Anda di halaman 1dari 10

1.a) Lengkapkan tempat kosong dibawah dengan definisi moral.

baik berlawanan

mores Hukum agama

peraturan sejajar

Moral berasal daripada Bahasa Latin, iaitu mores. Perkataan ini bermaksud tingkah
laku yang baik, betul dan diterima, sejajar dengan kehendak agama, norma
masyarakat, peraturan dan undang-undang.

(3 markah)
b) Berikut menunjukkan satu situasi.

Dalam perjalanan ke kantin, Wildan ternampak salah seoarang


rakan sekelasnya sedang dibuli oleh dua orang murid lain. Dia segera melaporkan
perkara tersebut kepada guru disiplin. Setelah disoal siasat, kedua- dua murid tersbut
mengaku kesalahan mereka. Guru disiplin mengenakan hukuman dan denda kepada
kedua- dua murid yang melakukan kegiatan buli tersebut.
Banding bezakan perlakuan baik, benar dan patut berdasarkan situasi yang diberikan.

Wildan melaporkan kejadian buli yang dilihatnya kepada Baik

Guru disiplin.

Tindakan guru disiplin mengenakan hukuman dan denda Patut

Kepada kedua- dua murid yang melakukan kegiatan buli.

Kedua- dua orang murid yang membuli kawan Wildan Benar

Mengakui bahawa perbuatan yang dilakukan oleh

Mereka adalah salah.


(3 markah)

1
c) Lengkapkan tempat kosong di bawah mengenai definisi insan bermoral.

berfikiran perlakuan

berperasaan tindakannya

Insan bermoral ialah individu yang berfikiran, berperasaan dan mengamalkan


perlakuan baik dalam semua tindakannya.
(4 markah)
2. Lengkapkan tempat kosong tersebut berdasarkan ciri- ciri insan bermoral.
a) Pemikiran
i) Berfikiran rasional
ii) Tahu membezakan betul atau salah
iii) Boleh membuat keputusan
iv) Dapat menyelesaikan masalah
(4 markah)
b) Perasaan
i) Prihatin
ii) Gembira
iii) Empati
iv) Sedih
(4 markah)
c) Perlakuan
i) Bersikap adil
ii) Berbudi pekerti
iii) Berperikemanusian
iv) Bertindak mengikut undang-undang
(4 markah)

2
3. Padankan kelebihan menjadi insan bermoral kepada diri, keluarga, negara
masyarakat serta alam dengan tepat.

Diri Hidup lebih tenang dan sejahtera

Mewujudkan keluarga bahagia

Keluarga
Mendapat balasan baik daripada
Tuhan

Institusi keluarga menjadi kukuh


Masyarakat
Tiada pencabulan hak

Imej terpelihara

Negara Menghormati dan bertolak ansur

Alam terpelihara dan dipulihara

Hidup bermuafakat dan harmoni


Alam

Mengelakkan penularan
pemyakit akibat pencemaran

(10 markah)

3
4.a) Berikut menunjukkan satu situasi.

Berdasarkan situasi berikut jelaskan tiga cara perlakuan bermoral yang sepatutnya dilakukan
oleh Maria.
i) Tidak membenarkan Amir meminjam duit kelas untuk membeli makanan kerana duit itu
bukan kepunyaannya.
ii) Sebagai bendahari kelas, Maria hendaklah amanah dalam menjalankan tugas dan tidak
menggunakan wang tersebut untuk tujuan lain.
iii) Dalam kes ini, Maria boleh membantu dengan meminjamkan wang sakunya kepada Amir
sebagai tanda prihatin dengan keadaan Amir.
(3 markah)

b) Tandakan ( / ) pada manfaat yang diperolehi apabila kita mempelajari Pendidikan


moral.
i) Melahirkan masyarakat yang harmoni dan bersatu padu.
/

ii) Membentuk generasi muda yang bersikap pentingkan diri sendiri.

iii) Melahirkan individu yang berakhlak mulia dalam melakukan sesuatu perkara. /

iv) Anak muda lebih mudah terpengaruh dengan pengaruh negatif dari Barat.

