Anda di halaman 1dari 10

[KEPERLUAN

ASAS TUMBUHAN]

January 17, 2012

Tujuan: Bagi menentukan keperluan asas tumbuhan: cahaya matahari,udara dan air.

Teori:

Tumbuhan

adalah

benda

hidup.

Tumbuhan

juga

memerlukan

makanan untuk membesar dan hidup subur. Makanan tersebut dikenali sebagai keperluan asas. Keperluan asas bagi tumbuhan ialah air, udara (gas karbon dioksida) dan cahaya matahari. Apabila tumbuhan mendapat

keperluan-keperluan asasnya yang mencukupi, maka tumbuhan itu boleh membesar dan hidup sihat, segar dan subur. Tumbuhan hijau membuat makanannya sendiri melalui proses fotosintesis. Tumbuhan hijau menyerap cahaya matahari melalui daundaunnya untuk membuat makanan. Tumbuhan mendapatkan air melalui akarnya dan ia memerlukan air untuk mengangkut makanan dan nutrien. Tumbuhan memerlukan udara untuk bernafas dan membuat makanan. dan ia mendapatkan udara melalui bahagian daunnya.

Pernyataan masalah : a) Matahari ialah keperluan asas tumbuhan. b) Air ialah keperluan asas tumbuhan. c) Udara ialah keperluan asas tumbuhan.

Hipotesis : Tumbuhan memerlukan cahaya matahari, aur, dan udara untuk melakukan proses fotosintesis.

Page 1

[KEPERLUAN

ASAS TUMBUHAN]

January 17, 2012

EKSPERIMEN A :

Pembolehubah: Manipulasi: Jenis bahan yang digunakan Tindak balas: Keadaan daun Pemalar: Tempat daun ditempatkan

Bahan: Tumbuhan sihat dengan daun yang besar, Kertas hitam yang tebal, Vaselin dan Kelip kertas.

Prosedur A: 1. Tumbuhan yang berdaun besar dan sentiasa menerima pancaran cahaya matahari dipilih. 2. Kedua-dua belah daun tersebut disapu dengan vaselin. 3. Daun tersebut telah diperhatikan setiap hari dan dibandingkan dengan daun yang tidak bersalut. Warna dan kesegaran daun telah diperhatikan. Prosedur B: 1. Tumbuhan yang berdaun besar dan sentiasa menerima pancaran cahaya matahari dipilih. 2. Kertas hitam yang tebal dipotong mengikut bentuk yang disukai dan diletakkan pada kedua-dua permukaan daun kemudian kertas tersebut dikelip dengan kelip kertas untuk beberapa hari. 3. Setelah beberapa hari, kertas tersebut dialihkan. Hasilnya diperhatikan.

Page 2

[KEPERLUAN

ASAS TUMBUHAN]

January 17, 2012

Keputusan :

Pemerhatian Hari 1 : Daun tidak menunjukkan perubahan Hari 2 : Daun mula layu dan kekuningan Prosedur A Hari 3 : Daun kelihatan kekuningan yang ketara Hari 4 : Daun terus gugur

Inferens

Daun menjadi layu kerana tidak mendapat cahaya matahari yang secukupnya untuk proses tumbesaran.

Hari 1 : Daun tidak menunjukkan perubahan Hari 2 : Daun tidak menunjukkan perubahan yang ketara Hari 3 : Daun kelihatan kering Hari 4 : Daun tidak gugur

Prosedur B

Daun menjadi kering kerana bahagian yang ditutupi dengan kertas hitam menghalang cahaya seterusnya menyebabkan daun tidak dapat menjalani proses fotosintesis.

Prosedur A

Prosedur B

Page 3

[KEPERLUAN

ASAS TUMBUHAN]

January 17, 2012

EKSPERIMEN B :

Pembolehubah: Manipulasi: Keperluan tumbuhan Bertindak balas: Keadaan tumbuhan Pemalar: Jenis tumbuhan yang digunakan

Bahan: Kacang hijau, Air, Tanah, dan Cawan plastik

Prosedur A: 1. Kacang hijau telah ditanam di dalam dua cawan plastik kecil yang telah dipenuhi dengan tanah. 2. Kedua-dua cawan plastik kecil diletakkan di bawah cahaya matahari. 3. Salah satu cawan plastik kecil iaitu A disiramkan dengan air secukupnya, manakala cawan plastik kecil satu lagi iaitu B tidak disiramkan dengan air. 4. Kacang hijau tersebut diperhatikan selepas beberapa hari.

