Anda di halaman 1dari 1

PENERAPAN PEMIKIRAN KOMPUTASIONAL DALAM MENGHADAPI

CABARAN REVOLUSI INDUSTRI 4.0


Muhammad Khair Aiman Bin Khairul Azhar
Muhammad Najmi Bin Mohd Khairi
Nur Bahiyah Binti Abdul Wahab
IPGK Temenggong Ibrahim

Abstrak
Pemikiran komputasional ialah proses pemikiran yang menganalisa sesuatu corak
permasalahan yang melibatkan pencarian formula pada sesuatu situasi kritikal dan
menyatakan penyelesaian seperti yang dilaksanakan oleh sebuah komputer. Kertas
konsep ini akan mengetengahkan model penerapan amalan pemikiran komputasional ke
dalam pemikiran pelajar berasaskan teori pembelajaran konstruktivism melalui
pendekatan pembelajaran berasaskan inkuiri (Inquiry based learning) dan pembelajaran
berasaskan otak (brain based learning). Idea ini tercetus apabila masalah pemikiran
manusia yang lambat serta kurang kreatif untuk menyelesaikan sesuatu masalah di
waktu kritikal dan menyelesaikan masalah dengan idea yang kurang tepat. Model
pemikiran komputasional dapat direalisasikan dalam sesi PdP dengan pendedahan
aktiviti-aktiviti yang melibatkan beberapa elemen komputasional seperti logik (logic),
Algorithma (Algorithm), Leraian (Decompose), Pengecaman Corak (Pattern
Recognation), Peniskalaan (Abstraction) dan Penilaian (Evaluation). Oleh itu, pemikiran
komputasional yang diterapkan dalam kalangan pelajar di negara ini akan mampu
menjadikan mereka lebih berdaya cipta dan mampu menjadi saingan kepada pelajar-
pelajar dari negara luar untuk berfikiran secara inovatif dan kritis serta mampu
meningkatkan kualiti pendidikan negara. Selain dari itu, penerapan amalan pemikiran
komputasional juga akan meningkatkan tahap kemahiran yang diperlukan di abad ke 21
iaitu komunikasi, kolaborasi, pemikiran kritikal dan kreativiti serta menyiapkan pelajar
dengan perubahan cabaran Revolusi Industri 4.0.

Kata Kunci: Pemikiran Komputasional, Revolusi Industri 4.0, Pembelajaran


Konstruktivism, Pembelajaran Berasaskan Otak dan Pembelajaran Berasaskan Inkuiri

1.0 PENGENALAN
2.0 REVOLUSI INDUSTRI 4.0
3.0 ELEMEN PEMIKIRAN KOMPUTASIONAL
4.0 KAITAN ELEMEN PEMIKIRAN KOMPUTASIONAL DENGAN ERA INDUSTRI
4.0

Anda mungkin juga menyukai