Anda di halaman 1dari 8

PETA MINDA KONSEP MODAL INSAN

Konsep Modal Insan

Definisi
Insan -Manusia (Bahasa Arab) Modal - Kiasan sesuatu yang digunakan untuk mendapatkan atau mencapai sesuatu. Modal Insan Potensi, kemahiran atau tenaga manusia yang digunakan untuk mencapai matlamat pembangunan, kemajuan dan kemakmuran negara.

Ciri-ciri Modal Insan 1) Mempunyai jati diri 2) Berketerempilan 3) Berkeperibadian mulia 4) Berpengetahuan dan berkemahiran tinggi 5) Mampu fikir secara kritis dan kreatif 6) Berkemahiran menyelesaikan masalah 7) Berupaya mencipta peluang baru 8) Mempunyai ketahanan dan kebolehan berhadapan dengan persekitaran dunia global.

ISL MINGGU 8 : TOKOH PENDIDIKAN

Tokoh-Tokoh Pendidikan Barat 1) John Dewey y Latar Belakang Dilahirkan di Burlington, Vermont pada tahun1959 Mendapat peringkat sarjana di Universiti John Hopkins bertugas di University Minneston, university Chicago, Kolej Guru Columbia Pernah menubuhkan sekolah Makmal University /Sekolah Dewey pernah dijemput ke Jepun, China, Turki, Mexico,Afrika Selatan dan Russia menjalankan banyak kajian atau menghasilkan laporan-laporan pendidikan Meninggal dunia di New York ada tahun 1952 y Sumbangan

Menerbitkan buku Democracy and Education. ( Pendidikan boleh dianggap sebagai satu proses yang mewujudkan keadaan kondusif dan selesa agar dapat memudahkan individu menyesuaikan diridengan persekitaran fizikal dan moral mereka.) Beliau berpendapat : - Kaedah mengajar tidak boleh diasingkan daripada kandungan mata pelajaran. Ia saling bergantungan. - Seorang pendidik yang berkesan seharusnya berupaya untuk mengaitkankandungan dengan keperluan, kehendak,minat dan tahap perkembangan murid bersesuain dengan konteks fizikal, sosial dan politik di mana mereka berada. 2) Maria Montessori  Latar Belakang  Dilahirkan di Chiaravalle, Itali pada tahun 1870  Digelar doctor perempuan pertama di Itali  Melanjutkan pelajaran dalam bidang psikologi dan falsafah pada tahun 1901  Pernah menjadi professor antropologi di university rom  Meninggal dunia di Noordwijk, Holland pada tahun 1952

Sumbangan  Jasa dalam bidang pendidikan kanak-kanak  Pameran bilik darjah (digelar glass house) di Pameran Antarabangasa Panama-pasifik di San Francisco pada tahun 1915  Pusat latihan Montessori di Laren, Netherland (1938)  Siri kursus latihan perguruan di india (1939)  Pusat Montessori di London

3) Jean Piaget  Latar Belakang  Dilahirkan pada tahun 1896 dan di besarkan di lake neuchatel di newzerland  Beliau adalah seorang ahli falsafah, ahli sains asli, dan ahli psikologi perkembangan kanak-kanak  Mahir membuat permerhatian yang begitu rapi mengenai alam sekeliling  Pengkhususan peringkat kedoktoran adalah dalam bidang zoology  Meninggal dunia pada tahun 1980  Sumbangan  Pada tahun 70an dan 80an, pemikiran Piaget lebih cenderung kepada pendekatan berpusatkan kanak-kanak dan percaya bahawa kanak-kanak adalah pembina ilmu yang aktif.  Merujuk Perbualan Bersama Jean Piaget ( satu dokumentasi pemikiran Piaget mengenai pendidikan ), beliau mengatakan bahawa bagi masyarakat umum , pendidikan bermaksud membimbing kanak-kanak supaya menjadi orang dewasa mengikut acuan masyarakat masingmasinf. namun bagi saya, pendidikan bermakna menghasilkan pencipta dan pereka bentuk- bukan mereka yang hanya akur dan menjadi pengikut sahaja.

4) Carl Rogers y Latar Belakang  Dilahirkan Januari 8 di Oak Park, lllinois, 1902 dan meninggal 1987.  Dilahirkan dalam keluarga yang kuat berdisplin, penuh keagamaan dan bermoral tinggi. Rogers mula belajar di Universiti of Winconsin dalam bidang pertanian tetapi dua tahun kemudian bertukar kepada bidang keagamaan di Union Theological seminary di New York.  Walau bagaimanapun Rogers keluar dari kumpulan keagamaan kerana mempertikaikan beberapa doktrin agama serta mempersoalkan tentang makna kehidupan.  Beliau lebih memikirkan dirinya sebagai seorang ahli psikologi klinikal dan berikutnya beliau terus melanjutkan pelajaran ke Teachers College, Columbia Universiti dan mendapat Ph.D 1928.