Keputusan :

Pemerhatian Hari 1 : Biji benih tidak menunjukkan perubahan Hari 2 : Biji benih mula cambah Cawan plastikA Hari 3 : Biji benih cambah dengan ketara Hari 4 : Biji benih cambah dengan ketara

Inferens

Biji benih tumbuh dengan segar kerana mendapat air secukupnya.

Page 4

[KEPERLUAN

ASAS TUMBUHAN]

January 17, 2012

Hari 1 : Biji benih tidak menunjukkan perubahan Hari 2 : Biji benih tidak menunjukkan perubahan Cawan plastik B Hari 3 : Biji benih tidak menunjukkan perubahan Hari 4 : Biji benih langsung tidak tumbuh Biji benih tumbuh dengan segar kerana tidak mendapat air secukupnya.

Cawan Plastik A

Cawan Plastik B

EKSPERIMEN C :

Pembolehubah: Manipulasi: Keadaan bekas Bertindak balas: Keadaan tumbuhan Pemalar: Jenis tumbuhan yang digunakan

Bahan: Kacang hijau, Botol, Kapas, dan Air

Page 5

[KEPERLUAN

ASAS TUMBUHAN]

January 17, 2012

Prosedur A: 1. Beberapa biji benih kacang hijau diletakkan di dalam botol. 2. Kedua-dua botol yang mengandungi biji benih kacang hijau disiram dengan air. 3. Botol A ditutup bagi menghalang kemasukan udara. 4. Botol B dibiarkan lembap dan disiram seperti biasa.

Keputusan :

Pemerhatian Hari 1 : Biji benih tidak menunjukkan perubahan Hari 2 : Biji benih tidak menunjukkan perubahan Hari 3 : Biji benih cambah dengan perlahan Hari 4 : Biji benih berhenti cambah

Inferens Biji benih cambah sedikit kerana biji benih tersebut menggunakan udara yang terperangkap untuk cambah dan berhenti apabila tidak mencukupi udara dan kapas dalamnya lembap.

Botol A

Hari 1 : Biji benih tidak menunjukkan perubahan Hari 2 : Biji benih mula cambah Botol B Hari 3 : Biji benih cambah dengan ketara Hari 4 : Biji benih cambah dengan ketara

Biji benih cambah dengan ketara kerana biji benih tersebut menggunakan udara sekitarnya dan kapas dalamnya sentiasa lembap.

Page 6

[KEPERLUAN

ASAS TUMBUHAN]

January 17, 2012

Botol A

Botol B

Kesimpulan: Tumbuhan memerlukan udara, cahaya matahari dan air untuk hidup dengan lebih subur dan melakukan fotosintesis.

Perbincangan: 1. Eksperimen A, daun yang selaputi vaselin telah layu dan gugur. Daun yang dikelipkan dengan kertas hitam menjadi kering tetapi tidak gugur selepas beberapa hari. 2. Eksperimen B, biji benih dalam cawan plastic A cambah dengan ketara kerana dapat air secukupnya dan biji benih dalam cawan plastic B tidak tumbuh kerana tidak ada air dan kering. 3. Eksperimen c, biji benih dalam botol A cambah dengan sedikit kerana menggunakan udara yang terperangkap dalam botol dan biji benih dalam botol B cambah dengan ketara kerana menggunakan udara sekitarnya. 4. Percambahan biji benih memerlukan udara dan air pada suhu yang bersesuaian. 5. Walaupun proses fotosintesis tidak dapat dijalankan oleh tumbuhan kerana ketiadaan cahaya matahari, namun proses respirasi masih berlaku kerana tumbuhan memerlukan tenaga untuk hidup.

Page 7

[KEPERLUAN

ASAS TUMBUHAN]

January 17, 2012

Soalan A: 1) Apakah yang akan berlaku sekiranya bahagian atas daun disalut? Bahagian bawah disalut? Stomata terletak di bahagian belakang daun. Jika sebelah belakang diselaputi dengan vaselin, daun tersebut akan mati kerana tidak melunya proses respirasi dan tadak melakunya proses fotosintesis dengan betul. Jika sebelah atas diselaputi dengan vaselin, daun tersebut masih boleh hidup.

