Anda di halaman 1dari 28

PRAKTIKAL 1

TAJUK: Keperluan Asas Tumbuhan


PENGENALAN:
Keperluan asas merujuk kepada perkara-perkara yang perlu ada bagi
memastikan kelangsungan hidup sesuatu spesies. Keperluan asas bagi tumbuhan
ialah air, udara dan cahaya matahari. Tumbuhan mendapatkan air melalui akarnya
dan mendapatkan udara dan cahaya matahari melalui bahagian daunnya.
Tumbuhan memerlukan air untuk proses penyejatan air di atas permukaan
daun bagi membantu menyejukkan tumbuhan ketika cuaca panas. Selain itu, air
juga berfungsi sebagai pelarut bagi mineral. Dalam proses percambahan biji benih,
bahagian akar akan tumbuh terlebih dahulu menuju ke sumber air. Air juga memberi
sokongan kepada tumbuhan terutama sekali pada proses awal pertumbuhan.
Tumbuhan hijau juga memerlukan udara untuk terus hidup. Tumbuhan hijau
menggunakan gas karbon dioksida daripada udara untuk digunakan dalam proses
fotosintesis bagi menghasilkan makanan dan juga oksigen yang akan digunakan
oleh manusia untuk bernafas.
Selain itu, cahaya matahari juga amat penting bagi tumbuhan hijau.
Tumbuhan hijau hanya akan dapat menjalankan proses fotosintesis dengan
kehadiran cahaya matahari. Cahaya matahari yang akan membekalkan tenaga
untuk membolehkan proses fotosintesis berlaku. Semasa proses percambahan,
setelah akar tumbuh, pucuk akan tumbuh kemudian menuju ke arah cahaya
matahari.






OBJEKTIF:
Eksperimen (i): Tumbuh-tumbuhan Memerlukan Cahaya Matahari
1. Untuk menguji kesan ketiadaan cahaya matahari terhadap tumbuhan hijau.
2. Untuk memahami perhubungan antara kehadiran cahaya matahari dan
penghasilan klorofil.
3. Untuk membandingkan keadaan daun yang disinari cahaya matahari dan
daun yang ditutup agar tidak mendapat cahaya matahari.

Eksperimen (ii): Tumbuh-tumbuhan Memerlukan Air
1. Untuk menguji impak ketiadaan air terhadap pertumbuhan biji benih.
2. Untuk memahami fungsi air dalam proses percambahan tumbuhan.
3. Untuk membandingkan pertumbuhan biji benih dalam keadaan air yang
mencukupi dan dalam keadaan ketiadaan air.

Eksperimen (iii): Tumbuh-tumbuhan Memerlukan Udara
1. Untuk menguji impak ketiadaan udara terhadap pertumbuhan biji benih.
2. Untuk membandingkan pertumbuhan biji benih yang dibekalkan udara dan biji
benih yang tidah dibekalkan udara.








BAHAN DAN RADAS:
Eksperimen (i): Tumbuh-tumbuhan Memerlukan Cahaya Matahari
Eksperimen (i) A
Bahan:
- Daun
- Vaselin
Eksperimen (i) B
Bahan:
- Kertas hitam
- Daun
Radas:
- Empat klip kertas
- Gunting
Eksperimen (ii): Tumbuh-tumbuhan Memerlukan Air
Bahan:
- Biji benih
- Air
- Tanah
Radas:
- Dua pasu
- Benang
- Pembaris



Eksperimen (iii): Tumbuh-tumbuhan Memerlukan Udara
Eksperimen (iii) A
Bahan:
- Air
- Biji benih
- Tanah
Radas:
- Dua balang jar
- Alat pemanas air
- Satu penutup kaca
- Satu silinder penyukat
- Benang
- Pembaris
Eksperimen (iii) B
Bahan:
- Kapas
- Air
- Biji benih
Radas:
- Dua gelas plastik
- Benang
- Pembaris
- Satu silinder penyukat




PROSEDUR:
Eksperimen (i): Tumbuh-tumbuhan Memerlukan Cahaya Matahari
Prosedur A:
1. Daun yang tumbuh pada pokok yang mendapat pengcahayaan yang baik
dipilih untuk memudahkan pemerhatian.
2. Vaselin disapu pada beberapa helai daun pada kedua-dua belah permukaan
daun dengan berhati-hati seperti dalam Rajah 1.1.
3. Daun-daun yang dilitupi Vaselin tersebut diperhatikan dan dibandingkan
setiap hari dengan daun-daun yang tidak dilitupi Vaselin. Warna dan
kesegaran daun juga direkodkan dalam Jadual 1.1.














Rajah 1.1
Prosedur B:
1. Kertas hitam dipotong mengikut corak yang dikehendaki.
2. Bahagian kertas hitam yang telah dipotong itu dilekatkan pada daun dengan
menggunakan klip kertas selama beberapa hari seperti dalam Rajah 1.2.
3. Kertas hitam tersebut dipisahkan selepas beberapa hari dan keputusan
pemerhatian direkodkan dalam Jadual 1.2.

















