Anda di halaman 1dari 36

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pengenalan

Perkembangan industri moden dapat ditafsirkan sebagai perubahan dari industri

konservatif yang masih menggunakan banyak kaedah tradisional dalam proses

pengeluaran untuk beralih ke cara baru yang mengutamakan teknologi yang sangat

berguna untuk kelangsungan hidup manusia. Ini bermaksud bahawa industri konservatif

bukanlah sesuatu yang dianggap tidak mencukupi, tetapi dengan industri konservatif ini

yang akhirnya mendasari banyak penemuan dan diterapkan pada industri moden.

Ergonomi adalah salah satu kajian yang mengkaji bagaimana mereka bentuk dan

mengembangkan produk dengan perhatian untuk meningkatkan kesihatan, keselamatan

dan produktiviti kerja. Melalui penyesuaian mesin, alat dan peralatan kerja kepada

tenaga kerja yang dapat menyokong kemudahan, keselesaan dan kecekapan kerja (S.

Zetli & H. Kusbiantoro, 2017).


Projek yang ingin laksanakan untuk Projek Tahun Akhir 2020 ini adalah inovasi

alat membantu pemasangan unit outdoor Penyaman Udara iaitu Aircond Lifting Crane

dengan latar belakang konsep ergonomi, yang lebih tepat dalam proses loading dan

unloading. Crane lifting atau alat angkat adalah alat dibuat khusus untuk mengangkat

naik atau menurunkan muatan. Crane lifting digunakan untuk memindahkan,

mengangkat muatan yang berat secara menegak atau mendatar dalam jarak yang telah

ditentukan. Terdapat pelbagai jenis peralatan mengangkut barang dalam dunia

perindustrian antaranya ialah Belt Convenyor, chain Convenyor, hand trolley, hand

stacker dll. Selain menyokong kelancaran operasi, alat pengangkutan ini juga digunakan

untuk menjimatkan masa kerja. Hal demikian kerana semakin banyak masa dibazirkan,

semakin banyak aktiviti operasi yang dilakukan tidak berjalan lancar.

Beberapa tahun kebelakangan ini, banyak institusi-institusi yang menjalankan

kajian mengenai pemesinan dalam proses mengangkat dan menurunkan produk atau

aksesori mesin dari meja mesin yang mempunyai berat badan yang agak berbeza.

Penulisan daripada Yusuf K. & Ishak P. (2018) mahasiswa Akademi Teknik Soroako

telah membuat kajian berkaitan keperluan untuk mengangkat muatan yang berat

khususnya dalam bengkel pemesinan di institusi mereka.

2
Penulisan ini melaporkan tentang kajian kerja mengenai alat Crane lifting di

bengkel Penyejukan dan Penyamanan Udara Kolej Vokasional Beaufort untuk

membantu pemasangan penyaman udara jenis pisah terutama sekali pada pemasangan

unit outdoor.

1.2 Pernyataan Masalah

Menurut Yusuf K. & Ishak P. (2018) kaedah mengangkat yang digunakan setakat ini

dianggap tidak berkesan dalam proses mengusahakan produk dan boleh membawa kesan

yang membawa maut kepada keselamatan kerja, di mana pelajar / pengendali boleh

cedera kerana kesalahan mengangkat atau menurunkan objek dari meja mesin.

Idea projek Aircond Lifting Crane ini tercetus apabila sering melihat kesukaran

yang dihadapi oleh pelajar semasa kelas pemasangan penyaman udara unit pisah

terutamanya pemasanga unit outdoor di tempat - tempat yang tinggi. Masalah tersebut

adalah kesukaran untuk mengangkat unit oudoor yang mempunyai jisim yang sangat

berat. Masalah ini akan memberi kesukaran kepada pelajar-pelajar yang terlibat kerana

berat unit outdoor ini biasanya melebihi 50 kg dan memerlukan 2 atau 3 orang untuk

mengangkat unit outdoor ini. Hal ini juga akan memakan masa yang lama terutamanya

ketika pemasangan dilakukan di tempat yang tinggi. Disebabkan oleh itu, alat bantu

kerja seperti Aircond Lifting Crane ini perlu dicipta dan diperbanyakkan untuk

meringankan

3
beban kerja kepada pelajar mahupun pekerja yang terlibat dalam pemasangan unit

outdoor penyaman udara.

1.3 Objektif

Objektif utama penyelidikan ini adalah untuk merekabentuk sebuah model Crane Lifting

yang dapat membantu memudahkan kerja-kerja pemasangan unit outdoor penyaman

udara jenis pisah. Berikut merupakan objektif khusus yang diperoleh untuk menyokong

objektif utama.

(i) Menjimatkan masa kerja pemasangan unit outdoor.

(ii) Menjimatkan penggunaan tenaga pekerja untuk kerja pemasangan unit

outdoor.

