Anda di halaman 1dari 3

Karangan Pendek Contoh

Lawatan ke Kilang Surat Khabar

Pada 23 Julai 2020 Kelab Bahasa Melayu SMK


Ambrose telah mengadakan lawatan ke Kilang
Surat Khabar Nanban di Kuala Lumpur. Ahli
kelab Bahasa Melayu berkumpul di sekolah.
Selepas itu, guru penasihat mengambil
kehadiran. Kami beratur untuk menaiki bas.
Selepas tiga jam perjalanan, akhirnya kami
sampai ke kilang tersebut. Kehadiran kami
disambut oleh pengurus kilang. Kami diberikan
taklimat ringkas tentang keselamatan semasa
berada di dalam kilang. Seterusnya, kami
ditunjukkan proses kerja mencetak surat
khabar yang diedarkan ke seluruh Malaysia.
Akhirnya, guru penasihat memberikan buah
tangan kepada pengurus kilang. Beliau
menghadiahkan senaskah surat khabar kepada
kami sebagai tanda penghargaan. Kami dapat
menimba banyak ilmu pengetahuan.
Penjodoh bilangan
1. Ketumbukan – tentera, pengganas, polis
2. Jengkal – panjang tali, benang, pembaris
3. Gemal – padi, rumput, lidi
4. Lingkar – rotan, ubat nyamuk, wayar
5. Timbun – pasir, batu-batan, tanah, sampah
6. Cekak – sayur, serai, padi
7. Gumpal – awan, kapas, kekabu, rambut
8. Kajang – kertas, kain, atap
9. Teguk – air, sup, kopi

Kata Adjektif Pancaindera


Rasa Hidu Lihat
 Manis harum cantik
 Masam busuk comel
 Masin wangi kacak
 Pahit tengik tampan
 Pedas hapak ayu
 Tawar hanyir molek
 Payau hamis hodoh
 Sedap hancing sasa
 Lazat hangit
 Enak
 Kelat

Dengar Sentuh
 Merdu lembut
 Lunak halus
 Lantang kasar
 Garau kesat
 Bising gebu
 Nyaring licin
lembap

Anda mungkin juga menyukai