Semasa di Columbia, sudah nampak Rogers cuba mengharmonikan idea idea yang bertentangan seperti fahaman Freudian dengan metod statistik saintifik. Kemudian fahaman keagamaan dengan fahaman saintifik, gerakhati dengan objektif dan klinikal dengan statistik.

Sumbangan  Rogers telah menghasilkan buku pertama beliau berjudul, The Clinical Treatment of the problem Child(1939). Kandungannya adalah berkaitan dengan masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak.  Buku kedua berjudul Counseling and Psychotherapy: Newer Concepts in Practice. Kandungannya adalah berkaitan dengan kepentingan seseorang klien dalam mewujudkan hubungan dengan seseorang yang prihatin dan bersifat terbuka.  Mendirikan sebuah pusat kaunseling di Universiti pada tahun1945.  Antara tahun 1915-1980, beliau telah mengendalikan beberapa bengkel bersiri bersma anak perempuan beliau, Natalie Rogers. Antaranya termasuklah pertumbuhan kendiri, perubahan sosial komunikasi silang budaya dan sebagainya.  Lawatan beliau ke Russia semasa beliau berusia 87 tahun adalah yang terakhir sekali. Di sana, beliau telah memberi ceramah serta menjadi fasilitator bagi bengkel pengalaman aksperiential yang berfokuskan kepda komuikasi dan kreativiti.  Atas sumbangan beliau dalam bidang psikoterapi, kaunseling dan psikologi, Rogers dianuhgerahkan Award for Diatinguished Profssional Constributionto Psychology oleh persatuan Psikologi Amerika (APA)

5) Albert Bandura y Latar Belakang  Albert Bandura dilahirkan di Mundare Northern Alberta Kanada, pada 04 Disember 1925. Masa kecil dan remajanya dihabiskan di desa kecil dan juga mendapat pendidikan di sana.  Kemudian, beliau melanjutkn pelajaran ke Universiti Iowa dan di sini beliau banyak dipengaruhi oleh Kenneth Spence, seorang pakar psikologii pembelajaran yang terkenal pada ketika itu.  Pada tahun 1949, beliau mendapat pendidikan di Universiti British Columbia dalam jurusan psikologi4. Dia memperoleh gelaran Master didalam bidang psikologii pada tahun 1951 dan setahun kemudian ia juga meraih gelaran doktor (Ph.D). Bandura menyelesaikan program kedoktorannya dalam bidang psikologii klinik pada tahun 1952. Setahun setelah lulus, ia bekerja di Standford University. Beliau banyak terpengaruh dengan pendekatan teori pembelajaran untuk meneliti tingkah laku manusia dan tertarik pada nilai eksperimen.

Sumbangan  Mengenai peranan modeling sosial berhubung dengan motivasi, pemikiran dan tindakan.  Menghasilkan beberapa buah buku Adolescent AggressionSocial Learning and Personality DevelopmentAggression : A sosial Learning Analysis  Digelar David Starr Jordan Professor of Social Science in Psychology oleh Universiti Stanford.  Berjaya menghasilkan bukunya berjudul Social Learning Theory mempunyai pengaruh yang begitu kuat sehingga berjaya mengubah hala tuju psikologi masa kini.  Foundations of Thought and Action: A Social Cognitive Theory menerangkan tentang teori kognitif sosial berhubung dengan kefungsian manusia.  The Exercise of Control mengutarakan teori efikasi kendiri serta aplikasinya dalam bidang pendidikan, kesihatan, psikopatologi, olahraga,perniagaan dan hal-ehwal antarabangsa

Tokoh-Tokoh Pendidikan Timur 1) y   HAMKA Latar Belakang Hamka dari singkatan nama Haji Abdul Malik bin Haji Abdul Karim. Almarhum dilahirkan di Kampung Tanah Sirah ( ada riwayat lain mengatakan di Kampung Molek), Negeri Sungai Batang Maninjau, Minangkabau pada 14 Muharram 1326H bersamaan 17 Febuari 1908. Bapanya Haji Abdul Karim Amrullah adalah ulama terkenal Minangkabau yang tersohor dan dianggap pula pembawa reformasi Islam ( kaum muda). Sumbangan  Berminat mengkaji karya ulamak dan tokoh- tokoh utama Timur Tengah. (Zaki Mubarak, Jurji Zaidan, Abbas al-Aqqad)  Karya sarjana tokoh-tokoh Inggeris, Perancis,dan Jerman. (William James, Sigmund Freud, Jean Paul Satre, Karl Marx dan Pieere Loti).  Merupakan seorang wartawan, penulis,penyunting (majalah) dan penerbit.  Telah dianugerahkan anugerah kehormatan daripada dua buah universiti. (Universiti Kebangsaan, al-Azhar).

2) Lao Tze  Latar Belakang  Lahir pada tahun 570SM di Luoyang, China.  Ahli falsafah negara China.  Pengasas Taoism Sumbangan  Mempunyai ramai pengikut dan murid yang setia.  Membuat kesimpulan bahawa dunia ini terdiri daripada langit, bumi, manusia dan prinsip- prinsip yang dipanggildao.  Tao Te Ching adalah ajaran Lao Tze yang merangkumi bidang yang amat luas. (aspek kerohanian individu & dinamika interpersonal).  Menegaskan perubahan ke atas cara manusia melakukan sesuatu dan bukannya apa yang mereka lakukan.

