Anda di halaman 1dari 23

P e r l a n s k a p a n | 46

UNIT 3
PEMILIHAN DAN ATURAN TANAMAN

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda dapat:

Menerangkan maksud landskap dan perlandskapan.


Mengetahui kepentingan landskap dan senibina landskap.
Membincangkan isu-isu semasa dan teknologi terkini yang berkaitan dengan bidang
perlandskapan.
Menyedari kepentingan senibina landskap terhadap persekitaran dan kehidupan.

KANDUNGAN MODUL
Untuk membolehkan pelajar mencapai objektif di atas dan mengikuti modul ini dengan mudah, kandungan modul ini
dibahagikan kepada:
Unit 3.0 Pengenalan
Unit 3.1 Pelaksanaan Landskap lembut
Unit 3.2 Aturan Tanaman
Unit 3.3 Tumbuhan Landskap dan Nurseri
Unit 3.4 Rumusan
Unit 3.5 Rujukan

3.0 PENGENALAN
Ciri-ciri pemilihan tanaman landskap:

Memilih tanaman yang tahan terhadap serangan penyakit atau serangga.

Mempunyai bentuk yang tersendiri dan ukurannya sesuai.

Tumbuhan di kawasan rata bentuk bulat dan mengembang.

Tumbuhan di kawasan gunung / bukit bentuk piramid dan bujur.

P e r l a n s k a p a n | 47

3.1 PELAKSANAAN LANDSKAP LEMBUT

Landskap lembut merujuk kepada unsur tumbuhan atau tanaman di dalam landskap iaitu pokok
naungan, renek, penutup bumi dan rumput turf, memanjat, menjalar dan herba.

Pelaksanaan landskap lembut adalah penanaman tumbuhan landskap di kawasan pelandskapan.

Kaedah penanaman memainkan peranan yang penting dalam menentukan tumbuhan landskap
dapat tumbuh dengan subur.

Beberapa perkara perlu diberi perhatian sebelum dan semasa penanaman dilakukan.

Penanaman yang sempurna dapat menjamin tumbuhan landskap hidup dan membesar dengan
baik.

Panduan Untuk Memilih Pokok Hiasan:i.

Pilih pokok yang sesuai dengan tanah, bentuk, ukuran dan luas kawasan.

ii.

Pilih pokok yang tidak mengeluarkan buah yang mudah gugur atau lembik atau mempunyai akar
yang boleh merosakkan permukaan turapan, tembok dan konkrit.

iii.

Pilih pokok yang lambat pertumbuhan kerana pokok jenis cepat membesar rapuh dan cepat mati.

iv.

Pilih pokok yang sihat dan mempunyai bentuk tersendiri.

POKOK MENJALAR

Digunakan untuk memberi warna dan teduhan jika kawasan rumah sempit.

Boleh digunakan untuk memberi warna dan teduhan jika ditanam atas pergola atau gazebo.

Melembutkan struktur keras

Untuk daya tarikan dan tumpuan.

POKOK PENUTUP BUMI


Tujuan:

untuk kawal rumpai, elak hakisan serta mencantikkan kawasan.

P e r l a n s k a p a n | 48

Boleh ditanam bersama pokok renek untuk mereka bentuk kawasan yang menarik.

POKOK BUNGA

Sejenis tanaman yang mempunyai kitaran hayat kurang daripada setahun

Lokasinya mesti mendapat cahaya matahari sepenuhnya

Tidak dijadikan tumpuan lebih daripada elemen lain

Ditanam sebagai elemen untuk mencantikkan bangunan rumah.

Ditanam dalam satu kumpulan satu warna supaya kelihatan lebih berkesan.

Apabila menanam pokok bunga, tentukan lebar batas tidak lebih drpd 1.5m untuk memudahkan
kerja penjagaan

Tidak digalakkan ditanam terlalu dekat dengan rumah boleh sesakkan keadaan rumah.

3.2 ATURAN TANAMAN

Sebelum menanam pokok:garisan senibina dan bentuk rumah keseluruhannya perlu dianalisiskan.

Beri perhatian pada:


i.

Pemandangan keseluruhan depan rumah

ii.

Ikut kedudukan pintu rumah, tingkap dan struktur lain.

Jika kawasan rumah mempunyai ruang yang besar:a. Pokok hiasan boleh ditanam untuk membingkai pemandangan bahagian depan rumah
b. Landskap boleh dijadikan lebih harmoni dan menarik jika bentuk struktur seni bina diulangi
dengan memilih tanaman yang sama.

