Anda di halaman 1dari 3

KATA GANDA BERIRAMA

Terang-benderang
Turun-temurun
Ulang-alik
Umbang-ambing
Warna-warni
Tali-temali
Tanah-tanih
Teka-teki
Segar-bugar
Sampah-sarap
Saki-baki
Remuk-redam
Muda-mudi
Rempah-ratus
Pindah-randah
Porak-peranda
Lekak-lekuk
Mandi-manda
Kenduri-kendara
Kering-kontang
Keluh-kesah
Kelam-kabut
Kaya-raya
Kacau-bilau
Jongkang-jongket
Desas-desus
Dolak-dalik
Gelap-gelita
Gembar-gembur
Gilang-gemilang
Gopoh-gapah
Bengkak-bengkil
Beli-belah

Tindak-tanduk
Tungkus-lumus
Serba-serbi
Serta-merta
Simpang-siur
Sorak-sorai
Susur-galur
Sedu-sedan
Sayur-mayur
Saudara-mara
Rumput-rampai
Riuh-rendah
Mundar-mandir
Remeh-temeh
Punah-ranah
Kuih-muih
Kusut-masai
Lalu-lalang
Batu-batan
Bukit-bukau
Comot-momot
Compang-camping
Kayu-kayan
Karut-marut
Huyung-hayang
Huru-hara
Hingar-bingar
Gotong-royong
Gundah-gulana
Gunung-ganang
Hal-ehwal
Bengkang-bengkok
Bolak-balik

Awan-kemawan
Campur-baur

Calar-balar
Cerai-berai

Nota Ringkas
KATA GANDA

Kata ganda ialah proses pengulangan kata secara keseluruhan atau pada bahagian-bahagian yang tertentu.

Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Dewan Edisi Bahasa (Nik Safiah Karim) Kata Ganda ialah bentuk yang
dihasilkan dengan menggandakan atau mengulang kata dasar tersebut diulang secara seluruh/pada bahagian-bahagian
tertentu dengan imbuhan atau tanpa imbuhan.

Penggandaan terbahagi kepada empat iaitu :


o
Kata ganda seluruh

Kata ganda separa

Kata ganda berentak/berima

Kata ganda berimbuhan


KATA GANDA SELURUH/PENUH

Kata ganda penuh/seluruh melibatkan seluruh kata dasar yang diulang atau digandakan tanpa
sebarang perubahan bentuk.

Contoh kata ganda seluruh iaitu:

KATA NAMA
Buku-buku
Murid-murid
Meja-meja

KATA KERJA
Pusing-pusing
Geleng-geleng
Gelak-gelak

KATA ADJEKTIF
Cantik-cantik
Panjang-panjang
Merah-merah

Penggandaan penuh melibatkan pengulangan seluruh kata . Kata ganda ada yang bermaksud
jamak, tunggal, atau kedua-duanya.

PENGANDAAN
Api-api
Kuda-kuda
Anak-anak

MAKNA JAMAK MAKNA TUNGGAL


Banyaknya api
Sejenis serangga
Banyaknya kuda
Kayu penyangga
Banyaknya anak
mainan

KATA GANDA SEPARA

Kata ganda separa ialah kata ganda yang mengalami pengulangan suku kata pertama pada kata
asalnya. Selain itu, bunyi vokal pada suku kata pertama berubah menjadi vokal yang dilambangkan
dengan huruf e .Contoh :

KATA DASAR

KATA GANDA

Layang
Kuda
Tupai
Siku
Bola
Jari
Langit

Layang-layang
Kuda-kuda
Tupai-tupai
Siku-siku
Bola-bola
Jari-jari
Langit-langit

KATA GANDA
SEPARA
Lelayang
Kekuda
Tetupai
Sesiku
Bebola
Jejari
Lelangit

Namun begitu, terdapat juga pembentukan istilah baru dalam kata ganda separa ini seperti pepejal,
cecair, tetuang dan sesendi.
KATA GANDA BERIMA/BERENTAK

Kata ganda berima/berentak merupakan proses menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi
tertentu dalam kata dasar tersebut.

Seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang. Kata ganda ini terbahagi kepada
tiga, iaitu:

JENIS KATA GANDA


Persamaan bunyi di
hujung
Persamaan bunyi di
pangkal
Persesuaian bunyi
keseluruhan

CONTOH
Kuih-muih, lauk-pauk

CONTOH AYAT
Kuih-muih itu terhidang di atas meja

Batu-batan, bukit-bukau Aktiviti gotong-royong akan


diadakan esok
Kusut-masai, simpang- Rambutnya kusut-masai kerana
siur
ditiup angin.

KATA GANDA BERIMBUHAN

Kata ganda berimbuhan ialah kata ganda yang menerima imbuhan sama ada awalan, apitan,
sisipan, atau akhiran. Contoh :

IMBUHAN
Awalan
Apitan
Sisipan
Akhiran

CONTOH KATA GANDA BERIMBUHAN


Bermain-main, menjerit-jerit, tergaru-garu, melompat-lompat
Bertolak-tolakan, kebodoh-bodohan, setidak-tidaknya
Tulang-temulang,t urun-temurun, gilap-gemilap
Wangi-wangian, tumbuh-tumbuhan

Anda mungkin juga menyukai