Anda di halaman 1dari 2

Nama:

Tajuk Esei : Cara Kita harus Menjaga Kesihatan dengan baik.

Anda dikehendaki menulis satu karangan berkaitan kesihatan.

P1 Kesihatan merupakan anugerah Tuhan yang tidak ternilai. Sudah semestinya setiap individu
menginginkan tahap kesihatan yang baik buat diri masing-masing. Namun begitu, pelbagai penyakit
kini semakin berleluasa malah ada yang menyebabkan kematian. Keadaan ini tidak seharusnya
dipandang remeh dan sebaliknya perlulah dianggap serius dan disusuli dengan langkah yang efektif.

P2 Antara langkah yang boleh diambil dalam usaha menjalani kehidupan yang sihat
termasuklah dengan mengamalkan pemakanan yang seimbang. Pemakanan yang seimbang mestilah
berpandukan kepada piramid makanan. Kita disarankan supaya mengambil lebih banyak sayur-
sayuran dan buah-buahan yang berperanan membekalkan pelbagai jenis mineral dan vitamin kepada
tubuh badan kita. Di samping itu, kita mestilah mengurangkan makanan yang berlemak supaya tidak
mendapat penyakit seperti tekanan darah tinggi dan penyakit jantung.

P3 Selain itu, kita mestilah mengamalkan amalan bersukan dan bersenam. Seseorang individu
mestilah menjalankan aktiviti fizikal seperti bersenam sekurang-kurangnya tiga kali dalam seminggu
dan 20 minit bagi setiap sesi. Hal ini demikian kerana bersenam akan dapat menyihatkan tubuh
badan di samping meningkatkan tahap kecergasan fizikal.

P4 Tambahan pula, kita mestilah menjalani pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya dua


kali dalam setahun. Hal ini bertujuan untuk memastikan tubuh badan berada dalam keadaan yang
baik tanpa sebarang penyakit. Pemeriksaan kesihatan mestilah kerap dilakukan supaya dapat
memulakan rawatan dari peringkat awal sekiranya didapati menghidap sebarang penyakit.

P5 Di samping itu, setiap individu mestilah mendapatkan tidur dan rehat yang cukup. Dalam
kesibukan menjalani aktiviti harian, keperluan tubuh badan tidak wajar diabaikan. Tubuh badan kita
memerlukan rehat yang secukupnya untuk terus berfungsi dengan baik. Tanpa rehat yang
secukupnya, tubuh badan akan menjadi letih dan lesu sekaligus menyebabkan semua aktiviti
tergendala. Oleh itu, rehat dan tidur yang cukup amat diperlukan.

P6 Akhir sekali, kita mestilah menjaga kesihatan dengan baik sejak peringkat awal lagi.
Sesungguhnya, kesihatan adalah anugerah Tuhan yang perlu dihargai. Oleh itu, kita
bertanggungjawab memelihara kebaikan yang telah dikurniakan kepada kita. Jangan nanti terhantuk
baru terngadah kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.
Simple work:

You need to pick/select main ideas from each paragraph and write them in the box. Ensure you pick
the main points.

P2
P3
P4
P5

Anda mungkin juga menyukai