Fikirkan bagaimana aturan tanaman di bahagian depan boleh menambahkan nilai estetik
dan bagaimana hadangan boleh diadakan untuk mengurangkan tumpuan kepada rekaan
seni yang kurang menarik.

P e r l a n s k a p a n | 49

Bagi rumah dua tingkat:- pilih pokok yang tinggi berdahan dan tentukan dahan-dahan tidak melindungi rumah.
- Elak tanam pokok kecil rumah kelihatan tinggi dan tidak seimbang dengan landskap.

Bagi rumah yang terdedah kepada kepanasan petang atau pagi:- Pilih pokok yang mempunyai bentuk dan tekstur yang boleh memberi perlindungan
daripada kepanasan cahaya matahari.

Untuk menambahkan pemandangan yang menarik dari arah jalan:- tanaman ditanam dengan sudut 30-45 darjah untuk membingkai rumah.
- Jarak dan sudut ini selalu dilihat oleh orang yang lalu lalang.

Aturan tanaman untuk membingkai pemandangan rumah

Pemilihan tanaman berdasarkan kpd bentuk rumah:


a.

Rumah kelihatan tinggi pokok yg mempunyai ciri-ciri menegak

b.

Rumah mendatar pokok yg berdahan lebar atau pokok yang berbentuk


mendatar atau bulat.

P e r l a n s k a p a n | 50

1. Persediaan Sebelum Menanam

Perkara yang perlu diberi perhatian sebelum penanaman:

1.

Pemilihan bahan penanaman,

2.

Pengendalian bahan tanaman,

3.

Pembersihan dan Penyediaan tapak

4.

Penyediaan lubang dan batas penanaman

5.

Penyediaan tanah campuran

6.

Penanaman tumbuhan landskap.

2. Pemilihan bahan tanaman


a. Bahan tanaman dalam beg politena

Anak pokok yang digunakan di kawasan pelandskapan biasanya didapati dalam beg
politena dari nurseri.

P e r l a n s k a p a n | 51

Pokok naungan dan palma dalam beg politena yang lebih besar.

Tumbuhan renek dalam beg politena bersaiz sederhana besar

Tanaman penutup bumi dalam beg politena yang lebih kecil.

b. Bungkusan guni

Bungkusan guni selalunya digunakan untuk pokok segera (instant tree) yang dipindahkan dari satu
kawasan ke tapak landskap yang baru.

Kebanyakan pokok segera terdiri daripada jenis pokok naungan dan pokok palma yang
mempunyai akar yang besar dan banyak.

Pokok yang bahagian akarnya dibungkus dengan guni boleh ditanam terus ke dalam lubang
penanaman kerana guni cepat reput di dalam tanah.

Penanaman terus juga dapat mengurangkan kejutan akar semasa menanam di tempat baru.

c. Tanaman akar terdedah

Tanaman akar terdedah boleh digunakan untuk tanaman yang mudah mengeluarkan akar.

Jenis tanaman yang boleh disediakan dalam bentuk akar terdedah biasanya terciri daripada
tanaman jenis penutup bumi dan herba seperti Alternanthera amoena, Pandanus pygmeus,
Bambusa sp., Helicornia psittacorum dan sebagainya.

la boleh cipisahkan menjadi bahagian yang lebih kecil daripada induk untuk ditanam terus ke batas
penanaman.

Bagaimanapun, tanaman yang ditanam dengan mengunakan bahan akar terdedah perlu diberi
penjagaan rapi sebelum ia mengeluarkan akar yang banyak.

d. Biji benih

Biji benih selalunya digunakan untuk tanaman rumput bagi kawasan yang luas.

Antara jenis rumput yang biasa ditanam dengan menggunakan biji benih adalah seperti Axonupus
compressus, Zoysia matrella dan Digitaria didactyla.

3. Pengendalian bahan tanaman


a. Pengerasan Tanaman

Pengerasan adalah mendedahkan tanaman ke persekitaran terbuka dan cahaya matahari penuh
secara beransur-ansur sebelum ditanam di tapak landskap.

P e r l a n s k a p a n | 52

Pengerasan adalah perlu untuk mengurangkan kejutan tanaman apabila ditanam terus di tapak
landskap.

Ini adalah kerana tanaman landskap biasanya berada di nurseri dalam keadaan yang lebih
sempurna dengan perlindungan dan penjagaan yang rapi.

Tanaman yang dibuat pengerasan akan lebih bersedia mengalami perubahan terhadap
persekitaran yang baru selepas menanam.
b. Pengangkutan Bahan Tanaman

Pengangkutan bahan tanaman daripada nurseri ke tapak landskap untuk penanaman perlu diberi
perhatian.

