Anda di halaman 1dari 7

Isl M1

Tugasan : Mengumpul maklumat berkaitan isu dalam pendiidkan sains menerusi


internet .
Kurikulum Sains dan Matematik perlu semakan
DI Malaysia, kurikulum Sains dan Matematik memakai seragam yang sama. Bukan
itu sahaja, kurikulum itu telah lama tidak mengalami perubahan. Kita juga tidak tahu
kurikulum sekarang buah tangan siapa dan sejak bila penggubalannya, seolah-olah
ia tidak berkepentingan awam. Apabila Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan
Matematik (PPSMI) diperkenalkan, maka yang berlaku hanyalah proses alih bahasa.
Inti patinya sama sahaja. Akhirnya kita menyalahkan bahasa, bukan isu sebenar.
Hakikatnya ialah kita gagal mengambil kesempatan ketika evolusi itu berlaku.
Selain itu, pembelajaran di sekolah kita sebenarnya tidak bersahaja, tetapi terlalu
berformat, berpusat dan menghafal.
Wartawan Utusan Malaysia, WAHID HASHIM mengulas isu itu, dan membuat
perbandingan berdasarkan pengalamannya berada di beberapa buah sekolah dan
institusi berkaitan di New York, Boston dan Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) barubaru ini.
BANK KURIKULUM
Terdapat 500 jenis kurikulum di seluruh Amerika Syarikat.
Bukan sahaja kurikulum berbeza di antara negeri, tetapi juga antara pentadbir
tempatan atau munisipal di dalam sesebuah negeri.
Kepelbagaian kurikulum itu dipantau dengan ketat oleh pelbagai pihak yang
berlainan latar belakang.
Kurikulum ini berevolusi mengikut arus semasa, dan dilakukan oleh para profesional
dalam pelbagai bidang, dan mendapat restu pihak berkuasa tempatan dan negeri.
Sebagai contoh, Kurikulum di bawah pentadbiran pihak berkuasa Boston bukan lagi
hak eksklusif cendekiawan universiti Harvard.
ISL M1

Page 1

Isl M1
Di Boston, Universiti Harvard adalah nadi awal pembangunan kurikulum sejak 100
tahun lalu.
Tetapi sejak mutakhir ini, beberapa suara lantang oleh profesional telah melahirkan
beberapa alternatif baru dalam kurikulum.
Kurikulum baru sains dibangunkan atas prinsip `teknologi berasaskan manusia'
(man-made technology).
Kurikulum sedia ada yang pada asasnya dibangunkan oleh empat profesor Harvard
beberapa tahun lalu didapati tidak lagi dapat memenuhi keperluan pelajar yang
mampu mencipta dan berfikir secara kritis dan kreatif.
PERANAN GURU
Guru bertanggungjawab sepenuhnya berhubung kejayaan pelaksanaan.
Ditangan gurulah dipertanggungjawabkan segala kejayaan dan kegagalan pelajaran.
Sepertimana di Malaysia, guru di AS juga menghadapi tekanan daripada masyarakat
setempat.
Jika peratusan yang terlalu rendah, guru boleh diberhentikan atau ditukar. Kerjaya
guru bertaut di dahan yang rapuh. Mujurlah mereka bernaung d bawah kesatuan.
Kurikulum bukan digubal oleh sebuah Kementerian Pelajaran yang berpusat seperti
di Malaysia.
Kurikulum ialah alat yang boleh disisipkan, mengganti terus keseluruhan yang sedia
ada, atau sebagai alternatif untuk dilaksanakan di sesuatu kawasan.
Sama saja seperti di Malaysia, bukan semua guru di negara itu mahu menerima
perubahan kurikulum.
Hanya guru tertentu yang sanggup mencuba.
Kurikulum boleh dicuba dan semua pihak melihat kepada keberkesanannya.

