Anda di halaman 1dari 8

TUGASAN ESEI : MODEL/ PROTOTAIP

1.0 PENGENALAN
1.1 DEFINISI INOVASI DAN REKACIPTA
Menurut kamus Dewan Bahasa reka cipta membawa maksud penghasilan
suatu produk atau barangan baru atau pengubahsuaian sesuatu produk yang
sedia ada, bagi memenuhi kehendak pengguna masa kini dan akan datang.
Reka cipta juga dihasilkan daripada idea tersendiri atau diubahsuai dan
mempunyai nilai-nilai komersial. Reka cipta merangkumi bidang-bidang
seperti grafik, reka bentuk perindustrian, tekstil, fesyen, seramik, barangan
logam halus, elektronik, reka bentuk bangunan/landskap dan ukiran.
Inovasi pula ditakrifkan sebagai sesuatu yang baru diperkenalkan seperti
kaedah, sistem, adat dan lain-lain yang baru.(Kamus Dewan Bahasa, 2007).
Secara umunya, inovasi adalah pengubahsuaian kepada produk tersebut
supaya ia menjadi lebih bertenaga atau bermakna. Inovasi terjadi setelah
produk itu direka cipta. Inovasi juga merupakan satu proses yang kompleks
memperkenalkan idea baru yang melibatkan usahawan dalam pembuatan
produk.

1.2 DEFINISI MODEL DAN PROTOTAIP


Model ialah sesuatu objek yang dihasilkan.Model direka mengikut rupa
sebenar sesuatu objek tetapi ia tidak dapat berfungsi sepenuhnya seperti
objek asal.Model adalah produk yang dihasilkan sebagai contoh dan
objek rujukan.Model serupa dengan produk sebenar tetapi tidak berfungsi.
Model dibuat dalam dua bentuk iaitu model luaran dan model
dalaman.Model luaran ialah model yang menunjukkan bentuk luaran
secara terperinci akan sesuatu produk.Manakala, model dalaman pula
menunjukkan bentuk dalaman secara terperinci akan sesuatu projek
Prototaip ialah satu hasil ciptaan yang menyerupai objek sebenar.
Fungsinya tetap sama dengan objek yang sebenar. Dan terdapat
perbezaan dari segi saiz. Prototaip adalah lebih maju daripada model
dimana ia memang sama dengan objek sebenar serta boleh berfungsi
seperti objek betul tetapi tiada kemasan seperti objek yang sebenar.

2.0 PLAN DAN REKABENTUK MODEL


2.1 BAHAN-BAHAN UNTUK MENCIPTA MODEL
BI
L

BAHAN DAN ALAT


BAHAN TERPAKAI

BAHAN

ALAT

Batang paip

Dinamo

Gunting

Pencukur

Mentol

Pita pelekat

Straw board

Wayar

Gam UHU

Pencukur

Stapler

Skru

Pisau

Jadual 2.1 Bahan dan alat yang digunakan untuk mereka kincir angin
2.2 PLAN REKA BENTUK MODEL KINCIR ANGIN HELIKOPTER

3.0 PERANCANGAN
TARIKH
18/8/2014
19/8-2014-30/8/2014

TINDAKAN
Taklimat mengenai kerja kursus
Mengumpul
maklumat
mengenai

pengajaran.
Berbincang dengan pensyarah mengenai media

pengajaran dan model yang akan dicipta.


Berbincang dengan rakan dan meminta
pendapat mengenai model.

media

1/9/2014-10/9/2014

11/9/2014-25/9/2014
26/9/2014-30/9/2014
2/10/2014-8/10/2014
9/10/2014

11/10/2014

Memilih media pengajaran untuk pembentangan


(prezi/sparkol/pow toon)
Memuat
turun
perisian
sparkol
dan

menggunakannya.
Mencipta video menggunakan perisian sparkol
Mencari maklumat mengenai bahan untuk model
Mencari
maklumat
mengenai
tugasan

berkumpulan (Isu)
Menaip tugasan berkumpulan
Membuat lakaran model
Mencipta kincir angin helikopter
Memperbaiki kincir angin helikopter
Pembentangan media pengajaran sparkol
Menaip tugasan individu
Pameran reka cipta dan inovasi model dan

prototaip
Menghantar

tugasan

bertulis

individu

dan

berkumpulan

4.0 ALAT MAKLUM BALAS


Borang senarai semak disediakan bagi mengkaji keberkesanan model atau
prototaip yang dicipta. Borang senarai semak ini ditanda oleh pemerhati dan

pencipta model/ prototaip tersebut. Sebarang kecacatan atau kelemahan dalam


reka bentuk akan diselidiki bagi tujuan penambah baikan.