Semasa mengangkut, pengawasan perlu untuk mengelakkan bahan tanaman mengalami


kerosakan sebelum menanam di tapak landskap.

Antara kerosakan fizikal yang mudah berlaku semasa pengangkutan adalah seperti patah dahan
atau ranting, calar kulit dan daun, akar atau bebola akar terkeluar dan sebagainya.

Bagi mengelakkan kerosakan ini, beberapa langkah perlu diberi perhatian:


i.

Berhati-hati ketika mengangkat bahan tanaman.

ii.

Menggunakan kenderaan yang sesuai dengan saiz dan kuantiti bahan tanaman.

iii.

Memberi perlindungan semasa pengangkutan.

iv.
Mengangkut pada waktu yang sesuai seperti pagi atau lewat petang untuk mengelakkan
kekeringan semasa cuaca panas.
c.

Perlindungan Semasa di Tapak

Selepas pengangkutan, perlindungan bahan tanaman perlu diberikan sebaik sahaja tiba di tapak
landskap.

Perlindungan di tapak adalah untuk mengelakkan daripada cuaca keterlaluan seperti panas terik
dan angin kuat, haiwan seperti lembu dan kambing, air bertakung dan sebagainya.

Bagi tujuan perlindungan, perkara-perkara berikut hendaklah dipatuhi:


i. Bahan tanaman hendaklah diletakkan di atas tanah yang rata dan bersaliran baik.
ii. Letakkan di tempat yang teduh seperti di bawah pokok besar atau tempat berbumbung.
iii. Memberi sokongan kepada pokok besar dan tinggi.
iv. Menyusun secara tegak dan rapat.
v. Membuat siraman dari semasa ke semasa.

P e r l a n s k a p a n | 53

vi. Membuat penanaman dengan segera. Jangan biarkan bahan tanaman di tapak
landskap tanpa ditanam lebih daripada 2 hari.
4. Pembersihan dan Penyediaan tapak

Pembersihan tapak adalah membuang sampah dan rumpai yang tidak dikehendaki di kawasan
yang akan dibuat penanaman.

Membuang sampah dan rumpai bertujuan untuk memudahkan kerja penanaman serta
mengelakkan persaingan di antara rumpai dan tanaman.

Persaingan adalah seperti mendapatkan nutrien dan ruang di antara tanaman yang dikehendaki
dengan tumbuhan yang tidak dikehendaki.

Pembersihan juga untuk menampakkan kawasan lebih kemas dan cantik.

5. Penandaan

Selepas kawasan dibersihkan, kerja penandaan dilakukan.

Penandaan adalah menanda tempat atau lokasi rnenanam berdasarkan daripada pelan
penanaman.

Tempat yang akan dibuat lubang penanaman bagi pokok naungan, pokok palma dan pokok renek
ditandakan.

Kawasan yang akan dirata dan digembur untuk penanaman penutup bumi dan rumput turf juga
ditandakan mengikut keluasannya.

Tempat yang akan digali untuk lubang penanaman akan ditandakan dengan kayu penanda
berukuran 45-60 cm panjang.

Kayu penanda akan diwarnakan atau dicat mengikut spesis tanaman yang akan ditanam.

Kawasan yang akan dirata dan digemburkan untuk penanaman penutup bumi atau rumput turf
ditandakan dengan tali dan kayu penanda sepanjang 45-60 cm panjang.

Tali diikat mengelilingi kawasan bagi menentukan sempadan kawasan yang akan ditanam.

6. Penyediaan lubang dan batas penanaman


a. Penyediaan Lubang Penanaman

Lubang penanaman merupakan ruang yang penting untuk pertumbuhan akar.

Digali di tempat yang telah ditandakan mengikut pelan penanaman.

Tunggul kayu, batu dan sisa buangan hendaklah dibuang supaya tidak menghalang pertumbuhan
akar yang sempurna.

P e r l a n s k a p a n | 54

Kerja penggalian boleh dibuat dengan menggunakan cangkul atau jentera penggali terutamanya
untuk lubang yang besar.

Lubang yang digali sebaik-baiknya didedahkan kepada matahari selama seminggu untuk
memusnahkan kulat dan parasit yang terdapat dalam tanah atau lubang tersebut.

Selepas seminggu, barulah penanaman dibuat.

Penyediaan Lubang Penanaman

b.

Penyediaan batas penanaman

Batas penanaman perlu disediakan untuk tanaman jenis renek bersaiz kecil, penutup bumi dan
rumput turf.

