Anda di halaman 1dari 5

NOTA PEMBELAJARAN

MODUL 10
MODUL 10 : PELAKSANAAN LANDSKAP LEMBUT
1. Pendahuluan

Landskap lembut merujuk kepada unsur tumbuhan atau tanaman di dalam landskap iaitu
pokok naungan, renek, penutup bumi dan rumputt turf, memanjat, menjalar dan herba.
Pelaksanaan landskap lembut adalah penanaman tumbuhan landskap di kawasan
pelandskapan.Kaedah penanaman memainkan peranan yang pentung dalam menentukan
tumbuhan landskap dapat tumbuh dengan subur.
Beberapa perkara perlu diberi perhatian sebelum dan semassa penanaman dilakukan.
Penanaman yang sempurna dapat menjamin tumbuhan landskap hidup dan membesar
dengan baik.

2. Persediaan sebelum menanam

Perkara yang perlu diberi perhatian sebelum penanaman adalah seperti pemilihan bahan
penanaman, pengendalian bahan tanaman, penyediaan tapak dan lubang penanaman serta
penyediaan tanah campuran untuk lubang penanaman.
3. Pemilihan bahan tanaman
3.1 Bahan tanaman dalam beg politena

Anak pokok yang digunakan dalam kawasan pelandskapan biasanya didapati di dalam beg
politena dari nursery.
Pokok naungan dan palma dalam beg politena yang lebih besar.
Manakala tumbuhan renek dalam beg politena bersaiz sederhana besar dan tanaman
penutup bumi dalam beg politena yang lebih kecil

3.2 Bungkusan guni

Bungkusan guni biasanya digunakn untuk pokok segera yang dipindahkan dari satu kawasan
ke tapak landskap yang baru.
Kebanyakan pokok segera terdiri daripada jenis pokok naungan dan pokok palma yang
mempunyai akar yang besar dan banyak.
Pokok yang bahagian akarnya di bungkus dengan guni boleh ditanam terus ke dalam lubang
penanaman kerana guni cepat reput di dalam tanah.
Penanaman terus juga dapat mengurangkan kejutan akar semasa menanam di tempat baru.

3.3 Tanaman akar terdedah

Tanaman akar terdedah boleh digunakan untuk tanaman yang mudah mengeluarkan akar.
Jenis tanaman yang boleh disediakan dalam bentuk akar terdedah biasanya terdiri daripada
jenis tanaman penutup bumi dan herba seperti alternanthera amoena, pandanus
pygmeus,bambusa,helicornia psittacorum dan sebagainya.
Ia boleh dipisahkan menjadi bahagian yang lebih kecil daripada induk untuk ditanam terus ke
batas penanaman.
Bagaimanapun, tanaman yang ditanam dengan menggunakan bahan akar terdedah perlu
diberi penjagaan rapi sebelum ia mengeluarkan akar yang banyak.

3.4 Biji benih

Biji benih biasanya digunakan untuk menanam rumput bagi kawasan yang luas.
Antara jenis rumput yang biasa ditanam dengan menggunakan biji benih adalah seperti
axonupus compressus, zoysia matrella dan digitaria didactyla.

4. Pengendalian bahan tanaman


4.1 Pengerasan tanam

Pengerasan adalah pendedahan tanaman ke persekitaran terbuka dan cahaya matahari


penuh secara beransur-ansur sebelum ditanam di tapak landskap.
Pengerasan adalah perlu untuk mengurangkan kejutan tanaman apabila ditanam terus
ditapak landskap.
Ini adalah kerana tanaman landskap biasanya berada di nursery dalamm keadaan yang lebih
sempurna dari perlindungan dan penjagaan yang rapi.
Tanaman yang dibuat pengerasan lebih bersedia mengalami perubahan terhadap
persekitaran yang baru selepas penanaman.

4.2 Pengangkutan bahan tanaman

Pengangkutan bahan tanaman dari nursery ke tapak landskap untuk penanaman perlu diberi
perhatian.
Semasa mengangkut, pengawasan perlu untuk mengelakkan bahan tanaman mengalami
kerosakan sebelum menanam di tapak landskap.
Antara kerosakan fizikal yang mudah bersaku samasa pengangkutan adalah seperti patah
dahan atau ranting, calar kulit dan daun, akar atau bebola akar terkeluar dan sebagainya.
Bagi mengelakkan kerosakan ini, beberapa langkah perlu diberi perhatian seperti: (a) Berhatihati ketika mengangkat bahan tanaman. (b) Menggunakan kenderaan yang sesuai dengan
saiz dan kuantiti bahan tanaman. (c) Memberi perlindungan semasa pengangkutan. (d)
Mengangkut pada waktu yang sesuai seperti pagi atau lewat petang untuk mengelakkan
kekeringan semasa cuaca panas