(iii) Mengurangkan risiko kemalangan semasa kerja pemasangan unit outdoor

di tempat yang tinggi.

1.4 Tujuan

Tujuan projek Aircond Lifting Crane ini dibuat adalah untuk memperkenalkan alat bantu kerja

dalam kalangan pelajar serta pekerja khususnya kepada mereka yang terlibat dalam kerja-kerja

pemasangan unit penyaman udara. Projek ini juga dihasilkan dengan tujuan untuk meningkatkan

kecekapan kerja pemasangan penyaman udara seperti yang telah disebutkan di dalam objektif

kajian.

4
1.5 Skop Projek

Skop projek menghuraikan mengenai bagaimana setiap objektif khusus boleh dicapai

sebagai di bawah:

i) Kajian lapangan

Langkah-langkah dalam rekabentuk penyelidikan didahului dengan membuat kajian

lapangan yang terdiri dari pemerhatian dan temu bual. Proses pemerhatian adalah

melihat dan memerhatikan proses pemasangan penyaman udara oleh pelajar di kolej.

Manakala temubual juga dijalankan setelah mereka selesai melakukan pemasangan

penyaman udara bagi tujuan mendapatkan maklumat yang dapat dijadikan input di

dalam penyelidikan projek ini.

ii) Kajian literatur

Langkah seterusnya adalah mempelajari literatur yang terdiri daripada kajian teori dan

penyelidikan sebelumnya. Dalam kajian teori ini penulis mengambil rujukan daripada

buku dan jurnal yang berkaitan dengan penyelidikan semasa dengan memanfaatkan

kajian sebelumnya sebagai rujukan untuk mendapatkan idea atau konsep untuk dijadikan

asas tambahan untuk berfikir dalam menyelesaikan penyelidikan ini.

iii) Pengumpulan data

Tahap pengumpulan data merangkumi rekod aktiviti dan menyebarkan borang soal

selidik. Rekod aktiviti ini, penulis akan mengambil atau merakam gambar

5
dengan menggunakan kamera untuk mendapatkan foto semasa proses kerja sedang

berjalan. Borang soal selidik pula diedarkan kepada pelajar serta guru- guru Penyejukan

dan Penyaman Udara di Kolej Vokasional Beaufort dengan tujuan untuk mendapatkan

data yang tepat untuk menguji keberkesanan projek ini.

iv) Analisis penemuan

Pada peringkat ini penulis membincangkan dengan lebih mendalam tentang hasil dapatan

kajian yang telah dianalisis dan membuat kesimpulan tentang hasil rekabentuk dengan

mengaitkan objektif yang ingin dicapai dari kajian yang telah dibuat dan kemudian

memberikan cadangan atau input untuk peningkatan rekabentuk pada masa akan datang.

Projek ini dikhususkan untuk pekerja-pekerja syarikat penyaman udara dan

pelajar Kolej Vokasional bagi kursus Penyejukan dan Penyamanan Udara. Projek ini

hanya digunakan untuk kerja pemasangan unit outdoor khususnya untuk penyaman

udara jenis pisah.

6
1.6 Carta Alir

MULA

Mengenalpasti Masalah

Mencari Dan Menentukan


Tajuk Projek
Kajian literatur
Melakar Dan Membuat
Penghasilan modelKos
Anggaran projek
Projek

Tukar Semula Pengumpulan


Tidak data

Ya
Analisis data

TAMAT

Rajah 1.1: Carta alir projek.

7
1.7 Kesimpulan

Dalam bab ini telah dihuraikan dan dijelaskan perkara-perkara yang menjadi asas dan hala tuju

kajian ini. Di dalam bahagian objektik kajian, penyelidik telah menetapkan matlamat yang

hendak dicapai di akhir kajian ini. Kajian ini turut dibataskan skopnya agar kajian ini mudah dan

munasabah untuk dilakukan dan permasalahan juga telah dinyatakan dengan jelas dalam bentuk

data serta dihuraikan yang sering menjadi isu utama apabila memasang pada unit oudoor

penyaman udara. Penemuan ini akan menjadi asas kukuh kepada penyusunan strategi untuk

mencapai objektif kajian dan diharapkan ianya juga akan dapat memberi manfaat kepada banyak

pihak.

8
BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Di dalam bab ini, penulis akan menyatakan beberapa dapatan kajian lepas yang

berkaitan bagi menyokong kajian yang dilaksanakan. Fokus yang akan diberi tumpuan

adalah kajian yang sedikit berkaitan dan kebaikan alat bantu kerja untuk mengangkat

muatan yang berat.