Rajah 1.2
Eksperimen (ii): Tumbuh-tumbuhan Memerlukan Air
Prosedur:
1. Biji benih ditanam pada dua pasu yang berbeza seperti dalam Rajah 2.1.
2. Kedua-dua pasu diletakkan di bawah cahaya matahari.
3. Tumbuhan pada pasu A disiram dengan 25Ml air setiap hari.
4. Tumbuhan pada pasu B tidak disiram.
5. Hasil pemerhatian bagi pertumbuhan biji benih dalam pasu A dan pasu B
direkodkan dalam Jadual 2.1.

















Rajah 2.1
Eksperimen (iii): Tumbuh-tumbuhan Memerlukan Udara
Prosedur A:
1. Air dididihkan.
2. Tanah dimasukkan ke dalam kedua-dua balang jar.
3. Air panas dituang ke dalam kedua-dua balang jar untuk untuk memudahkan
proses membuang udara yang terdapat dalam tanah.
4. Biji benih dimasukkan ke dalam kedua-dua balang jar setelah suhu tanah
yang dituangkan dengan air panas menurun.
5. Balang jar yang pertama ditutup dengan penutup kaca untuk menghentikan
bekalan udara kepada tumbuhan seperti dalam Rajah 3.1.
6. Tumbuhan pada balang jar yang kedua disiram setiap hari bagi mengekalkan
kelembapan.
7. Hasil pemerhatian bagi pertumbuhan biji benih dalam kedua-dua balang jar
direkodkan dalam Jadual 3.1.











Rajah 3.1
Prosedur B:
1. Kedua-dua gelas plastik diisi dengan air sebanyak 40mL.
2. Gelas plastik yang pertama diletakkan kapas dan biji benih diletakkan di atas
kapas tersebut. Hal ini akan mengekalkan kelembapan untuk pertumbuhan
biji benih seperti dalam Rajah 3.2 (a).
3. Biji benih dimasukkan secara terus di dalam air pada gelas plastik yang
kedua seterusnya menyebabkan penyingkiran udara seperti dalam Rajah 3.2
(b).
4. Suhu dan pengcahayaan dikekalkan sama bagi kedua-dua gelas plastik.
5. Hasil pemerhatian bagi pertumbuhan biji benih dalam kedua-dua gelas plastik
direkodkan pada Jadual 3.2.














Rajah 3.2 (a) Rajah 3.2 (b)
PENGUMPULAN DATA:
Eksperimen (i): Tumbuh-tumbuhan Memerlukan Cahaya Matahari
Eksperimen (i) A
Jadual 1.1: Pemerhatian daun dalam masa 5 hari.

Hari
Pemerhatian
Inferens Daun diliputi Vaselin Daun tidak
diliputi
Vaselin
1 Daun kekal hijau dan
segar.
Daun kekal
hijau dan
segar.
Tiada perubahan yang dapat direkodkan. Daun masih
mampu mengekalkan kehijauan dan kesegaran
kerana ia baru sahaja dilitupi dengan Vaselin.
2 Daun masih kekal
hijau dan segar.
Daun kekal
hijau dan
segar.
Tiada perubahan yang dapat direkodkan. Daun masih
mampu mengekalkan kehijauan dan kesegaran
kerana ia baru sahaja dilitupi dengan Vaselin.
3 Hujung daun kelihatan
mula berubah warna
dari hijau ke kekuning-
kuningan.
Daun kekal
hijau dan
segar.


Daun yang dilitupi Vaselin mula menunjukkan
perubahan warna kerana ia tidak menerima cahaya
matahari yang cukup seterusnya menyebabkan
penghasilan klorofil terganggu dan mengakibatkan
daun mula kehilangan pigmen hijau lantas
menghasilkan daun yang berwarna kekuning-
kuningan.
4 - Kawasan berwarna
kekuning-kuningan
semakin banyak.
- Daun kelihatan
kurang segar.
- Terdapat
gelembung-
gelembung udara
di atas permukaan
daun.
Daun kekal
hijau dan
segar.
Daun yang kekurangan cahaya matahari dalam
tempoh yang lama mengurangkan penghasilan
klorofil. Hal ini mengakibatkan daun berubah warna
dari hijau menjadi kekuning-kuningan dan kelihatan
kurang segar kerana tidak mendapat nutrien yang
secukupnya kerana proses fotosintesis tidak berlaku.
Vaselin juga menghalang proses pertukaran gas
antara daun dan persekitaran. Gas oksigen cuba
dikeluarkan oleh daun, namun tidak dapat melepasi
lapisan vaselin dan mengakibatkan penghasilan
gelembung-gelembung udara pada permukaan daun.

