Anda di halaman 1dari 15

Praktikal 1 : Keperluan asas tumbuhan.

Objektif

Untuk mengenalpasti keperluan asas tumbuhan, iaitu cahaya matahari, udara dan
air.

Pengenalan

Tumbuhan memerlukan penjagaan khas untuk membolehkan ia tumbuh. Tumbuhan


memerlukan tanah, udara. cahaya dan air. Tumbuhan juga perlu dibaja secara
kerap untuk membantu proses tumbesarannya. Baja mengandungi mineral yang
boleh membantu tumbuhan membesar dengan sihat. Tumbuhan membuat
makanannya sendiri melalui proses fotosintesis. Proses fotosintesis akan
membebaskan oksigen yang amat diperlukan oleh manusia untuk bernafas.

Penyataan masalah

a) Adakah tumbuhan memerlukan cahaya matahari?

b) Bolehkah tumbuhan hidup tanpa air?

c) Bolehkah tumbuhan hidup tanpa udara?

Hipotesis

Tumbuhan tidak boleh hidup tanpa cahaya matahari, air dan udara. Tumbuhan
memerlukan kesemua elemen ini untuk terus hidup.
Pemboleh ubah malar

Jenis tumbuhan yang digunakan

Pemboleh ubah dimanipulasi

Jenis keperluan tumbuhan

Pemboleh ubah bergerak balas

Keadaan tumbuhan

Eksperimen A:

Bahan/radas

i. Tumbuhan berdaun lebar

ii. Vaselin

iii. Kertas hitam

iv. Klip kertas

Prosedur A

1. Tumbuhan hijau diletakkan di ruang yang mempunyai sumber pencahayaan


yang baik.

2. Vasaelin disapu secara berhati-hati.di beberapa helai daun. Vasaelin disapu


pada kedua-dua bahagian daun.

3. Pemerhatian dilakukan terhadap daun yang disapu dengan vaselin pada


setiap hari. Perbandingan dilakukan dengan daun yang tidak disapu dengan
vaselin. Pemerhatian juga dilakukan terhadap warna dan kesegaran daun.
Prosedur B

1. Kertas hitam yang dilipat digunting pada satu bahagian.

2. Corak yang sudah digunting seterusnya diklip dan ditinggalkan untuk


beberapa hari.

3. Selepas beberapa hari, kertas hitam ditanggalkan dan pemerhatian dilakukan


untuk mendapatkan keputusan.

Eksperimen B

Bahan/radas

i. Benih-benih kacang

ii. Dua bekas bunga kecil

iii. Air

iv. Tanah, humus

Prosedur

1. Beberapa biji benih kacang ditanam di dalam bekas bunga kecil.

2. Kedua-kedua tumbuhan diletakkan di bawah cahaya matahari

3. Tumbuhan ‘A’ disiram air secukupnya pada setiap hari

4. Tumbuhan ‘B’ tidak disiram air


Eksperimen C:

Bahan/radas

1. Biji-biji kacang

2. Dua balang dan dua cawan plastik

3. Tanah, humus

4. Kapas

5. Air

Prosedur A

1. Biji-biji kacang ditanam di dalam balang

2. Tanah pada kedua-dua balang disiram air secukupnya. Udara telah


disingkirkan daripada tanah apabila gelembung udara tidak lagi kelihatan.

3. Balang pertama ditutup menyebabkan bekalan udara tidak lagi dibekalkan


kepada tumbuhan

4. Balang kedua dibiarkan lembap dengan disiram air pada kadar yang
diperlukan.

Prosedur B

1. Kedua-dua cawan diisi dengan air.

2. Kapas diletakkan pada bahagian atas cawan. Biji-biji kacang diletakkan di


atas kapas. Ini akan menyebabkan biji kacang sentiasa lembap.

3. Biji kacang dimasukkan ke dalam air pada cawan kedua, seterusnya


menyebabkan penyingkiran udara.
4. Kedua-dua cawan diletakkan di tempat yang mempunyai suhu dan cahaya
yang sama.