Kawasan dibersihkan dan ditandakan dengan tali dan kayu penanda untuk menunjukkan
sempadan kawasan yang akan ditanam.

Seterusnya pecah dan gemburkan tanah sedalam 15 cm di dalam kawasan bertanda untuk
memudahkan pembiakan dan pengeluaran akar tanaman di dalam tanah yang gembur.

Tanah yang digembur akan didedahkan kepada cahaya matahari untuk pengudaraan dan
memusnahkan kulat serta parasit dalam tanah.

P e r l a n s k a p a n | 55

Rajah keratan rentas batas penanaman


7. Penyediaan batas penanaman

Selepas seminggu, taburkan campuran tanah 3:1 (3 bahagian bahan tanah loam dan 1 bahagian
bahan organik) yang telah disediakan sehingga ia membentuk batas setinggi 15 - 20cm daripada
permukaan tanah asal disekelilingnya.

Baja asas seperti baja fosforus boleh taburkan untuk menambah kesuburan tanah.

Gembur dan ratakan permukaan batas tersebut untuk penanaman

8. Penyediaan tanah campuran

Tanaman memerlukan tanah yang gembur dan subur supaya sistem akar tanaman dapat
berkembang dengan baik dan sempurna.

Perkembangan akar adalah penting bagi menyerap air dan nutrien dari dalam tanah untuk
tumbesaran tanaman.

Nisbah campuran tanah yang biasa digunakan untuk tanaman landskap di tapak landskap adalah
3 bahagian tanah loam dan I bahagian bahan organik (3:1).

Baja asas seperti baja Fosforus dan Kapur boleh dicampurkan dalam kuantiti yang disyorkan.

Tanah loam dapat memberikan saliran yang baik serta banyak ruang-ruang rongga untuk
pengudaraan dan pernafasan akar.

Penggunaan bahan organik dapat menambahkan kandungan nutrien dalam tanah serta dapat
mengekalkan kelembapan tanah.

Baja fosforus dapat mempercepatkan perkembangan akar manakala kapur dapat meninggikan pH
tanah yang masam.

Campuran tanah yang telah disediakan akan digunakan semasa penanaman di tapak landskap.

9. Penanaman tumbuhan landskap.

Penanaman tumbuhan landskap merupakan kerja menanam di tapak landskap.

P e r l a n s k a p a n | 56

a.

Tanaman yang dibawa dari nurseri ke tapak landskap akan ditanam di dalam lubang penanaman
atau kawasan penanaman yang telah disediakan sebelum ini.
Menanam

Bahan tanaman bersama bebola akar diletakkan di dalam lubang penanaman yang telah
disediakan.

Pastikan tanaman tegak dan lurus semasa meletakkannya.

Perlu dibuat dengan berhati-hati untuk mengelakkan bebola akar pecah.

Bebola yang pecah boleh merosakkan sistem akar tanaman.

Jika akar terlalu padat, cantaskan sebahagian akar serabut sebelum menanam untuk
menggalakkan pengeluaran akar baru yang lebih aktif.

Masukkan campuran tanah 3:1 yang telah disediakan ke dalam lubang penanaman sehingga
penuh. Padatkan disekeliling pangkal tanaman untuk melindungi akar.

Bagi bahan tanaman daripada bungkusan guni, kaedah penanaman yang sama diamalkan.
Bagaimanapun, bungkusan guni tidak perlu dibuka untuk mengurangkan kejutan akar. Guni adalah
bahan yang mudah reput di dalam tanah. Pereputan guni boleh menambahkan bahan organik
dalam tanah.

Penanaman menggunakan bahan tanaman akar terdedah lebih mudah dilakukan. la biasa dibuat
terhadap tanaman penutup bumi dan rumput turf. Bahan tanaman di kerat atau dipisahkan
daripada induk ke bahagian-bahagian yang lebih kecil. Bahagian ini boleh ditanam terus ke atas
batas tanaman yang telah disediakan sebelumnya.

Contoh penanaman di atas batas

P e r l a n s k a p a n | 57

b. Penyiraman

c.

Penyiraman hendaklah dilakukan sebaik sahaja selepas menanam.

Semua tanaman yang ditanam mestilah disiram dengan air secukupnya.

Penyiraman dapat membekalkan air dengan segera kepada akar-akar tanaman yang mula
hidup di tempat baru.

Sungkupan

Sungkupan adalah meletakkan bahan-bahan tertentu di sekeliling pangkal tanaman


setebal 10-15 cm supaya menutup permukaan tanah yang terdedah.