4.3 Perlindungan semasa di tapak

Selepas pengangkutan, perlindungan bahan tanaman perlu diberikan sebaik sahaja tiba di
tapak landskap.
Perlindungan di tapak adalah untuk mengelakkan daripada cuaca keterlaluan seperti panas
terik dan angina kuat, haiwan seperti lembu dan kambing, air bertakung dan sebagainya.
Bagi tujuan perlindungan, perkara-perkara berikut hendaklah dipatuhi: (a) Bahan tanaman
hendaklah diletakkan di atas tanah yang rata dan bersaliran baik. (b) Letakkan di tempat yang
teduh seperti dibawah pokok besar dan tempat berbumbung. (c) Memberi sokongan kepada
pokok besar dan tinggi. (d) Menyusun secara tegak dan rapat. (e) Membuat siraman dari
semasa ke semasa. (f) Membuat penanaman dengan segera. Jangan biarkan bahan
tanaman di tapak landskap melebihi 2 hari.

5. Pembersihan dan penyediaan tapak

Pembersihan tapak adalah membuang sampah dan rumpai yang tidak dikehendaki di
kawasan yang akan dibuat penanaman.
Membuang sampah dan rumpai bertujuan untuk memudahkan kerja penanaman serta
mengelakkan persaingan antara rumpai dan tanaman.
Persaingan adalah seperti mendapatkan nutrien dan ruang diantara tanaman yang
dikehendaki dengan tumbuhan yang tidak dikehendaki.
Pembersihan juga untuk menampakkan kawasan lebih kemas dan cantik.

6. Penandaan

Selepas kawasan dibersihkan, kerja penandaan dilakukan.

Penandaan adalah menanda tempat dan lokasi menanam berdasarkan daripada pelan
penanaman.
Tempat yang akan dibuat lubang penanaman bagi pokok naungan, pokok palma dan pokok
renek ditandakan.
Kawasan yang akan dirata dan digembur untuk penanaman penutup bumi dan rumput turf
juga ditandakan mengikut keluasannya.
Tempat yang akan digali untuk lubang penanaman akan ditandakan dengan kayu penanda
berukuran 45-60cm panjang.
Kayu penanda akan diwarnakan atau dicat mengikut spesis tanaman yang akan ditanam.
Kawasan yang akan dirata dan digemburkan untuk penanaman penutup bumi atau rumput turf
ditandakan dengan tali dan kayu penanda sepanjang 46-60cm panjang.
Tali diikat mengelilingi kawasan bagi menentukan sempadan kawasan yang akan ditanam.

7. Penyediaan lubang dan batas penanaman


7.1 Penyediaan lubang penanaman

Lubang penanaman merupakan ruang yang penting untuk pertumbuhan akar.


Ia digali ditempat yang telah ditandakan mengikut pelan penanaman.
Tunggul kayu, batu dan sisa buangan hendaklah dibuang supaya tidak menghalang
pertumbuhan akar yang sempurna.
Kerja penggalian boleh dibuat menggunakan cangkul atau jentera penggali terutamanya untuk
lubang yang besar.
Saiz lubang ynag disyorkan untuk penanaman tanaman landskap adalah seperti dibawah.
Lubang yang digali sebaik-baiknya didedahkan kepada matahari selama seminggu untuk
memusnahkan kulat dan parsit yang terdapat dalam tanah atau lubang tersebut.
Selepas seminggu, barulah penanaman dibuat

7.2 Penyedian batas penanaman

Batas penanaman perlu disediakan untuk tanaman jenis renek bersaiz kecil, penutup bumi
dan rumput turf.
Kawasan dibersihkan dan ditanda dengan tali dan kayu penanda untuk menunjukkan
sempadan kawasanyang akan ditanam.
Seterusnya pecah dan gemburkan tanah sedalam 15cm didalam kawasan bertanda. Ini akan
memudahkan pembiakan dan pengeluaran akar tanaman di dalam tanah yang gembur.
Tanah yang digembur akan didedahkan kepada cahaya matahari untuk pengudaraan dan
menusnahkan kulat serta parasit ddalam tanah.
Selepas seminggu,taburkan campuran tanah 3:1 (3 bahagian tanah loam dan 1 bahagian
bahan organik) yang telah disediakan sehingga ia membentuk batas setinggi 15-20cm
daripada permukaan tanah asal disekelilingnya.
Baja asas seperti baja fosforus boleh taburkann untuk menambah kesuburan tanah.
Gembur dan ratakan permukaan batas tersebut untuk penanaman.

8. Penyediaan tanah campuran

Tanaman menerlukan tanah yang gembur dan subur supaya system akar tanaman dapat
berkembang dengan baik dan sempurna.
Perkembangan akar adalah penting bagi menyerap air dan nutrient dari dalam tanah untuk
tumbessaran tanaman.
Nisbah campuran tanah yang biasa digunakan untuk tanaman landskap di tapak landskap
adalah 3 bahagian tanah loam dan 1 bahagian bahan organic (3:1)
Baja asas seperti baja fosforus dan kapur boleh dicampurkan dalam kuantiti yang disyorkan.
Tanah loam dapat memberikan saliran yang baik serta banyak ruang-ruang rongga untuk
pengudaraan dan pernafasan akar.