ISL M1

Page 2

Isl M1
Pada akhirnya, ibu bapalah yang menentukan apa yang terbaik untuk anak mereka.
`MENJAWAB' PEMEGANG SAHAM
Oleh sebab kebanyakan sekolah tidak menerima bajet yang cukup dari kerajaan
negeri atau pusat, maka akhirnya dana sekolah banyak bergantung kepada
sumbangan atau daripada geran khas pentadbiran tempatan serta ibu bapa.
Jadi, pada dasarnya mereka banyak menjawab kepada pemegang saham ini, bukan
kepada kerajaan.
Namun apa yang hendak ditekankan di sini adalah tentang sifat keterbukaan
kurikulum dalam falsafah pendidikan. Kurikulum bukan hak milik suatu pihak, tetapi
segenap lapisan masyarakat dan agensi.
KEJURUTERAAN ASAS
Yang terbaru tentang kurikulum di negara itu adalah tentang usaha untuk
menerapkan kurikulum Kejuruteraan Asas atau Engineering is Elementary (EIE) di
tahap sekolah rendah atau elementary school bermula tahap satu - atau prasekolah
di Malaysia - sehingga tahap lima.
Penulis dibawa ke beberapa buah sekolah rendah di Amerika Syarikat untuk melihat
bagaimana guru mengajar kurikulum berkenaan.
Kurikulum berkenaan diasaskan di Boston, dan kini diletakkan di bawah Boston
Museum of Science, Massachussets.
Inilah keunikan pembangunan kurikulum di AS kerana aspek latihan dan program
peningkatan profesional keguruan tidak semata-mata disandarkan di bahu pihak
pusat.
Malah bidang kuasa agensi seperti muzium dan pusat sains diperluas sehingga
mereka boleh membuka sebuah sekolah yang formal.
SEKOLAH DI PUSAT SAINS

ISL M1

Page 3

Isl M1
Hal ini cukup unik - sama seperti sebuah sekolah kebangsaan di Petrosains atau
Pusat Sains Negara - atau mungkin Planetarium Negara - dengan restu Kementerian
Pelajaran!
Hal ini berlaku di Pusat Sains California, yang terletak 10 minit berjalan kaki dari
Universiti of Southern California.
Sekolah itu dinamakan Sekolah Pusat Sains menyediakan tempat bagi kanak-kanak
yang tinggal di sekitar 2.5 batu di sekelilingnya.
``Asalkan mereka boleh sampai ke sekolah pada 8 pagi, mereka boleh bersekolah di
sini,'' kata Pengarah Projek Sekolah Pusat Sains, Jacques Bordeaux semasa
taklimat kepada rombongan dari Malaysia yang melawat sekolah itu.
Kepercayaan itu jelas menunjukkan aspek turun kuasa yang cukup demokratik di AS.
Di satu pihak lagi - seperti beberapa pusat Sains di AS - agensi yang
membangunkan kurikulum berusaha bersungguh-sungguh dan melakukannya
dengan rasa ikhlas setelah melihat ada keperluan untuk berbuat demikian.
PETROSAINS DAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL
Petrosains memulakan inisiatif membawa kurikulum EIE ke negara ini, dan usaha
bersungguh-sungguh sedang dilakukan untuk memperkayakan kurikulum sedia ada,
atau disisipkan di mana-mana yang boleh.
``Usaha ini sebagai tanggungjawab sosial Petronas (melalui petrosains),'' kata Ketua
Pegawai Eksekutif Petrosains, Tengku Nasariah Tengku Syed Ibrahim.
Cita-cita murni Petrosains itu diperkukuhkan lagi dengan penubuhan pusat
pendidikan di bawahnya yang aktif dalam latihan profesional keguruan serta
pemupukan minat bidang sains dalam kalangan pelajar sekolah.
Langkah itu mencontohi tugas profesional oleh banyak pusat sains di seluruh dunia yang hampir 90 peratus mengambil bekas guru yang berpengalaman luas.

