Anda di halaman 1dari 8

SJKT KAMPUNG COLUMBIA,

AYER TAWAR.

KERTAS KERJA SUKANEKA

DISEDIAKAN OLEH:
MUNIAAMAH A/P KRISHNAN
UNIT KOKURIKULUM
SJKT KAMPUNG COLUMBIA
1.0 PENGENALAN

Permainan sukaneka adalah sesuatu aktiviti yang dilakukan oleh kebiasaannya


kanak-kanak untuk bermain, berseronok dan mengisi masa lapang. Permainan
sukaneka mempunyai peranan yang penting dalam Pendidikan Jasmani bagi murid-
murid di SJKT Kampung Columbia. Walaupun objektif jangka pendek adalah
menghiburkan para peserta, permainan sukaneka banyak memberi sumbangan yang
baik terhadap perkembangan para peserta. Menerusi permainan sukaneka, para
peserta dapat membina sifat jasmani dan sosial seperti yang diingini. Kepantasan,
daya tenaga, ketangkasan, kemahiran dan game sense adalah beberapa contoh sifat
jasmani yang diperlukan. Selain itu, permainan sukaneka juga dapat memberikan
pengalaman dan pengetahuan kepada penganjur dalam pengelolaan sesuatu
pertandingan seperti ini.

2.0 MATLAMAT

Matlamat sukaneka ini diadakan adalah untuk memupuk semangat kerjasama,


persefahaman dan interaksi yang sihat dalam kalangan murid. Selain itu, aktiviti
permainan sukaneka yang dijalankan dapat membentuk sikap dan amalan positif
dalam kalangan murid dengan menunjukkan disiplin yang tinggi. Di samping itu,
sukaneka ini juga secara tidak langsung dapat menjadikan kanak-kanak tersebut aktif
dan seronok menjalankan aktiviti yang menarik dan produktif.

3.0 OBJEKTIF

1. Memupuk keyakinan dan sikap tidak berputus asa dalam diri para peserta
2. Mengeratkan lagi silaturrahim dalam kalangan murid.

3. Membentuk peserta agar sentiasa bersikap positif.

4. Memberi peluang kepada peserta dalam menunjukkan bakat masing


masing.

5. Memberi peluang kepada kanak-kanak mempelajari, mengaplikasi,


memperoleh pengalaman dan memperkembang kemahiran, pengetahuan
dan nilai yang terdapat dalam aktiviti sukaneka yang dijalankan.

2
4.0 TARIKH DAN MASA

Tarikh : 02 Disember 2021 (khamis)


Masa : 8.00 – 11.30 pagi

5.0 TEMPAT

Tempat serbaguna, SJKT Kampung Columbia

6.0 KUMPULAN SASARAN

Murid-murid SJKT Kampung Columbia

7.0 BILANGAN PESERTA

61 orang murid (32 orang lelaki, 29 orang perempuan)

8.0 JAWATANKUASA INDUK

Penasihat : PPD Manjung


Pengerusi : Pn.P.Pusparatha
N.Pengerusi : En.M.Kalaiselvan
Setiausaha : Pn.K.Muniaamah
Bendahari : Pn.D.Malathy
Peralatan : Pn.R.Kalaivani
Acara Sukan : Pn.K.Muniaamah
Disiplin Murid : Cik.R.Janagi
Jamuan : Pn.Amutha
Hadiah dan cenderahati : Pn.R.Pakiam
Buku Program dan Surat : Pn.A.Ahknes Mary

3
9.0 PANDUAN PELAKSANAAN PERMAINAN

9.1 Pembahagian kumpulan

Kumpulan A : 15 orang
Kumpulan B : 15 orang
Kumpulan C : 15 orang
Kumpulan D : 16 orang

9.2 Senarai Alatan

Alatan Kuantiti
Air 4 baldi
Baldi 4
Botol 4
Bola 20
Gelung rotan 4
Skitel 8
Pinggan 8
Gula-gula 40
Tepung 1
Guni 4
Belon 20

9.3 Prosedur Pelaksanaan Permainan

BIL. ACARA PROSEDUR

1. ”Isi air dalam botol ” Prosedur

Alatan : Peserta bagi setiap kumpulan akan


- air bergilir-gilir untuk mengisi air di dalam
- baldi botol. Air yang terdapat di dalam baldi
- botol hendaklah diambil menggunakan
tangan dan diisi di dalam botol yang
disediakan. Kumpulan yang berjaya
mengisi air dengan penuh terlebih
dahulu dikira sebagai pemenang.

4
2. “Bawa bola menggunakan Prosedur
gelung rotan”
Peserta akan membawa bola dengan
Alatan : cara menarik bola menggunakan
- bola gelung rotan menuju ke arah skitel
- gelung rotan yang disediakan iaitu sejauh 5 meter.
- Skitel Peserta perlu mengelilingi skitel dan
bergerak semula ke tempat
permulaan. Permainan akan
diteruskan oleh peserta yang lain di
dalam kumpulan tersebut. Kumpulan
yang tamat melakukan permainan
terlebih dahulu akan dikira sebagai
pemenang.