Sungkupan bertujuan untuk mengekalkan kelembapan tanah dengan mengurangkan


pemeruwapan selepas hujan atau siraman serta dapat mengurangkan pertumbuhan
rumpai yang tidak dikehendaki.

Bahan-sungkupan yang boleh digunakan adalah seperti rumput, daun kering, tanah
gambut dan cebisan sabut kelapa.

Bahan sungkupan yang baik adalah daripada bahan organik kerana mudah reput dan
boleh menambahkan kandungan organik dalam tanah.

d. Pemancangan

Adalah meletakkan kayu pancang di tepi tanaman yang baru ditanam dan diikat kepada
batang tanaman tersebut.

Dapat mengelakkan tanaman daripada tumbang serta membantu tanaman tumbuh tegak.

Tali pengikat hendaklah mempunyai ketahanan cuaca dan tidak mudah merosakan batang
tanaman.

Diikat longgar untuk memberi ruang kepada tumbesaran tanaman serta pergerakan kecil.

P e r l a n s k a p a n | 58

Kayu diletakkan sekurang-kurangnya 20 cm daripada pokok untuk mengelakkan


pergeseran di antara batang tanaman dan kayu pancang dan mengelakkan kerosakan
akar pokok.

Ikatkan pokok kepada kayu pancang dengan menggunakan tali rafia.

3.3 TUMBUHAN LANDSKAP DAN NURSERI


Definisi Nurseri :
Tempat di mana anak benih pokok dihasilkan dan ditempatkan sebelum ditanam di tempat
yang kekal atau dipasarkan.
-

Pemilihan pokok Penjagaan rapi dilakukan di nurseri.

JENIS NURSERI
i. Nurseri Runcit
-Merupakan tempat menghasilkan dan memasarkan tanaman hiasan. Biasanya nurseri runcit dilakukan
secara kecil-kecilan. Di samping itu, bahan lain seperti pasu, baja dan racun kadang kala anak pokok
buah-buahan turut dijual.
ii. Nurseri Borong
Nurseri jenis ini memerlukan kawasan yang luas bagi mengeluarkan bahan tanaman hiasan dalam kuantiti
yang banyak. Terdapat juga nurseri borong yang memberi subkontrak kepada beberapa buah nurseri kecil
untuk menampung pengeluaran bahan tanaman hiasan. Nurseri ini biasanya memasarkan tanaman hiasan
secara besar-besaran atau pukal kepada nurseri runcit dan kepada kontraktor landskap.

P e r l a n s k a p a n | 59

iii. Nurseri Landskap


Kebanyakan nurseri ini tidak mengeluarkan tanaman hiasan sendiri tetapi mendapat bekalan daripada
nurseri borong atau nurseri runcit. Nurseri ini lebih memberikan perkhidmatan kepada pelanggan seperti
menyediakan pelan landskap, menjalankan kerja pelandskapan termasuk pembinaan kolam, air pancut, air
terjun dan kerja penyenggaraan kawasan.
STRUKTUR DALAM NURSERI
1. Rumah tumbuhan
Rumah tumbuhan ialah tempat untuk menyimpan tumbuh-tumbuhan yang tidak tahan dengan
pancaran cahaya matahari terik. Rumah tumbuhan boleh dibina daripada kayu atau keluli.Ia
adalah struktur untuk menyimpan pokok yang memerlukan teduhan 25% - 75% mengikut
keperluan jenis tumbuhan dan spesies pokok hiasan.
2. Pejabat dan tempat jualan
Pejabat dan tempat juaian ialah tempat pentadbiran serta tempat kawalan aktiviti dalam dan luar
kawasan nurseri. Kelengkapan asas seperti perabot adalah perlu untuk mengendalikan urus niaga.
Di samping itu tempat jualan juga disediakan untuk urusan jual beli.
3. Setor
Setor ialah tempat menyimpan peralatan dan bahan kimia pertanian. Biasanya setor bahan kimia
diasingkan dengan setor peralatan. Setor bahan kimia seperti racun dan baja dibina jauh dari
kawasan orang ramai atau pelanggan kerana ianya berbahaya. Setor peralatan atau kelengkapan
dibina untuk menyimpan peralatan seperti cangkul, sabit, beg politena, tajak, kereta sorong dan
pasu. Peralatan dalam setor perlu disusun rapi untuk mengelakkan kemalangan dan memudahkan
mendapat alatan dan bahan. Peralatan yang telah digunakan perlu dibersihkan sebelum disimpan.
4. Tempat penyediaan medium dan pemasuan (Potting Shed)
Tempat penyediaan medium dan pemasuan ialah ruang berbumbung bagi menempatkabahan
medium seperti tanah, pasir dan bahan organik. Bahan tersebut diletakkan dalam sekatan atau
blok khas yang dibuat daripada konkrit atau kayu. Ruang ini juga digunakan untuk menyediakan
medium, mengisi bekas semaian atau pasu.Ruang ini memerlukan lantai konkrit atau lantai
berturap untuk memudahkan kerja pembersihan.
5. Tempat pembiakan
Tempat pembiakan ialah ruang yang digunakan untuk menjalankan proses pembiakan dan tempat
sementara bagi bahan yang telah disemai sebelum diubah ke tempat pengerasan. Tanaman
hiasan dalaman juga ditempatkan di sini. Tempat ini berbumbungkan jaring hitam atau hijau yang