Penggunaan bahan organic dapat menambahkan kandungan nutrient dalam tanah serta
dapat mengekalkan kelembapan tanah.
Baja fosforus dapat mempercepatkan perkembangan akar manakala kapur dapat
meningkatkan pH tanah yang masam.
Campuran tanah yang telah disediakan akan digunakan semasa penanaman di tapak
landskap.

9. Penanaman tumbuhan landskap

Penanaman tumbuhan landskap adalah kerja menanam di tapak landskap.


Tanaman yang dibawa dari nursery ke tapak landskap akan ditanam di dalam lubang
penanaman atau kawasan penanaman yang telah disediakan sebelum ini.

9.1 Menanam

Bahan tanaman yang banyak didapati untuk penanaman di tapak landskap adalah dalam beg
politena.
Ia ditanam di dalam lubang tanaman yang telah disediakan sebelum ini.
Bagi tanaman penutup bumi dan pagaran, tanaman boleh disusun dengan beberapa cara
seperti di dalam gambar rajah.
Semasa menanam, polibeg mestilah dibuang dari bahan tanaman.
Tanpa beg politena, akar tanaman dapat berkembang dengan bebas di dalam lubang
penanaman yang lebih besar.
Pastikan bebola akar tidak pecah semasa membuang beg politena.
Bahan tanaman bersama bebola akar diletakkan di dalam lubang penanaman yang telah
disediakan.
Pastikan tanaman tegak dan lurus semasa meletakkannya.Ia perlu dibuat dengan berhati-hati
untuk mengelakkan bebola akar pecah.
Bebola yang pecah boleh merosakkan sistem akar tanaman.Jika akar terlalu padat, cantaskan
sebahagian akar tersebut sebelum menanam bagi menggalakkan pengeluaran akar baru yang
lebih aktif.
Masukkan campuran tanah 3:1 yang telah disediakan ke dalam lubang penanaman sehingga
penuh.Padatkan disekeliling pangkal tanaman untuk melindungi akar.
Bagi bahan tanaman daripada bungkusan guni, kaedah penanaman yang sama diamalkan.
Bagaimanapun, bungkusan guni tidak perlu dibuka untuk mengurangkan kejutan akar.
Guni adlah bahan yang mudah reput didalam tanah tidak seperti beg politena yang tidak
mudah reput.
Pereputan guni boleh menambahkan bahan organic dalam tanah.
Penanaman menggunakan bahan tanaman akar terdedah lebih mudah dilakukan.Ia biasa
dibuat terhadap tanaman penutup bumi dan rumput turf.
Bahan tanaman dikerat atau dipisahkan daripada induk ke bahagian-bahagian yang lebih
kecil.
Bahagian ini boleh ditanam terus di atas batas tanaman yang telah disediakan sebelum ini.

9.2 Penyiraman

Penyiraman hendaklah dilakukan sebaik sahaja selepas menanam.


Semua tanaman yang ditanam mestilah disiram dengan air secukupnya.
Penyiraman dapat membekalkan air dengan segera kepada akar-akar tanaman yang mula
hidup di tempat baru.

9.3 Sungkupan

Sungkupan adalah meletakkan bahan-bahan tertentu di sekeliling pangkal tanaman setebal


10-15cm supaya menutup permukaan tanah yang terdedah.

Sungkupan bertujuan untuk mengekalkan kelembapan tanah dengan mengurangkan


kemeluwapan selepas hujan atau siraman serta dapat mengurangkan pertumbuhan rumpai
yang tidak dikehendaki.
Bahan sungkupan yang boleh digunakan adalah seperti rumput, daun kering, tanah gambut
dan cebisan daun kelapa.
Bahan sungkupan yang baik adalah daripada bahan organic kerana ianya mudah reput dan
boleh menambahkan kandungan organic dalam tanah.

9.4 Pemancangan

Pemancangan dalah meletakkan kayu pancangan di tepi tanaman yang baru ditanam dan
diikat kepada batang tanaman tersebut.
Pemancangan dapat mengelakkan tanaman daripada tumbang serta membantu tanaman
tumbuah tegak.
Tali pengikat hendaklah mempunyai ketahanan cuaca dan tidak mudah merosakkan batang
tanaman.
Ia diikat longgar bagi memberi ruang kepada tumbesaran tanaman serta pergerakan kecil.
Kayu diletakkan sekurang-kurangnya 20cm daripada pokok untuk mengelakkan pergeseran
diantara batang tanaman dan kayu pancang dan mengelakkan kerosakkan akar pokok.
Ikatkan pokok kepada kayu pancang dengan menggunakan tali raffia.

Anda mungkin juga menyukai