Anda di halaman 1dari 1

TUTORIAL MINGGU 15

Pengajaran Kanak-Kanak istimewa Secara Kolaboratif dan Koperatif.


Mengikut Program Pendidikan Inklusif, kanak-kanak istimewa sama ada cacat
atau pintar cerdas , adalah ditempatkan dalam kelas biasa mengikut umur
seperti kanak-kanak normal.
Ini bermakna guru biasa hendaklah mengajar mereka bersama dengan kanakkanak normal.
Dalam keadaan ini, kanak-kanak istimewa pula terpaksa mengikuti pendidikan
kurikulum biasa bersama dengan kanak-kanak normal.
Bagi sekolah yang belum sempat melaksanakan program Pendidikan Khas,
guru biasanya menggunakan kaedah kumpulan untuk menguruskan aktiviti
pemulihan bagi kanak-kanak lambat ( slow learners) kerana kecacatan bidang
tertentu, dan menguruskan aktiviti pengayaan bagi kanak-kanak pintar-cerdas.
Bagi sekolah yang dapat peluang melaksanakan program Pendidikan Khas
kerana diperuntukkan guru pendidikan khas atau guru resos serta
kemudahan-kemudahan yang sesuai dan lengkap, guru biasa akan
bekerjasama dengan guru resos itu dengan menjalankan aktiviti pengajaran
khas untuk kanak-kanak istimewa mereka.
Untuk menjayakan program pendidikan khas, guru biasa hendaklah mengajar
secara kolaboratif dan koperatif dengan guru resos , berusaha bersama-sama
menyediakan

inventori

untuk

mengenal

pasti

kanak-kanak

istimewa,

merancang program pengajaran , menyediaka alat-alat bantu mengajar ,


menentukan strategi , kaedah dan teknik mengajar , serta isi pelajaran dan
penilaian.
Melalui usaha secara koleboratif da koperatif antara guru biasa dengan guru

resos, program pendidikan khas yang dirancang untuk kanak-kanak istimewa


ini dapat dilaksanakan dengan licin dan sempurna , dan matlamat
mengembangkan potensi dan bakat mereka secara sepenuhnya dapatr
dicapai dengan jayanya.

Anda mungkin juga menyukai