P e r l a n s k a p a n | 60

boleh memberikan sehingga 80% naungan. Penggunaan sistem siraman jenis renjisan kabus
sangat sesuai di kawasan ini.
6. Tempat Pengerasan
Tempat pengerasan ialah ruang terbuka supaya mudah untuk mendapat cahaya matahari
sepenuhnya. Lantai tempat pengerasan diperbuat daripada konkrit, berturap atau batu kelikir bagi
memudahkan kerja penyenggaraan.Ruang ini menempatkan tanaman hiasan untuk proses
pengerasan bagi menyesuaikan tanaman hiasan dengan keadaan persekitaran yang baru.
Faktor penting dalam pembinaan rumah tumbuhan
1. Orientasi
Rumah tumbuhan yang baik dibina pada kedudukan utara selatan. Kedudukan ini bagi
membolehkan cahaya matahari sampai kepada tumbuh-tumbuhan dengan sekata.
2. Peratus dan bahan teduh
3. Bahan binaan
4. Sistem penyiraman
Bagi kawasan yang kecil, biasanya penyiraman dilakukan secara manual iaitu dengan
menggunakan tong penyiraman atau hos getah yang disambung kepada paip air. Bagi kawasan
yang besar, sistem penyiraman seperti sistem renjisan dan sistem pengairan titis samada secara
manual atau automatik lebih sesuai digunakan. Sistem ini memudahkan penyiraman dan
berkesan
5. Susunan tumbuhan
Susunan tumbuhan bergantung kepada saiz dan bentuk rumah tumbuhan. Tanaman boleh
disusun secara bertingkat atau di dalam barisan untuk memudahkan penyenggaraan dan
pergerakan.
Tujuan susunan tumbuhan yang baik:
i.

Memudahkan pengiraan stok atau sistem rekod

ii.

Mengasingkan tanaman mengikut jenis, saiz dan harga

iii.

Memudahkan kerja penyenggaraan seperti merumput dan membaja

iv.

Memudahkan pergerakan kerana lorong telah diatur dengan baik

v.

Menggunakan kawasan yang ada dengan bilangan pokok yang maksimum.

P e r l a n s k a p a n | 61

PENUBUHAN NURSERI

Nurseri semaian bunga-bungaan adalah suatu tempat di mana benih tanaman landskap dan
hiasan dibiakkan dan dibesarkan sebelum ia dijadikan sebagai tanaman landskap.

PEMBINAAN NURSERI
Pemilihan tapak

Pemilihan tapak nurseri bagi mendirikan nurseri adalah salah satu faktor yang penting dalam
menentukan kejayaan perusahaan nurseri tersebut.

Terdapat dua faktor yang perlu diberi perhatian dalam pemilihan tapak:
Faktor ekonomi
i. Penentuan harga pasaran pokok hiasan bergantung kepada
kos input. Sekiranya kos
kemudahan asas dan kos tanah tinggi, faktor ini akan meningkatkan harga pokok dan ini akan
mengurangkan keuntungan.
ii. Lokasi tapak
Lokasi sesebuah nurseri hendaklah berdekatan dengan kawasan pasaran seperti pusat bandar
dan kawasan perumahan. Ini akan memudahkan serta mempercepatkan penghantaran pokok.
iii.

Kemudahan asas

Penjimatan kos boleh dibuat sekiranya kemudahan asas seperti jalan raya, elektrik dan telefon
telah pun sedia ada di tempat semaian. Kedapatan sumber air yang mudah dan murah daripada
sungai, kolam atau pun telaga akan menjimatkan kos berbanding dengan penggunaan air paip.

