Anda di halaman 1dari 3

LATIHAN CUTI SEKOLAH

BAHASA MELAYU

TAHUN 5

KARANGAN FAKTA
Cara-cara menjaga kebersihan
Semua orang perlu menjaga kebersihan. Terdapat
banyak cara menjaga kebersihan.

Pertama ialah, kita perlu mandi pada setiap pagi.


Badan kita akan menjadi segar dan bertenaga.

Kedua, kita hendaklah menggosok gigi sekurang-


kurangnya 2 kali sehari. Gigi kita akan menjadi bersih
dan kuat.

Ketiga, kita mesti mencuci tangan sebelum dan


selepas makan. Makanan kita akan tercemar jika kita
tidak mencuci tangan.

Keempat, kita perlu mencuci rambut setiap hari


menggunakan syampu. Kita dapat mengelakkan rambut
kita daripada berbau busuk.

Kesimpulannya, kita mestilah menjaga kebersihan


badan kita. Badan kita akan sentiasa sihat dan cergas
jika kita mengikut cara-cara ini.
Cara-cara menjaga kesihatan
Semua orang perlu menjaga kesihatan. Terdapat
banyak cara menjaga kesihatan.

Pertama ialah, kita perlu makan makanan yang


berkhasiat. Makanan berkhasiat memberi kita tenaga
untuk belajar dan melakukan aktiviti harian.

Kedua, kita hendaklah bersenam sekurang-


kurangnya dua kali seminggu. Bersenam boleh
menguatkan dan mencergaskan badan kita.

Ketiga, kita mesti menjaga kebersihan. Kita perlu


menjaga kebersihan badan dan tempat tinggal kita.

Keempat, kita perlu membuat pemeriksaan


kesihatan badan sekurang-kurangnya sekali setahun.
Kita dapat mengetahui tahap kesihatan badan kita
semasa kita berjumpa doktor.

Kesimpulannya, kita mestilah menjaga kesihatan


badan kita. Badan kita akan sentiasa sihat dan cergas
jika kita mengikut cara-cara ini.

Anda mungkin juga menyukai