Anda di halaman 1dari 2

KARANGAN 2 (SYARAHAN) T2 RENI

NAMA: Cheow Wen Kai ( 41 ) TINGKATAN 2 REN 13/2/2023

Kesihatan merupakan anugerah Tuhan yang tidak ternilai. Sudah semestinya setiap individu menginginkan
tahap kesihatan yang baik buat diri masing-masing. Namun begitu, pelbagai penyakit kini semakin
berleluasa malah ada yang menyebabkan kematian. Keadaan ini tidak seharusnya dipandang remeh dan
sebaliknya perlulah dianggap serius dan disusuli denganlangkah yang efektif.

Antara langkah-langkah kesihatan badan adalah dengan mengamalkan pemakanan yang seimbang . Hal ini
dikatakan demikian kerana badan kita perlu mengamalkan khasiat yang cukup dalam kehidupan seharian
jadi kita tidak akan menghadapi kesihatan. Sebagai contoh, kita haruslah banyak makan sayur-sayuran dan
buah-buahan kerana ia dapat membekalkan miniral dan vitamin. Melalui perbincangan ini, jelaskan bahawa
kita perlu mengamalkan pemakanan yang seimbang supaya dapat memastikan badan kita memperoleh
nutrient yang secukupnya.

Selain itu, salah satu cara-cara kesihatan badan ialah kita perlu beriadah dan melakukan senaman atau
bersukan. Hal ini sangat penting kerana bersukan bukan sahaja dapat menghapuskan toksik dalam badan
malahan dapat menguatkan imunisasi badan. Sebagai contoh, kita boleh melakukan aktiviti riadah seperti
berjoging , berbasikal, mendaki gunung dan sebagainya dengan ahli keluarga pada masa lapang.
Berdasarkan perkara ini, jelaslah bahawa aktiviti riadah dan bersukan dapat mengekalkan kecergasan badan
dan kercerdasan otak kita.

Di samping itu, kita mestilah menjalani pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya dua kali dalam setahun
merupakan salah satu cara-cara kesihatan badan . Hal ini perlu diberi perhatian mendalam kerana
pemeriksaan dapat memastikan badan kita dalam keadaan yang baik, tiada sebarang penyakit. Biar kita
ambil contoh, pemeriksaan yang berkala dapat mendapati penyakit pada masa awal, tambahan pula boloh
menyembuhkan dengan senang seperti kanser. Melalui perkara yang dibincangkan dalam wacana ini,
pemerikasaan kesihatan yang berkala dapat memastikan anggota tubuh badan berfungsi normal dan baik.

Bukan itu sahaja, langkah-langkah lain kesihatan badan adalah dengan mempunyai rehat dan tidur yang
secukupnya. Hal ini perlu dipandang serius kerana badan kita akan mempunyai tenaga yang cukup jadi kita
tidak akan sentiasa berasa lesu dan mengantuk apabila bekerja. Sebagai tamsilnya, kita wajarlah mempunyai
tidur tidak kurang daripada 7-8 jam setiap malam supaya dapat mempunyai gaya hidup yang baik.
Natijahnya, mempunyai tidur dan rehat yang cukup dapat memastikan badan kita sentiasa dalam keadaan
yang sihat dan baik.

Kesimpulannya, kerajaan amat menitikberatkan kesihatan rakyat dengan menyediakan pelbagai kemudahan
kesihatan di samping melancarkan kempen “Rakyat Sihat, Negara Maju.” Rakyat yang sihat dapat
menyumbang kepada pembangunan negara dan menjadi pekerja yang produktif. Justeru, setiap rakyat harus
bertanggungjawab untuk menjaga kesihatan diri seperti kata cogan kata mencegah lebih baik daripada
merawat.

(408 patah perkataan)


KARANGAN 2 (SYARAHAN) T2 RENI

Anda mungkin juga menyukai