Anda di halaman 1dari 8

3.

0 LAPORAN MEREKA BENTUK LANDSKAP BATAS TANAMAN

3.0.1 PEMILIHAN REKA BENTUK LANDSKAP

Terdapat lima prinsip reka bentuk

a) Ukuran/skala
b) Keringkasan
c) Keanekaan
d) Keseimbangan
e) Turutan/ulangan

a) Ukuran/Skala

Ukuran atau skala ini adalah untuk perbandingan ukuran di antara elemen-elemen yang ada
dan perbandingan ukuran di antara manusia dan persekitarannya. Jikalau penggunaan elemen-
elemen besar dalam ruangan yang sempit menampakkan kawasan lebih kecil. Manakala
penggunaan elemen-elemen kecil dalam ruangan yang besar menampakkan kawasan lebih
besar daripada saiznya. Pemilihan elemen landskap, reka bentuk dan tanaman yang sesuai
dengan kawasan. Pemilihan saiz juga mempengaruhi perasaan atau emosi dan persepsi akan
sesuatu ruang. Dalam batasan tanaman kami lebih kepada ukuran relatif iaitu ukuran yang
sebanding. Saiz tanaman sesuai dengan persekitaran menampakkan kawasan tersebut
seimbang. Sebagai contoh, tanaman kami tidak tinggi daripada saiz badan manusia dan
tumbuh dengan saiz yang sedang-sedang.

b) Keringkasan

Keringkasan ini adalah penggunaan jenis elemen seperti tumbuh-tumbuhan, air, struktur
binaan dalam bentuk yang mudah dan ringkas. Khasnya, tumbuh-tumbuhan yang terhad
menampakkan sesuatu landskap itu tidak sesak dan lebih sedap dipandang.
Walaubagaimanapun, penggunaan tumbuh-tumbuhan terhad yang dipilih hendaklah menarik
dan sesuai untuk sesuatu landskap. Landskap yang ringkas boleh meningkatkan daya tarikan
orang lain. Hal yang demikian, tumbuhan yang banyak boleh menampakkan ruangan itu sempit
dan tidak tersusun. Begitu juga, boleh mempengaruhi daya tarikan orang lain jika keringkasan
ini tidak diaplikasikan dalam penyenggaraan dan penyusunan landskap.
c) Keanekaan

Keanekaan ini menggunakan pelbagai komposisi yang harmoni dalam sesuatu landskap.
Elemen-elemen seperti tumbuh-tumbuhan, air, struktur binaan boleh digabungkan dalam satu
gabungan yang harmoni dengan kepelbagaian saiz dan ukuran, bentuk ataupun warna.
Susunan, gubahan, bentuk, tekstur, saiz dan warna ini boleh dikomposisikan menjadi satu
elemen landskap untuk menggelakkan kebosanan. Ini juga boleh menarik daya tarikan orang
lain yang melihat landskap ini. Aneka warna, tekstur, saiz atau bentuk yang digubah menjadi
lebih cantik dan menarik dalam landskap.

d) Keseimbangan

Keseimbangan ini adalah pembahagian yang sama bagi ruang-ruang luar. Ia juga melibatkan
keseimbangan dari segi saiz ruang, tinggi pokok dan juga bentuk tumbuhan. Hal ini kerana
unutk mendapatkan visual dan pemandangan landskap yang menarik. Keseimbangan ini
terbahagi kepada dua iaitu seimbang dari segi saiz, bentuk daripada pelbagai elemen untuk
mewujukan landskap yang formal dan susunan tidak seimbang ini adalah untuk mewujudkan
landskap dengan persepsi yang selesa dan tenang

e) Turutan / ulangan

Turutan atau ulangan ini adalah penggunaan elemen secara berulang-ulang. Elemen berulang
ini kebiasaannya digunakan secara linear atau garisan. Prinsip ini biasaanya digunakan untuk
menunjukkan jalan atau laluan. Penanaman pokok dengan jarak yang berbeza boleh memberi
pandangan yang harmoni.
3.0.2 PERALATAN YANG DIGUNAKAN

Bil. Jenis peralatan Fungsi peralatan


1 Sudip tangan - sesuai untuk penanaman
tanaman kecil seperti herba dan
sayur. Ia juga sesuai untuk
penanaman dalam pasu,
membuang rumpai, dan
mencampurkan tanah untuk
pasu. Jika anda mempunyai
wang lebih, seeloknya belilah
sudip tangan keluli tahan karat.
Ia tahan lasak dan selalunya
tempat pemegang yang selesa
2 Penyiram - penting jika kebun anda berada
jauh dari sumber air. Jika tak
pun, ia boleh menjimatkan
penggunaan air di rumah

3 Cangkul - Bagi skala kecil bagi pekebun di


rumah, cangkul penting untuk
menggembur, merata dan
memecahkan tanah, membuat
batas, membuang rumpai, dan
membuat lubang untuk tanam
anak pokok
4 Cangkul mata tiga - Selepas mencangkul, kita perlu
juga menggembur tanah.
Penggunaan cangkul tiga mata
atau penggembur amat sesuai
selepas kawasan penanam
dibentuk dengan cangkul.

5 Sarung tangan - Ia penting bagi melindungi


tangan daripada sebarang
kecederaan semasa berkebun.
Sarung tangan kain amat
sesuai digunakan. Ia dapat elak
tapak tangan daripada melecur
semasa aktiviti mencangkul
berlangsung
3.0.3 KOS PEMBINAAN

Bil Kos pembinaan Harga seunit (RM) Jumlah


1 Baja 5.50 5.50 x 1
2 Baja tahi ayam 6.50 6.50 x 1
3 Benih sawi 3.00 3.00 x 4
Jumlah keseluruhan 24.00

3.0.4 TAPAK REKA BENTUK LANDSKAP


3.0.5 PELAKSANAAN TANAMAN

Langkah 1: Mencangkul

Kami mencari tapak di belakang asrama lelaki.


Kami mencangkul tapak yang telah dipilih
untuk dijadikan batasan tanaman.

Langkah 2: Menggembur tanah

Kami menggembur tanah menggunakan sudip


tangan dan cangkul mata tiga. Hal ini kerana
untuk membuang rumput-rumput yang masih
di atas batas.

Langkah 3: Membuang rumput-rumput

Rumput-rumput tersebut diletakkan dalam


pongcase. Selepas itu, dibuang ke tempat
yang sepatutnya agar senang dihapuskan.
Langkah 4: Membuat Sistem Perparitan

Selepas rumput-rumput itu dibuang, kami


mencangkul di bahagian tepi batas untuk
membuat sistem perparitan.

Langkah 5: Memperbaiki Sistem Perparitan

Sistem perparitan dibuat dari batas tanaman


agar air tidak bertakung

.
Langkah 7: Mencabut Rumput

Mencabut rumput supaya tidak bersaing


dengan tanaman.
Langkah 8: Menanam Biji Benih Tanaman

Menanam biji benih tanaman dalam batas


tanaman yang telah dibuat.

Langkah 9: Menyiram

Menyiram tanaman sebanyak 2 kali sehari.

Langkah 10: Hasil tanaman

Ini lah hasil tanaman yang dibuat.

Anda mungkin juga menyukai