2.2 Penyaman Udara

Penyaman udara berfungsi untuk menstabilkan suhu dalam sebuah bilik agar tidak

terlalu panas atau tidak terlalu sejuk. Di negara beriklim khatulistiwa seperti Malaysia,

tujuannya tentulah untuk memindahkan haba dari dalam bilik keluar supaya pengguna

yang berada di dalam bilik tersebut berasa selesa. Penyaman

9
udara adalah alat yang terdiri daripada komponen - komponen mekanikal yang berfungsi

untuk menyerap haba dari satu ruang tertutup dan memindahkan haba tersebut keluar.

Rekabentuk penyaman udara yang baik hendaklah dapat memenuhi kriteria seperti

mengawal dan melaras suhu bilik agar selesa.

Jenis - jenis penyamanan udara terbahagi kepada 2 kategori utama iaitu domestik

dan komersil. Bagi kegunaan domestik 3 jenis penyaman udara yang biasa digunakan

ialah jenis pisah (split), jenis tingkap (window) dan jenis mudahalih (portable).

Manakala bagi kegunaan komersil sistem penyaman udara agak kompleks dan

menggunakan sistem Air Handling Unit.

Unit pisah terdiri daripada unit dalam (indoor) dan unit luar (outdoor). Unit ini

paling meluas digunakan pada hari ini kerana lebih mudah dan kemas semasa

pemasangan, terdapat kepelbagaian kapasiti pendinginan dan mudah dioperasi.

Rajah 2.1: Penyaman Udara Jenis Pisah.


(Sumber: Daikin Catalogue)
1
2.3 Lifting Operation (Operasi Mengangkat Beban)

Operasi mengangkat bebanan adalah satu aktiviti kerja bagi memudahkan mengangkat
atau memindahkan bebanan yang besar dan berat dari suatu tempat ke tempat yang lain.
Dalam usaha untuk menyediakan sistem kerja yang selamat, setiap operator kren perlu
sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan- peraturan yang sedia ada.

Operasi mengangkat juga adalah operasi yang berkaitan dengan mengangkat dan
menurunkan beban.Operasi mengangkat boleh dilakukan secara manual atau
menggunakan alat bantuan kerja seperti kren.Dengan mengangkat, memegang,
meletakkan, membawa dan bergerak sering disebut sebagai ‘pengendalian secara
manual’.

Manual Material Handling (MMH) atau pengendalian bahan manual dapat


ditafsirkan sebagai tugas pemindahan barang, aliran bahan, produk akhir atau objek lain
menggunakan manusia sebagai sumber tenaga. Setakat ini, definisi MMH hanya terhad
pada aktiviti mengangkat dan menurunkan muatan dalam aspek vertical (menegak).
Menurut McCormick dan Sanders (1994) aktiviti MMH yang sering dilakukan oleh
pekerja dalam industry ialah:

1. Aktiviti mengangkat objek (lifting task),

2. Aktiviti penghantaran objek (carrying task),

3. Aktiviti menolak objek (pushing task),

4. Aktiviti menarik objek (pulling task).

Bekerja tanpa alat bantu tentunya menggunakan kekuatan otot untuk


mengangkat, memindahkan, menolak atau menahan sesuatu objek. Aktiviti yang
mengerah tenaga ini boleh menyebabkan lebih banyak kecederaan bukan sahaja
mempengaruhi otot dan tisu lembut, tetapi juga boleh mempengaruhi sendi dan
penjajaran tulang belakang jika terlalu dipaksa Ramadhan (2018).

1
2.4 Jenis-Jenis Alat Angkut

Menurut M. Anis et al. kegiatan mengangkat barang-barang yang berat di kilang atau di
industri dijalankan oleh pekerja menggunakan alat bantuan iaitu pembuatannya tidak
memfokuskan kemampuan untuk bekerja dengan menggunakan tenaga pekerja itu
sendiri. Pekerja dengan mengangkat barang yang berat di mana beban tersebut tidak
sama rata pada kedua-dua tangan pekerka. Hal ini akan mengurangkan potensi
kecedaraan pada bahagian tengah dan atas tubuh badan pekerja.

Berikut adalah beberapa jenis peralatan mengangkat muatan yang umum digunakan
dalam dunia perindustrian menurut penulisan daripada Ramahdan (2018):

i) Convenyor Belt berfungsi untuk mengangkut bahan industri dalam bentuk


pepejal. Bahan pepejal yang diangkut bergantung pada kapasiti bahan yang
dikendalikan, ukuran, bentuk, sifat material, keadaan pengangkutan, jarak untuk
memindahkan bahan dan harga peralatan.

Rajah 2.2: Conveyor belt digunakan dalam industry.


Sumber: Easy Systems.

1
ii) Screw Convenyor adalah alat pengangkutan mendatar tertutup. Alat ini dalam
bentuk batang yang dikelilingi oleh bilah yang membentuk heliks spiral dan
dipasang pada selongsong tertutup. Prinsip kerja alat ini adalah untuk mengalirkan
produk dengan memutar batang ke produk akan bergerak secara mendatar.