( 4 markah )

4
5.a) Lengkapkan tempat kosong di bawah dengan cara perlakuan baik, benar dan patut
berdasarkan situasi yang diberikan.

Situasi

Cara
perlakuan

Membuang sampah
Merempit merata-rata
Bergaduh
Menasihati mereka agar Menegur sikap budak Meleraikan
tidak melakukan lelaki tersebut. pergaduhan tersebut.
Baik kegiatan rempit.

Mat rempit mengakui Budak lelaki tersebut Kedua-dua murid


kesalahan mereka. mengakui kesalahannya mengakui kesalahan
Benar membuang sampah masing-masing.
merata- rata.

Memohon maaf kepaad Budak lelaki itu Kedua-dua murid


orang awam kerana telah mengutip semula meminta maaf dan
Patut mengganggu sampah tersebut dan berbaik antara satu
ketenteraman dab membuangnya ke dalam sama lain.
berjanji tidak akan tong sampah.
mengulanginya.

(12 markah)

5
b). Nyatakan kepentingan perlakuan baik, benar dan patut berdasarkan situasi di atas.
i) Merempit
Mengelakkan kejadian yang tidak diingini daripada berlaku. Contohnya, kehilangan nyawa
orang yang tidak bersalah
(2 markah)
ii) Membuang sampah merata- rata
Menyemai sikap bertanggungjawab terhadap kebersihan alam sekitar.
(2 markah)
iii) Bergaduh
Menggalakkan keharmonian dalam sesuatu perhubungan.
(2 markah)
6. Berikut menunjukkan beberapa situasi. Jelaskan tindakan yang perlu dilakukan
sekiranya berdepan dengan situasi sedemikian.
i) Semasa makan di sebuah restoran yang berhawa dingin, Sarah ternampak seorang
lelaki mula merokok tanpa menghiraukan pelanggan yang lain.
Menegur perbuatan lelaki tersebut dan menyuruhnya keluar daripada restoran
sekiranya mahu merokok.
(2 markah)
ii) Karim tidak mahu berkawan dengan Vincent dan Muthu kerana mereka bukan
beragama Islam.
Tindakan Karim adalah salah kerana memilih kawan berdasarkan agama.
Karim seharusnya menghormati dan berkawan dengan semua murid walaupun
mempunyai agama dan pegangan yang berbeza daripadanya.
(2 markah)
iii) Amirul membelanjakan hampir separuh daripada gajinya untuk membeli baju
baharu.
Amirul mengamalkan gaya hidup yang tidak bermoral kerana terlampau boros
dalam menggunakan wang. Seharusnya, dia perlu lebih berjimat dalam
berbelanja terutamanya dalam menghadapi tahap ekonomi yang semakin gawat
pada masa sekarang.

( 2 markah )