Tokoh-Tokoh Pendidik Negara 1) ZAABA  Latar Belakang  Zainal Abidin Bin Ahmad (Za'ba) telah dilahirkan di Kampong Bukit Kerdas, Batu Kikir, Jempol Daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada 16 September 1895, bersamaan 26 Rabiul Awal, 1313H.  Ibunya bernama Intan Awaluddin dari keturunan Minangkabau, Sumatera. Bapanya ialah Ahmad Kapa, keturunan Bugis, yang telah membuka Kampung Linggi. Datuk nenek Za'ba keturunan Bugis mempunyai pengaruh yang kuat dalam masyarakat Linggi ketika itu.  Bapanya terkenal di kampung beliau kerana pengetahuan agamanya & beliau satu-satunya penduduk yang tahu membaca dan menulis huruf Melayu tidak berbaris, kini disebut sebagai tulisan jawi.  ZABA yang merupakan seorang tokoh terbilang dalam bidang persuratan telah meninggal pada 23 Oktober 1973 ketika berusia 78 tahun.  Sumbangan  Beliau seorang ahli bahasa Melayu.  Hasil karya termasuk Pelita Bahasa Melayu,  Ilmu Mengarang Melayu, Daftar Ejaan Melayu Jawi/Rumi, Falsafah Takdir Penggal 1, Pendapat Perbahasa Ulama Berkenaan Dengan Kadha dan Kadar.  Beliau menggabungkan aspek bahasa, kesusasteraan, agama, ekonomi, pendidikan dan politik dalam penulisan beliau.  Beliau mendapat gelaran peneroka tatabahasa Melayu.  Beliau aktif dalam penulisan mengenai khidmat masyarakat.  Beliau pernah dilantik sebagai Penasihat Umum Persaudaraan Sahabat Pena Malaya, Yang DipertuaPersatuan Melayu, ahli Jawatankuasa PenggubalRang Piagam UMNO.  Beliau pernah menerima gelaran Pendita dalam bentuk songkok (1956) Doktor Persuratan daripada Universiti Malaya (1959) Doktor Persuratan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (1973) Bintang Panglima Mangku Negara bergelar Datuk.

2) Burhanuddin Helmi y Latar Belakang  Amir Burhanuddin bin Ungku Muhammad Nor dilahirkan pada 28 Ogos 1911 di Changkat Tualang, Perak.  Burhanuddin Al-Helmy mendapat pendidikan awal di kelas Al-Quran dan agama dan sekolah Melayu.  Dia dihantar ke Sekolah Agama Sungai Jambu, Sumatra Barat pada tahun 1924 hingga 1926.  Pada tahun 1926, Burhanuddin Al-Helmy meneruskan pelajarannya di Pondok Pulau Pisang, Jitra, Kedah.

Seterusnya dari situ ke Madrasah Al-Masyhur Al-Islamiah, Pulau Pinang hingga tamat kelas senawi pada tahun 1934.

Sumbangan  Beliau berjaya menghasilkan banyak karya yang berbentuk rencana untuk akhbar dan majalah , dan buku-buku. Mutu Kerajian dan Asuhan Kesihatan (tahun 30-an) Mencari Allah Perjangan Kita (1946) Agama dan Politik (1954) Ideologi Politik Islam (1957) Falsafah Kebangsaan Melayu (195) Simposium Tasauf dan Tariqat (1960) Arah Perjalanan Politik Tanah Melayu Sekarang (1963)  Beliau telah memulakan projek menterjemah al-Quran ke dalam Bahasa Melayu.

3) Aminuddin Baki y Latar Belakang  Aminuddin Baki dilahirkan pada 6 Januari 1926 di sebuah kampung dalam daerah kecil Chemor di Perak.  Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu.  Beliau meneruskan pelajaran di Sekolah Anderson, Ipoh.Aminuddin belajar di sekolah tersebut dari tahun 1936 hingga 1941.  Sekitar tahun 1945 hingga 1946 beliau mula menunjukkan minat dengan persatuan pelajar.  Beliau sangat kagum dengan Persatuan Pelajar-pelajar Melayu yang ditubuhkan pada 20 November 1945 di Victoria Institution, Kuala Lumpur.  Aminuddiin telah menubuhkan Persatuan Pelajar di Perak yang dikenali sebagai Persatuan Pelajar-pelajar Melayu Insaf (PERMI) pada bulan April 1946. y Sumbangan  Memperkenalkan Sejarah Islam kepada guru-guru pelatih di Maktab Perguruan Idris.  Melibatkan diri dalam penyediaan Penyata Razak pada tahun 1955.  Menjadi ahli jawatankuasa penasihat dalam menyiapkan Laporan Rahman Talib pada tahun 1960.  Mewujudkan Sijil Rendah Pelajaran(SPR), Sijil Pelajaran Malaysia(SPM), dan sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).  Menubuhkan Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai