Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN AMALI 2

Pernyataan Masalah: Adakah klorofil diperlukan dalam proses fotosintesis?

Hipotesis: Tumbuhan memerlukan klorofil untuk fotosintesis.

Tujuan: Mengkaji keperluan klorofil untuk fotosintesis.

Pemboleh ubah dimanipulasikan: Kehadiran klorofil.

Pemboleh ubah bergerak balas: perubahan warna larutan iodin.

Pemboleh ubah dimalarkan: jenis tumbuhan

Bahan dan radas: Daun bervariegasi, air panas, etanol, larutan iodin, tabung didih, jubin putih, penitis,
forceps, bikar, penunu Bunsen, kaki retort, tungku kaki tiga, kasa dawai.

Prosedur:

1. Daun bervariegasi (Rajah 2.17) yang telah terdedah kepada cahaya matahari selama
beberapa jam dipetik.

2. Gambar rajah yang menunjukkan taburan warna hijau pada daun dilukis.

3. Ujian kanji dilakukan pada daun tersebut.

(a) Sehelai daun dimasukkan ke dalam air mendidih untuk memecah dinding sel daun
dan melembutkannya.

(b) Etanol dimasukkan sehingga memenuhi separuh daripada tabung didih dan daun itu
dimasukkan ke dalamnya.

(c) Tabung didih diletakkan di dalam bikar yang mengandungi air panas.

(d) Selepas 5 minit, daun dikeluarkan dari tabung didih. Perubahan warna pada daun
tersebut diperhatikan.

(e) Daun dicelupkan ke dalam air panas untuk beberapa saat untuk melembutkannya.

(f) Daun diletakkan di atas jubin putih dan beberapa titik larutan iodin dititiskan.
4. Pemerhatian anda direkodkan.

Keputusan:

Jika terdapat kanji, larutan iodin akan berubah warna daripada perang kepada warna biru tua.

Perbincangan:

1. Apakah maksud fotosintesis?

2. Apakah keperluan untuk proses fotosintesis?

Kesimpulan:

Hipotesis diterima. Tumbuhan memerlukan klorofil untuk fotosintesis.

Anda mungkin juga menyukai