Keputusan

Eksperimen A:

Prosedur Pemerhatian Inferens

Hari 1: Daun tidak menunjukkan Daun layu


perubahan
A Hari 2: Daun mula layu dan kelihatan - hal ini kerana daun tidak
kekuningan mendapat cahaya
Hari 3: Daun kelihatan kekuningan matahari yang secukupnya
yang ketara untuk proses tumbesaran
Hari 4: Daun tidak gugur

Hari 1: Daun tidak menunjukkan - Daun layu


perubahan.
B Hari 2: Daun tidak menunjukkan - bahagian yang ditutupi
perubahan yang ketara kertas hitam menghalang
Hari 3: Daun mula layu daun mendapat cahaya
Hari 4: Daun terus gugur seterusnya menyebabkan
daun tidak dapat menjalani
proses fotosintesis

Eksperimen A, prosedur A: Eksperimen A, prosedur B:

Daun kelihatan kekuningan tetapi Daun layu dan gugur


tidak gugur
Eksperimen B:

Tumbuhan Pemerhatian Inferens


Hari 1 : Benih kacang tidak - Benih kacang telah
A menunjukkan perubahan hilang. Hal ini adalah
Hari 2 : Benih kacang mula cambah disebabkan oleh perkara
Hari 3 : Semua benih kacang telah yang tidak diingini berlaku
hilang mungkin dimakan burung.
Hari 4 : Benih kacang langsung tidak
tumbuh

Hari 1 : Benih kacang tidak - Benih kacang telah


B menunjukkan perubahan hilang. Hal ini adalah
Hari 2 : Benih kacang tidak disebabkan oleh perkara
menunjukkan perubahan yang tidak diingini berlaku.
Hari 3 : Benih kacang hilang Mungkin dimakan burung.
Hari 4 : Benih kacang langsung tidak
tumbuh

Eksperimen B, Tumbuhan A: Eksperimen B, Tumbuhan B:

Benih kacang tidak tumbuh Benih kacang tidak tumbuh


Eksperimen C:

Prosedur Pemerhatian Inferens


Hari 1 : Benih kacang tidak Benih kacang
A menunjukkan perubahan menggunakan udara yang
(Balang ditutup) Hari 2 : Benih kacang mula cambah terperangkap dalam
Hari 3 : Semua benih kacang telah balang.
mula tumbuh daun dan akar
Hari 4 : Semua benih kacang tumbuh - benih kacang dapat
dengan sempurna tumbuh kerana
menggunakan udara yang
terperangkap untuk terus
hidup sehingga
kandungan udara habis

Hari 1 : Benih kacang tidak Benih kacang tidak dapat


menunjukkan perubahan tumbuh
A Hari 2 : Benih kacang mula cambah
(balang tidak Hari 3 : Semua benih kacang telah -kami mengesyaki
ditutup) hilang terdapat pelajar yang
Hari 4 : Benih kacang langsung tidak mengganggu eksperimen
tumbuh kami.
Hari 1 : Benih kacang tidak Benih kacang tidak
menunjukkan perubahan tumbuh.
B Hari 2 : Benih kacang tidak
menunjukkan perubahan -kerana air yang terdapat
Hari 3 : Benih kacang mula kering dalam cawan mulai kering
Hari 4 : Benih kacang kering dan tidak pada hari ketiga kerana
dapat tumbuh berlaku proses penyejatan
Hari 1 : Benih kacang tidak Benih kacang tidak
menunjukkan perubahan tumbuh.
B Hari 2 : Benih kacang tidak
menunjukkan perubahan -kerana air yang terdapat
Hari 3 : Benih kacang mula kering dalam cawan mulai kering
Hari 4 : Benih kacang kering dan tidak pada hari ketiga kerana
dapat tumbuh berlaku proses penyejatan
Eksperimen C, prosedur A (balang Eksperimen C, prosedur A (balang
ditutup): tidak ditutup):

Semua benih kacang tumbuh Benih kacang tidak tumbuh


dengan sempurna

Eksperimen C, prosedur B: Eksperimen C, prosedur B:

Benih kacang kering dan tidak Benih kacang kering dan tidak
dapat tumbuh dapat tumbuh
Kesimpulan

Sebagai kesimpulan, kami menyimpulkan bahawa tumbuhan memerlukan kesemua


keperluan asas ( cahaya matahari, air, udara) untuk proses tumbesaran. Tumbuhan
akan mati sekiranya tidak mendapat keperluan-keperluan tersebut. Oleh itu, adalah
menjadi tanggungjawab manusia untuk memelihara alam sekitar daripada
pencemaran yang akan mengganggu proses tumbesaran tumbuhan.

Perbincangan

1. Eksperimen A, daun yang diselaputi Vaselin telah layu tetapi tidak


gugur. Daun yang diklipkan dengan kertas yang digunting setelah
beberapa hari, terus gugur.

2. Eksperimen B, biji benih di dalam bekas bunga yang disiram tidak


tumbuh kerana biji benih telah hilang, mungkin kerana dimakan
burung. Begitu juga dengan bii benih yang tidak disiram. Kami
mencadangkan agar eksperimen dijalankan di ruang bersangkar
agar burung tidak dapat masuk.

