Anda di halaman 1dari 2

Tahun 5

KARANGAN Fakta: Cara-cara Menjaga Kesihatan Diri

 Sangat penting dalam kehidupan


 Menjaga kesihatan diri
 Terdapat beberapa cara
Isi 1  mempunyai tidur yang mencukupi (方法)
 tidur sekurang-kurangnya lapan jam sehari (怎样)
 supaya badan kita bertenaga pada hari kedua.(目的)
Isi 2  bersenam. (方法)
 Berjoging di taman sekurang-kurangnya tiga kali
seminggu(怎样)
 dapat menyihatkan tubuh badan kita . / supaya tubuh
badan kita sentiasa cergas (目的)
Isi 3  mengamalkan pemakanan yang seimbang. (方法)
 makan lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan
berbanding makanan yang berlemak. (怎样)
 mempunyai badan yang sihat. / memperolehi zat yang
mencukupi (目的)
Isi 4  membuat pemeriksaan tubuh badan(方法)
 sekurang-kurangnya 2 kali setahun (怎样)
 Untuk memastikan badan sentiasa sihat (目的)
 Kesihatan sangat penting
 mengutamakan kesihatan badan
Kesihatan adalah penting dalam kehidupan kita. Kita perlulah

menjaga kesihatan diri. Terdapat beberapa cara untuk menjaga

kesihatan diri.

Antaranya, kita perlulah mempunyai tidur yang mencukupi. Kita

perlu tidur sekurang-kurangnya lapan jam sehari. Dengan itu, badan

kita baru bertenaga untuk menjalankan aktiviti pada hari kedua.

Selain itu, kita perlulah sentiasa bersenam. Kita boleh berjoging

di taman sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Ini adalah kerana

bersenam dapat menyihatkan tubuh badan kita.

Di samping itu, kita juga perlu mengamalkan pemakanan yang

seimbang. Kita perlu makan lebih banyak sayur-sayuran dan buah-

buahan berbanding makanan yang berlemak. Dengan itu, badan kita

baru dapat memperolehi zat yang mencukupi.

Akhir sekali, kita perlulah membuat pemeriksaan tubuh badan di

klinik. Kita boleh menjalankan pemeriksaan tubuh badan sekurang-

kurangnya dua kali setahun. Dengan itu, kita dapat memastikan badan

kita sentiasa sihat.

Kesimpulannya, kesihatan adalah penting kepada kita. Oleh itu,

kita perlulah menjaga kesihatan badan kita sejak kecil lagi untuk

memastikan badan sentiasa sihat .

Anda mungkin juga menyukai