Faktor fizikal
i. Keadaan muka bumi
Keadaan tanah yang datar dan tidak ditakungi air adalah paling sesuai untuk dijadikan tapak
nurser kerana keadaan ini:

Memudahkan pergerakan kerja harian

Mempunyai pengairan dan saliran yang baik

Memudahkan infrastruktur didirikan.

Tidak mudah ditenggelami air

P e r l a n s k a p a n | 62

ii. Terlindung daripada pukulan angin kencang

Kawasan yang sering dilanda angin kencang boleh merosakkan struktur


serta pokok dalam nurseri.

iii. Jauh daripada pencemaran


Nurseri hendaklah terletak jauh daripada sumber pencemaran seperti asap pencemar terutama
daripada kilang dan juga kenderaan

SUSUN ATUR STRUKTUR NURSERI


Struktur penting tapak nurseri

Antara struktur asas yang akan memudahkan pengendalian dan pengurusan semaian ialah:
i. Pejabat atau tempat jualan

Pejabat ini penting untuk mengendalikan urusan perniagaan serta penyenggaraan nurseri.
la juga perlu mempunyai tempat jualan iaitu bagi urusan jual beli. Bangunan ini perlu
berada di satu lokasi yang strategik kerana ia merupakan tempat kawalan untuk kesemua
aktiviti nurseri.

ii. Setor

iii.

iv.

Setor adalah satu bangunan khas untuk menyimpan bahan kimia seperti baja dan racun
dan juga alat kelengkapan perkebunan.

Tempat penyediaan medium dan pemasuan

la merupakan sebuah struktur berbumbung untuk menyimpan dan menyediakan medium


pemasuan.

Tempat ini perlu mempunyai ruang bagi menyimpan bahan medium tanaman seperti pasir,
tanah, pasu dan sebagainya.

Rumah pembiakan

Rumah ini perlu ditutupi dengan jaring hitam yang dapat memberikan 80% lindungan
daripada cahaya matahari.

Tempat ini juga perlu dilengkapi dengan sistem renjisan kabus ('mist').

P e r l a n s k a p a n | 63

v.

Rumah tumbuhan

vi.

Kotak atau petak semaian yang diperbuat daripada kayu atau simen perlu juga diadakan
di dalam rumah pembiakan.

Rumah ini adalah satu struktur untuk menyimpan pokok yang memerlukan teduhan 25% 75% di mana lindungan adalah mengikut keperluan jenis tumbuhan atau spesis pokok
hiasan.

Kawasan pengerasan

Tempat ini adalah untuk memantapkan pokok yang baru ditanam di dalam pasu atau beg
politena supaya menjadi keras dan tahan kepada keadaan di ladang atau di tapak
landskap.

la juga adalah kawasan untuk menempatkan pokok hiasan yang gemar cahaya matahari.

Lantai kawasan pengerasan biasanya diturap dengan simen, ditabur batu kelikir ataupun
mempunyai hamparan plastik hitam yang berlubang.

PENYENGGARAAN NURSERI

Terbahagi kepada dua:


1. Penyenggaraan kawasan
2. Penyenggaraan tumbuhan
A. Penyenggaraan kawasan
i. Perlu diselenggara dengan baik untuk mendapatkan pokok yang bermutu tinggi.
ii.
a.
b.
c.

Aktiviti yang biasa dilakukan:


merumput, menggembur, membaja
pembersihan kawasan sistem perparitan
pembaikan struktur

B. Penyenggaraan tumbuhan
i.Penyiraman secara manual
ii.Penyiraman sistem renjisan air
iii.Pembajaan

P e r l a n s k a p a n | 64

iv. Pemangkasan
v. Pemancangan
vi.Pengawalan penyakit dan perosak

Peralatan dan perkakasan penyenggaraan


i.
Sudip tangan
ii.
Serampang tangan
iii.
Sekateur
iv.
Parang atau pisau
v.
Pungkis
vi.
Cangkul
vii.
Gunting dahan dan pagar
viii.
Penyembur
ix.
Baldi
x.
Kereta sorong

PENYIMPANAN REKOD NURSERI

Aktiviti yang dilakukan di nurseri hendaklah direkodkan. Antara rekod yang perlu disediakan dan
diikuti adalah seperti berikut:
a.

Jadual kerja penyenggaraan tumbuhan dan nurseri.

b.

Bilangan pekerja dan masa bekerja.

c.

Senarai bahan dan peralatan yang ada dan disimpan di nurseri.

d.

Senarai spesis tanaman yang terdapat di nurseri.

e.

Rekod jualan tanaman dan projek landskap yang terlibat.

f.

Belanjawan iaitu sumber pendapatan dan perbelanjaan nurseri.

