Anda di halaman 1dari 10

Amali 1(a)

Objektif

:

Untuk mengkaji tumbuhan memerlukan cahaya matahari untuk menghasilkan makanan

Hipotesis

:

Kehadiran cahaya matahari membantu tumbuhan dalam

Pembolehubah

:

proses fotosintesis.

Dimanipulasi

:

Kehadiran cahaya matahari

Bergerak balas

:

Warna daun / Kesegaran daun

Dimalarkan

:

Saiz daun . jumlah air , jenis tumbuhan

Kaedah

:

  • 1. Sepohon tumbuhan hijau yang berdaun segar dan besar dipilih.

  • 2. Sehelai daun dipilih dan bahagian tengahnya ditutup dengan sekeping kertas hitam dan diklipkan dengan klip kertas seperti dalam (rajah 1) supaya kertas itu tidak tertanggal.

  • 3. Tumbuhan tersebut dibiarkan begitu untuk beberapa hari.

  • 4. Selepas itu, kertas hitam itu ditanggalkan dan sebarang perubahan yang diperhatikan direkodkan dalam jadual.

Gambarajah:

Amali 1(a) Objektif : Untuk mengkaji tumbuhan memerlukan cahaya matahari untuk menghasilkan makanan Hipotesis : Kehadiran
Amali 1(a) Objektif : Untuk mengkaji tumbuhan memerlukan cahaya matahari untuk menghasilkan makanan Hipotesis : Kehadiran

Pemerhatian / Keputusan :

Pemerhatian

Inferens

Bahagian yang ditutup dengan kertas hitam kelihatan kuning dan tidak segar.

Kertas hitam telah menghalang cahaya sampai kepada daun .

Bahagian yang ditutup dengan kertas hitam kelihatan kuning dan tidak segar. Kertas hitam telah menghalang cahaya

Perbincangan :

  • 1. Sebelum eksperimen dijalankan, daun pada tumbuhan tersebut kelihatan warna hijau dan keadaannya segar.

  • 2. Selepas eksperimen , daun pada tumbuhan tersebut bertukar warna menjadi hijau kekuningan dan kelihatan kurang segar.

  • 3. Ini adalah kerana tumbuhan memerlukan cahaya matahari untuk menghasilkan makanan. Proses ini dipanggil fotosintesis.

  • 4. Semasa proses fotosintesis berlaku tumbuhan hijau membuat makanan sendiri (kanji) dengan kehadiran cahaya matahari.

  • 5. Tumbuhan hijau menggunakan tenaga ini untuk membuat makanan dengan bantuan kehadiran karbon dioksida yang terdapat di udara dan air.

  • 6. Ianya menggunakan cahaya untuk menukarkan air dan karbon dioksida kepada bahan makanan.

  • 7. Eksperimen ini menunjukkan bahawa fotosintesis hanya berlaku ketika terdapat cahaya matahari dan kanji akan terhasil di dalam fotosintesis.Tumbuhan memerlukan cahaya matahari untuk hidup dengan subur dan sihat.

Kesimpulan:

  • Tumbuhan memerlukan cahaya matahari untuk melakukan fotosintesis.

Amali 1(b)

Objektif

:

Untuk mengkaji kehadiran kanji pada daun

Hipotesis

:

Kehadiran cahaya matahari membantu tumbuhan dalam proses fotosintesis dan penghasilan kanji.

Pembolehubah

:

Dimanipulasi

:

Kehadiran cahaya matahari

Bergerak balas

:

Warna daun dalam ujian kanji

Dimalarkan

:

Saiz daun . jumlah air , jenis tumbuhan

Kaedah

:

  • 1. Sepohon pokok keembung yang segar dimasukkan ke dalam almari gelap selama satu hari.

  • 2. Tumbuhan itu kemudian dikeluarkan dan sehelai daripada daun itu dipilih.

  • 3. Sebahagian daripada daun tersebut ditutup dengan kertas hitam dan diklipkan supaya tidak tertanggal.

  • 4. Tumbuhan itu didedahkan kepada cahaya matahari untuk beberapa jam, Daun yang ditutup dengan kertas hitam tadi dipetik, ditanggalkan kertas hitam.

