Anda di halaman 1dari 16

BENGKEL PEMBINAAN

ROKET AIR 2018


SELAMAT DATANG DAN TAHNIAH DIUCAPKAN KERANA MENYERTAI BENGKEL
PEMBINAAN ROKET AIR
KONSEP ROKET AIR

 Roket bekerja berdasarkan Prinsip Keabadian Momentum.


 Udara yang dikeluarkan dibelakang roket menghasilkan satu momentum
ke arah belakang.
 Hal ini memberikan satu momentum pada roket pada magnitud yang
sama, tetapi dalam arah berlawanan yang menyebabkan roket meluncur
ke hadapan.
 Sama konsep dengan belon yang diisi dengan udara kemudian
dilepaskan.
 Pelancaran roket menggunakan alat pelancar roket air yang berasaskan
kombinasi tekanan air dan udara sahaja.
GAMBARAN KONSEP ROKET AIR
BAHAN – BAHAN YANG DIPERLUKAN :

1. 3 Botol air 1.5 L ( 100 Plus/Kickapoo)


2. Gunting
3. Pen Knife
4. Pembaris Panjang
5. Binding Tape 2 inch
6. Marker Pen
7. Straw Board
8. Modelling Clay/Plastesin
Langkah – Langkah Pembinaan Roket

1. Potong botol 1/3 dari bahagian atas seperti


gambarajah.
Langkah – Langkah Pembinaan Roket

2. Masukkan plastisin ke dalam bahagian atas


botol yang dipotong sehingga menutup
lubang botol tersebut. Kemudian ambil
pelekat, untuk menutup lubang botol
dan membentuk ianya seperti muncung yang
tajam. Plastisin digunakan sebagai pemberat.
Ini semua bertujuan untuk melancarkan
pergerakan roket merintangi angin
ketika dilancarkan.
Langkah – Langkah Pembinaan Roket

3. Kemudian ambil bahagian atas botol yang


telah siap dimasukkan plastisin dan
cantumkan dengan botol air (1.5 L), yang satu
lagi itu pada bahagian bawah botol tersebut
Langkah – Langkah Pembinaan Roket

4. Gunakan pita pelekat untuk mencantum


kedua-dua bahagian botol.
Langkah – Langkah Pembinaan Roket

5. Guna pisau atau gunting untuk memotong


kertas tebal/ strawboard, yang hendak
dijadikan sayap.
Buatkan 3 keping sayap mengikut bentuk
yang bersesuaian.

Cadangan ukuran lebar sayap/fin :

10cm x 2cm – 16cm x 5 cm


Langkah – Langkah Pembinaan Roket

Atau

Cara A Cara B

6. Bahagian sayap dibelah dua (0.5 cm) atau


bahagikan 4 bahagian seperti Cara B untuk
tujuan pelekatan.
Langkah – Langkah Pembinaan Roket

7. Ambil benang dan sukat ukur lilit botol


(pada bahagian pelekatan sayap)
Langkah – Langkah Pembinaan Roket

8. Benang dibahagi 3 bahagian dan ditanda


dengan pen.

9. Gunakan benang yang telah ditanda,


untuk menanda 3 tempat pada bahagian
bawah botol sebagai tempat pelekatan
sayap
Langkah – Langkah Pembinaan Roket

10.Lekatkan sayap pada bahagian botol


yang telah ditanda dengan menggunakan
binding tape / glue gun.
Langkah – Langkah Pembinaan Roket

11.Roket telah siap dan boleh dilancarkan.


Contoh Model Roket Air
SELAMAT MENCUBA
DAN
SEMOGA BERJAYA

Anda mungkin juga menyukai