Hari
Pemerhatian
Inferens Daun diliputi Vaselin Daun tidak
diliputi
Vaselin
5 - Daun berubah
menjadi kuning.
- Daun kelihatan
kurang segar.
- Terdapat
gelembung-
gelembung udara
di atas permukaan
daun.
Daun kekal
hijau dan
segar.
Daun berubah menjadi kuning kerana fotosintesis
tidak berlaku. Klorosis berlaku kerana daun
kekurangan nutrien disebabkan kegagalan daun
untuk menghasilkan makanan sendiri. Gelembung-
gelembung udara yang terdapat pada permukaan
daun terhasil akibat kegagalan proses pertukaran
gas. Oksigen tidak dapat menembusi lapisan vaselin
lalu menghasilkan gelembung-gelembung udara pada
permukaan daun.














Eksperimen (i) B
Jadual 1.2: Pemerhatian daun selepas masa 5 hari.

Hari
Pemerhatian
Inferens


Daun yang ditutup
dengan kertas
hitam
Daun yang tidak
ditutup kertas
hitam
Pertama
(sebelum kertas
hitam diletakkan)
Daun berwarna
hijau dan kelihatan
segar.
Daun berwarna
hijau dan kelihatan
segar.
Daun menerima cahaya
matahari secukupnya
sebelum eksperimen
dimulakan.
Kelima (selepas
kertas hitam
dibuka)
Daun masih
berwarna hijau dan
kelihatan segar.
Daun berwarna
hijau dan kelihatan
segar.
Tiada perubahan pada
daun kerana kertas hitam
yang digunakan didapati
telah koyak pada hari
terakhir akibat hujan lebat.
Kerosakan pada kertas
hitam tersebut
mengakibatkan cahaya
matahari mampu
menyinari daun dan proses
fotosintesis berlaku seperti
biasa.








Eksperimen (ii): Tumbuh-tumbuhan Memerlukan Air
Jadual 2.1: Pemerhatian pertumbuhan biji benih selama 5 hari.
Hari Pemerhatian

Inferens

Pemerhatian

Inferens

Biji benih dalam Pasu A
(Disiram 25mL air setiap
hari)
Biji benih
dalam Pasu
B (Tidak
disiram)
1 - Biji benih mengembang. Air menyerap masuk
menyebabkan kotiledon
mengembang.
- Biji benih
tidak
mengembang
.
- Biji benih
masih keras.
- Tiada
percambahan
berlaku.
Tanah kering
dan tidak
mempunyai
air. Biji benih
tidak
mendapat
bekalan air
yang
mencukupi
untuk
menggalakkan
proses
percambahan
berlaku.









2 - Akar mula menunjukkan
pertumbuhan sebanyak
0.3cm.
- Testa biji benih masih
melekat pada biji benih.
Kotiledon yang mengembang
menyebabkan testa merekah
dan memudahkan radikel
tumbuh sebagai akar untuk
menyerap sumber air dan
nutrien bagi pertumbuhan biji
benih.
3 - Akar biji benih mencapai
panjang 1.0cm.
Akar tumbuh semakin panjang
kerana segala keperluan asas
untuk pertumbuhan berlaku
adalah mencukupi.
4 - Akar biji benih telah
tumbuh sepanjang 5.2cm.
- Sedikit bahagian pucuk
mula kelihatan.
- Testa biji benih telah
tertanggal sepenuhnya.
Akar tumbuh semakin panjang
kerana keperluan-keperluan
asas untuk pertumbuhan
dipenuhi. Plumur mula tumbuh
sebagai daun.
5 - Akar biji benih mencapai
panjang 6cm.
- Bahagian pucuk biji benih
kelihatan memanjang sedikit
namun hanya hujung daun
yang kelihatan.
Akar biji benih menjadi
semakin panjang untuk
menyerap air. Bahagian pucuk
juga tumbuh semakin pesat
untuk menggalakkan proses
fotosintesis berlaku.
Eksperimen (iii): Tumbuh-tumbuhan Memerlukan Udara
Eksperimen (iii) A
Jadual 3.1: Pemerhatian pertumbuhan biji benih dalam masa 5 hari.

Hari
Pemerhatian
Inferens
Pemerhatian
Inferens
Jar yang ditutup
Jar yang
dibiarkan
terbuka
1 - Biji benih
mengembang.
Air menyerap masuk
menyebabkan kotiledon
mengembang.
- Biji benih
mengembang.
Air menyerap masuk
mengakibatkan
kotiledon mengembang.
2 - Testa tertanggal
sepenuhnya.
- Kelihatan akar
telah mula tumbuh
menghala ke
dalam tanah.
- Terdapat bulu-
bulu halus pada
bahagian akar.
Kotiledon yang
mengembang
mengakibatkan testa pecah.
Biji benih bercambah,
radikel tumbuh sebagai akar
untuk menyerap nutrien dan
air daripada tanah. Bulu-
bulu halus merupakan
adaptasi tumbuhan untuk
meningkatkan luas
permukaan.
- Testa
tertanggal
sepenuhnya.
- Akar mula
tumbuh
sepanjang
0.4cm.
Kotiledon yang
mengembang
mengakibatkan testa
biji benih pecah. Biji
benih bercambah,
radikel tumbuh sebagai
akar untuk menyerap
nutrien dan air daripada
tanah.
3 - Pucuk telah mula
tumbuh.
- Akar menjadi
semakin panjang.
- Terdapat titisan-
titisan air pada
permukaan
penutup kaca.
Pertumbuhan yang pesat
disebabkan oleh
penyerapan nutrien dan air
oleh akar. Plumur mula
tumbuh sebagai pucuk.
Titisan-titisan air yang ada
pada permukaan penutup
kaca menunjukkan
berlakunya proses
penyejatan oleh tumbuhan.