Rajah 2.3: Screw Conveyor


Sumber: Anderson Dahlen.

iii) Hand Trolley berfungsi sebagai alat pengangkutan untuk menggerakkan bahan
yang dipindahkan secara manual. Troli tangan mempunyai muatan 150 kg,
memiliki dimensi platform 740mm x 480mm, ketinggian platform 140
+ 720mm.

Rajah 2.4: Hand Trolley


Sumber: Bunnings Warehouse

1
iv) Hand Stacker berfungsi sebagai alat pengangkut untuk menggerakkan bahan yang
digerakkan secara manual dan elektrik. Penumpuk tangan manual mempunyai
muatan 1 tan dengan kapasiti mengangkat sehingga
1.4 meter.

Rajah 2.5: Hand Stacker


Sumber: Tokopedia

2.5 Kesimpulan

Kesimpulannya, bab ini memberi ulasan mengenai segala bahan bacaan yang berkaitan
menerusi penghasilan buku berunsur ilmiah, rencana, artikel, surat khabar, sumber
daripada internet dan kajian-kajian yang pernah dijalankan berkaitan dengan Lifting
Operation iaitu operasi mengangkat beban. Hasil dapatannya dicatatkan sebagai
rujukan penyelidikan. Sumber-sumber ini amat berguna sebagai rujukan tambahan
kepada penulis agar setiap kajian yang dijalankan seharusnya mempunyai bukti-bukti
kukuh untuk menyokong hujah yang dibincangkan.

1
BAB 3

METODOLOGI

3.1 Pengenalan

Peringkat metodologi menerangkan mengenai kaedah atau teknik yang digunakan


sepanjang kajian yang berlandaskan kepada objektif dan skop kajian yang telah
dinyatakan. Bagi mencapai kajian yang dijalankan, beberapa kaedah telah digunakan
iaitu kaedah pemerhatian, perbualan, pengumpulan data dan mengedarkan boring soal
selidik kepada responden seterusnya membuat analisa terhadap data yang diperolehi
selama kajian dibuat. Dengan kaedah ini kajian yang dijalankan lebih sempurna dan
tersusun serta selari dengan matlamat dan objektif kajian yang dibuat. Oleh itu,
pencarian maklumat dan data akan menjadi lebih mudah sekiranya mengetahui kaedah
bagi perlaksanaan kajian. Kaedah ini digunakan untuk mendapatkan seberapa banyak
data yang diperlukan untuk melengkapkan kajian ini. Untuk menyiapkan objektif kajian
segala langkah dibuat secara berperingkat supaya perjalanan projek dapat disiapkan
dengan lancar.

1
3.2 Lokasi Kajian

Lokasi yang terlibat dalam menjalankan projek ini adalah di Bengkel 2 dan Bengkel 3
Teknologi Penyejukan Dan Penyamanan Udara Kolej Vokasional Beaufort. Lokasi ini
dipilih kerana kedua-dua bengkel ini adalah tempat yang sesuai dan selamat. Lokasi ini
juga dipilih kerana mempunyai peralatan yang mencukupi yang mampu menjalankan
projek ini.

3.3 Pengumpulan Data

Dalam kajian ini data-data telah dikumpulkan melalui maklumat daripada kaedah-
kaedah kajian seperti yang dinyatakan di atas serta melalui borang kaji selidik yang
mengandungi instrumen mudah. Penulis dapat mengetahui punca sebenar tentang
permasalahan yang berlaku dan apa pula yang diinginkan oleh pelajar yang terlibat
dengan pemasangan unit penyaman udara.

Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah boring soal selidik yang
dibangunkan oleh penulis berdasarkan pemerhatian dalam kalangan pelajar yang
memasang unit outdoor penyaman udara. Soalan-soalan pula dirangka dalam bentuk
yang mudah dan ringkas bagi memastikan responden memahami soalan dan
menjimatkan masa ketika menjawab.

Soalan-soalan soal selidik yang merangkumi tiga soalan iaitu:

1. Apakah masalah yang selalu anda hadapi ketika membuat pemasangan pada
unit outdoor?
2. Adakah anda bersetuju dengan mewujudkan projek alat bantu kerja seperti
projek Aircond Lifting Crane?
3. Sejauh mana kemampuan Aircond Lifting Crane memuaskan hati anda?

1
3.4 Teknik Analisa Data

Keseluruhan maklumat yang dianalisis adalah berbentuk fakta daripada rekod semasa
pemasangan unit outdoor dan hasil pemerhatian daripada kalangan pelajar dan temu
bual bersama mereka yang terlibat serta soal selidik dalam kalangan responden.
Maklumat berkaitan permasalahan kemudian dianalisis dan diterjemahkan menerusi
strategi yang menyelami kehendak pelajar sehingga tercapainya objektif untuk
memperkukuhkan projek alat bantu kerja iaitu Aircond Lifting Crane.