3. Eksperimen C, melalui prosedur A, biji benih yang berada di dalam


balang jar yang ditutup dengan kertas hitam tetap bercambah dan
terus hidup. Hai ini kerana biji benih tersebut menggunakan udara
yang masih terperangkap di dalam balang. Pemerhatian akhir pada
biji benih yang berada di dalam balang jar yang tidak ditutup
dengan kertas hitam tidak dapat dilakukan kerana biji benih telah
hilang. Kami mencadangkan agar eksperimen dijalankan di tempat
yang berkunci agar eksperinmen berlaku dengan lancar.
4. Eksperimen C , melalui prosedur B, biji benih tidak dapat tumbuh
kerana air kering. Hal ini kerana air terlalu sikit dan ruang meletak
cawan terlalu terdedah kepada matahari seterusnya menyebabkan
air tersejat pada kadar yang segera. Biji benih pada kapas juga
mengecut kerana air pada kapas telah kering.

5. Nutrien asas bagi tumbuhan memerlukan udara, air, cahaya,


pottasium and mikroelemen ( iron, zink, magnesuim, dll)

6. Tumbuhan tumbuhan telah diletakkan di kawasan yang cukup


cahaya dimana ia dapat dilihat tanpa perlu dikawal oleh pelajar.

7. Tumbuhan memerlukan air. Tumbuhan akan mati sekiranya tidak


mendapat air yang mencukupi untuk hidup.

8. Terdapat pelbagai fungsi air untuk tumbuhan. Antaranya ialah


untuk proses transpirasi dimana air digunakan untuk memindahkan
mikroelemen yang diperlukan seperti iron.

9. Tumbuhan juga memerlukan cahaya matahari untuk hidup. Ini


kerana, cahaya matahari diperlukan untuk membuat makanan
semasa proses fotosintesis.
Soalan eksperimen 1:

1. Apakah akan terjadi jika hanya bahagian atas daun diselaputi Vaselin? Atau
hanya bahagian bawah?

Stomata terletak di bahagian belakang daun. Sekiranya sebelah belakang daun


diselaputi Vaseline, maka daun tersebut akan mati kerana daun tersebut tidak dapat
melakukan proses fotosintesis dengan berkesan. Fotosintesis merujuk kepada
proses penukaran tenaga cahaya daripada matahari kepada tenaga biokimia.Dalam
bahasa yang mudah, fotosintesis adalah proses tumbuhan membuat makanannya
sendiri Namun begitu sekiranya hanya bahagian atas daun ditutupi, daun tersebut
masih boleh hidup. Stomata tumbuhan darat banyak terdapat pada bahagian bawah
daun bertujuan untuk mengurangi penguapan. Hal ini kerana, fotosintesis
memerlukan air dan penguapan akan mengurangkan jumlah air. Sebaliknya pula,
stomata tumbuhan air banyak terletak di atas daun yang bertujuan untuk
mempercepat penguapan.

2. Adakah daun akan terus mati sekiranya Vaselin dibersihkan selepas sehari?

Tidak ini adalah kerana tumbuhan akan terus menjalankan proses fotosintesis
selepas vaselin dibersihkan.

3. Apakah akan terjadi jika hanya separuh bahagian daun ditutup? (separuh
bahagian atas dan separuh bahagian bawah)

Daun akan masih hidup. Hal ini kerana bahagian tidak dilapisi masih boleh
melakukan proses fotosistesis. Walaubagaimanapun, bahagian yang ditutup akan
layu.
4. Apakah yang akan terjadi pada daun selepas kertas hitam ditanggalkan?
Buat pemerhatian selama beberapa hari.

Semasa kertas hitam ditanggalkan, daun kelihatan layu kerana tidak mendapat
cahaya matahari yang cukup. Walaubagaimanapun, selepas kertas hitam
ditanggalkan, daun akan kembali segar – dengan syarat segala keperluan asasnya
seperti air, udara & cahaya mencukupi.

Soalan eksperimen 2:

1. Adakah keputusan yang sama akan diperoleh sekiranya biji benih berbeza
digunakan?

Ya. Ini kerana semua benda hidup perlukan keperluan yang sama,

2. Mungkinkah anda memberikan air yang berlebihan kepada tumbuhan?

Berdasarkan keperluan, tanaman tidak memerlukan terlalu banyak air untuk hidup.
Jika kita memberi terlalu banyak air kepada tumbuhan, beberapa tanda akan dapat
dikesan. Antaranya akar akan reput, tumbuhan kelihatan layu, daun yang baru akan
bertukar menjadi keperangan dan tiada tumbesaran tumbuhan.

