Anda di halaman 1dari 2

Pendahuluan

Kebersihan diri haruslah dijadikan sebagai aspek


utama dalam kehidupan masyarakat. Oleh itu,
elemen ini merupakan kebersihan tubuh badan yang
perlu dijaga oleh setiap individu untuk menjamin
kesejahteraan hidup. Kebersihan diri perlu dijaga
sebelum kudis menjadi tokok. Persoalannya, apakah
cara-cara menjaga kebersihan diri dalam kalangan
umat manusia?

Isi 1 – mandi secara teratur


Antara cara menjaga kebersihan diri ialah kita
patutlah mandi secara teratur. Amalan mandi
memastikan badan sentiasa berada dalam keadaan
bersih. Contohnya, apabila seseorang melakukan
aktiviti riadah atau berasa panas kita boleh mandi
menggunakan sabun untuk membersihkan selurih
anggota badan sekurang-kurangnya tiga kali sehari.
Kita juga perlu memakai pakaian yang bersih dan
rapikan diri. Amalan mandi perlu diamalkan bak kata
badan sihat, minda cerdas. Jelaslah, amalan mandi
dengan bersih menjami kebersihan diri.

Anda mungkin juga menyukai