3.5 Lakaran Projek

Rajah 3.1: Lakaran Projek Aircond Crane Lifting

1
3.6 Pemilihan Bahan

Dalam membuat dan merancang rekabentuk alat atau mesin adalah perlu untuk
mengambil kira dan memilih bahan yang akan digunakan. Pemilihan bahan yang tepat
adalah elemen utama untuk meningkatkan nilai produk serta akan mempengaruhi
keberhasilan sesuatu projek.

Jadual 3.1: Senarai dan keterangan bahan

Bil. Bahan Keterangan bahan

1. Besi Bahan ini boleh didapati dalam pelbagai gred,


saiz dan kemasan. Projek ini perlu
menggunakan bahan dasar besi supaya
projek dapat bertahan lama dan memiliki
tekstur yang sangat kuat.

2. Skru Skru digunakan sebagai pengikat untuk


mencantum atau menahan dua objek bersama.

3. Hand winces Hand winces yang dikendalikan secara


manual menggunakan tangan adalah kren
manual yang berfungsi dengan baik untuk
aplikasi yang lebih ringan.

1
4. Racet Tie Down Pengikat ini biasanya terdiri dari dua bahagian
iaitu tali yang lebarnya bergantung pada
keperluan anda dan kunci. Sering digunakan
untuk menahan beban daripada jatuh.

5. Roda Roda mudah alih ini digunakan untuk


memudahkan pengalihan barang dari satu
tempat ke satu tempat.

Jadual 3.2: Anggaran Kos

BAHAN UNIT KOS (RM)


Besi 2 meter -
Hand Winches 1 RM 70.00
Ratchet Tie Down 2 RM 13.82
Roda 4 RM 6.40
Skru secukupnya -
JUMLAH RM 90.22
Merujuk jadual anggaran kos di atas, terdapat beberapa bahan yang digukan dalam
projek ini iaitu besi, hand winch, ratchet tie down, roda dan skru. Bahan- bahan yang
diperlukan masing-masing mempunyai unit dan kos yang diperlukan.

Bahan pertama yang diperlukan adalah besi. Besi yang diperlukan untuk
membuat projek ini adalah sepanjang 2 meter. Penggunaan besi ini tidak melibatkan
apa- apa kos kerana besi akan digunakan adalah besi sedia ada di dalam bengkel.

1
Bahan yang kedua adalah hand winch. Bahan yang kedua ini merupakan
komponen yang paling penting untuk menjayakan projek ini. Hand winch yang
digunakan boleh menampung berat sehingga 800 LBS iaitu bersamaan 363 kilogram.
Hanya 1unit Hand winch yang diperlukan. Kos yang digunakan untuk mendapatkan
hand winch ini adalah RM 70.00.

Kemudian, bahan yang diperlukan juga adalah ratchet tie down. Bahan ini
adalah sejenis tali yang akan menyangkutkan unit outdoor pada cangkuk hand winch.
Ratchet tie down biasanya berwarna jingga sepertimana yang ditunjukkan dalam
gambar di atas. Bahan ini hanya 2 unit yang diperlukan. Kos bahan ini juga agak murah
dan mudah didapati di mana-mana kedai. Kos yang diperlukan untuk mendapatkan 2unit
ratchet tie down ini adalah sebanyak RM13.82.

Bahan yang seterusnya adalah roda. Roda ini diperlukan sebanyak 4 biji
manakala kosnya yang sangat murah iaitu RM 6.40, manakala bahan terakhir yang
diperlukan adalah skru. Skru yang diperlukan adalah secukupnya iaitu mengikut
keperluan ketika projek dijalankan. Skru ini tidak menggunakan kos kerana skru adalah
bahan yang sedia ada.

2
3.6 Langkah Kerja Penghasilan Projek

Bil Gambar Proses kerja

1. Kerja memotong besi dengan menggunakan


pemotong besi grinder mengikut ukuran
yang telah ditetapkan.

2. Kerja menebuk lubang pada besi


menggunakan mesin gerudi lantai.

2
3. Kerja mengimpal yang dilakukan pada
semua sambungan-sambungan besi

4. Kerja pemasangan semua bolt nut pada


sambungan-sambungan besi.

2
Rajah 3.2: Produk akhir Aircond Lifting Crane

3.7 Kesimpulan

Kesimpulannya, bab ini memberi ulasan mengenai maklumat berkaitan responden serta
instrumen yang digunakan dalam kajian dialjankan berkaitan dengan strategi
memperkukuh projek Alat bantu Kerja iaitu Aircond Lifting Crane. Bab ini juga
menunjukkan bahan serta langkah projek dijalankan.