3. Bagaimana petani dapat mengesan tanaman itu mendapat air yang


mencukupi, tidak cukup air atau terlebih air?

Terdapat beberapa cara untuk mengenalpasti masalah ini. Antaranya, kita boleh
mengenalpasti petanda pada tumbuhan berdasarkan pada ciri-ciri berikut:

a) Cukup: Tanaman ini tumbuh sihat.


b) Tidak cukup air: Daun kekuningan dan kering.
c) Terlalu banyak air: akar akan reput, tumbuhan kelihatan layu, daun yang
baru akan bertukar menjadi keperangan dan tiada tumbesaran tumbuhan.

Soalan eksperimen 3:

1. Apakah cara lain untuk mengeluarkan udara daripada dalam cawan?

Kita boleh menggunakan mancis yang terbakar di jar. Hal ini kerana api
memerlukan oksigen untuk pembakaran. Api akan terpadam sekiranya tiada lagi
oksigen kerana pembakaran tidak dapat lagi dilakukan.

2. Adakah akan ada masalah kepada petani sekiranya terlalu banyak udara?

Udara yang banyak tidak akan mendatangkan masalah kepada kepada petani.
Bahkan ia mendatangkan manfaat kepada para petani. Contohnya, tiupan angin
akan mempercepatkan lagi kadar transpirasi kerana udara yang tepu dengan wap
air ditiup ke tempat lain. Dengan ini kehilangan air melalui stoma tidak terganggu.
Tiupan angin juga menyegarkan udara yang terdapat di persekitaran tumbuhan
serta memperbaharui bekalan karbon dioksida untuk fotosintesis.

Selain itu, terdapat juga beberapa jenis tumbuhan yang memerlukan angin untuk
pendebungaan. Angin membantu memindahkan debunga ke permukaan stigma
bunga yang lain.

Walaubagaimanapun, udara yang terlalu banyak mungkin akan mendatangkan


masalah kepada petani. Tiupan angin yang kencang seperti angin puting beliung
akan menumbangkan pokok seterusnya mendatangkan kerugian kepada petani.

3. Adakah keputusan yang sama akan diperolehi sekiranya biji benih yang
berbeza digunakan?

Keputusan yang hampir sama akan diperolehi. Hal Ini kerana semua tumbuhan
memerlukan keperluan asas yang sama untuk kekal hidup.
4. Tumbuhan membuat makanan sendiri, tetapi ia tetap memerlukan bekalan
mineral. Pilih 3 mineral dan terangkan apa yang berlaku sekiranya tumbuhan
tidak mendapat mineral tersebut.

Nitrogen Daun menjadi kekuningan, tumbuhan terbantut, tumbuhan kering


sebelum matang, daun akan gugur dan tumbuhan akan layu

Kalium Daun bertompok-tompok, daun berbintik-bintik dan daun berpilin

Fosforus Tumbuhan terbantut, batang menjadi kurus, tumbuhan lambat


matang, daun berwarna antara biru tua dengan hijau kebiruan,
tanda kekurangan bermula pada daun tua.

5. Haiwan dan tumbuhan perlukan makanan. Berikan dua sebab mengapa


haiwan dan tumbuhan perlukan makanan.

Makanan merupakan perkara penting dalam kehidupan. Haiwan memerlukan


makanan untuk pembekalan tenaga yang berterusan. Karbohidrat, lemak dan
protein yang terkandung di dalam makanan membantu membekalkan tenaga
kepada hidupan. Makanan juga membantu memanaskan badan haiwan dan
membantu tumbesaran. Tumbesaran penting bagi membaiki sel dan tisu.

Tumbuhan juga memerlukan makanan dan air untuk tumbesaran. Akar tumbuhan
menyerap zat dan air dari tanah. Daun tumbuhan membuat makanan dengan
menggunakan cahaya matahari. Makanan penting kepada hidupan untuk terus
mengekalkan kewujudan spesisnya.
Rujukan

1. http://en.wikipedia.org/wiki/Stoma, 7 Februari 2011


2. Lim Teong Kheng, Tai Lung Aik, Mahyudin Ahmad.1991. Sains Pertanian Tingkatan 4. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia.
3. http://ms.wikipedia.org/wiki/Fotosintesis, 7 Februari 2011
4. http://www.gardeningknowhow.com/problems/signs-of-plants-affected-by-too-much-water.htm,
7 Februari 2011
5. http://www.gardeningknowhow.com/problems/under-watering.htm, 7 Februari 2011
6. David Applin.2002. Biology. United Kingdom:Nelson thornes.

Anda mungkin juga menyukai