  • 5. Daun dimasukkan ke dalam air mendidih untuk melembutkan daun.

  • 6. Methanol dimasukkan sehingga memenuhi separuh dari tabung didih dan daun hijau dimasukkan ke dalamnya.

  • 7. Tabung didih diletakkan di dalam bikar yang mengandungi air panas. (penunu Bunsen tidak dinyalakan kerana methanol mudah terbakar)

  • 8. Selepas 5 minit, daun dikeluarkan dari tabung didih. Daun yang telah dinyahwarna diperhatikan. Methanol menyerap klorofil tetapi bukan kanji.

  • 9. Daun itu dibersihkan dengan air.

    • 10. Daun tadi diletakkan di atas jubin putih dan dititikkan larutan iodin.

    • 11. Pemerhatian dicatatkan dalam jadual di bawah.

Pemerhatian / Keputusan :

Keadaan Daun

Ujian Kanji

Inferens

Bahagian daun yang

Tompok-tompok biru tua

Terdapat kehadiran kanji

terdedah kepada

kelihatan.

dan ia menukarkan

cahaya matahari.

 

warna kuning perang iodin kepada biru tua.

Bahagian daun yang ditutup dengan kertas hitam.

Warna iodin kuning perang kekal pada bahagian tersebut

Tidak ada kanji pada daun untuk menukarkan kuning perang iodin kepada biru tua.

Perbincangan :

  • 1. Eksperimen ini adalah untuk menguji kehadiran kanji pada daun hijau.

  • 2. Kanji hadir apabila tumbuhan menghasilkan makanan dengan adanya cahaya matahari melalui proses fotosintesis.

  • 3. Kehadiran kanji boleh diuji apabila terdapat tompok biru pada daun setelah titisan iodin diletakkan pada permukaan daun yang telah dididihkan.

  • 4. Daun dididihkan dalam air mendidih selama lima minit. Tujuan daun dididihkan adalah untuk membunuh sel dan memecahkan sel yang terdapa tdi dalam daun serta untuk mengeluarkan klorofil.

  • 5. Kemudian daun dicelupkan dalam metanol yang direndam dalam air panas bagi membuka klorofil dan seterusnya melunturkan warna hijau pada daun.

  • 6. Ini bagi membolehkan sebarang perubahan warna dapat dilihat dengan jelas semasa ujian kanji.

  • 7. Daun dicelupkan kembali ke dalam air panas bagi membuang metanol daripada daun kerana metanol telah menyebabkan daun menjadi keras.

  • 8. Kehadiran kanji yang ditunjukkan oleh perubahan warna iodin kuning perang kepada biru tua menunjukkan daun dapat menjalani proses fotosintesis dan kanji terhasil apabila ada cahaya matahari.

  • 9. Bahagian yang ditutup dengan kertas hitam tidak menunjukkan perubahan warna biru tua kerana makanan(kanji) tidak terhasil disebabkan ketidakhadiran cahaya matahari.

10.Ini membuktikan cahaya matahari sangat diperlukan oleh tumbuhan hijau untuk menghasilkan makanan.

Langkah berjaga-jaga :

Antara langkah berjaga-jaga yang boleh diambil daripada eksperimen ini :

  • 1. Pastikan metanol tidak terdedah kepada sumber haba secara terus seperti api daripada penunu Bunsen kerana metanol sangat mudah terbakar.

Keputusan :

  • Apabila tumbuhan mendapat sumber cahaya matahari, maka proses fotosintesis boleh berlaku dan kanji (makanan dalam tumbuhan) terhasil.

Objektif

:

Mengkaji keperluan klorofil untuk fotosintesis.

Hipotesis

:

Tumbuhan memerlukan klorofil untuk

Pembolehubah

:

menghasilkan makanan

Dimanipulasi

:

Kehadiran klorofil

Bergerak balas

:

Warna daun dalam ujian iodin

Dimalarkan

:

Saiz daun . jumlah air , jenis tumbuhan

Kaedah

:

  • 1. Sehelai daun varigasi yang telah terdedah kepada cahaya matahari selama beberapa jam dipetik.