- Akar tumbuh
sepanjang
1.2cm.
- Pucuk masih
belum
kelihatan.
Akar tumbuh semakin
panjang untuk
menyerap lebih air dan
nutrien.



Hari
Pemerhatian
Inferens
Pemerhatian
Inferens
Jar yang ditutup
Jar yang
dibiarkan
terbuka
4 - Akar kelihatan
berwarna hijau
kemerah-merahan.
- Akar tumbuh
semakin panjang.
- Pucuk juga telah
tumbuh semakin
panjang.
- Titisan-titisan air
pada permukaan
penutup kaca
masih kelihatan.
Akar kelihatan berwarna
hijau kemerah-merahan
kerana kekurangan udara.
Akar dan pucuk tumbuh
semakin panjang
disebabkan oleh proses
penyerapan air dan nutrien
daripada tanah. Titisan-
titisan air menunjukkan
berlakunya proses
penyejatan.
- Pertumbuhan
biji benih
terbantut.
- Panjang akar
tidak
bertambah.
- Pucuk juga
tidak
menunjukkan
sebarang
perubahan dari
segi
pertumbuhan.
Pertumbuhan biji benih
terbantut kerana akar
biji benih lemas
disebabkan keadaan
tanah yang tidak
mempunyai udara dan
juga kandungan air
yang terlalu banyak.


5 - Akar kelihatan
berwarna hijau
kemerah-merahan.
- Pertumbuhan
berlaku semakin
pesat.
- Akar dan pucuk
menunjukkan
pertumbuhan yang
ketara.
- Titisan-titisan air
pada permukaan
penutup kaca
masih kelihatan.
Akar kelihatan berwarna
hijau kemerah-merahan
kerana kekurangan udara.
Akar dan pucuk tumbuh
semakin panjang
disebabkan oleh proses
penyerapan air dan nutrien
daripada tanah walaupun
dalam keadaan kekurangan
udara. Titisan-titisan air
menunjukkan berlakunya
proses penyejatan.
- Pertumbuhan
terbantut.
Tiada sebarang
perubahan
panjang yang
berlaku pada
akar dan
pucuk.
Pertumbuhan biji benih
terbantut kerana akar
biji benih lemas
disebabkan keadaan
tanah yang tidak
mempunyai udara dan
juga air yang terlalu
banyak sehingga akar
lemas





Eksperimen (iii) B
Jadual 3.2: Pemerhatian pertumbuhan biji benih dalam masa 5 hari.

Hari
Pemerhatian
Inferens


Pemerhatian
Inferens


Gelas plastik
(mempunyai
kapas dan 40
mL air)

Gelas plastik (hanya
40mL air yang
diletakkan)
1 Biji benih
mengembang.
Air menyerap masuk
menyebabkan
kotiledon
mengembang.
Biji benih mengembang. Air menyerap masuk
menyebabkan kotiledon
mengembang.
2 - Separuh
testa telah
terbuka.
- Akar tumbuh
sepanjang
2cm.
Kotiledon yang
mengembang
mengakibatkan testa
biji benih pecah. Biji
benih bercambah,
radikel tumbuh
sebagai akar untuk
menyerap nutrien dan
air daripada tanah.
- Semua testa terbuka.
- Akar kelihatan mula
bercambah.
Kotiledon yang
mengembang
mengakibatkan testa biji
benih pecah. Biji benih
bercambah, radikel
tumbuh sebagai akar untuk
menyerap nutrien dan air
daripada tanah.
3 - Akar tumbuh
sepanjang
3.1cm.
- Pucuk telah
mula tumbuh
dan
panjangnya
diukur
mencapai
0.9cm.
Pertumbuhan yang
pesat disebabkan
oleh penyerapan
nutrien dan air oleh
akar. Plumur mula
tumbuh sebagai
pucuk.
- Kelihatan terdapat
gelembung-gelembung
udara pada atas air.
- Air kelihatan keruh.
- Terdapat satu lapisan
yang kelihatan seperti jeli
pada permukaan air.
Gelembung-gelembung
udara tersebut adalah gas
oksigen yang dilepaskan
oleh biji benih sewaktu
proses pertukaran gas.