BI

ITEMS

YA

L
1

Model

berfungsi dengan baik


Model/ prototaip boleh digunakan /
dalam

atau

prototaip

pengajaran

dapat /

dan

pembelajaran (PdP) Sains.


Model/ prototaip yang dicipta /
mengaplikasikan

fakta

atau

konsep sains
Model/ prototaip direka dengan /

menggunakan bahan terpakai


Model/ prototaip dicipta dengan /
mengaplikasikan inovasi dalam

TIDAK

CATATAN

pendidikan
Jadual 4.0 Senarai semak borang pemerhatian

5.0 MODEL /PROTOTAIP

Rajah 5.0 Gambar kincir angin helikopter


6.0 KEKUATAN REKA BENTUK MODEL/ PROTOTAIP
Reka bentuk model ini mempunyai beberapa kekuatan yang tersendiri. Antaranya
ialah menggunakan sumber semulajadi sebagai bahan tenaga utama iaitu tenaga
angin. Model ini mengaplikasikan teknologi hijau sebagai sumber bagi
menghasilkan tenaga elektrik. Angin akan memutarkan bilah pemutar pada kincir
angin yang akan menyebabkan turbin atau enjin berputar dan seterusnya

menghasilkan arus elektrik. Pengaliran arus elektrik dapat dilihat dengan terdapat
nyalaan mentol ataupun dengan menggunakan ammeter.
Selain itu, model ini juga menggunakan bahan kitar semula. Pembuatan model
adalah dengan menggunakan bahan-bahan terpakai sewaktu praktikum dan
kegunaan seharian. Ia bukan sahaja menjimatkan kos tetapi turut menjimatkan
tenaga dan masa.
Disamping itu, reka bentuk model kincir angin ini agak unik dan kelihatan seperti
helikopter. Hal ini adalah bertujuan bagi membolehkan bilah-bilah kipas boleh
bergerak dan mencari sumber atau punca angin secara automatik.
Tambahan pula, model ini dapat diaplikasikan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran tahun 5 topik tenaga. Antaranya ialah sewaktu mengajar tajuk
perubahan tenaga. Guru boleh menunjukkan kincir angin helikopter ini untuk
melihat perubahan daripada tenaga kinetik kepada tenaga elektrik dan
seterusnya kepada tenaga cahaya. Selain itu, guru juga boleh menggunakan
kincir angin ini sebagai set induksi untuk mengajar topik tenaga yang boleh
diperbaharui iaitu tenaga angin.
7.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Terdapat beberapa kelemahan yang dapat dikenalpasti dalam kincir angin
helikopter ini. Antaranya ialah, kincir angin helikopter ini memerlukan angin yang
cukup kuat bagi menghasilkan tenaga untuk menyalakan mentol. Untuk
penambahbaikan, selain daripada meletakkan kincir angin ditempat yang
mempunyai angin yang kuat seperti di tepi tasik dan padang, diameter bilah
pemutar perlu ditingkatkan supaya kuasa atau tenaga yang dihasilkan oleh turbin
atau enjin lebih tinggi.
Selain itu, kekemasan model ini perlu ditingkatkan lagi. Wayar yang berada di
luar paip agak mengganggu sewaktu sesi pameran. Oleh itu , wayar tersebut
boleh dirapikan dengan meletakkannya di dalam paip supaya lebih kemas.

Di samping itu, kincir angin helikopter ini perlu direka supaya boleh berdiri sendiri
dan lebih stabil. Untuk penambahbaikan, kaki atau tapak kincir angin helikopter
ini perlu direka bagi membolehkannya berdiri dengan sendiri dan lebih stabil.
8.0 PENAMBAHBAIKAN

Anda mungkin juga menyukai