  • 2. Taburan warna hijau pada daun dilukis.

  • 3. Daun dimasukkan ke dalam air mendidih untuk melembutkan daun.

  • 4. Methanol dimasukkan sehingga memenuhi separuh dari tabung didih dan daun hijau dimasukkan ke dalamnya.

  • 5. Tabung didih diletakkan di dalam bikar yang mengandungi air panas. (penunu Bunsen tidak dinyalakan kerana methanol mudah terbakar)

  • 6. Selepas 5 minit, daun dikeluarkan dari tabung didih. Daun yang telah dinyahwarna diperhatikan. Methanol menyerap klorofil tetapi bukan kanji.

  • 7. Daun dicelupkan di dalam air panas untuk beberapa saat untuk melembutkan daun tersebut.

  • 7. Daun diletakkan di atas jubin putih dan beberapa titis larutan iodin dititiskan ke atasnya.

    • 8. Pemerhatian direkodkan .

.

Keputusan :  Apabila tumbuhan mendapat sumber cahaya matahari, maka proses fotosintesis boleh berlaku dan kanji

Pemerhatian / Keputusan :

Keadaan Daun

Ujian Kanji

Inferens

Daun varigasi (tidak serata warna pada permukaan)

Bahagian yang berwarna hijau telah bertukar kepada biru tua

Bahagian yang bertompok hijau mempunyai kanji pada untuk menukarkan warna perang iodin kepada warna biru tua.

Bahagian yang berwarna putih tidak berubah

Bahagian bertompok putih tiada kanji

Perbincangan :

  • 1. Eksperimen ini bertujuan untuk menunjukkan klorofil merupakan salah satu keperluan asas dalam proses fotosintesis.

  • 2. Untuk menguji keperluan klorofil, daun varigasi digunakan dalam eksperimen ini. Daun varigasi merupakan daun yang mempunyai bahagian berwarna hijau dan

juga bahagian yang tidak berwarna hijau.

  • 3. Bahagian hujung daun dan urat daun serta jalur-jalur tidak diliputi dengan warna hijau. Bahagian daun yang berwarna hijau mempunyai klorofil yang membolehkan daun menjalani proses fotosintesis. Manakala, bahagian yang bukan berwarna hijau tidak dapt menjalani proses fotosintesis kerana tiadanya klorofil pada bahagian itu.

  • 4. Ini adalah kerana klorofil merupakan pigmen utama yang mengambil cahaya matahari dan memantulkannya semula sebagai warna hijau. Bahagian berwarna selain dari warna hijau tidak mempunyai klorofil kerana pigmen klorofil yang dominan telah didominasi oleh pigmen yang lain. Selepas eksperimen, tompok

biru tua hanya kelihatan pada bahagian daun yang berwarna hijau dan bukan pada bahagian yang bukan berwarna hijau. 5. Hal ini menunjukkan kehadiran klorofil pada bahagian berwarna hijau yang membantu dalam proses fotosintesis.

Kesimpulan:

Proses

fotosintesis

hanya

berlaku

dengan

kehadiran

klorofil

pada

tumbuhan.

 

Objektif

:

Mengkaji kepentingan karbon dioksida bagi proses fotosintesis.

Hipotesis

:

Tumbuhan memerlukan karbon dioksida untuk

Pembolehubah

:

menghasilkan makanan

Dimanipulasi

:

Kehadiran karbon dioksida

Bergerak balas

:

Warna daun dalam ujian iodin (kehadiran kanji)

Dimalarkan

:

Saiz daun . jumlah air , jenis tumbuhan

Kaedah

:

  • 1. Dua pasu tumbuhan diletakkan di dalam gelap semalaman untuk mengurangkan kehadiran kanji.

  • 2. Pasu tersebut ditutup dengan beg politina untuk menghalang penerimaan udara oleh tumbuhan.

  • 3. Tumbuhan diletakkan di dalam balang kaca dan satunya.

dilabelkan A dan B setiap

4.