2
BAB 4

PENEMUAN DAN ANALISA

4.1 Pengenalan

Setelah mendapat data dan maklumat yang dikehendaki melalui borang soal selidik yang
telah disediakan serta maklumat-maklumat yang diperoleh secara lisan dan melalui
pemerhatian, data-data ini kemudiannya dianalisis dengan kaedah statistik yang sesuai
supaya rumusan dapat dibuat dengan memberi gambaran sejauh manakah tahap
kepuasan hati pekerja terhadap kemampuan alat bantu kerja iaitu Aircond Lifting
Crane.

4.2 Analisa Punca Masalah

Jadual di bawah ini menunjukkan dapatan kajian daripada instrumen yang diberikan
kepada responden melalui borang kaji selidik yang diedarkan kepada pekerja yang
terlibat dalam pemasangan unit outdoor penyaman udara. Melalui maklumat yang
diperoleh ini kita dapat mengetahui dengan jelas tentang 3 aspek utama sepertimana
yang diutarakan dalam instrumen iaitu:

1. Adakah alat bantu kerja ini membantu ketika anda melakukan kerja?
2. Adakah alat bantu kerja ini dapat menampung berat outdoor?
3. Adakah alat bantu kerja ini dapat menjimatkan masa semasa melakukan kerja
pemasangan unit outdoor?

2
Hasil dapatan kajian telah diperoleh pengkaji melalui analisis skor berdasarkan skala
sangat tidak setuju, tidak setuju, tidak pasti, setuju dan sangat setuju di dalam borang
soal selidik.

4.3 Latar Belakang Responden

Dalam borang soal selidik, Bahagian A adalah perkara berkaitan latar belakang
responden. Bahagian ini membincangkan berkenaan data deskriptif sampel kajian iaitu
umur, jantina. Jumlah responden yang terlibat ialah 20 responden.

Jadual 4.1: Taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut umur

Umur Kekerapan Peratus


19 Tahun 20 100%
Jumlah 20 100%

Jadual 4.1 menunjukkan taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut umur.
Kesemua umur responden adalah kesemua pelajar Diploma Penyejukan Dan
Penyamanan Udara Kolej Vokasional Beaufort.

Jadual 4.2: Taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut jantina

Jantina Kekerapan (N) Peratus


Lelaki 20 100%
Perempuan 0 0%
Jumlah 20 100%

Jadual 4.2 pula menunjukkan taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut
jantina. Kesemua responden adalah lelaki iaitu 20 orang (100%).

2
4.4 Hasil Analisis Kajian

Hasil analisis projek ternyata alat bantu kerja iaitu Aircond Lifting Crane adalah
memenuhi kehendak dan keperluan kepada pelajar PPU Kolej Vokasional Beaufort
sehingga mereka dapat merasai tahap kepuasan yang maksima untuk memerlukan dan
menggunakan alat bantu kerja tersebut. Berikut merupakan hasil dapatan yang diperoleh
dari soal selidik yang telah dijalankan:

Rajah 4.1: Dapatan soalan instrumen 1.

Merujuk soalan pada Rajah 4.1 iaitu, Adakah alat bantu kerja ini membantu ketika
anda melakukan kerja? Majoritinya responden menjawab sangat setuju yang iaitu
berjumlah 54.5%. Manakala responden memberi respon setuju adalah seramai 27.3%.
Selebihnya adalah bagi responden yang memberi respon yang lainnya iaitu tidak pasti
dan sangat tidak setuju iaitu masing-masing mengumpul 9.1%.

2
Rajah 4.2: Dapatan soalan instrumen 2.

Soalan kedua yang merujuk pada Rajah 4.2 iaitu Adakah alat bantu kerja ini dapat menampung
berat outdoor? Dapatan keputusan yang telah diperolehi bagi soalan ini, majoriti responden
memberi respon sangat setuju dan setuju iaitu mengumpul sebanyak 36.4%. Manakala 9.1%
telah terkumpul pada responden yang menjawab tidak pasti dan sangat tidak setuju

Rajah 4.3: Dapatan soalan instrumen 3.

2
Berdasarkan soalan yang terakhir pada Rajah 4.3 iaitu Adakah alat bantu kerja ini
dapat menjimatkan masa semasa melakukan kerja pemasangan unit outdoor?
Majoritinya juga responden memberi respon sangat setuju iaitu sebanyak 45.5%.
Responden juga turut menjawab setuju pada borang soal selidik iaitu berjumlah 27.3%
dan selebihnya adalah responden yang memberi respon tidak pasti dan sangat tidak
setuju masing mengutip 9.1%.

Rajah 4.4: Pengujian mengangkat Outdoor unit.

Rajah 4.4 menunjukkan hasil pengujian mengangkat Outdoor unit dengan


menggunakan Aricond Crane lifting. Projek ini telah Berjaya mengangkat outdoor unit
seberat 57kg.