6
iv) Akira melanggan perkhidmatan Grab car tetapi dia membuat keputusan untuk
membatalkan langganan itu pada saat-saat akhir.
Tindakan Akira adalah salah kerana telah melanggar perjanjian perkhidmatan dengan
pemandu Grab Car. Hal ini boleh menimbulkan rasa tidak puas hati dan menyebabkan
perbalahan. Akira perlulah memohon maaf kepada pihak yang terlibat atas
tindakannya itu.
( 2 markah )
7. Huraikan cara menghormati amalan keagamaan atau kepercayaan berdasarkan
situasi di bawah.
a) Lee menyaksikan upacara Raksha Bandhan semasa melawat rumah rakannya,
Arvind.
Tidak mengejek akan upacara yang dilakukan sebaliknya memerhati dengan
teliti untuk lebih memahami kepercayaan golongan yang beragama Sikh.
(2 markah)
b) Zamani melihat seorang lelaki sedang sembahyang semasa melawat kuil.
Tidak berbuat bising semasa sesi melawat kuil bagi mengelakkan lelaki tersebut
daripada terganggu untuk bersembahyang.
(2 markah)
c) Ketika bulan Ramadhan, Susan berasa lapar dan ingin mengajak rakan baiknya,
Alia untuk makan tengah hari Bersama.
Tidak mengajak Alia untuk makan tengah hari bersama kerana umat Islam
dituntut untuk berpuasa pada bulan Ramadhan.
(2 markah)
8. Terangkan cara mengormati amalan keagamaan dan kepercayaan berdasarkan situasi
di bawah.
i) Situasi A
Mariam mahu mengadakan majlis makan malam sempena hari lahir adiknya. Dia
mengajak rakannya, Devi yang beragama Hindu untuk menghadiri majlis tersebut.
Menyediakan makanan yang tidak berunsurkan daging untuk Devi bagi
menghormati agamanya.
(2 markah)
ii) Situasi B
Jiran Khalid yang berbangsa Cina bermain mercun degan kuat semasa sambutan
Tahun Baru Cina.
Tidak memarahi jiran dan perlu bersabar bagi menghormati kepercayaan kaum
cina bahawa bermain mercun dengan kuat mampu mengusir roh-roh jahat serta
melambangkan kemeriahan semasa sambutan Tahun Baru Cina.
(2 markah

7
iii) Situasi C
Wei Li pergi ke Batu Caves bagi menyaksikan upacara Thaipusam di mana wakil
lelaki yang berani akan membawa kavadi dengan anggota badan yang bercucuk
batang besi.
Wei Li perlulah menghormati upacara yang dilakukan dengan tidak
menunjukkan rasa kurang senang atau menganggap perbuatan tersebut sebagai
tahyul dan menyakiti diri sendiri.
(2 markah)
9. Di Kuala Lumpur, anda akan menjumpai beberapa jenis rumah ibadat yang berbeza-
beza, contohnya masjid, tokong, kuil dan gereja.

a) Apakah perasaan anda apabila melihat rumah-rumah ibadat ini?


Saya berasa gembira kerana Malaysia merupakan sebuah negara yang
mengambil kira faktor rakyat berbilang bangsa. Malaysia membenarkan setiap
rakyatnya untuk bebas menganut agama masing-masing.
( 2 markah )
b) Nyatakan tiga amalan murni yang biasa dilakukan di semua tempat ibadat.
i) Menjaga kebersihan tempat ibadat
ii) Berpakaian sopan apabila memasuki tempat ibadat.
iii) Tidak membuat bising.
( 3 markah )
c) Pada pendapat anda, apakah kepentingan menjaga dan menghormati tempat ibadat
pelbagai agama lain?
i) Dapat mengeratkan perhubungan dan persahabatan antara penganut pelbagai
agama.
ii) Sebagai tanda menghormati hak kebebasan beragama seperti mana yang termaktub
dalam perlembagaan Malaysia.
(2 markah)
d) Jelaskan tiga cara bagaimana anda menghormati keagamaan masyarakat di
sekeliling anda.
i) Tidak mengganggu rakan yang sedang beribadat.
ii) Meminta izin terlebih dahulu sebelum memasuki mna-mana rumah ibadat lain.
iii) Tidak mengejek perlakuan yang diamalkan semasa penganut lain sedang
beribadat.

8
( 3 markah )

10 a). Nyatakan jenis- jenis agama atau kepercayaan yang dianuti oleh rakyat Malaysia yang
berbilang bangsa.
i) Kristian
ii) Sikh
iii) Kinorohingan
iv) Kewujudan kuasa ghaib
v) Ajaran Tao
vi) Buddha
vii) Islam
viii) Hindu
(8 markah)
b. Jelaskan lima kepentingan mempunyai agama atau kepercayaan.
i) Mendekatkan diri dengan Tuhan
ii) Dapat bezakan amalan baik dan amalan buruk
iii) Mengawal nafsu manusia
iv) Mendapat kebahagian dan kesejahteraan hidup
v) Menjadi manusia yang berakhlak mulia
(5 markah)

9
*KERTAS SOALAN TAMAT*

10

Anda mungkin juga menyukai