Dalam baIang A ; diletakkan satu bikar kalium hidroksida untuk menyerap karbon dioksida . Udara di dalam balang A bebas dari karbon dioksida.

  • 5. Balang B ; satu bukaan yang membenarkan udara atmosfera memasukinya di buat.

  • 6. Kedua-dua balang diletakkan ini dibawah cahaya matahari selama beberapa hari.

  • 7. Kehadiran kanji bagi daun diuji dengan langkah 2 hingga 6 diulang seperti kaedah (1b).

  • 8. Pemerhatian direkodkan.

4. Dalam baIang A ; diletakkan satu bikar kalium hidroksida untuk menyerap karbon dioksida . Udara
A B Matahari Balang Tumbuhan Kalium Hidroksida Pekat
A
B
Matahari
Balang
Tumbuhan
Kalium
Hidroksida
Pekat

Pemerhatian / Keputusan :

 

Keadaan Daun

Ujian Kanji

 

Inferens

Dalam bilik gelap + (Kalium Hidroksida)

Larutan iodin tidak menunjukkan perubahan pada daun dalam Balang A

Tiada kanji pada daun

Kelihatan tompok-tompok biru tua

Terdapat

kanji

pada

pada daun dalam Balang B

daun

Perbincangan

:

2.

Daun

yang

tidak

dibekalkan

dengan

karbon

dioksida

iaitu

balang

A

yang

mempunyai Kalium Klorida, tidak menunjukkan kehadiran kanji pada daun

manakala daun yang memperolehi bekalan karbon dioksida dari udara

menunjukkan kehadiran kanji. 3. Ini menunjukkan bahawa karbon dioksida sangat penting untuk fotosintesis.

Kesimpulan :

  • Karbon dioksida sangat penting untuk proses fotosintesis.

Fotosintesis ialah proses membuat makanan yang berlaku dalam tumbuhan hijau. Tumbuhan hijau memerlukan cahaya matahari, klorofil,karbondioksida dan air untuk proses fotosintesis.

Objektif

:

Mengkaji kepentingan air bagi proses fotosintesis.

Hipotesis

:

Tumbuhan memerlukan air untuk menghasilkan makanan

Pembolehubah Dimanipulasi : Kehadiran air Bergerak balas : Warna daun dalam ujian iodin (kehadiran kanji) Dimalarkan : Saiz daun . jumlah cahaya matahari , jenis tumbuhan , tempat penyiasatan

:

Kaedah :

  • 1. 2 pasu anak pokok keembung disediakan.

  • 2. Pasu-pasu tadi dilabelkan A dan B

  • 3. Kedua-dua pasu tersebut didedahkan pada cahaya matahari.

  • 4. Anak pokok di pasu A tidak disiram dengan air , manakala anak pokok di pasu B disirami air dengan secukupnya.

  • 5. Pemerhatian dibuat setiap hari selama 5 hari.

  • 6. Pemerhatian direkodkan dalam jadual.

Pemerhatian / Keputusan :

Pasu

Pemerhatian

Inferens

 

A

Tumbuhan kelihatan layu dan

Ketiadaan air menyebabkan

hampir mati.

tumbuhan tidak subur.

B

Tumbuhan kelihatan masih segar dan sihat.

Kehadiran air membantu tumbuhan menjadi subur dan

segar.

Perbincangan :

  • 1. Eksperimen ini menunjukkan air penting untuk kesegaran dan kesuburan tumbuhan.

  • 2. Tumbuhan di Pasu A tidak disiram dengan air dan disebabkan ketiadaan air, tumbuhan kelihatan layu dan hampir mati walaupun cahaya matahari, klorofil dan juga karbon diosida hadir.

  • 3. Tumbuhan di Pasu B kelihatan segar dan sihat kerana kehadiran air sangat membantu dalam proses fotosintesis dengan cahaya matahari , klorofil dan karbon dioksida.

  • 4. menunjukkan

Ini

air

penting

untuk

tumbuhan

dalam proses menghasilkan

makanan.

Kesimpulan :

  • Air sangat penting untuk proses fotosintesis.