BEKAS TANAMAN DAN MEDIUM PENANAMAN


-

Anak pokok tumbuhan hiasan boleh ditanam terus ke tanah atau di dalam bekas tanaman.

Pemilihan bekas tanaman yang sesuai amat penting dalam pertumbuhan anak pokok

Ciri-ciri pemilihan bekas tanaman hendaklah:


i.

Saiz yang bersesuaian dengan jenis tanaman.

P e r l a n s k a p a n | 65

ii.

Ringan dan mudah dialihkan

iii.

Mudah dibersihkan

iv.

Tahan lasak dan tidak mudah pecah

v.

Mempunyai lubang saliran kecuali bekas tanaman akuatik.

vi.

Kemas dan menarik

vii.

Mudah didapati dan harganya berpatutan

PELBAGAI JENIS BEKAS TANAMAN

Medium penanaman

Komponen yang terdapat dalam medium penanaman:

P e r l a n s k a p a n | 66

i. Tanah loam, tanah peroi atau tanah kebun berperanan menyerap air dan memegang akar
tumbuhan.
ii. Bahan organik seperti najis haiwan, kompos atau humus berperanan membekalkan nutrien
kepada tumbuhan
iii. Pasir sungai
berperanan memberikan ruang pengudaraan dan memudahkan pengaliran air dalam tanah

Bahan organik

Tanah loam

Pasir
Campuran untuk medium penanaman

Nisbah campuran pemasuan John Innes Potting Mixture (JIP) iaitu:

P e r l a n s k a p a n | 67

i.

atau
ii.

7 bahagian tanah loam


3 bahagian baja organik
2 bahagian pasir
3 bahagian tanah loam
2 bahagian bahan organik
1 bahagian pasir

- Ketiga-tiga bahagian ini hendaklah disukat mengikut isipadu dan digaul dengan sekata
- Bagi 1 meter3 campuran, tambahkan 4.2 kg baja fosforus seperti Malameal, Gromeal atau CIRP
serta 2.7 kg kapur untuk memperkayakan campuran dan meneutralkan pH campuran.

LATIHAN LANJUTAN

Bahagian A

1. Nyatakan dua (3) kepentingan pemilihan tanaman landskap


i.
________________________________________________________________________
ii.
________________________________________________________________________
iii.
________________________________________________________________________
2. Nyatakan apakah medium penanaman tanaman landskap.
i.
________________________________________________________________________
ii.
________________________________________________________________________
3. Berikan dua (2) perbezaan antara pembiakan markot dan tut lenturan.
i.
_______________________
ii.
_______________________
4. Senaraikan lima (5) faktor faktor penting dalam pembinaan rumah tumbuhan
i.

_______________________

ii.

_______________________

iv.
v.
vi.

_____________________
_______________________
_______________________

P e r l a n s k a p a n | 68

5. Senaraikan empat (4) kaedah pembiakan tumbuhan hiasan.


i.
_______________________
ii.

_______________________

iii.

_______________________

i.

_______________________

3.4 RUMUSAN
Tumbuhan merupakan elemen yang sangat penting dalam pembinaan sebuah taman atau landskap di
sesebuah kawasan. Tanpa tumbuhan maka sesebuah taman itu menjadi kurang berseri dan kaku. Justeru
itu kita perlu mengetahui jenis-jenis tumbuhan yang sesuai digunakan untuk taman kita. Sebelum kita
menanam tumbuhan di taman kita , Kita perlulah mengetahui jenis-jenis tumbuhan yang hendak kita
tanam.

3.5 RUJUKAN
Kain, M. G. (2010). Propagation Of Plants - A Complete Guide for Professional and Amateur Growers of
Plants by Seeds, Layers, Grafting and Budding, with Chapters on Nursery and Greenhouse
Management. United Kingdom: Wilding Press.
Bryant, G. (2009). Plant Propagation A to Z: Growing Plants for Free.

Dumroese, R. K., Haase, D. L. & Landis, T. D. (2010). Container Tree Nursery Manual, Volume Seven:
Seedling Processing, Storage, and Outplanting. Washington DC: Agriculture Dept.

Kester, D. E. & Davies, F. T. (2011) Hartmann & Kester's Plant Propagation: Principles and Practices. New
Jersey:Prentice Hall.

Marcel, N. E. (2013). Agrotechnology Manual: Including Nursery Management and Practices. New Delhi:
New India Publishing Agency.
Ray, P. K. (2012). Plant Nursery Management: How to Start and Operate a Plant Nursery. Jodhpur :
Scientific Publishers (India).

Anda mungkin juga menyukai