4 - Akar tumbuh
sepanjang
5.2cm.
Pertumbuhan yang
pesat disebabkan
oleh penyerapan
- Biji benih kelihatan
terapung di dalam air.
- Pertumbuhan seperti
Gelembung-gelembung
udara tersebut adalah gas
oksigen yang dilepaskan
- Pucuk juga
tumbuh
sepanjang
1.1cm.
nutrien dan air oleh
akar. Pucuk mula
tumbuh untuk
membolehkan
tumbuhan mendapat
cahaya matahari bagi
menjalani proses
fotosintesis.
terbantut kerana tiada
sebarang pertumbuhan
yang mampu direkodkan.
- Lapisan yang kelihatan
seperti jeli pada
permukaan air masih
kelihatan.
- Terdapat banyak
gelembung-gelembung
udara pada bahagian
permukaan air.
- Air keruh.
oleh biji benih sewaktu
proses pertukaran gas.
Akar yang mulai
bercambah lemas kerana
terlalu banyak air di
sekeliling. Oleh itu,
tumbesaran biji benih
terbantut.


5 - Akar tumbuh
sepanjang
5.4cm.
- Pucuk juga
tumbuh
sepanjang
3.4cm.
Pertumbuhan yang
pesat disebabkan
oleh penyerapan
nutrien dan air oleh
akar. Pucuk mula
tumbuh untuk
membolehkan
tumbuhan mendapat
cahaya matahari bagi
menjalani proses
fotosintesis.

- Tidak berlaku
pertumbuhan pada akar
dan pucuk.
- Air masih keruh.
- Gelembung-gelembung
udara kelihatan semakin
banyak dan membentuk
beberapa tompokan
berwarna putih pada
permukaan air.
- Lapisan yang kelihatan
seperti jeli juga masih
ada.
- Biji benih terapung di
dalam air.
Gelembung-gelembung
udara tersebut adalah gas
oksigen yang dilepaskan
oleh biji benih sewaktu
proses pertukaran gas.
Akar yang mulai
bercambah lemas kerana
terlalu banyak air di
sekeliling. Oleh itu,
tumbesaran biji benih
terbantut. Biji benih
terapung kerana ia mulai
reput dan kehilangan
jisimnya.





PERBINCANGAN:
Eksperimen (i): Tumbuh-tumbuhan Memerlukan Cahaya Matahari
Eksperimen (i) A
Daun berubah warna daripada hijau ke kekuning-kuningan dan memperlihatkan
kehadiran gelembung-gelembung udara di permukaan daun selepas lima hari dilitupi
dengan vaselin. Selain itu, daun yang dilitupi vaselin juga kelihatan kurang segar
berbanding daun yang tidak dilitupi vaselin. Hal ini terjadi kerana daun tidak dapat
menerima cahaya matahari. Vaselin menghalang cahaya matahari daripada
menyinari permukaan daun. Hal ini mengakibatkan klorofil tidak dapat menyerap
tenaga untuk menghasilkan makanan dan seterusnya mengakibatkan penghasilan
klorofil terencat. Penghasilan klorofil yang terencat mengakibatkan daun mula
kehilangan pigmen hijau dan mula berubah warna daripada hijau ke warna
kekuning-kuningan. Bahagian bawah daun yang turut dilitupi vaselin mempunyai
banyak stomata yang bertanggungjawab untuk mengawal proses pertukaran gas
antara daun dan persekitaran. Selain itu, stomata juga bertindak untuk mengawal
jumlah air yang keluar dari daun semasa proses penyejatan berlaku. Vaselin yang
melitupi bahagian bawah daun menghalang daripada berlakunya pertukaran gas dan
juga proses penyejatan mengakibatkan daun menjadi kurang segar. Gelembung-
gelembung udara terhasil apabila daun cuba untuk menjalankan proses pertukaran
gas. Gelembung-gelembung udara tersebut adalah gas oksigen yang keluar
daripada daun, namun tidak berjaya menembusi lapisan vaselin di permukaan daun
lantas menghasilkan gelembung-gelembung udara.







Eksperimen (i) B
Pemerhatian:
Daun masih kekal berwarna hijau dan segar selepas kertas hitam dibuka lima hari
kemudian.
Penjelasan:
Tiada perubahan pada daun kerana kertas hitam didapati telah koyak semasa
pemerhatian dilakukan pada hari kelima disebabkan oleh hujan lebat yang melanda
hampir setiap petang. Kerosakan pada kertas hitam yang diletakkan pada daun
tersebut mengakibatkan cahaya matahari masih dapat menyinari daun dan
seterusnya klorofil dapat menyerap cahaya matahari untuk menjalani proses
fotosintesis seperti biasa untuk menghasilkan makanan.
Jangkaan:
Pada hari yang kelima, bahagian daun yang ditutup dengan kertas hitam sepatutnya
telah bertukar warna dari hijau ke kekuning-kuningan dan menjadi kurang segar
berbanding daun-daun yang tidak ditutup dengan kertas hitam. Hal ini disebabkan
oleh kehadiran kertas hitam yang menghalang cahaya matahari daripada menyinari
daun. Penghasilan klorofil terencat dengan ketiadaan cahaya matahari. Hal ini
menyebabkan daun kehilangan pigmen hijau dan berubah menjadi kekuning-
kuningan pada bahagian yang ditutup.
Teori/Sokongan:
Tumbuhan memerlukan cahaya matahari untuk memastikan kelangsungan hidup
dan menghasilkan makanan sendiri. Pada tahun 2003, Kaskel menyatakan bahawa
cahaya matahari diperlukan untuk menjalani proses fotosintesis.