4.5 Kesimpulan

Berdasarkan analisa yang telah dijalankan terhadap dapatan kajian ini, kesemua objektif
yang hendak dikaji telah berjaya dianalisa. Dapatan kajian ini akan memudahkan penulis
untuk lebih memahami kemahuan dan keperluan kepada pekerja yang terlibat khususnya
bagi pekerja dalam unit penyaman udara. Hasil kajian juga menunjukkan sejauh mana
tahap kualiti alat bantu kerja iaitu Aircond Lifting Crane.

2
BAB 5

PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN

5.1 Pengenalan

Bab ini merupakan bab yang terakhir dalam kajian ini dan secara amnya bab ini akan
membincangkan dengan lebih mendalam tentang hasil dapatan kajian yang telah
dianalisis dalam bab 4. Hasil dapatan ini disokong dengan pendapat- pendapat yang
boleh mengukuhkan lagi hasil analisa kajian ini. Kesimpulan pula dibuat berdasarkan
kepada perbincangan ke atas dapatan kajian yang telah diperolehi dan beberapa
cadangan juga turut dikemukakan bagi digunapakai untuk kajian lanjutan yang akan
dilakukan kelak.

5.2 Perbincangan Dan Cadangan

Hasil daripada kajian, maklumat tentang masalah yang selalu dihadapi oleh pekerja
mahupun pelajar yang memasang unit outdoor telah berjaya didapati hasil daripada
pengedaran borang soal selidik kepada pelajar-pelajar yang terlibat. Setelah melalui fasa
perbincangan, maka strategi turut berjalan seiring. Hasilnya, melalui data telah didapati
bahawa berlakunya peningkatan dalam bilangan pekerja yang bersetuju dan berminat
untuk menggunakan alat bantu kerja iaitu Aircond Lifting Crane.

2
5.2.1 Reka Bentuk Yang Mesra Pengguna

Reka bentuk projek Aircond Lifting Crane yang sangat mesra pengguna adalah fokus
utama kepada penulis. Rekabentuk yang mesra pengguna akan meningkatkan kualiti alat
bantu kerja ini dan seterusnya akan menarik minat kapada para pekerja yang akan
mengendalikannya.

Aircond Lifting Crane ini dibuat daripada besi jenis Mild Stell Hollow Square Bar
dan besi jenis siku. Dengan kombinasi kedua-dua besi ini, reka bentuk Aircond Lifting
Crane akan lebih sistematik. Kedua-dua jenis besi ini juga mempunyai jisim yang
ringan.

Rajah 5.1: Rekaan Aircond Lifting Crane Yang Mesra Pengguna.

3
5.2.2 Hand Winch Mampu Menampung Berat 800 Lbs / 363 Kg

Hand Winch iaitu Winch Tangan adalah sebuah alat yang digunakan untuk menarik
atau mengangkat muatan yang berat. Tambahan pula, Hand Winch ini merupakan satu
komponen yang penting dalam projek Aircond Lifting Crane ini. Hand Winch akan
mengangkat unit outdoor ke tempat yang tinggi.

Hand Winch yang digunakan dalam Aircond Lifting Crane ini mampu
menampung berat 800 LBS yang bersamaan 363 kilogram. Hal ini akan lebih
memudahkan proses mengangkat unit outdoor yang berat ke tempat yang tinggi.

Rajah 5.2: Hand Winch Dapat Menampung Berat Sehingga 800 Lbs.

5.2.3 Menggunakan Kabel Keluli (Cabel Steel)

Dalam projek ini, kabel yang digunakan adalah kebel jenis keluli iaitu cabel steel.
Kabel keluli merupakan kebel yang terbaik untuk menjadikan projek Aircond Lifting
Crane ini lebih produktif. Kabel keluli mempunyai daya tahanan yang sangan kuat dan
sukar untuk putus. Kabel keluli ini juga adalah anti karat kerana diperbuat daripada
keluli yang baik.

3
Rajah 5.3 Kabel yang Digunakan Oleh Hand Winch - Kabel Keluli

5.4 Cadangan Penambahbaikan

Beberapa cadangan penambahbaikan perlu dibuat untuk memperbaiki projek Aircond


Crane Lifting ini. Pertama, penambahbaikan perlu dibuat pada pemegang di bahagian
atas crane. Rekabentuk pemegang crane perlu lebih kukuh dan lebih stabil supaya
dapat mengangkat muatan yang lebih berat. Kedua, penambahbaikan pemegang crane
lifting boleh laras boleh dilakukan pada projek yang akan datang. Hal ini akan lebih
memudahkan pengguna untuk melaras Aircond crane lifting sesuai dengan keperluan
tinggi tempat pemasangan unit outdoor.