ISL M1

Page 4

Isl M1
Ikut serta dalam program lawatan ke sekolah di Boston itu ialah beberapa pegawai
kanan Kementerian Pelajaran Malaysia yang diharap dapat mempelajari proses
pengajaran dan pembelajaran di Boston, khususnya pendekatan pengajaran
kurikulum kejuruteraan itu.
EIE BERTARAF DUNIA
Kata Naib Presiden merangkap Penerbit Pusat Teknologi dan Literasi Muzium Sains
Boston, Richard Blummenthal, kurikulum kejuruteraan Asas untuk sekolah rendah
yang diinisiatifkan oleh pihaknya telah menarik minat banyak pihak sama ada di
beberapa negeri di AS dan antarabangsa.
``Bukan kami yang mempromosikan kurikulum ini, tetapi mereka yang datang
kepada kepada kami setelah mengetahui tentangnya,'' katanya.
Beliau memberitahu Utusan Malaysia, negara seperti Kanada telah melakukan
kurikulum tersebut secara `serius, tetapi Thailand yang pada mulanya kelihatan
begitu bersungguh-sungguh memperlahankan sedikit inisiatif tersebut kerana
beberapa masalah, khususnya kerana perbezaan bahasa,'' katanya.
Katanya lagi, modul yang disediakan boleh diubah suai mengikut kesesuaian di
negara masing-masing, serta mengikut kesesuaian guru yang mengajar.
Di Malaysia, beberapa modul dalam kurikulum itu mungkin boleh diterapkan secara
langsung kerana mata pelajaran Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Inggeris.
Kurikulum ini agak berbeza dengan kurikulum sains tulen yang kerana pelajar akan
diberi masalah dan mereka akan menggunakan kesemua kaedah, pendekatan,
pancaindera dan dengan pelbagai kecerdasan.
Bermula dengan bahan bacaan rakyat yang disusun sedemikian rupa supaya ada
unsur penyelesaian masalah kejuruteraan, murid seterusnya dibawa kepada
beberapa siri uji kaji yang cukup asas untuk mengembangkan fikiran mereka.
Kurikulum ini agak unik kerana bahan yang digunakan untuk membangunkan
sesuatu konsep dalam kejuruteraan adalah bahan yang mudah didapati seperti botol
air mineral, pemegang ais krim, kertas akhbar dan sebagainya.
ISL M1

Page 5

Isl M1
PROSES KEMAHIRAN SAINS
Di Malaysia, proses kemahiran sains telah berlaku, tetapi tidak secara amalinya.
Soalan yang ditanya dalam peperiksaan tidak melalui proses amali sepenuhnya.
Kehebatan pelajar berdasarkan kekuatan hafalannya. Tiada belajar dan bermain di
dalam bilik darjah, dan murid tidak diberi peluang untuk menggunakan kepelbagaian
kecerdasan untuk menyelesaikan masalah. Kemahiran proses sains pula terlalu
berformat, kaku dan abstrak.
Adakalanya, soalan sains seolah-olah mahu murid hanya mengagak-agak mana
jawapan yang betul berdasarkan tesis dan konsep yang telah diajar kepada mereka.
Agak susah untuk mencari kurikulum yang memberi peluang kepada murid seawal
tahap satu menguji setiap yang didengari atau disogok kepadanya dalam kelas.
Kurikulum kejuruteraan yang diperkenalkan di Boston itu merupakan kaedah terkini
yang cuba untuk memenuhi tuntutan tersebut.
EIE SEKILAS PANDANG
Bahan bacaan sebagai pembuka proses P&P dalam EIE merupakan pendekatan
yang `lembut' sebelum menjurus kepada beberapa bidang kejuruteraan.
Bahan bacaan adalah kisah rakyat dari seluruh dunia yang menonjolkan watak dan
beberapa masalah seharian yang memerlukan penyelesaian masalah secara
kejuruteraan.
Selain memperkaya perbendaharaan kata, bahan bacaan memang secocok dengan
budaya di AS apabila kanak-kanak atau ibu bapa membaca buku cerita sebelum
tidur waktu malam.
Seterusnya, tahap kedua kurikulum itu akan menyentuh aspek yang lebih luas itu
bidang menyentuh bidang kejuruteraan, sebelum kepada pendekatan saintifik
termasuk pengumpulan dan data, disusuli oleh mereka cipta dan mengemukakan
cabaran.

ISL M1

Page 6

Isl M1
Pendekatan mengajar terikat kepada satu kitaran yang bermula dengan bertanya,
membayangkan, merancang, membangunkan dan memperbaiki.
Rombongan pegawai dari Malaysia itu turut berpeluang berinteraksi dengan
beberapa guru sekolah rendah di AS yang menyertai sesi perbengkelan yang
diadakan di Muzium sains Boston pada sebelah paginya, sebelum menyaksikan
dengan mata kepala sendiri proses P&P di sekolah selama tiga hari.
Lawatan ke Boston ini diharap dapat membuka mata kita tentang kepelbagaian
pendekatan penyampaian.
Bagi Petrosains, mereka boleh menjadi pusat sehenti kurikulum, dan seterusnya
menjadi sumber rujukan yang melengkapi kurikulum sedia ada.
http://www.tutor.com.my/tutor/dunia.asp?
y=2007&dt=1128&pub=DuniaPendidikan&sec=Isu_Semasa&pg=is_01.htm

ISL M1

Page 7

Anda mungkin juga menyukai