Eksperimen (ii): Tumbuh-tumbuhan Memerlukan Air
Eksperimen (ii)
Air merupakan keperluan asas yang paling penting untuk tumbuhan hidup dan
menghasilkan makanan (Mader, 2010). Biji benih dalam pasu A yang disiram
dengan 25mL air setiap hari tumbuh dengan sihat. Pada awal pertumbuhan, biji
benih yang mendapat bekalan air yang mencukupi menyerap air lalu
mengembangkan kotiledon. Kotiledon yang mengembang memudahkan testa untuk
pecah dan seterusnya menggalakkan radikel tumbuh sebagai akar menghala ke
arah tanah yang kaya dengan air. Akar kemudiannya menyerap air untuk membantu
proses pertumbuhan tumbuhan. Seterusnya, pucuk akan mula tumbuh untuk
mendapatkan cahaya matahari bagi menjalani proses fotosintesis. Biji benih dalam
pasu B yang tidak disiram tidak menunjukkan sebarang perubahan. Biji benih tidak
mengembang, masih keras dan tidak ada percambahan yang berlaku sehingga hari
ke lima pemerhatian dijalankan. Tanah pada pasu B terlalu kering untuk biji benih.
Air merupakan elemen penting dalam proses percambahan biji benih. Biji benih
perlu menyerap air untuk menggalakkan pengembangan kotiledon dan melembutkan
testa.










Eksperimen (iii): Tumbuh-tumbuhan Memerlukan Udara
Eksperimen (iii) A
Pemerhatian:
Biji benih pada balang jar yang tertutup mengalami pertumbuhan yang lebih sihat
berbanding biji benih pada balang jar yang terbuka. Pertumbuhan biji benih pada
balang tertutup kelihatan normal. Selain itu, bagi ujikaji dalam balang jar yang
tertutup, wap-wap air dapat dilihat pada permukaan penutup kaca. Pertumbuhan
bagi biji benih dalam balang jar yang terbuka direkodkan mulai terbantut bermula
pada hari keempat eksperimen dijalankan manakala tumbuhan dalam balang jar
yang tertutup menunjukkan pemanjangan akar setiap hari.
Penjelasan:
Biji benih pada balang jar yang tertutup mampu kekal hidup walaupun ditutup oleh
penutup kaca kerana penutup kaca itu hanya diletakkan di atas balang jar. Ralat
mungkin berlaku pada bahagian ini kerana penutup kaca yang hanya diletakkan di
atas bukaan balang jar tidak memastikan keadaan dalam balang jar kedap udara.
Penyejatan yang berlaku mengakibatkan terbentuknya wap-wap air di permukaan
penutup kaca. Kemudian, wap-wap air ini akan menitis turun semula ke tanah dan
hal ini akan memastikan tanah sentiasa lembab dan sesuai untuk proses
pertumbuhan biji benih. Tumbuhan dalam balang jar yang terbuka pula disiram
dengan 15mL air setiap hari untuk memastikan tumbuhan sentiasa berada dalam
keadaan cukup air. Penyejatan yang terjadi ke atas tumbuhan akan menyebabkan
tumbuhan kehilangan air ke persekitaran dan tumbuhan perlu menggantikan air
yang hilang. 15mL air mungkin terlalu sedikit dan tidak dapat menggantikan jumlah
air yang telah tersejat.

Jangkaan:
Biji benih dalam balang jar yang terbuka dijangkakan akan tumbuh dengan lebih
subur dan sihat berbanding biji benih di dalam balang jar yang tertutup. Biji benih
dalam balang jar yang bertutup dijangkakan akan tumbuh namun pada kadar yang
perlahan dan akhirnya akan terbantut dan mati kerana kekurangan udara.

Teori/Sokongan:
Udara (karbon dioksida) merupakan salah satu keperluan asas yang diperlukan oleh
biji benih untuk pertumbuhan yang sihat. Sekiranya tiada udara atau bekalan udara
kurang, tumbuhan tidak akan dapat tumbuh dengan sihat. Biji benih dalam balang jar
yang tidak ditutup sepatutnya tumbuh dengan lebih cepat dan sihat berbanding biji
benih dalam balang jar yang ditutup. Hal ini kerana tumbuhan memerlukan udara
(karbon dioksida) untuk hidup dan menjalankan proses fotosintesis (Tor Siong Hon,
2008).