5.5 Kesimpulan

Secara keseluruhan, kajian ini telah mengupas persoalan-persoalan berkaitan masalah


yang selalu dihadapi ketika melakukan kerja pemasangan unit penyaman udara
khususnya kerja pemasangan yang dilakukan pada unit outdoor di tempat yang tinggi.
Hasilnya, jumlah pengguna yang menggunakan alat bantu kerja Aircond Lifting Crane
dalam kalangan pelajar mahupun pekerja semakin

3
mendapat sambutan yang baik manakala untuk mencapai lagi kepuasan dalam kalangan
pelajar masih lagi memerlukan penambahbaikan yang berterusan.

Kajian ini juga memberi manfaat kepada kontraktor-kontraktor yang berada


dalam industry yang terlibat untuk mengukuhkan lagi kualiti kerja dan prestasi masing-
masing dengan adanya alat bantu kerja Aircond Lifting Crane ini. Kajian bagi
memperkukuhkan lagi alat bantu kerja Aircond Lifting Crane ini juga perlu dijalankan
secara berterusan bagi menilai keberkesanan tahap prestasi alat bantu kerja Aircond
Lifting Crane dari semasa ke semasa.

Kajian ini telah mengenal pasti bahawa rekaan Aircond Lifting Crane dan
projek yang dijalankan seharusnya relevan dengan permasalahan semasa yang timbul
ketika kerja pemasangan unit penyaman udara. Maka rekaan dan projek yang tidak
sesuai dan relevan perlu diubahsuai segera manakala cadangan dan projek pada tahap
yang masih relevan memerlukan penambahbaikan dan rekaan rupa bentuk Aircond
Lifting Crane yang sangat relevan dengan permasalahan pekerja perlu diwujudkan
dalam memberi tahap kepuasan maksima kepada para pelajar untuk menggunakan alat
bantu kerja Aircond Lifting Crane. Akhir sekali, cadangan penambahbaikan yang
relevan berupaya mengurangkan permasalahan maka inilah yang dikatakan strategi
dalam memperkukuhkan projek alat bantu kerja Aircond Lifting Crane ini. Diharapkan
projek ini Berjaya dan boleh menjadikan projek Aircond Lifting Crane ini sebuah
model dan produk yang cemerlang dan laris dalam kalangan pekerja pemasangan unit
penyamanan udara dan mampu menambahbaik kualiti kerja mereka.

3
RUJUKAN

Yusuf Kadang, Ishak Pammu (2018) Rancang Bangun Alat Angkat (Crane) Dengan
Kapasitas Maksimum 150 KG. Jurnal Elektronik Universitas Cokroaminoto Palopo.
ISSN 2443-1109: 34-43

Sri Zetli, Heru Kusbiantoro (2017) Perancangan Alat Bantu Angkat Brush Seal
Welding Fixture dengan Metode Reba dan Qfd. E-Jurnal UMRI (Universitas
Muhammadiyah Riau) ISSN:2354-6751: 8-16

Ramadhan (2018). BAB II Tinjauan Pustaka. Definisi Alat Angkut,


http://eprints.polsri.ac.id/6005/3/FILE%20III%20BAB%20II.pdf

Daikin Global (2021) Split/Multi_Split Type Air Conditioner,


https://www.daikin.com/products/ac/lineup/split_multi_split/

Easy Systems, (2021) Incline Belt Conveyor by Yves Denauw,


https://easy-systems.eu/en/belt-conveyors-cog-belt-conveyors/incline-belt- conveyor/

Anderson Dahlen, (2021) Minimize Downtime with Heavy Duty Screw


Conveyors for Moving Solids,
https://andersondahlen.com/components/conveyors/screw-conveyors

Bunnings Warehouse (2021). Saxon Hand Trolley


https://www.bunnings.co.nz/saxon-hand-trolley_p3350614

3
LAMPIRAN

Carta Gantt projek

BULAN JANUARI FEBUARI MAC APRIL


AKTIVIT 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4
I

MENCARI TAJUK PROJEK

MENCARI MAKLUMAT PROJEK

MEMBUAT PENGENALAN DAN


PENYATAAN MASALAH
MEMBUAT OBJEKTIF DAN TUJUAN
PROJEK

MEMBUAT SKOP PROJEK

MEMBUAT KAJIAN LITERATUR DAN


METODOLOGI
MEMBUAT JANGKAAN HASIL DAN CARTA
ALIR

MENYEDIAKAN RUJUKAN

MELAMPIRKAN LAMPIRAN

MEMBUAT BAB 1, 2, 3 DAN SEMAK

MENCETAK KERTAS CADANGAN

MENGHANTAR KERTAS CADANGAN


KEPADA PENYELIA

Perancangan
Pelaksanaan

3
Borang kaji selidik dalam google form

Anda mungkin juga menyukai