Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA MAJLIS SAMBUTAN HARI JADI MURID

ASRAMA
SK LONG SEBANGANG 2014

1.0 PENGENALAN
Sambutan Hari Jadi murid-murid asrama SK Long Sebangang tahun 2014 merupakan aktiviti
pembelajaran selaras dengan elemen merentas kurikulum dalam Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR) Kementerian Pelajaran Malaysia. Konsep pembelajaran secara langsung ini
amat penting dalam proses kemenjadian murid berguna kepada agama, bangsa dan Negara.
Melalui Majlis seperti ini, murid-murid asrama dapat melalui pengalaman berguna yang telah
menjadi rutin dalam kehidupan harian dalam kalangan masyarakat Malaysia.
2.0 TEMA
Kecemerlangan Kita, Kegemilangan Bersama
3.0 MATLAMAT
Sambutan hari lahir bermatlamat memupuk hubungan yang erat di antara murid, guru dan warga
sekolah yang terlibat.
4.0 OBJEKTIF

Murid berasa seronok untuk tinggal di asrama.

Murid yang menyambut hari jadi akan berasa dihargai oleh guru, warga sekolah dan
rakan-rakan.

Memberi pemahaman kepada murid tentang konsep umur dan angka.

Murid dapat menghargai kepelbagaian budaya.

Melatih murid dalam pengurusan diri dan tingkahlaku.

5.0 RASIONAL

Perasaan disayangi dan dihargai akan membina satu situasi yang kondusif bagi kanak-kanak
membesar. Kestabilan emosi akan membolehkan kanak-kanak membesar dengan ceria dan
menjadi individu yang bersyukur dan hidup berkasih sayang.

6.0 SASARAN
Aktiviti yang dirancang ini adalah melibatkan 60 orang murid asrama SK Long Sebangang,
guru-guru serta warga sekolah

7.0 TEMPAT DAN TARIKH


Tempat:

Dewan Makan, SK Long Sebangang

Tarikh

17 November 2014

Masa

5.00 petang 10.00 Malam

7.0 TENTATIF PROGRAM


5.00 petang

: Ketibaan murid, guru dan warga sekolah

5.30 petang

: Lagu Negaraku, Lagu Sarawak Tanah Airku dan Lagu Sekolah


: Persembahan murid
: Bacaan doa
: Ucapan Pengerusi
: Ucapan Perasmian
: Gimik Perasmian

: Upacara memotong kek dan nyanyian lagu Selamat Hari Jadi


: Penyampaian hadiah kepada murid-murid yang menyambut hari jadi
: Makan malam
8.30 malam

: Pertandingan Karaoke bermula


: Penyampaian hadiah
: Penyampaian cenderahati kepada juri

10.00 malam

: Bersurai

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


BIL

PERKARA

1
2
3

Kek 4KG
Hadiah Murid
Pembalut Hadiah

Hamper

KUANTITI
Sambutan Hari jadi
RM180.00 x 3
RM7.00 x 60
RM1.20 x 60
Pertandingan Karaoke

RM50.00 x 10
Tempat 1 - 10
JUMLAH BESAR
Sumber Kewangan : Bantuan Kokurikulum Asrama 2014
9.0 AJK INDUK DAN KERJA SAMBUTAN HARI JADI 2014
Penaung

: En Lindris Parang @ Diris Parang

Penasihat I

: En. Dundang Bantin

JUMLAH
RM540.00
RM420.00
RM72.00

RM500.00
RM1532.00

Penasihat II

: Pn. Tunong Arun

Penasihat III

: Pn. Sindah Anak Libau

Pengerusi

: En. Lahir Bin Samah

Setiausaha

: En. Lister Gawyne Anak John Chundi

Bendahari

: Pn. Dayangku Rinawati Bt.Awgku Sabli

Juruacara

: Pn. Sarinah Teo Swee Hui

PA Sistem

: En. Taufiq Bin Tukimin

Jamuan & Kek

: Cik Azmah Binti Yut & En. Lahir Bin Samah

Hadiah&Cenderahati: En. Lister Gawyne Anak John Chundi


Cik Azmah Binti Yut
Pn. Sarinah Teo Swee Hui
En. Taufiq Bin Tukimin

10.0 HARAPAN DAN PENUTUP


Melalui aktiviti yang dijalankan, pihak pengurusan asrama sekolah berharap murid-murid akan
berasa gembira dan bersyukur dengan penghargaan yang diberikan kepada mereka. Semoga
suatu hari nanti, mereka akan menjadi insan yang tahu menghargai dan mensyukuri nikmat yang
diberikan kepada mereka serta tahu berterima kasih kepada orang lain.

Disediakan oleh,
..........................................
(Lister Gawyne Anak John Chundi)
Setiausaha,
Majlis Sambutan Hari Jadi 2014,

SK Long Sebangang, Lawas


Disemak oleh,

..........................................
(Lahir Bin Samah)
Pengerusi,
Majlis Sambutan Hari Jadi 2014,
SK Long Sebangang, Lawas
Diluluskan oleh,

..........................................
(Lindris Parang@Diris Parang)
Penaung,
Majlis Sambutan Hari Jadi 2014,
SK Long Sebangang, Lawas

Anda mungkin juga menyukai