Eksperimen (iii) B
Biji benih yang diletakkan di dalam gelas plastik berisi kapas dan 40mL air tumbuh
lebih sihat berbanding biji benih yang dimasukkan secara terus ke dalam air. Biji
benih yang diletakkan di atas kapas mendapat bekalan udara yang cukup
berbanding biji benih yang dimasukkan secara terus ke dalam air. Biji benih
menyerap air dan kotiledon mengembang. Testa menjadi lembut disebabkan
kehadiran air dan memudahkan radikel untuk keluar sebagai akar menuju ke sumber
air. Biji benih yang diletakkan secara terus ke dalam air juga bercambah pada dua
hari pertama. Akar kelihatan keluar namun pertumbuhannya terbantut selepas hari
kedua. Hal ini disebabkan oleh jumlah air yang terlalu banyak dan ketiadaan udara
(karbon dioksida) untuk biji benih meneruskan pertumbuhan. Air menjadi keruh
kerana biji benih menggunakan bilangan gas karbon dioksida yang terdapat di dalam
air untuk menghasilkan gas oksigen, yang mana menghasilkan gelembung-
gelembung udara di atas permukaan air di samping mengeruhkan warna air.






KESIMPULAN
Tumbuhan memerlukan cahaya matahari untuk menghasilkan klorofil agar proses
fotosintesis dapat dijalankan bagi menghasilkan makanan untuk tumbuhan.
Tumbuhan yang tidak mendapat cahaya matahari tidak akan dapat menghasilkan
makanan sendiri dan akan berubah warna daripada hijau menjadi kekuning-
kuningan. Udara (karbon dioksida) dan juga air amat diperlukan oleh biji benih untuk
memulakan proses percambahan di samping menggalakkan pertumbuhan
tumbuhan secara sihat dan cepat. Air akan diserap oleh biji benih untuk
mengembangkan kotiledon agar testa terbuka dan radikel keluar sebagai akar.
Tanpa air, biji benih tidak akan mampu bercambah. Udara pula membolehkan daun
untuk melakukan proses pertukaran gas dengan persekitaran. Udara, cahaya
matahari dan juga air merupakan keperluan asas tumbuhan bagi memastikan
kelangsungan hidup.













SOALAN-SOALAN:
Eksperimen (i): Tumbuh-tumbuhan Memerlukan Cahaya Matahari
1. Apakah yang akan terjadi sekiranya hanya bahagian atas daun yang
dilitupi? Jika bahagian bawah sahaja yang dilitupi?
Sekiranya bahagian atas sahaja yang dilitupi vaselin, pertukaran gas
masih akan berlaku atas daun kerana stomata, iaitu liang-liang pernafasan
daun terletak di bahagian bawah daun. Daun masih mampu hidup namun
akan bertukar warna daripada hijau ke warna kekuning-kuningan. Hal ini
kerana daun tidak mendapat cahaya matahari yang secukupnya untuk
menjalankan proses fotosintesis. Walaubagaimanapun, sekiranya
keadaan ini dibiarkan berlanjutan buat masa yang lama, daun akan mati
kerana ia tidak dapat menghasilkan makanan sendiri. Sekiranya bahagian
bawah daun yang dilitupi vaselin, daun akan layu dan seterusnya mati
kerana stomata ditutup. Apabila stomata ditutup, pertukaran gas antara
daun dan persekitaran tidak dapat berlaku dan seterusnya mempengaruhi
proses fotosintesis. Proses penyejatan juga tidak dapat berlaku.

2. Adakah daun akan mati sekiranya bahan yang melitupi daun ditanggalkan
selepas sehari?
Daun tidak akan mati kerana kerana setelah vaselin ditanggalkan, daun
akan menerima cahaya matahari dan seterusnya menjalani proses
fotosintesis seperti biasa.

3. Apakah yang akan terjadi sekiranya hanya separuh bahagian daun yang
dilitupi? (Separuh bahagian atas dan separuh bahagian bawah)
Daun masih lagi hidup tetapi kawasan yang dilitupi dengan vaselin akan
berubah warna dari hijau ke warna kekuning-kuningan. Bahagian yang
tidak dilitupi vaselin akan kekal berwarna hijau dan menjalani proses
fotosintesis.



4. Apakah yang akan terjadi kepada daun selepas kertas hitam
ditanggalkan? Perhatikan untuk beberapa hari.
Bahagian yang ditutup dengan kertas hitam akan berubah warna daripada
hijau ke warna kekuning-kuningan. Daun tidak akan mati sekiranya hanya
sebahagian luas permukaan daun yang ditutup dengan kertas hitam
kerana kawasan yang tidak ditutup dengan kertas hitam masih akan
menjalankan proses fotosintesis seperti biasa. Sekiranya keseluruhan
daun ditutup dengan kertas hitam, daun akan mati kerana tidak dapat
menjalankan proses fotosintesis untuk menghasilkan makanan sendiri.

