSIP keseimbangan walaupun 'stepping stones' tidak simetri dalam corak yang tidak sekata.

MEMAHAMI prinsip reka bentuk landskap membolehkan kita faham konsep sesebuah taman. Prinsip reka bentuk dalam seni taman menjadikan ruang landskap mempunyai seninya tersendiri. Arkitek Landskap, Norhaliza Hanifah, berkata prinsip berkenaan adalah kunci kepada penghasilan landskap yang cantik, tenang dan aman. Kebiasaannya, sesuatu reka bentuk landskap itu mempunyai prinsip utama dan dilengkapkan dengan prinsip reka bentuk lain. Berikut adalah prinsip reka bentuk landskap: Keseimbangan Keseimbangan menghasilkan taman yang harmoni dan berpadu. Keseimbangan adalah asas kepada taman. Ia bukan dimaksudkan sama berat atau sama tengah seperti taman tradisi dan taman formal yang sering kita lihat, tetapi diertikan sebagai keseimbangan dalam alam semula jadi. Keseimbangan dari segi istilah taman, boleh diterjemahkan dengan menghargai keindahan itu sendiri berdasarkan apa yang ada dan tiada. Secara praktiknya, komposisi taman adalah tidak simetri dan komponen taman yang bernombor ganjil dalam sesuatu kumpulan lebih diminati.

Kesatuan Kesatuan menjadi ciri gabungan lengkap kepada elemen berbentuk hiasan dan penanaman pokok dalam taman seperti gabungan cerah dan gelap, tekstur kasar dan halus. Setiap satunya berlawanan antara satu sama lain, tetapi mencapai keharmonian dan kesepaduan bila diseimbangkan walaupun tidak simetri.

Bingkai Prinsip bingkai membabitkan kesan kurungan atau pagar.

Ia adalah proses pemilihan elemen sedia ada atau tambahan elemen baru kepada taman untuk menghasilkan kesan perlindungan. Pagar ini akan meliputi ruang taman dan menghasilkan keselesaan ketika berada di dalamnya. Ia dapat mewujudkan mood tertentu kepada taman tanpa perlu mengabaikan privacy.

Kejutan Prinsip kejutan dalam taman merangsang pemikiran dan khayalan. Pokok ditanam untuk melindungi di belakangnya dan ini mendorong seseorang itu terus berjalan ke depan untuk mengetahui apa di sebaliknya. Perjalanan ketika menghampiri suatu objek dan pokok yang dihubungkan antara satu sama lain memberikan kesan tambahan kepada keseluruhan taman. Ia membantu kita potensi sebenar sesuatu pemandangan yang sedang dilihat. Kebiasaannya, laluan bersimpang siur atau berkeluk-keluk digunakan dalam reka bentuk landskap bagi menyerlahkan prinsip kejutan.

Soalan. 1. Apakah maksud kesimbangan dalam rekabentuk landskap

2. Berikan contoh kesatuan dalam rekabentuk landskap

3. Mengapa perlu prinsip kejutan dalam rekabentuk Landskap