2) Adakah daun akan terus mati sekiranya salutan dikeluarkan selepas satu hari? Tidak, kerana fotosintesis masih akan belaku selepas bahagian bahagian yang ditutup itu ditanggalkan. Ini kerana, daun tersebut mendapat kembali cahaya matahari untuk membolehkannya melakukan proses fotosintesis semula.

3) Apakah yang akan terjadi sekiranya hanya sebahagian daun sahaja yang ditutup?(sebahagian di atas dan sebahagian di bawah) Hanya bahagian yang ditutup sahaja akan layu tetapi masih dapat membuat proses fotosintesis kerana dapat cahaya matahari.

4) Apakah yang akan terjadi kepada tumbuhan sekiranya kertas hitam ditanggalkan?Perhatikan selama beberapa hari. Daun akan kering dan gugur walaupun kertas hitam tersebut ditanggalkan kerana tidak dapat menjalani proses fotosintesis.

Soalan B: 1) Adakah setiap tumbuhan akan mendapat keputusan yang sama? ya, kerana semua benda hidup perlukan keperluan yang sama.

Page 8

[KEPERLUAN

ASAS TUMBUHAN]

January 17, 2012

2) Bolehkah memberi tumbuhan terlalu banyak air? Tidak. Jika memberi terlalu banyak air, akar tumbuhan tersebut akan reput, dan tumbuhan tersebut akan kelihatan layu. Daunnya juga akan menjadi kekuningan.

3) Bagaimanakah caranya petani mengetahui tumbuhan mendapat air yang mencukupi atau tidak? Petani akan menyentuh tanah tersebut. Sekiranya tanah tersebut lembap, itu menandakan bahawa tumbuhan mendapat air yang cukup manakala, sekiranya tanah yang disentuh adalah kering, petani akan mengetahui bahawa tumbuhan tidak mendapat air yang cukup. Jika tanah yang disentuh adalah mempunyai terlalu banyak air, petani akan mengetahui bahawa tumbuhan tersebut akan menjadi kekuningan.

Soalan C: 1. Apakah cara-cara lain untuk membuang udara dari cawan tersebut? Menggunakan mancis yang terbakar dalam jar kerana api memerlukan oksigen untuk membakat. jika kehabisan oksigen api tersebut akan terpadam.

2. Apakah jika terlebih udara akan menjadi suatu masalah kepada petani? Tidak. Jumlah udara tidak memberikan sebarang kesan kepada petani kerana udara membawa maksud lebih banyak oksigen diterima untuk membantu tumbuhan hidup dengan lebih subur.

3. Adakah keputusan yang berbeza akan muncul sekiranya biji benih yang digunakan berlainan jenis? Tidak, kerana semua benda hidup perlukan keperluan yang sama.

Page 9

[KEPERLUAN

ASAS TUMBUHAN]

January 17, 2012

4. Tumbuhan membuat makanan mereka sendiri namun mereka memerlukan bekalan mineral. Pilih 3 jenis mineral dan nyatakan apakah yang akan terjadi sekiranya mereka membesar tanpa mineral tersebut? Nitrogen, fosforus, dan kalsium. Sekiranya tumbuhan tersebut kekirangan nitrogen,pertumbuhan tumbuhan tersebut akan terbantut. Sekiranya tumbuhan tersebut kekurangan fosforus, pertumbuhan akar tumbuhan tersebut akan terbantut manakala sekiranya tumbuhan tersebut kekurangan kalsium makan daun akan menangkup.

5. Tumbuhan dan haiwan memerlukan makanan. Berikan 2 sebab mengapa tumbuhandan haiwan memerlukan makanan. Haiwan dan tumbuhan memerlukan makanan untuk meningkatkan kadar metabolism dan sebagai pembekalan tenaga yang berterusan.makanan juga mambantu memanaskan badan dan membantu tumbesaran. tumbesaran penting bagi membaiki sel dan tisu.

Page 10

Anda mungkin juga menyukai