3. ” Cari gula-gula dalam Prosedur


tepung”
Peserta perlu meniup tepung hingga
Alatan : menjumpai gula-gula yang terdapat di
- pinggan dalam pinggan berisi tepung. Peserta
- gula-gula perlu mengambil gula-gula tersebut
- tepung dengan menggunakan mulut dan
memasukkan gula-gula tersebut di
dalam pinggan berasingan yang
disediakan. Peserta perlu melakukan
permainan ini secara bergilir-gilir
dengan ahli kumpulan masing-
masing. Gula-gula yang terdapat di
dalam pinggan berisi tepung itu
adalah sebanyak 10biji. Kumpulan
yang berjaya mencari kesemua gula-
gula dan memindahkan ke dalam
pinggan berasingan terlebih dahulu
akan dikira sebagai pemenang.

4. ”Lari dalam guni” Prosedur

Alatan : Peserta perlu berlari dalam guni


sejauh 5 meter dan mengelilingi skitel
- guni yang disediakan serta bergerak
semula ke tempat permulaan.
Permainan diteruskan oleh peserta
yang lain di dalam kumpulan tersebut.
Setiap ahli dalam setiap kumpulan
perlu melakukan permainan ini.
Kumpulan yang berjaya menamatkan
permainan dalam masa yang
terpantas akan dikira sebagai

5
pemenang.

5. ”Tiup belon sampai pecah” Prosedur

Alatan : Peserta perlu meniup belon sehingga


- belon pecah. Setiap peserta di dalam setiap
kumpulan perlu meniup sebiji belon
hingga pecah. Peserta akan bergilir-
gilir melakukan permainan hingga
tamat. Kumpulan yang berjaya
menamatkan permainan dalam masa
yang paling pantas akan dikira
sebagai pemenang.

9.4 Langkah-Langkah Perlaksanaan Permainan Sukaneka.


9.4.1 Sebelum memulakan permainan, pastikan segala peralatan dan kawasan
permainan telah siap sedia untuk digunakan.
9.4.2 Kumpulkan para peserta yang terlibat dengan sukaneka ini.
9.4.3 Bahagikan para peserta kepada empat kumpulan iaitu pasukan A, pasukan B,
pasukan C dan pasukan D.
9.4.4 Terangkan cara melaksanakan setiap aktiviti dalam sukaneka ini.
9.4.5 Berikan penerangan kepada semua pasukan mengenai peraturan dan syarat-
syarat permainan yang dijalankan.
9.4.6 Ingatkan peserta tentang langkah-langkah keselamatan dan kaedah yang
sepatutnya digunakan dalam setiap aktiviti dalam sukaneka ini.

9.5 Peraturan Am Permainan

9.5.1 Bilangan pemain adalah seramai 5 orang bagi setiap pasukan.


9.5.2 Syarat-syarat bagi setiap permainan adalah seperti yang tertakluk dalam
prosedur pelaksanaan permainan yang disediakan oleh penganjur.
9.5.3 Sekiranya didapati terdapat penyelewengan dalam permainan, kumpulan
tersebut akan disingkirkan dari permainan.
9.5.4 Keputusan pengadil adalah muktamad. Sebarang rayuan tidak akan dilayan.

6
10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Perkara Harga / Unit (RM) Jumlah (RM)

RM 120.00
1 Hamper 4 Unit x RM 30.00

2 Pingat Emas 63 unit x RM 3.50 RM 220.50

JUMLAH RM 340.50

11.0 RUMUSAN

Diharap agar aktiviti sukaneka yang dijalankan dapat memberi sesuatu yang
baru kepada para peserta. Selain itu, para murid juga diharapkan dapat
melaksanakan setiap aktiviti untuk mencapai matlamat permainan sukaneka ini
dengan sempurna supaya mendapat input yang berguna kelak. Sukaneka dapat
membentuk kemahiran-kemahiran asas dalam permainan dan sukan. Selain itu, ia
juga dapat membentuk diri para peserta menjadi seorang yang seimbang dari aspek
jasmani, emosi, rohani dan intelek. Selain itu, permainan ini juga dapat memberi
kepuasan serta keseronokkan kepada para murid. Mereka dapat meredakan tekanan
belajar di samping meningkatkan keyakinan mereka terhadap kemampuan dan
keupayaan masing-masing.

7
Disediakan oleh,

………………………………
(KALAISELVAN A/L MOHAN)
SETIAUSAHA SUKAN
SJK (T) KAMPUNG COLUMBIA.

Disemak oleh,

……………………………….
(MUNIAAMAH A/P KRISHNAAN)
GURU KANAN KO-KURIKULUM
SJK (T) KAMPUNG COLUMBIA

Disahkan oleh,

………………………………
(PUSPARATHA A/P PERUMAL)
GURU BESAR
SJK (T) KAMPUNG COLUMBIA.

Anda mungkin juga menyukai