Eksperimen (ii): Tumbuh-tumbuhan Memerlukan Air
1. Adakah keputusan yang sama akan diperoleh sekiranya biji benih yang
berbeza digunakan?
Keputusan yang sama akan diperoleh sekiranya biji benih yang berbeza
digunakan kerana tumbuhan mempunyai keperluan asas yang sama iaitu air,
udara dan cahaya matahari.

2. Perlukah tumbuhan disiram air dengan banyak?
Tumbuhan tidak memerlukan air yang terlalu banyak kerana ia akan
mengganggu tumbesaran secara sihat. Kandungan air yang banyak boleh
menyebabkan akar reput malah daun juga akan bertukar keperang-perangan.
Tumbuhan bernafas melalui akar. Sekiranya terlalu banyak air disiram, akar
tidak dapat menyerap udara. Hal ini akan mengakibatkan akar lemas dan
seterusnya mati kerana kekurangan udara. Jenis tumbuhan, jenis tanah dan
juga cuaca merupakan faktor yang perlu dipertimbangkan untuk menentukan
kuantiti air yang perlu disiram pada tumbuhan.






3. Bagaimanakah petani dapat mengetahui sama ada tumbuhan menerima air
yang cukup; air tidak cukup; terlalu banyak air?
Petani dapat mengetahui tumbuhan tersebut menerima air yang cukup
sekiranya tumbuhan tersebut tumbuh dengan sihat. Tumbuhan yang tidak
cukup air akan kelihatan kering dan berwarna kekuning-kuningan. Tumbuhan
yang mendapat terlalu banyak air pula akan kelihatan layu, daun berwarna
keperang-perangan, akar mula reput dan tumbesaran tumbuhan juga akan
terbantut.

Eksperimen (iii): Tumbuh-tumbuhan Memerlukan Udara
1. Apakah cara lain yang boleh digunakan untuk mengeluarkan udara daripada
cawan?
Sukar untuk mengeluarkan kesemua udara dari dalam cawan tetapi
sebahagian udara boleh dikeluarkan dengan meletakkan air yang telah
dididihkan di dalam cawan atau meletakkan minyak pada permukaan air.

2. Adakah udara yang terlalu banyak menjadi satu masalah buat petani?
Udara yang banyak tidak menjadi satu masalah buat petani kerana ia
menggalakkan proses pertukaran gas antara daun dan persekitaran.

3. Adakah keputusan yang sama akan diperoleh sekiranya jenis biji benih yang
berbeza digunakan?
Ya, keputusan yang sama akan diperoleh kerana semua tumbuhan tumbuhan
mempunyai keperluan asas yang sama iaitu udara, air dan cahaya matahari.








4. Tumbuhan menghasilkan makanannya sendiri tetapi ia memerlukan bekalan
mineral. Pilih tiga mineral dan terangkan apa yang akan berlaku kepada
tumbuhan sekiranya ia tumbuh tanpa mineral-mineral tersebut.
Tiga contoh bekalan mineral yang diperlukan oleh tumbuhan untuk
menghasilkan makanannya adalah nitrogen, kalium dan fosforus.
Mineral Kesan kekurangan
Nitrogen Daun menjadi kekuning-kuningan (klorosis)
Kalium Nekrosis (tisu mati) pada tepi daun tua atau daun
yang terbakar
Klorosis antara urat daun muda
Fosforus Daun hijau tua berwarna kemerahan atau ungu
pada daun atau petiol

5. Haiwan dan tumbuhan memerlukan makanan. Bagi dua sebab mengapa
haiwan dan tumbuhan memerlukan makanan.
Makanan adalah keperluan asas haiwan dan tumbuhan. Makanan diperlukan
bagi menggalakkan tumbesaran yang sihat. Makanan juga membekalkan
tenaga kepada haiwan dan tumbuhan. Karbohidrat, lemak dan protein yang
terkandung dalam makanan membantu memanaskan badan haiwan. Daun
tumbuhan juga memerlukan makanan dan air untuk tumbesaran yang sihat.
Akar tumbuhan menyerap zat dan air dari tanah. Makanan amat penting bagi
haiwan dan tumbuhan untuk memastikan kelangsungan hidup.









RUJUKAN:
Buku:
Mader, S.S. (2010). Biology, 10
th
edition. New York: McGraw Hill
Kaskel, A., Hummer, P.J. & Daniel, L.(2003). Biology and everyday experience. New
York: Glencoe Mcgraw Hill

Internet:
Percambahan Biji Benih. (2011).
Retrieved February 11, 2012, from
http://qalish.com/2011/10/percambahan-biji-benih.html

Do Plants Need Sunlight?. (2005).
Retrieved February 11, 2012, from
http://www.reachoutmichigan.org/funexperiments/agesubject/lessons/sunlight.html

Anda mungkin juga menyukai